Umumnya group whatApps sekolah anak-anak kita diwujudkan oleh guru-guru untuk memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat kepada ibu bapa.
Namun apa yang sering terjadi, sebaliknya pula hingga membuatkan macam-macam perkara dan benda yang tidak sepatutnya ada dalam group whatapps tersebut.
Hal ini membuatkan seorang guru menyenaraikan antara tindakan atau benda-benda yang sering terjadi di dalam group whatapps sekolah anak-anak. Diharapkan hal tersebut tidak berulang lagi.
Nak tahu apakah itu, ini listnya.
8 BENDA JANGAN BUAT DALAM GROUP WASAP SEKOLAH ANAK.
1. Jangan tanya soalan bodoh. Serius, banyak soalan sebenarnya tidak layak ditanya.
“Cikgu, dalam jadual esok ada PJK. Jadi anak saya kena pakai baju PJ?”
Geram je aku nak jawab, “Tak lah. Pakai baju raya.”
“Cikgu, esok ada Seni. Kena bawa pensel warna la kan?”
“Cikgu, mana nak beli seluar track sekolah?”
Allahu, soalan-soalan begini penuh dalam group wasap kelas. Soalan yang tak perlu pun ditanya, guna logik akal cukup lah.
Takkan nak beli seluar track sekolah anak kena pergi kantin?
2. Soalan berulang-ulang.
“Cikgu, anak saya kata esok ada sambutan hari kemerdekaan. Kena pakai baju Melayu tapi kasut sekolah. Betul ke?”
“Betul. Dah bagi pun surat edaran. So, esok pakai baju Kebangsaan tapi kasut sekolah ya semua.”
Ads
Lepas je cikgu jawab, soalan yang sama dan hampir sama berderet masuk dari 34 parent lain.
Baca la juga diskusi yang orang tengah bincang bang. Kau main terjah je tanya benda sama. Sakit jiwa cikgu nak menjawabnya.
3. Memaksa cikgu menjawab segera.
“Cikgu, bla… Bla… Bla…”
Dua minit belum reply, dia terus memanggil-manggil dalam group.
“Cikguuuuu! Jawab lah”
Paling geram, dia akan misscall berkali-kali. Lepas tu wasap suruh jawab soalan dia dalam group. Memang geram betul. Kena kat aku tobat aku block orang gini. Jenis nak orang layan dia je. Annoying betul.
.
4. Sejenis yang suka forward mesej dan video tak berkaitan.
Ads
Yang ni pun cukup menjengkelkan. Setiap hari berpuluh post nasihat, hadis, politik, video kelakar, gambar yang tak berkaitan dengan kelas anak dia hantar.
Habis tenggelam info yang cikgu beri. Orang gini sound je sekali, buat lagi block je.
5. Jenis bersembang sesama dia dalam group wasap.
Ni mak mak suka buat. Mulanya tanya pasal sekolah. Lepas tu melalut,
“Eh, you tau tak driver van sekolah tu anak saudara kita.”
“Oh yeke. Dulu dia bawa kereta kebal kan?”li Salleh
Hah tu dia. Wasap personal la mak cik nak sembang benda lain.
6. Menjual barangan.
Hat ni sejenis juga. Dalam group wasap kelas dia pergi jual insuran, jual Coway, jual tudung. Aduh la, seksa betul nak lihat semua barangan tu lalu kat situ. Tolonglah, nak menjual bukan dalam group wasap rasmi kelas.
Ads
7. Kalau anak tak sihat dan tak boleh hadir ke sekolah sebab atuk meninggal ke apa, wasap personal cikgu. Bukan dalam group.
“Cikgu, anak saya demam. Cuti dua hari.”
Berpuluh reply dari parent,
“Get well soon sayang.”
Ada yang tempek doa sihat cepat. Ada yang forwardkan tips nak bagi anak cepat sembuh. Berpuluh-puluh lagi gambar anak dalam wad dan tengah tunggu turn jumpa doktor dia tempek. Adoihhh!
8. Menyindir dan tidak hormat orang lain.
Hat ni makin lama makin menjadi-jadi dalam group wasap. Anak dia hilang buku, dia pergi tuduh anak kawan tu curi. Bergaduh dalam group wasap.
Ada kes, bukan hebahkan secara umum. Wasap cikgu suruh cikgu selesaikan. Tapi paling tak tahan, dengan cikgu dalam tu pun dia tak hormat. Bahkan ramai cikgu dah kena sindir dengan sinis oleh parent dalam group wasap terbuka tu pula.
Tapi tu lah. Mereka baik sangat. Kalau kena kat aku, aku maki sebakul kemudian remove dari group tu. Puas hati.
Kita buat group kelas nak memudahkan, dia datang nak tunjuk hebat kerja doktor kerja peguam nak marah-marah cikgu dan sindir sinis pula. Pooodahh. Bawa bijak dan pangkat tu masuk kubur sana. Orang nak bincang pasal kelas la dalam group tu.
Hah, cukup 8 point malam ni. Sebenarnya banyak lagi nak cakap ni. Tapi penat dah nak tulis.
Okey, jumpa lagi di lain masa dan ketika. #SHARElah benda ni agar adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan kita TAK buat perangai gini dalam group wasap kelas anak mereka.
Di saat kita sedang bergembira untuk menyambut Hari Raya yang kian menjelang, ada juga yang sedang berduka kerana hari ini dikejutkan dengan berita penyanyi Rohana Jalil yang sedang tenat di ICU.
Memetik laporan Berita Harian, rakan baik kepada penyanyi era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman mengesahkan bahawa Rohana telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sejak semalam tanpa mengetahui penyakit.
Menurut Datin Salwa juga, doktor masih menjalankan pemeriksaan serta pemantauan rapi terhadap penyakit yang dihadapi penyanyi itu sedangkan dia tidak pernah mengalami penyakit yang serius sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Datin Salwa turut memberitahu tentang kronologi insiden yang berlaku terhadap Rohana Jalil sebelum dimasukkan di ICU.
“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu. Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit. Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” ujarnya.
Meskipun dalam keadaan terkejut, Datin Salwa juga menjelaskan tentang keadaan Rohana yang lemah dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas. Dalam keadaan ini, anak-anak Rohana dikatakan cuba untuk merahsiakan perkara ini namun, mula berkongsi apabila keadaan ibunya semakin kritikal.
“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen. Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Datin Salwa sempat berkongsi tentang perubahan fizikal Rohana yang kelihatan ketara namun tidak mengesyaki sebarang penyakit kerana aksinya yang masih aktif dan sentiasa cergas.
“Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan. Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan.
“Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus. Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya,” katanya.
Untuk rekod, Rohana Jalil atau nama sebenar Dara Abdul Jalil yang merupakan penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor ini memulakan kerjayanya sejak usia 17 tahun pada tahun 1979. Selain itu, Rohana juga dikenali sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapat berbuka seisi keluarga bersama pastinya menjadi momen yang cukup indah dan bermakna kan. Lagi-lagi dengan sitausi sekarang ini, nak berjumpa pun susah. Untunglah bagi mereka yang tinggal berdekatan boleh bersua muka dan meraikan hari yang mulia ini bersama-sama.
Walaupun pasangan sama cantik sama padan ini cukup sibuk dengan urusan kerja masing-masing, namun tetap juga mereka mencuri masa untuk berbuka bersama keluarga.
Sememangnya sejak awal berkahwin sehingga menimang cahaya mata, Nur Fazura dan fattah Amin cukup mesra dan rapat dengan ahli keluarga mereka.
Terbaru, pasangan sejoli ini dilihat berbuka puasa bersama keluarga Fattah.
Apa yang menarik perhatian menerusi perkongsian itu adalah hubungan mesra antara menantu dan ibu mentua.
Fazura sejak dahulu lagi memang dikenali seorang yang lemah lembut dan cukup mesra orangnya, patutlah dia mudah rapat apatah lagi orang itu adalah ibu kepada suaminya.
Menerusi satu instagram kelihatan Fazura berkongsi momen bersama keluarga mentuanya dalam satu majlis berbuka puasa.
Selain menikmati juadah berbuka, kelihatan Fazura mengusik ibu mentuanya yang sedang makan bersama. Ibu mentuanya hanya tersebyum manis melayan gelagat menantunya.
kedengaran usikan manja dari Fazura terhadap ibu mentuanya yang cukup sporting melayan menantu kesayangannya itu.
Nampak mesra dan sweet menantu dan mentua ini. Bukan selalu dapat meluangkan masa bersama begini kan, bila ada peluang bergurau dan makan bersama mengeratkan lagi kasih sayang.
Umum tahu semalam (11 Januari) merupakan hari kelahiran penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Untuk sambutan ulang tahun yang ke 44 tahun ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan gelaran TokTi menyambut hari istimewanya itu di Turkiye bersama suami dan anak-anak.
Dalam pada itu, TokTi juga ada berkongsi sebuah video di laman instagram miliknya, di mana anak-anak di Gaza turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya.
Anak-anak kecil yang merupakan pelajar di tadika Afwa Al Aafiyah kelihatan sangat gembira tatkala menyambut ulang tahun kelahiran TokTi. Mereka turut menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan sebelum upacara memotong kek berlangsung.
“Alhamdullillah. Anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini, yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Amin.” tulisnya di perkongsian tersebut.
Terdahulu, pelantun suara ‘Mikraj Cinta’ ini memberitahu kepada umum bahawa sekolah tersebut diuruskan oleh sahabatnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menetap di sana.