Bagi segelintir wanita, fibroid dalam rahim mungkin menyebabkan pendarahan faraj pada masa yang lain daripada haid. Sebagai contoh, aliran haid yang banyak untuk tempoh yang lama dan sakit belakang. Ini adalah salah satu simptom yang mungkin memberi petanda anda mengalami ketumbuhan fibroid.
Begitu juga dengan simptom seperti sembelit, sakit di pelvis dan bengkak di bahagian abdomen. Ia boleh berlaku terhadap wanita pada semua peringkat usia yang sudah mencapai akil baligh, tetapi paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 30 hingga 50 tahun.
Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai. Ada yang merasa sakit akibat fibroid dan ada juga yang tidak tahu dirinya mempunyai fibroid kerana tiada simptom mahupun rasa sakit.
Ads
Ads
Ads
Berikut 7 langkah jika mahu elakkan daripada berlakunya ketumbuhan fibroid:
Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.
Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obesiti berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.
Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.
Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid.
Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.
Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes cabul dikalangan kanak-kanak tidka boleh dipandang ringan. kes sebegini sudah terlalu banyak dilaporkan oleh media. Paling merunsingkan, si pelaku adalah orang terdekat yang paling dipercayai.
Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam hal ini bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa.
Saudara Firdaus Mokhtar berkongsi satu kisah pesakit wanita yang menderita depresi akibat anak perempuannya dicabul oleh anak lelaki pengasuh.
Semoga kisah ini menjadi teladan untuk ibu bapa lain supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan anak-anak. Dalam masa yang sama kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
“Saya tak percaya siapa-siapa!” Kata seorang pesakit kepada isteri saya.
Meskipun sesi telah berjalan lama, emosi pesakit ini masih belum dapat ditenangkan. Iyalah, itu adalah sesi yang pertama. Memang kes-kes macam ini kena lalui beberapa sesi.
Pada mulanya dia tak banyak bercerita. Namun akhirnya dia berani untuk buka mulut.
Dia bukan sengaja untuk selalu tidak ke tempat kerja. Kerap ambil cuti. Sampai cuti tahunan habis. Ambil pula cuti tanpa gaji. Akhirnya bila hujung bulan gaji jadi sikit. Tekanan!
Pesakit ini dirujuk ke hospital kerana major depression disorder (MDD). Dia jadi marah tiba-tiba. Menangis tiba-tiba tanpa sebab. Terlalu berfikir dan selalu berdebar-debar. Takut dengan macam-macam benda.
“Saya tak sangka anak dia buat macam tu. Anak lelaki dia baru tingkatan 1,” air mata pesakit tadi mula jatuh. Dia mula tak tenteram.
Anak perempuan pesakit ini berusia 4 tahun. Dicabul oleh anak lelaki pengasuh. Entah berapa lama dah jadi, tak diketahui.
Cuma akhirnya dapat tahu bila satu hari anak dia mengadu sakit di kemaluan masa mak dia mandikan dia. Anak dia kata anak pengasuh masukkan jari ke kemaluan. Jadi sakit.
“Lama dah ke abang L buat macam tu?” Soal pesakit tadi ke anak dia.
“Dah lama. Tapi sebelum ni usik usik je,” balas anak tadi.
Luluh hati mak ini. Anak yang dijaga sehabis baik diperlakukan begitu oleh orang lain.
Menambah tekanan bila ditanya ke pengasuh, dia dimarahi. Malah diugut pula.
“Kalau pergi buat laporan polis, aku pun akan buat laporan polis juga. Kau tuduh anak aku buat bukan-bukan. Percaya sangat cakap budak umur 4 tahun!”
Eh, aku pula geram. Hah! Akhirnya laporan dibuat, pemeriksaan hospital mengesahkan memang anak dia dicabul dan ada kesan tusukan.
Maka sejak itu pesakit ini tadi tidak percayakan siapa-siapa. Termasuk timbul ragu-ragu dan ketakutan kepada suami sendiri. Jadi depresi.
Dia tak pergi kerja sebab dia nak pastikan dia sendiri jaga anak dia. Tengok depan mata. Ada selalu sebelah anak dia. Begitu.
Kalian semua, ini sedang berlaku. Malah banyaknya kes begini di negara kita.
Saya kepilkan laporan statistik PDRM kes pedofilia yang keluar semalam di dada akhbar Sinar Harian. Ada banyak data cuma saya lampirkan data tentang hubungan suspek dengan mangsa.
Ada banyak pemangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perhubungan. Ada yang jauh, ada yang memang keluarga terdekat.
Ya Tuhan, dunia apa yang kita sedang hadap ini? Menakutkan.
Bukanlah niat saya untuk menimbulkan ketakutan kita buat orang sekeliling kita. Tapi kita kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
Maka pesan saya;
1. Ajar mereka soal menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh orang lain. Sesiapa sahaja dilarang menyentuh kemaluan mereka. Sebut sungguh supaya kes begini boleh kita jauhkan.
2. Berhati-hati memilih pengasuh. Kenali juga keluarga terdekat pengasuh. Suami dia kerja atau tidak, anak pengasuh umur berapa, ada sesiapa lagi tak yang tinggal di rumah pengasuh.
3. Ajar anak sensitif dengan persekitaran. Rajin berbual dengan anak-anak. Supaya anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi masalah dengan kita.
Bila kes macam ini berlaku, kesannya bukannya kecil. Bukan satu-satu keluarga tapi mungkin akan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Iya, rumahtangga mangsa tahu, bukan rumahtangga si pemangsa tadi.
Kesannya juga akan kekal lama. Pada emosi mangsa dan keluarga mangsa tadi. Macam saya pernah tulis sebelum ini, kadang sampai mangsa ini dewasa. Boleh jadi Post Traumatic Stress Disorder bertahun lama.
Allahu.
Kawan-kawan, semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Tuhan. Sebarkan demi kebaikan kita bersama.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Kasihanilah kami wahai Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.
Sebagai ibu bapa kitalah yang perlu sentiasa bertanyakan perihal anak kita terutama Ketika di sekolah.
Seorang ibu yang berdepan masalah pergaduhan anaknya bersama rakan sehingga memotong beg sekolah membuatkan kita sedar akan pentingnya kita bertanyakan perihal anak di sekolah.
Malah ibu ini turut berkongsi hal yang sama supaya mengetahui perihal berkaitan anak terutama Ketika berada di sekolah. Perkongsian ini menarik untuk dikongsikan kepada semua.
Baru sekolah rendah dah perangai camni ye, belum sekolah menengah lagi. Mak bapak tak ajar ke? Kesian Sumayyah naik-naik rehat je bag kena potong camni.
Aku dapat dengan mak pak dia aku sound ea. Dah report kat cikgu kelas dia. Sumayyah takut nak bagitau, kawan dia yang bagitau. Tu pun Sumayyah kata cikgu diam je, dia tak tau cikgu cakap apa. Maybe Mayyah tengah sedih, tak fokus keliling dia.
[KEMASKINI] Macam-macam komen dapat. Alhamdullillah sattle dah kes semalam. Bag anak kena gunting tu. Nasib luar kelas tu ada cctv.
Cikgu tengok cctv cikgu kata memang ada yang masuk kelas time rehat. Pelaku dan mangsa mengaku salah. Puncanya ejek mengejek. Harini dia ejek anak saya, esok anak saya ejek dia. Gitulah.. seterusnya.
Sampai masa agaknya si pelaku ni geram gaknya. Dia gunting la bag Sumayyah. Sampai cikgu kata kes dendam ni.
Tapi tak terjangkau dek otak ekboleh main benda tajam, gunting tu. Hmmm..bahaya betul. Arini gunting bag takut esok main acah-acah gunting pulak. Minta jauh la.
Dua-dua mengaku salah sendiri dan minta maaf. Dan ayah si pelaku pun dah beri duit untuk ganti bag. Dan saya pun dah minta maaf pada ayah si pelaku atas apa yang terjadi.
Tak semestinya anak saya betul. Nama pun budak darjah 2. Masing-masing ada kelakuannya sendiri kan. Tak kira la anak cikgu ke anak menteri ke, artis ke, kadang yang kita tak tau pun ada. Dan kita la yang kena betulkan mereka dan bimbing. Bukan cikgu dekat sek tu. Saya pun dah marah anak saya sebab ejek-ejek sama.
Masa perjumpaan ibu bapa dan guru amik report kad tula kena tanya macam mana anak kat sekolah. Kadang dah jumpa kawan-kawan hilang baiknya
Bukan nak cari salah siapa, bukan nak gaduh cuma nak betulkan keadaan. Sebab tu suruh cikgu siasat.
Yang tersinggung dengan kata-kata saya tu maaf la ye. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Saya terima.
Anak jadi pembuli kita takut, Anak dibuli pun kita takut. Semoga benda-benda ni dijauhkan la dari anak² kita semua.
Sumber: FB Waniez Zawani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teringat suatu masa dulu, air tebu menjadi antara minuman yang mudah didapati dek kerana banyaknya dijual oleh penjaja tepi jalan.
Berbanding kini lebih ramai yang berniaga pelbagai jenis air yang viral seperti Teh Ais, Ais Kepal, Air Mangga dan sebagainya hinggakan jika teringin merasa kelazatan air tebu agak sukar dicari.
Bercerita tentang air tebu ini, siapa sangka bukan sahaja nikmat diminum ketika cuaca panas, malah sebenarnya banyak khasiatnya untuk kesihatan.
Hal ini dijelaskan oleh pakar saintis kita iaitu Dr. Suri Roowi yang tidak asing lagi namanya.
Jom semak perkongsiannya.
KHASIAT AIR TEBU
Air tebu akan memudahkan aliran kencing dengan cepat, yang akan terus membantu buah pinggang untuk berfungsi dengan lebih baik. Jika ia ditambah jus limau lebih baik untuk rawatan demam kuning (J. Food Ag-Ind. 2010, 3(04), 453-461).
Selain daripada itu, asid glycolic dalam air tebu boleh mencegah jerawat, mengurangkan parut, mencegah penuaan dan membantu menjaga kulit daripada kering.
Sumber : Dr Suri Roowi
Principal Scientist
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.