Bila anak tidak menyerlah dalam bidang akademik, mak ayah janganlah stres. Jika anak anda tidak sepandai anak kawan-kawan anda yang lain bukan bermakna masa hadapan mereka telah berakhir.
Anak bukan trofi ibu dan ayah. Anak adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya menjadi insan yang berjaya. Sikap berjaya yang perlu kita pegang di dalam mendidik anak-anak adalah; setiap anak ada kelebihan dan kelebihan ini sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.
Anak Tak Menyerlah Dalam Akademik Mak Ayah Janganlah Stres
Bagi menjadi seorang yang hebat dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Ronaldo dan ramai lagi.
Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi. Jika kehebatannya di dalam ilmiah, sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi.
Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.
Setiap Anak Ada Kelebihan
Ads
Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda.
ANDA HANYA PERLU TAHU BAHAWA ANAK ANDA YANG MUNGKIN SEKARANG LAMBAT SIKIT DI DALAM BIDANG YANG DIBANDINGKAN ITU, ADA KELEBIHANNYA TERSENDIRI. BERKAT KEYAKINAN, KEPERCAYAAN DAN TUNJUK AJAR YANG PENUH HORMAT DAN KASIH-SAYANG ANDA KEPADA ANAK INI, DIA AKAN MEMBUATKAN ANDA BANGGA DAN ANDA AKAN BERASA SANGAT BERSYUKUR MENGANDUNG DAN MEMBESARKANNYA.
Stop being stressful and start being grateful.
Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya. Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.
Kebenaran teman isteri bersalin di mana-mana wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.
Bagaimanapun, KKM menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya memaklumkan kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut KKM, polisi serta garis panduan itu bersifat dinamik bergantung kepada situasi Covid-19 semasa pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti atau kekangan tertentu bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit serta petugas kesihatan diutamakan.
“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19,” menurut perkongsian itu.
Orang ramai dinasihati agar menyemak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin.
Suami atau ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac serta Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.
Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan membawa keputusan ujian ke hospital atau membeli kit ujian kendiri dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan di tempat saringan yang disediakan.
Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada kemampuan sumber manusia dan ruang wad bersalin bagi melindungi privasi pesakit, demikian menurut KKM dalam perkongsian tersebut.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yangn suka bertukang untuk mencantikkan rumah kediaman. Maklumlah apabila lakukan sendiri pasti kos dapat dikurangkan.
Namun, untuk bertukang ni kena ada ilmu perkakasan. Kena tahu barang apa yang harus digunakan termasuk peralatan gerudi.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini memberi info jenis-jenis gerudi mengikut kesesuaian.
Berkenaan dgn ada group member yg salah beli tools haritu, harini berkesempatan jgk utk bg tips pasal tools. Ni utk newbie ja, yg dh pro tu boleh la tmbah sikit2 tips utk member nk beli tools. Sini aku pakai brand DCA, bkn nk promote brand ni tp sbb brand ni senang cari dan bnyk comparison back to back dgn brand ni. 1. Jgn salah beli tools utk buat sesuatu kerja. – Contoh : Nk tebuk beam tp pakai electric drill. Mmg tukar 8 jenis mata drill pun xkan berlubang sbb xda impact. 2. Jgn salah sebut atau salah type masa nk beli tools. – Contoh : tulis drill, mmg beribu2 jenis drill la dia keluar. Ataupun gi kedai pastu ckp nk drill tp xckp pun utk kerja apa. Skali dia bg drill nk tebuk dinding sedangkan time tu nk pasang skru. 3. Baca spec atau detail dulu sebelum beli. Ni utk advance dh. – Contoh : Max speed r.p.m utk tools baru ni 1500 tp yg beli dulu r.p.m dia 2000, baik pakai yg lama ja lagi laju…. ye dok? Tp ada la pro n contra dia. 4. Bateri atau wayar?? – Kalo bateri org panggil Cordless.Kalo wayar org panggil electric. – Contoh : Cordless drill dan electric drill, Cordless hammer drill, Electric hammer drill dn vise versa. ___________________________________________________________ 1. Cordless Drill
– utk pasang skru yg pendek atau yg panjang dlm 2 inci, nk pasang skru 3 inci pun boleh tp tgk torque dia la. Lagi tinggi torque lagi padu dia masuk. – Check rpm dan torque, the higher the better. – Bateri plk zaman sekarang dh higher than 12v dh, lgi tinggi voltage lagi kuat. – Sekarang ada yg 2.0 Ah dan 4.0Ah. Dia umpama mcm usb la 1.0 la 2.0 la, 3.0 la. Lgi tggi lagi tahan lama.Ah tu ampere hour, mls nk explain google sendiri dan pastikan bateri ru Li-ion atau nama panjangnya Lithium ion, bateri xkan habis terus dan susut power kalau simpan dan xguna lama. Dia ada jgak simpan power dlm 20% cmtu.
2. Cordless Hammer Drill
– haaaa yg ni jgn percaya sgt hammer dia tu, pernah beli dan pakai dulu. Lemau gila nk habis 1 lubang pun, mmg la dia ada hammer tp lembut hanat tmbah plk kalo atas tile or beam, mmg lusa pun xberlubang lgi. – utk dinding lembut boleh la tebuk sikit2. – bunyi kurang kuat sikit masa tebuk, boleh la xkena complain dgn jiran sebelah. Tapi……. mkn masa sikit kalo nk tebuk bnyk lubang. – bateri mcm yg explain kt atas tu. 2.1 Cordless Rotary Hammer Drill ( xda gmbar) -utk tebuk lubang kt dinding dan beam tp power dia kurang sikit dr electric hammer drill dan rotary hammer drill walaupun speed dan torque dia sama. tambah plk kalo bateri dh nk kong. Silap2 baling ke lantai sbb tgh sedap2 tebuk bateri plk habis, mmg mendapat la. – hack dinding pun boleh tp yg ringan2 dan sikit2 boleh la, nk hack lama2 kang syg plk kalo rosak. – bateri sama mcm kt atas.
3. Cordless Brushes
– pernah tgk org kunci tayar keta kt kedai? ha….yg ni la. – kalo pomen mmg sedap pakai yg ni tp power stakat nut keta ja la. – pakai bateri gak
4. Cordless impact driver
– kalo nk masukkan skru dlm kayu jati ke cengal le senyum ja, kot skru tu plk yg putus. – lgi tinggi torque lagi padu. – diingatkan ya, ni impact bkn hammer walaupun lambangnya sama. Kalo pernah buka magnet moto cub c70 dulu mmg paham la apa itu impact. – bateri sama mcm atas.
5. Electric Drill
– yg ni pun kalo nk pasang skru bumbung yg mata 8 tu pun senyum jgak, cuma leceh kat wayar je la nk kena tarik extension. – kalo nk tebuk dinding utk buat lubang 2-3 inci pakai mata diamond tu disarankan pakai yg ni la. Nk tebuk lubang pakai drill bit pun boleh jgak tp lecehnya bnyk sbb lmbat jgak, bising tu nauzubillah la masuknya xsampai kemana pun. – moral of the story jgn pakai yg ni utk tebuk dinding kang jiran sebelah report kata langgar sop plk. – 1 lubang 2-3 minit, kalo beam or concrete xyah cita la.
6.Rotary Hammer
– 100% utk tebuk dan hack dinding. – bising jgak tp puas hati sbb cpt ja masuk – pakai wayar dan harga mampu milik. – kalo rosak bleh repair or beli baru kalo kerap sgt rosak. – lgi besar mata drill bit tu lagi lama masa nk tebuk lubang. – boleh support dr 5mm smpai 32mm. – wayar. – 1 lubang = 1.2 second.
7. Percussion Hammer
– yg ni kalo nk hack tile ka beam ka, dinding ka smbil pejam mata pun boleh sbb takut nnti serpihan masuk mata. Hahah… – tebuk lubang smpai bilik jiran sebelah pun boleh. – berat gila…. 6.8kg wei, mcm kandaq beras yg kita beli tu tp cuba pegang utk 15-30 minit tgk. Mau mkn nasik tgn parkinson. – bising? yakmat! Tu saja utk tips dan info kali ni, harap membantu. Letih baq hang karangan.
Sempena bulan Ramadan yang hampir tiba, sebagai ibu ayah yang masih mempunyai anak yang belum baligh, kita juga mahu mendidik anak-anak ini untuk meraikan bulan Ramadan dengan sama-sama melakukan ibadah puasa.
Pun begitu, bagaimana cara yang sewajarnya untuk kita biasakan anak-anak berpuasa mengikut keupayaannya?
Ini memandangkan bagi kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari itu belum diwajibkan ke atas mereka.
Tidak pasti caranya, jom kita baca perkongsian cara mendidik anak berpuasa bersama ustazah Asma’ Harun.
UMI & ABI, BOLEH AJARKAN SAYA PUASA?
Assalamualaikum ustazah. Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai puasa bagi anak kecil. Pada umur berapakah sepatutnya anak-anak mula berpuasa? Dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik mereka berpuasa?
JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, terima kasih atas soalan yang baik ini. Ibu ayah yang sentiasa mementingkan didikan agama kepada anak-anak pastinya tertanya-tanya jawapan bagi persoalan ini.
Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR Bukhari, No. Hadis 1385)
Perkataan fitrah di dalam hadis ini bermaksud anak-anak dilahirkan dalam keadaan Muslim. Berdasarkan pada hadis ini jelaslah bahawa secara fitrahnya anak-anak dilahirkan Muslim, tetapi yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani ialah ibu bapa.
Dalam perkara berkaitan puasa, para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif (kewajipan) dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.”
(HR Abu Daud, No. Hadis 4402, taraf hadis: Sahih)
Namun, bilakah waktu yang sesuai seorang kanak-kanak itu perlu dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab Majmu’ yang bermaksud:
“Al-Shirazi dan ulama mazhab al-Syafie menyatakan apabila seorang anak itu mampu berpuasa, maka wali wajib menyuruhnya berpuasa ketika berusia tujuh tahun, dengan syarat dia sudah mumayyiz. Dan memukulnya sekiranya dia tidak berpuasa ketika usia 10 tahun. Anak perempuan sama seperti anak lelaki tanpa khilaf.”
Maksud tujuh tahun ialah setelah sempurna usia tujuh dan memasuki usia lapan. Juga setelah sempurna usia sepuluh tahun dan memasuki usia sebelas tahun.
Hal ini diqiyaskan dengan hadis suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: “Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).”
[HR Abu Daud, No. Hadis 494]
Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah menilai sejauh mana kemampuan kanak-kanak tersebut untuk berpuasa serta memastikan ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada mereka.
BAGAIMANA MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA?
Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mendidik anak-anak berpuasa ialah:
1. Menjadi role model bagi anak-anak.
• Ibu bapa adalah watak utama dalam menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Jadi, pamerkanlah akhlak yang baik dengan mempraktikkan ibadah-ibadah semasa Ramadan seperti tadarus Al-Quran, berterawih dan amalan bersedekah.
• Sekiranya ibu itu tidak berpuasa (uzur syarie) elakkan makan di hadapan anak-anak.
2. Berbicara mengenai puasa.
• Menjelaskan kepada anak-anak mengenai puasa secara santai seperti berkongsi kisah nabi-nabi, cara puasa Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kisah-kisah teladan.
• Mengajar anak-anak cara membaca niat puasa, memberitahu syarat wajib dan syarat sah puasa, rukun puasa, ganjaran bagi orang yang berpuasa dan keistimewaan berpuasa Ramadan.
• Mengucapkan kata-kata semangat kepada anak-anak supaya timbulnya perasaan teruja menunggu kehadiran Ramadan.
3. Mengajar anak-anak berpuasa secara berperingkat mengikut waktu solat.
• Fasa pertama : Puasa hingga waktu Dhuha
• Fasa kedua : Puasa hingga waktu Zohor
• Fasa ketiga : Puasa hingga waktu Asar
• Fasa terakhir : Puasa hingga waktu Maghrib
Fasa begini dilakukan supaya tubuh serta minda anak-anak bersedia dan mereka tidak rasa terbeban jika terpaksa untuk terus berpuasa sepenuh hari.
4. Memberi ganjaran kepada anak.
• Berilah dakapan dan pujian atas kejayaan usaha mereka melaksanakan puasa tanpa mengambil kira mereka berjaya berpuasa penuh atau tidak.
• Menyediakan makanan kegemaran anak-anak untuk berbuka.
• Jika perlu, berikan hadiah supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadan.
Maksudnya: “Ya Allah, berikan kefahaman agama kepadanya dan ajarkannya takwil (tafsir al-Quran).
[HR Ahmad]
RUMUSAN:
• Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, digalakkan untuk melatih mereka berpuasa sedari umur sempurna 7 tahun mengikut pendekatan-pendekatan yang dikongsikan di atas.
• Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui tahap kemampuan anak-anak supaya sebarang kemudaratan tidak berlaku.
Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk menyediakan diri dengan ilmu yang mantap mengenai puasa Ramadan supaya ia dapat diwariskan pada anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.