Selepas hampir dua bulan, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil berkongsi nama anak keduanya yang dilahirkan pada Mei lalu.
Menerusi Instagramnya, Uyaina yang kini sudah kembali bekerja dan habis pantangnya tampil memuat naik beberapa potret keluarga selepas kelahiran cahaya mata keduanya.
Menariknya Uyaina turut berkongsi nama anak keduanya yang diberi nama Raja Urayyan bin Raja Syahiran.
“BismillahiMashaaAllah. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua buat anak kedua kami, Raja Urayyan bin Raja Syahiran.
“Nama Urayyan kami ambil ilham dari buruj ‘Orion’ dengan cara sebutan yang sama, tetapi ejaan yang berbeza.
Dalam Bahasa Greek, Urayyan membawa maksud ‘Cahaya Syurga.’ Dan dalam Islam, Buruj Orion ini adalah Penunjuk Arah Kiblat.
Setiap malam kita dapat lihat 3 bintang di langit yang membentuk buruj Orion walau di mana sahaja kita berada di mukabumi ini. Dan Buruj Orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah Kaabah. MashaaAllah,” tambahnya lagi berkongsi maksud nama pilihan itu.
Uyaina juga turut mendoakan agar perjalanan anak kecil itu dipermudahkan.
Ads
“Anakku @rajaurayyan, tidak kira betapa tinggi kamu berada di atas langit, jangan lupa yang kita ini adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa tunduk sujud kepada-Nya.
“Semoga Raja Urayyan tidak pernah hilang arah, bersinar bagaikan bintang, bercahaya & memberi manfaat kepada orang lain,” kongsinya.
Bahagia dapat susukan anak kedua
Pelakon cantik dan berbakat ini juga turut berkongsi kisah berpantangnya yang cukup indah malah turut berkongsi pengalaman menyusukan anak keduanya.
“Alhamdulillah, syukur merasa breastfeed (menyusu badan) untuk anak kali ini.
“Pengalaman saya masa Urhan dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie.
Ads
“Jadi, apbila anak kedua ini dapat menyusu badan sepenuhnya, saya sangat-sangat bersyukur,” katanya.
Uyaina Arshad meluahkan rasa syukurnya kerana sebelum ini tidak dapat melakukan hal tersebut untuk anak pertamanya, Raja Urhan disebabkan mengalami masalah lidah pendek atau tongue tie.
Menerusi perkongsian sama, dia juga menyifatkan pengalaman seorang ibu yang dapat memberi susu sendiri adalah satu nikmat dari Allah SWT.
“Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa,” ujarnya.
Terdahulu, Uyaina selamat menimang cahaya mata kedua melalui proses pembedahan susulan mengalami masalah jantung pada 17 Mei lalu.
Ads
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Buat mereka yang suka berkebun tentu sering mencari petua bagi mendapatkan tanaman yang subur, merimbun, pokok tak bantut dan segar tanpa ada serangan serangga perosak.
Sebenarnya salah satunya dengan memastikan menggunakan baja dan tanah yang sesuai. Serta pastikan sentiasa pantau kebun tiap-tiap hari supaya tiada rumput tapi elak guna racun rumput, cangkul rumput aje.
Ikuti perkongsian puan Fadzilah Md Hassan di dalam group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Bagi yang minat berkebun, boleh ikuti cara yang dikongsikan ini.
Nak kongsi tanaman yang saya tanam di tepi rumah. Kebanyakkan saya guna pasu.
Saya jawab di sini :
1) Biji benih: saya beli di kedai ECO/ kedai RM2.00/nursery/kedai jual peralatan kebun. Pokok ketumbar saya guna biji ketumbar yang guna untuk masak.
2) Baja: saya guna macam2 baja. Ada yang beli dekat ECO/kedai jual peralatan kebun/kedai baja, kedai DIY.
Kebanyakkan saya guna baja kopi peram dengan air simpan dalam botol plastik 5 liter. Peram sebagai pati lebihkurang 3-4 hari, goncang hingga semua larut dalam air. Bila nak guna bancuh dalam baldi, ambil sedikit pati yang peram tadi & campur dalam air. (Baja kopi adalah baja biji beli di kedai baja, baunya seakan-akan kopi.)
3) Tanah hitam sepaket rm2.00, pokok sayur kalau nak cantik jangan campur dengan tanah lain. Guna tanah hitam/tanah kompos/tanah 6in1 sahaja.
4) Saya pun macam orang lain jugak. Tak semua yang saya tanam hidup subur. Tak hidup cuba lagi sampai berjaya.
5) Nak kebun yang cantik kena pantau kebun tiap-tiap hari. Saya dan suami kalah jugak bila musim hujan rumput cepat tumbuh. Kena cangkul rumput, saya tak guna racun rumput.
Pokok sawi pahit@ensebiPokok KailanGemuk-gemuknya sayur kangkung. Saya kurang letak baja sebab guna tanah hitam sepenuh nya. Pokok yang tanam kat batas baru letak baja 1-2 minggu sekali,Biji benih kangkong tabur je, saya tak alih dah. Nak makan kerat je batang kangkong, nanti akan naik tunas baru. Siram air baja kopi ke tanah. Guna baja kopi. Kawasan kebun kemas sebab tiap-tiap hari mesti pantau kebun. Ada rumput cangkul.
Pokok ketumbar: Tabur biji benih, siram & biar dia tumbuh sendi
Petua warga net: Petua cara tanam pokok ketumbar turut dikongsi warganet; Maznah Sam : Pokok ketumbar bila tumbuh subur gitu kena tambah tanah biar akarnya kuat dan tak cepat mati…in sha Allah pokok ketumbar akn membesar tumbuh tegak.
Pengalaman pertama kali berjumpa dengan doktor gigi sememangnya sangat mendebarkan. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.
Jadi sebagai ibu bapa kena pandai ‘membeli jiwa’ anak supaya bersetuju untuk diperiksa gigi mereka.
Comel dan lucu melihat gelagat figura seni yang juga pennyanyi nombor satu negara ini memujuk anak perempuannya untuk berjumpa doktor gigi. Menurut Dato’ Sri Siti Nurhaliza, selepas beberapa kali memujuk barulah Siti Aafiyah bersetuju .
“Hari ni bawa Aafiyah jumpa dentist untuk pertama kali.. Ibu pun dulu penakut jumpa Doc , tapi demi Aafiyah ibu beranikan diri ye.. ibu check dulu dengan harapan Aafiyah tengok dia tak takut.
“Hmmm puas memujuk dengan macam macam cara , akhirnya dia setuju nganga mulut & duduk di kerusi baring tu.. ibu pun temankan sekali .. 🤦♀️ Tq Dr @aifden @aifdental_clinic sebab sabar & layankan saja karenah Aafiyah .
Dalam pada itu, Tokti turut berterima kasih kepada Farahanim yang juga merupakan isteri kepada pemilik klinik berkenaan kerana sudi datang menemani. Siap membawa anak kembarnya untuk teman dan bermain bersama Aafiyah.
“Tq mummy cantik @farahanimrazak & baby twin yang datang untuk teman&main2 dengan Aafiyah. Harap lepas ni Aafiyah tak takut lagi ..😅🤣
Duduk semeja di meja makan dengan anak kecil bukan benda yang mudah ye. lebih-lebih lagi nak uruskan lebih dari seorang, memang under controllah!
Nak-nak lagi kalau duduk hanya dengan bapa tanpa ibu, agak-agak boleh ke uruskan anak untuk duduk tertib di meja tanpa membuat sebarang masalah?
Jawapannya, ya! Perkara itu telah dibuktikan oleh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar yang berbuka puasa bersama semua anaknya di meja makan dan yang paling menarik perhatiannya anak-anak Angkawasan Negara ini masing-masing duduk di tempat sendiri tanpa membuat ‘kekacauan’ ketika itu.
Jika anda mengikuti perkembangan yang dikongsikan oleh Dr Sheikh sebelum ini, beliau selalu berkongsi cara mendidik anak-anak dan hubungannya dengan anak-anak juga rapat.
Pada ketika itu, katanya di ruangan kapsyen, isterinya Dr Halina bekerja sampai lewat malam dan video ini dijadikan laporan bahawa semuannya baik-baik shaja di rumah walaupun tanpanya di rumah.