Usahawan, Tya Arifin dalam satu perkongsian melakukan ‘house tour’ di kediaman banglo mewah miliknya dan suami, Asyraf Khalid.
Ini berikutan ramai yang meminta pasangan ini berbuat demikian, hanya baru-baru ini mereka akur dengan permintaan tersebut.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi saluran Youtube, The Tya’s Family.
Video yang berdurasi lebih 20 minit itu memaparkan setiap sudut serta hiasan dalaman banglo mewah yang memiliki 7 bilik itu.
Menurut Asyraf, segala idea untuk mendekorasi serta pemilihan perabot diserahkan sepenuhnya kepada isteri kesayangannya, Tya Arifin.
“Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk membawa masuk perabut sahaja,” katanya.
Ads
Menariknya, kediaman tersebut turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, gelanggang bola keranjang dan tenis serta pejabat.
Selain itu, terdapat juga, ruang tamu yang dikhaskan kepada ahli keluarga dan tetamu yang datang berkunjung ke situ.
Dalam perkongsian tersebut juga, Tya turut menitipkan nasihat buat para pengikutnya untuk tidak sesekali berhenti bermimpi untuk mengejar impian yang dihajatkan.
Ads
“Jangan pernah berhenti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab yang untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merialisasikannya.
“Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” kongsinya.
Untuk rekod,Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Semestinya ada antara kita yang menggunakan mycard sebagai kad TnG dengan merasakan tidak perlu ada kad tertentu semasa menggunakan lebuhraya. Cukup ada mycard untuk bayar tol!
Pun begitu, walau nampak mudah kaedah ini, ada juga yang rasa risau dengan baki wang yang ada di dalam mycard tersebut memandangkan tidak tahu cara untuk menyemak baki terkini.
Sebenarnya boleh ke dibuat semakan baki ya?
Menjawab pertanyaan ini, Jimat Kaki ada berkongsi infonya untuk mengetahui cara seseorang itu boleh check baki yang ada di dalam mycard dengan cara yang cukup mudah.
Setiap kali lalu tol, mesti tertanya-tanya berapa baki dalam kad, cukup ke tak cukup, bila tak confident cara paling selamat ambik line paling hujung yang untuk topup tu, dah jenuh nak beratur panjang-panjang!
Bila scan lah rupanya cukup je, penat je beratur.
Anda tahu tak sebenarnya boleh guna TNG App untuk cek baki kad anda! Sama ada kad TNG, mahupun yang guna Ic! Dua-dua boleh cek baki! Kad Watsons pon boleh masukkan, asalkan kad tu boleh guna untuk TNG boleh masukkan dalam App!
1. Buka App TNG
2. Tap “TNG Card”
3. Tap “Add A New Card”
4. Masukkan No Kad & Nama Kad:
– untuk no kad TNG/Watsons boleh cek di belakang kad
– untuk IC, korang boleh cek serial No/MFG No kat resit yang korang dapat masa reload TNG guna IC!
5. Lepas tu “Tap Submit”! Siap
Anda boleh semak baki, semak penggunaan, anda boleh hantar TNG statement kad ke email jugak tau! Dah tayah susah hati nak fikir-fikir baki kad ada berapa.
Apa yang ibu ayah makan, adalah cerminan kesihatan anak masa hadapan. Pemakanan sihat bermakna anda sihat dan sebaliknya. Oleh itu, tidak mustahil dikatakan, penyakit itu diwarisi oleh pemakanannya yang tidak sihat. Sehingggakan anda perlu menyediakan kos perubatan untuk anak-anak. Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahma sungguh motivasi.
Ramai yang bertanya kepada saya tentang caj kansultasi doktor di klinik swasta yang meningkat.
Saya faham situasi di mana sekarang kita terpaksa membayar lebih mahal untuk segala keperluan kita.
Baru-baru ini seorang rakan yang sebelum ini mendapat ubat aspirin dari pihak hospital. Dia membeli ubat tersebut di farmasi. RM35 sekeping. Berbanding dengan RM10 kira-kira lima tahun lalu.
Jadi bukan saja konsultasi yang akan meningkat, tetapi juga harga ubat-ubatan juga telah lama meningkat.
Cuma ada yang tak merasakannya sebab rawatan yang diterima, dibayar oleh majikan.
Apatah lagi rawatan di hospital. Dulu di hospital kerajaan, kesemua kemudahan perubatan hampir percuma. Sekarang tidak lagi. Walau pun dengan harga subsidi, masih dapat lihat peningkatan caj.
Kalau hospital swasta, jangan cakaplah.
Jadi apa yang kita perlu buat?
Kita rakyat Malaysia sudah perlu lebih memberikan perhatian kepada pencegahan penyakit. Kaedah pencegahan penyakit telah lama kita tinggalkan dalam kehidupan kita. Kita banyak tumpukan kepada pendekatan rawatan penyakit.
“Ala apa susah, bil kesihatan saya ditanggung oleh majikan. kalau masuk hospital, pihak insuran akan membayarnya”
Tetapi bila kita sudah sakit, kualiti hidup kita sudah tidak seperti dulu.
Kita mungkin bertongkat, kita mungkin tidak boleh lagi memanjat bukit atau tangga, kita mungkin lagi tidak boleh bercuti ke mana-mana.
Apakah pencegahan penyakit itu terlalu sukar?
Tidak. Ia sebenarnya cara kita menjalani kehidupan ini dengan menukar dan memilih cara yang lebih sihat dan bermanfaat.
Selama ini kita kurang minum air kosong, kita kurang berjalan kaki, kita tidak cukup tidur, kita banyak makan makan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, jiwa kita sentiasa resah dan stress dan kita membenci sayur-sayuran.
Mulakan secara perlahan-lahan sistem kehidupan kita. Penyakit kronik tidak dapat dengan tiba-tiba.
Hari ini kita makan burger yang kaya dengan daging dan lemak, esok kita tidak jatuh sakit, kecuali kita telah mempunyai masalah kesihatan.
Penyakit datang secara beransur-ansur. Dalam pada masa yang sama kita telah menerapkan budaya cara hidup yang tidak sihat pada anak-anak kita dengan memberikan contoh yang tidak baik.
Sebagai contoh ketika kita berumur 50an kita sudah diserang sakit jantung, pada masa itu mungkin anak-anak yang berumur 20-30an kita sudah mengikut cara pemakanan kita dan mereka juga mungkin mendapat akan serangan jantung selepas 10-15 tahun lagi.
Jadi tidak hairanlah kalau ada yang kata “serangan jantung saya ini diwarisi” dari ayah saya.
Pernah dengarkan? Ya kita sebenarnya warisi sistem cara hidup salah sehingga kita hampir pasti mengikuti destitasi yang sama dengan ayah kita.
Jadi bertukarlah dengan memilih cara pemakanan dan kehidupan yang lebih baik. Kita wriskan cara kehidupan dan pemakanan yang bermanfaat.
Saya sendiri bila berumur akhir 40an ini sangat berhati-hati memilih makanan. Alhamdulillah saya amalkan satu sudu minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Rasa lebih sihat dan bertenaga.
Bergelar ibu bapa, sudah tentu mahu anak yang dilahirkan menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Namun lebih mencabar apabila mendidik anak perempuan lantaran sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa.
Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan, yang meluahkan rasa bimbang mengenai anak perempuannya yang semakin meningkat remaja.
Cakna pengaruh gajet, dia mengambil iniasitif menetapkan tempoh masa untuk anak-anak bermain gajet.
Namun, siapa sangka dalam berhati-hati mendidik anak perempuan dalam hal hubungan dengan kawan termasuk lelaki, ia tetap berlaku.
Caranya memberi nasihat kepada anak perempuan telah menurun jiwa para netizen yang turut mempunyai anak perempuan.
Selanjut ikuti perkongsian ini.
Beginilah cabaran dalam mendidik anak perempuan yang ibu bapa kena alert.
Saya ada empat orang anak perempuan. Yang sulung sudah berumur 14 tahun.
Ya, sudah remaja.
Semakin mereka dewasa, kadang saya tak lena tidur memikirkan tentang mereka.
Anak sulung saya ada grup whatsapp sekolah. Dalam grup tu ada pelajar lelaki dan juga perempuan.
Pukul 9.00 malam sahaja, memang saya serta isteri akan minta telefon dan tidak boleh digunakan. Hanya 10.00 pagi sehingga 9.00 malam sahaja. Kecuali, jika ada perbincangan tentang hal sekolah, grup sepupu-sepupu dan juga anak-anak If-One.
Satu malam, saya pulang lewat. 2.30 pagi saya sampai dirumah. Saya dengar bunyi whatsapp dari handphone anak tak berhenti. Malam-malam sebelum ni juga sama. Subuh pun bunyi notifikasi.
Saya tergerak nak periksa, saya buka whataapp dan saya amat terkejut.
Whatsapp dari beberapa lelaki. Saya buka satu persatu dan periksa.
“Hai. Tengah buat apa?”
“Woih, boring seh. Jom sembang!”
Dan beberapa whatsapp lagi.
Terus saya block dan ambil semua nombor mereka. Saya whatsapp dulu kepada mereka, kenalkan diri dan bagitahu jangan ganggu anak saya lagi. Pagi nanti baru saya nak telefon mereka.
Kerisauan seorang ayah
Pagi sahaja, terus saya panggil anak sulung duduk didepan saya dan saya usaha cakap secara baik, walau darah ni menyirap naik saja.
“Ifa, ni apa?”
Saya tunjuk satu-satu whatsapp. Saya tahan lagi dada dan tangan ni dari naik. Isteri tiada sebab uruskan taska dari awal pagi. Biasanya saya dirumah dengan anak-anak.
Ifa terdiam. Wajahnya mula pucat.
Saya dah janji pada anak-anak perempuan, saya takkan sentuh tubuh mereka, pukul ke atau cubit. Saya kalau naik darah, memang susah nak kawal.
Saya bagitahu,
“Ifa seronok tak kalau dapat whataspp macam ni? Tengah serabut duduk rumah. Tengah sunyi. Mak ayah takde pula. Tiba-tiba orang laki nak teman. Seronok tak?”
Dia diam sahaja.
Saya buka grup yang Akhi Fairuz Al-Jengkawi buat untuk kami bincangkan masalah sosial dan keadaan anak-anak kita yang hari ini amat menakutkan.
Saya tunjuk pada dia.
“Ifa nampak ni? Kes-kes wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Kes kena tipu dengan lelaki. Mengandung anak yang tidak sah. Ifa tahu punca dia?”
Airmatanya mula bergenang.
“Dari whataspp tadilah. Konon nak hilangkan sunyi. Konon nak teman. Konon nak kejut subuh. Konon nak jadi lelaki baiklah. Tapi percayalah ifa. Lelaki itulah syaitan yang akan merosakkan orang perempuan macam ifa!”
Saya sambung lagi.
“Dalam rumah kita ni, ayah seorang sahaja lelaki yang paling baik untuk ifa. Tidak ada yang lebih baik dari ayah. Selagi ifa belum menjadi isteri, ifa anak ayah. Tanggungjawab ayah. Amanah ayah. Dosa pahala ayah. Setiap hari lelaki yang akan berjuang untuk hidup ifa ayah lah! Bukan lelaki yang dalam whatsapp tu!”
Masa ni, saya semakin tinggi suara. Saya istighfar sebab anak sulung semakin takut melihat saya yang begini. Menggelatar tangan dan tubuh menahan sabar.
Rupanya ini sebabnya.
Tiba-tiba anak sulung bersuara.
“Ifa sebenarnya rindu ayah. Ifa tak jumpa ayah pagi sampai malam. Ifa tak tahu nak cakap dengan siapa. Ifa.. ifa..ifa…”
Allahu. Down!
Ya.
Saya akui saya dah amat jarang bercakap dengannya. Kadang lebih banyak marah dari cakap baik-baik. Lebih banyak bagi arahan dari menyatakan perasaan. Lebih banyak bersoal tanpa bertanya dahulu satu persatu.
Perlahan-lahan saya pergi pada dia, dan untuk kesekian kalinya, saya duduk dan peluk dia. Saya cium dahinya.
Ya Tuhan.
Lamanya saya tak jadi “ayah” kepadanya. Saya bisikkan padanya,
“Ifa, ayah minta maaf sebab lama tak dengar dan bercakap dengan ifa. Ayahlah lelaki paling baik untuk ifa. Ayah ni sekejap je dengan ifa. Selepas ni ayah takkan jaga ifa dah. Akan ada lelaki lain yang jaga ifa. Namanya suami, sama macam ayah. Ifa jadilah wanita yang baik macam ibu. Lelaki pertama dan akhir yang ibu kenal dan cinta, ayah lah”
Lama saya peluk dia. Rasanya saya peluk dan cium dia masa dia kecil macam adik-adiknya. Sedangkan, masa dia membesar inilah, dia juga perlu pada kasih sayang seorang ayah.
Kemudian, saya dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum pakcik. Saya kawan sekolah anak pakcik. Saya minta maaf whatsapp anak pakcik begitu”
“Waalaikumsalam. Baik. Saya ni ayah dia. Saya sayang anak saya lebih dari sesiapa pun. Kalau kamu nak jadi lelaki yang baik, janganlah kacau anak pakcik lagi, dan juga anak perempuan orang lain. Faham? Kamu ada kakak? Ada adik perempuan?”
“Ada pakcik”
“Kalau kamu tak suka orang kacau adik beradik perempuan kamu, pakcik pun sama. Hormat mereka, macam kamu hormat adik beradik kamu. Pakcik tak mahu berkasar atau buat benda jahat. Pakcik cakap baik-baik ni ya”
“Baik pakcik. Saya minta maaf sekali lagi”
Kalian,
Jagalah anak-anak perempuan kita. Anak-anak perempuan orang lain juga.
Serta jagalah dan ingatkan anak-anak lelaki kita tentang adab dan sikap mereka terhadap orang perempuan.
Mereka cukup bahaya dan setiap masa diburu oleh kerosakan dunia. Setiap minit dan saat. Setiap turun naik nafas.
Saya juga bukan ayah dan lelaki yang baik pada anak-anak perempuan saya, namun saya dan isteri InsyaAllah akan berusaha menjaga mereka sekuat hati dan jiwa.
Akhir zaman, moga anak-anak perempuan kita tidak menjadi fitnah buat kita.
Bantulah kami wahai Tuhan, dalam menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak kami.
Dan,
Untuk itu saya nak ajak kalian dan anak-anak sekali dalam seminar yang baik ini.
Ilmu ni, kadang ada yang kita tidak tahu.
Namun, ada orang yang di rezeki untuk berkongsi dengan cukup jelas dan terang. Daftar terus seminar ini.
Percayalah, inilah yang amat anak-anak kita perlu. Baik lelaki atau perempuan.