Terpisah jauh dengan ibu kandung hingga bertahun-tahun lamanya pastinya bukan mudah untuk ditanggung oleh seorang anak. Apatah lagi jika tidak dapat berhubung,  tiada diketahui khabar berita, entahkan masih hidup atau sebaliknya.

Derita hati  ini tentu sukar untuk ditempuh dan begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Mohd Sopian Mohamed Sapihi. Sejak kecil tidak pernah merasai kasih sayang daripada ibu kandung namun siapa sangka selepas berusia 48 tahun barulah kini dapat mengecap nikmat kasih sayang ibu kandungnya, Fatimah Kuny Alive yang ditemui dalam pertemuan tidak dirancang pada 22 Mei lalu.

Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas isterinya, Nor Faridah Badri, 46, memuat naik video sewaktu detik pertemuan itu di TikTok.

Memetik perkongsiannya di Harian Metro, difahamkan video itu dirakam dan dimuat naik pada hari pertemuan dengan ibunya yang kini berusia 72 tahun.

“Hari berkenaan, saya dan isteri bertolak ke Simpang Renggam kira-kira jam 7.30 pagi dari rumah dengan berpandukan maklumat diperoleh daripada sumber.

“Tak rancang apa pun kerana mulanya nak cuba cari saja namun ditakdirkan, saya jumpa dengan seseorang yang kebetulan kenal emak juga adik ipar (sebelah adik beradik tiri).

“Adik ipar yang bawa saya ke rumah emak. Pada awalnya, emak tak kenal saya namun dia tergamam selepas saya tunjukkan kad pengenalan saya kepadanya.

“Rupanya, emak masih ingat cuma sebelum ini dia sangka saya tinggal dan jaga ayah di Singapura kerana ayah berasal dari sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Pangsapuri Sri Indah, di sini.

“Rupanya, Emak Masih Ingat..”-Usia 48 Tahun Baru Rasa Kasih Sayang Ibu Kandung. Pertemuan Undang Sebak!

IKLAN

Berkongsi perihal dirinya, Mohd Sopian berkata, dia terpisah dengan ibunya sejak berusia lapan bulan.

Sejak itu, dia dibesarkan bapa, nenek dan ibu saudara di Simpang Chenderiang, Batu 3, Temoh, Perak.

“Saya anak tunggal dan menurut apa diceritakan, ayah bawa saya bertemu keluarganya di Perak dan membawa surat beranak saya bersama.

“Awalnya emak dapat menghubungi ayah… tetapi mereka terputus hubungan jadi sejak itu ayah dan keluarganya membesarkan saya.

“Nenek sangat manjakan saya manakala kesemua ibu saudara layan dengan baik hingga saya sudah anggap mereka seperti emak kandung.

“Jadi, saya tak terfikir dan berasa pun kehilangan ibu waktu kecil dan di bangku sekolah memandangkan ayah pun masih ada ketika itu sebelum meninggal dunia 16 tahun lalu,” katanya.

IKLAN

Menurut Mohd Sopian, individu sekeliling pernah memintanya mencari ibu kandungnya namun dia belum terbuka hati dulu kerana tiada petunjuk dan nampak kepentingannya.

“Dulu, memang ramai minta saya cari emak namun saya saja enggan kerana anggap tiada dosa atau kesalahan dengan emak jadi fikir tak guna mencarinya.

“Isteri pun ada minta saya cari emak namun tidak sampai mendesak. Lagipun, sebagai manusia saya ada ego saya dan logiknya siapa tak nak ibu?

“Seperkara lagi, saya bimbang jadi sebaliknya apabila berjumpa cuma apabila meningkat usia, baru ada keinginan itu (mencari) dan ia semakin membuak apabila timbul rasa sedih terkenangkan emak setiap kali selepas solat Subuh.

“Jadi, itu yang menjadi titik permulaannya dan sebenarnya, arwah mak ngah (ibu saudara) yang tawarkan diri bantu dan beri petunjuk namun usaha mencari sebelum ini tertangguh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

IKLAN

Sehingga ke hari ini, Mohd Sopian masih tidak menyangka bertemu semula dengan ibunya.

“Sampai satu tahap, saya fikir emak sudah tiada namun dengan izin Allah saya ditakdirkan bertemu emak selepas hampir lima dekad.

“Alhamdulillah, emak sihat dan adik beradik tiri pun terima saya dengan baik malah daripada dulu lagi emak ada ceritakan perihal saya kepada mereka.

“Cuma sebelum ini belum diizinkan bertemu dan saya kini dalam proses mencipta keserasian dengan emak kerana sebelum ini tak pernah berasa belaian ibu jadi ambil masa sesuaikan diri,” katanya.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Rupanya, Emak Masih Ingat..”-Usia 48 Tahun Baru Rasa Kasih Sayang Ibu Kandung. Pertemuan Undang Sebak!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI