Baru sahaja pihak kementerian Kesihatan menerusi Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham, memaklumkan bahawa 2 kes kematian telah dicatatkan pada tempoh 24 jam sebelum ini akibat Covid-19, kini angka tersebut meningkat kepada 6 orang selepas dua kes lagi diumumkan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan dua lagi kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19), menjadikan jumlah mangsa korban wabak itu seramai enam orang dalam negara.
Dalam kenyataannya, JPBNS menjelaskan dua korban itu membabitkan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga yang sama, masing-masing berusia 79 dan 40 tahun.
Ads
Katanya, mangsa pertama keluarga itu meninggal dunia pada 2 pagi Rabu lalu (18 Mac), manakala mangsa kedua meninggal pada 1 tengah hari, hari ini.
“Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.
Ads
“Pelaporan kes kematian pertama akibat Covid-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.
Ads
Sarawak hari ini mencatatkan pertambahan 10 lagi kes baharu Positif Covid-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 68 kes sejak pertama dilaporkan pada 13 Mac.
Dua kes baharu dirawat di Hospital Umum Sarawak, lima kes di Hospital Sibu, dua di Hospital Bintulu, manakala seorang meninggal dunia di Kuching semasa keputusan ujian pengesahan diperoleh.
Gambar sekdar hiasan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menyeru semua fasiliti kesihatan dan perubatan swasta agar melaporkan semua kes disyaki dan disahkan Covid-19 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian yang berhampiran dengan kadar segera agar tindakan kawalan boleh dilakukan.
Siapa kita sebagai hambaNya nak menidakkan takdir yang tertulis. Kehilangan orang tersayang secara mengejut memang meruntunkan hati. Lebih-lebih lagi apabila wajah mereka tidak boleh kita tatap buat kali terakhir. Namun itulah yang perlu dilalui seorang wanita ini apabila mendapat berita tentang pemergian anak lelakinya ketika baru sehari tiba di Tanah Suci Mekah.
Mengimbas kembali kejadian bulan lalu, si anak yang bernama Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli terlibat dalam satu nahas jalan raya di Tanjung Kling, Melaka. Pemuda tersebut bagaimanapun telah pergi bertemu Ilahi apabila motosikal dinaiki telah bergesel dengan sebuah kereta sebelum bertembung dengan satu kenderaan lain.
2 hari sebelum insiden itu, Allahyarham sempat melaungkan azan sebelum menghantar ibunya untuk berangkat tunaikan ibadah Haji. Setelah hampir sebulan lebih, kini tibalah masanya untuk menyambut kepulangan wanita berkenaan ke tanah air.
Tiada kata-kata dapat digambarkan, malah hanya tangisan saja yang keluar ketika dia tiba memeluk anak-anak yang lain melalui perkongsian video oleh adik kepada ibu ini di salah satu entri terbaru di Tiktoknya. Detik itu cukup terasa apabila mengenangkan tiada kelibat jejaka yang dipanggil ‘adik’ itu bersama.
“Inshaallah dia memang dah redha cuma sekarang mesti dia terasa sangat2 hanya 4 org ank dia yg menjemput dia pulang dr Mekah 😭 masa pergi semua ada😭,” tulisnya di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak melihat detik kepulangan wanita berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga berkesempatan tinggalkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.
Merancang untuk keluarga bercuti itu biasa kita dengar, namun lain kisahnya dengan keluarga besar Ummu Naufal ini bila mana bab makanan juga turut diberi tumpuan khusus.
Bagi ibu kepada enam orang anak ini, untuk pastikan keluarganya tetap dapat menikmati hidangan yang dimasak dari air tangannya sendiri itu satu kepuasan buatnya, walau di mana mereka bercuti sekali pun.
Bahkan bukan itu sahaja, perancangan rapi juga dibuat untuk pastikan sekembalinya daripada bercuti, anak tetap dapat menikmati masakan yang dimasak olehnya.
Nak tahu bagaimana yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsian menarik daripadanya.
Tempoh percutian sememangnya mengasyikkan. Namun persiapan bukan sekadar menyiapkan wang, pakaian, penginapan dan pengangkutan semata-mata. Pengurusan makanan keluarga sama pentingnya. Maka, sangat penting untuk kita, para ibu terutamanya, mengatur strategi “out of the box” agar ia memudah dan melancarkan percutian dari awal hingga bila pulang dari bercuti.
Hampir setiap tahun kami sekeluarga akan pergi bercuti di luar Saudi. Bercuti bersama 6 orang anak, yang sulung kelainan upaya, banyak cabaran di sebalik keseronokkan. Maka, sebagaimana pentingnya kami merancang awal percutian, begitulah juga kami perlu merancang awal selepas kembali dari percutian. InshaAllah.
Kisah-kisah kembara kami ke beberapa buah negara ada dikongsikan di dalam buku travelog ‘Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya’. Namun, urusan perancangan makanan tidak dimasukkan dalam travelog. Lalu, saya kongsikan di sini InshaAllah.
Ramai telah meminta panduan ini. Maaf kerana kelewatan. Semoga perkongsian sedikit ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk percutian keluarga puan di masa hadapan. InshaAllah.
✈ Tips: Panduan Pengurusan Makanan Dalam Percutian Keluarga Besar Kami ✈
Stok Bekalan Makanan Untuk Dibawa
1. Jika percutian lebih dari seminggu, kami akan mencari apartment yang berdapur. Masak sendiri untuk keluarga besar jauh lebih menjimatkan. InshaAllah.
2. Mental Menu Planning (Merancang Menu secara Mental) …agar mudah merancang bahan bekalan yang mahu dibawa dari rumah.
3. Kami akan sentiasa pastikan setiap beg yang boleh dibawa kurang dari yang ditetapkan.
1 beg akan dikhaskan untuk stok bekalan kering sahaja. (Beg ini akan kosong bila stok bekalan telah digunakan nanti…bolehlah isi pula dengan barang belian dari percutian pula )
4. Yang dibawa biasanya; ?rempah: kurma, sup, kari ?beras untuk anggaran sahaja (sehari sekali masak untuk keluarga) ?peket budu….sebagai penaik selera ganti sambal belacan. Nanti beli sahaja bawang dan cili, patahkan dan makan dengan nasi panas dan lauk utama. ?sambal bilis kering…boleh dimakan dengan nasi atau roti ketika dalam perjalanan / “on the go”. ?snek yang ada di rumah, dibawakan sahaja untuk kudapan dalam perjalanan. ?rice cooker @ 1 periuk sederhana dan 1 senduk (jika apartment tidak menyediakan perkakas atau kami ke negara bukan Islam)
5. Isikan bekalan stok makanan dalam ziplock bags agar tidak memberatkan beg. Bawa extra ziplock bags bersama…banyak kegunaannya nanti inshaAllah. Boleh didapati di IKEA, di sana ada pelbagai saiz.
6. Kadang kala saya bawa span kecil (dipotong dua) dan sabun basuh sedikit (pastikan ia diletakkan dalam bekas yang tidak meleleh keluar) supaya jika dapur apartment tidak menyediakan, kami tidak perlu membelinya ketika percutian. Ringan sahaja span dan sedikit pencuci pinggan. Span boleh dibuang sebelum pulang dari percutian. Menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu beli span dan sabun basuh pinggan yang agak besar untuk dipakai cuma seminggu dua sahaja. InshaAllah.
7. Jika ada buah-buahan yang masih belum dimakan, masukkan dalam ziplock bag dan bekukan. Supaya tidak membazir. Bila pulang nanti boleh dibuat smoothies. InshaAllah.
Stok Makanan Beku Selepas Pulang dari Percutian
1. Biasanya selepas pulang dari percutian, badan mula rasa penat, ada yang kurang sihat, barangan dari beg-beg perlu dikemaskan, pakaian kotor perlu dibasuh, lapar dan sebagainya. Maka, persiapan makanan beku untuk kegunaan selepas pulang dari percutian sangat penting pada saya.
2. Jadi, seminggu atau 2 sebelum percutian, saya akan memasak lauk harian lebih kuantitinya dari biasa. Separuh akan diketepikan lebih awal untuk dibekukan. Ini akan menjadi stok makanan beku selepas pulang dari percutian. Tinggal masak nasi sahaja. Jadi, bolehlah fokus pada urusan mengemas dan juga berehat, disamping masih dapat menjamu keluarga dengan ‘homemade food’ yang mengikut selera kita.
3. Boleh juga menyediakan ‘casserole dishes’ seperti chicken and mushroom casserole. Jika ia dibekukan, saya akan tuliskan ‘arahan memanaskan’ di atas aluminium foil yang digunakan untuk menutupinya. Ini supaya, suami mahupun anak-anak remaja boleh bantu menyediakannya bila mahu memakannya.
4. Jika tarikh pulang beberapa hari sahaja sebelum anak-anak mula persekolahan, saya akan bekukan bekalan bento mereka seperti; ? waffles ? karipap ? mini chicken mushroom casserole ? pre cooked bolognese sauce ? garlic baguettes ? mini chicken pie ? banana muffins ? apple strudels ? mini lasagna
Juga disedia dan disiapkan seminggu dua sebelum pergi bercuti.
5. Bekalan bento yang dibekukan dipastikan yang memerlukan pengendalian minimum bila mahu digunakan. Biasanya yang perlu dipanaskan di dalam oven sahaja atau di atas dapur pada pagi hari persekolahan.
6. Setiap makanan yang dibekukan ditandakan nama makanan (dan bagus juga diletakkan tarikh ia disediakan terutama jika bercuti lama). Ini supaya memudahkan mengambil makanan mengikut tarikh yang lebih awal ia disediakan.
7. Pastikan pengendalian makanan untuk dibekukan dilakukan dengan baik agar makanan yang dibekukan tidak rosak.
InshaAllah ini sekadar panduan sahaja. Lain keluarga lain keperluan dan keadaannya. Ubahsuai mengikut selera dan keadaan keluarga kita inshaAllah.
Ucapkanlah MasyaAllah Tabarakallah. Semua kebaikan, ilham dan kekuatan adalah dariNya semata-mata. Semoga bermanfaat buat semua.
Melihat video Datin Paduka Eina Azman memasak, ramai yang teruja dan tak kurang juga yang mengambil resipi tersebut untuk dicuba.
Memasak memang seronok cuma bila nak menyediakan kelengkapan memasak, sedikit leceh dan ada yang mengatakan Datin Paduka Eina beruntung memiliki pembantu rumah. jadi, dia tak perlu bersusayh payah untuk hal tersebut.
Namun, telahan tersebut rupa-rupanya salah. Bahkan, Datin Paduka Eina Azman melakukannya sendiri kerana dia tidak suka orang ramai di dapur ketika dia memasak.
“Untuk menjawab segala persoalan…. well yes saya lah tukang masak, tukang potong bahan2, tukang kacau, tukang record n basically semua nya saya yang buat.
“Sebab saya tak suka ramai2 tlg kat dapur. Serabut so all my helpers hanya selalu siang ikan n ayam n kemas dapur je,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Rupa-rupanya bukan Eina Azman sahaja yang tidak suka ada orang lain di dapur ketika memasak, Tabiat tersebut juga dikongsi oleh pengikutnya yang mengakui perkara yang sama.
elminoraboyani79 Me too, suka masak seorang2, my helpers anak2 bujang I tolong kemas mana yg sepah cuci pinggan sapu sampah buang sampah
Sumber: Ig Eina Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...