Sering juga terjadi bila cili kisar yang disimpan di dalam peti sejuk tidak tahan lama dan berkulat, akhirnya terpaksa di buang begitu sahaja. Jadi apa kata anda gunakan teknik yang dikongsikan oleh Sue Azhar ini.
Malah bukan sahaja cili yang dikisar tahan lama, bahkan lebih mudah untuk digunakan setiap kali ingin memasak.
Saja nak share tips simpan cili kering blend tahan lama. Masing-masing ada cara tersendiri ada yang dah siap masak dan simpan. Ada yang nak masak baru nak blend. Jadinya, kita ikut mana yang kita selesa kan
Ini cara saya..
Cili yang telah siap dikisar masukkan ke dalam bekas kecil seperti ini.
Cili kering itu saya buang biji kemudian rebus hingga masak terlebih dahulu. Lepas itu blend dengan bawang merah dan bawang putih. Saya blend dengan air sahaja. Selain itu, saya tidak tumis tapi kalau rajin boleh sahaja di tumis dan saya blend dengan air sahaja.
Sebelum masukkan cili kisar ke dalam bekas, letakkan sedikit minyak di dalamnya.
2. Tutup bekas berisi cili dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan.
Ads
3. Setelah beku keluarkan daripada bekas kecil untuk disatukan di dalam bekas besar untuk mudah dicapai bila hendak memasak.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
om sertai E-Keluargagader CERIAKAN HATI DENGAN BUAT ROTI JALA VIRAL secara online, daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Alangkah bertuah menantu dan mentua yang hubungannya sentiasa wangi dan mesra. Dan betapa pedihnya bagi mereka yang hubungannya sentiasa panas dan meruncing.
Apabila menantu dan mentua tidak sebulu, orang lain dalam keluarga akan turut sama merasakan tempiasnya,
Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan. Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.
1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup
6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak
7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.
gambar sekadar hiasan10 cara jadi menantu favourite!
Apabila berdepan dengan ibu mertua, jangan sesekali menarik muka masam sebaliknya berusaha untuk senyum seikhlas mungkin. Ini kerana bimbang ibu mertua terasa hati walhal punca anda monyok tidak ada kaitan dengannya. Jadi perlu senyum sentiasa walaupun dalam hati anda tidak begitu gembira.
Anda sangat tidak digalakkan untuk masuk campur dalam perihal anak menantunya yang lain selagi apa yang berlaku itu tidak bertentangan dengan syariat. Elakkan bergosip dan menjadi batu api kerana tersilap langkah, ia akan memakan diri anda sebagai menantu. Jadi, berbaik-baiklah dengan mertua dan ipar-duai yang lain.
Untuk mengambil hati mertua, anda tidak boleh kedekut sebaliknya perlu bermurah hati misalnya belikan ibu mertua hadiah, pakaian atau paling kurang barang keperluan rumah. Anda juga boleh beri wang kepadanya untuk dia berbelanja.
Ingat, di rumah mertua anda perlu ringan tulang! Bangun awal pagi, solat Subuh dan segera bantu ibu mertua di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Anda juga perlu tunjuk skil memasak dan soal sedap atau tidak itu bukan keutamaan. Yang penting anda rajin ke dapur.
Sebagai ibu, hati mana yang tidak gembira jika anak menantu selalu menghubungi atau menziarahinya. Selain bertanya khabar, sebagai menantu anda juga boleh bertanya pendapatnya tentang sesuatu perkara misalnya yang melibatkan anak-anak anda yakni cucu-cucunya. Sesekali anda juga boleh bertanya resipi kegemaran suami anda yang juga anak kesayangannya. Pasti ibu mertua anda gembira.
Asyik anda sahaja layan suami! Sesekali berilah peluang untuk ibu mertua melayan anaknya misalnya ketika anda balik kampung. Bukan setiap hari ibu mertua anda berpeluang layan anak lelakinya seperti zaman bujang mereka dulu. Jadi biarkan jika ibu mertua manjakan suami anda. Cemburu biarlah bertempat!
Isteri yang baik dan bijak adalah isteri yang pandai menjaga aib suaminya. Jadi, elakkan memarahi suami di depan ibunya walaupun apa yang dilakukan suami ketika itu benar-benar menyakitkan hati anda. Kawal emosi anda depan ibu mertua! Usah sesekali memperkecilkan suami di depan ibu mertua anda dan adik-beradiknya yang lain. Ini boleh memberi gambaran positif pada ibu mertua anda bahawa anda seorang yang sangat menghormati suami.
Usah biarkan kerana mulut badan binasa! Jika anda seorang yang dikategorikan sebagai ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar kurang bercakap. Dan pastikan anda sentiasa alert apa yang bakal diperkatakan anda, bimbang ia mengecilkan hati ibu mertua. Fikir sebelum bercakap!
Sebagai menantu yang baik, anda perlu dahulukan ibu mertua anda dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh mudah, apabila ibu mertua naik kenderaan bersama anda, pelawa dia untuk duduk di hadapan iaitu di sebelah anaknya. Beri dia peluang bersembang dengan suami anda dan sesekali anda duduk di belakang bersama anak-anak tidak mengapa.
Hati seorang ibu pasti gembira jika ada orang lain yang selalu memuji anaknya. Jadi, anda perlu selalu memuji kebaikan suami anda di depan ibu mertua. Sesekali ucaplah begini, “Syukur sangat Allah beri suami sebagai jodoh saya. Pandai sungguh mama didik dan ajar dia. Saya rasa sangat beruntung dapat suami macam dia”
Sumber: Majalah Keluarga Januari 2016 & Normaliza Mahadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keputusan peperiksaan SPM 2020 yang diumumkan baru-baru ini meninggalkan momen yang sukar dilupakan oleh para pelajar yang terlibat.
Walaupun suasana sambutan berbeza berbanding dulu, namun tidak bermakna pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak diraikan.
Pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dalam satu perkongsian dengan berbesar hati memberi ganjaran sebanyak RM200 seorang.
Wawa memuat naik perkongsian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya dengan meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.
“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward.
“Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story.
Tidak sekadar bercakap kosong, Wawa dilihat mengotakan janji nya. Menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Pulse Oximeter adalah alat yang digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung dan paras oksigen dalam darah. Paras oksigen normal adalah di antara 95%- 99% dan kadar denyutan jantung normal adalah di antara 50 – 90 seminit.
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
Apa yang pasti, peranti itu adalah alat bacaan kadar oksigen dalam darah bagi memantau tahap oksigen pesakit Covid-19. Individu yang mencatatkan bacaan bawah kadar normal perlu dibawa ke hospital.
Seterusnya untuk lebih lanjut ikuti perkongsian oleh Dr Zubadi Hj Ahmad mengenai penggunaan Pulse Oximeter dengan betul.
KETAHUI BACAAN PULSE OXIMETER
Tahukah anda penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda? Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan. Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:
1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
4.Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.
5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.