Suami-suami selalu perasan tak isteri kita selalu mengadu sakit badan, sengal-sengal pada bahu dan badan? Kalau isteri anda selalu alami masalah ni, ada baiknya anda sebagai suami lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa sakitnya.
Sesekali ringankan tulang untuk urut isteri kita. Bukan hanya redakan redakan tekanannya tetapi juga boleh buang angin dan lancarkan sistem dalaman tubuh.
Kalau lebih rajin lagi, suami boleh tolong sediakan jamu manjakani homemade ni di rumah. Senang sahaja cara nak buatnya. Gentel-gentelkan sahaja. Manjakani yang baik untuk dalaman wanita ini membantu membuang angin dan menghilangkan rasa sakit badan. Jadi jom sediakan jamu ini untuk isteri kita.
Perkongsian cara hendak membuat jamu ini dikongsikan oleh saudari Ida Shahida di facebooknya. Jom kita cuba.
Bahu yang terasa berat, belakang rasa pedih-pedih dan sengal. Badan anda mungkin banyak angin. Selain melakukan urutan, boleh juga cuba jamu manjakani ni sebagai cara alternatif bagi menghilangkan rasa sakit badan.
Ads
BAHAN-BAHAN:
5 biji manjakani
2 inci halia
1 sudu makan halba
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMBUATNYA:
1. Tumbuk manjakani sampai halus.
Ads
2. Masukkan halba dan tumbuk lagi sampai halus.
3. Kemudian masukkan lada hitam. Tumbuk lagi.
4. Seterusnya masukkan halia dan bawang putih. Tumbuk sampai lumat dan sebati.
Ads
5. Akhir sekali, ambil secubit bahan tumbuk tadi dan gentelkan bulat. Keringkan.
6. Bila sudah kering, bolehlah makan dan amalkan setiap hari.
Jamu ini boleh dimakan 1 hingga 2 biji sehari.
Selamat mencuba
Kredit: Ida Shahida
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika anda pernah berniaga, tentu sahaja ada kisah berbeza dan tersendiri bagaimana anda boleh mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Ada orang berniaga sebab minat, ada orang berniaga sebab ingin keluar daripada kesusahan dan tidak kurang juga ada orang berniaga sebab percaya hanya berniaga boleh jadi kaya raya dan bermacam-macam lagi tujuannya.
Manakala bagi Fiza Asmuni, merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata dia berniaga kerana ingin membantu suami meningkatkan pendapatan keluarga dan dalam masa yang sama meneruskan legasi perniagaan keluarga dengan memasak Cucur Telur atau Coq Teloq.
Ikuti perkongsiannya
Area utara nie susah dah jumpa orang jual kuih nie…Saya peminat tegar kuih nie…setiap makanan pasti ada ceritanya. Dulu mak abah saya duk jual kuih ni lah..seawal 3 pagi bangun siapkan kuih nie,nasi lemak,kuih ketayap dan lain-lain.
Awal2 pagi sebelum subuh abah dah keluar hantar letak di kedai2 sebelum abah pergi kerja..dulu family saya orang susah..mak saya surirumah,abah saya pemandu lori ..masa tu abang,saya dan adik saya kecik lagi…jadi nie jer mampu mak saya buat, janji kami adik beradik terjaga.
Jadi dengan cara ni mak saya tolong abah saya menjana pendapatan keluarga kami dengan membuat pelbagai kuih termasuklah kuih nie.
Kini saya pula tolong suami
Lepas saya kahwin saya pula ambik alih jual kuih nie..tapi xlama setahun jer sebab masa tu xda anak lagi boleh lah buat kuih nie..sbb agak rumit bagi kita2 yang ada anak ni kan…
Pun begitu, 5 tahun lepas saya pernah jual letak di kedai-kedai. Bangun seawal 4 pagi..sebab saya buat xbanyak dalam 100biji jer…Alhamdulillah setiap kali hantar habis..seronok sangat2. Tambah bulan puasa..letak 100biji-200biji ke atas mesti habis. xsemua org pandai buat…sebab nak dapatkan keranggupannya…tapi lama2 cuba mesti dah pandai.
Tujuan saya satu, saya buat semua ini untuk menambah pendapatan suami dalam usaha membesarkan 2 orang anak kami. Biarpun tidaklah berniaga hari-hari, namun jika ada tempahan dan bulan puasa umpamanya saya ‘gagahkan’ diri juga untuk menyediakan cucur telur ini.
Kongsi Resipi
Sedara mara saya selalu tanya”bila nak buat coq telur”, ok hari nie saya buat. Saya nak share resepi dah pandai boleh buat jual pagi2.
Pelbagai jenis minuman herba yang diamalkan oleh wanita sejak zaman dahulu, pastinya bukan asing buat kita di zaman moden kini. Walau masa terus beredar, namun warisan petua dan ubatan tradisional ini terus diamalkan. Ini memandangkan manfaat dan khasiatnya begitu terkesan bagi setiap pengamalnya dan ini telah banyak dikongsikan di laman sosial.
Menyedari kebaikan dan khasiat minuman herba yang mana boleh dihasilkan di dapur sendiri, menarik minat untuk dicuba. Dan dalam banyak-banyak minuman herba, kami pilih 5 terbaik untuk diamalkan oleh anda yang bergelar seorang ibu dan isteri.
Diharapkan dengan mengamalkan minmuman herba ini kehidupan dan kesihatan anda bertambah baik dan mantap. Untuk itu, jom ketahui 5 minuman herba tersebut.
AIR ASAM KUNYIT Bahan:
Kunyit hidup
Asam jawa
Manjakani (optional, jika tak nak letak tak apa)
Gula perang/madu/gula batu (ikot cita rasa)
Cara penyediaan:
Ketuk kunyit (seeloknye pakai lesung,kalau tak hiris pun tak apa) kemudian rebus/reneh dengan manjakani. Kalau letak air 4 gelas, rebus sampai jadi 2 gelas. Letak asam jawa secukup rasa dan gula perang. (Cukup sekadar rasa)
KEBAIKKANNYA :Dapat meningkatkan lagi kesihatan tubuh bukan sahaja untuk penjagaan dalaman wanita malah wajah juga akan lebih berseri-seri.
AIR JINTAN MANIS
Bahan-bahan:
1 sudu makn jintan manis
1cawan air panas
Cara penyediaan:
Masukkan ke dalam caran jintan manis dan air panas. Kemudian tutup cawan tersebut dan dibiarkan selama 30 minit. Setelah suam, barulah diminum. Amalkan setiap pagi dan sebelum tidur.
KEBAIKKANNYA:Amalan yang perlu dilakukan secara konsisten bagi yang ingin turunkan berat badan. Malah minuman herba ini juga adalah rahsia untuk wanita terlihat lebih muda daripada usia sebenar.
AIR REBUSAN SERAI
Bahan-bahan:
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara penyediaan:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit. Kemudian tutup api, ambil setengah gelas air rebusan dan tambah setengah gelas air biasa. Perahkan satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
KEBAIKKAN : Boleh membantu menurunkan berat badan, mengempiskan perut dan sekali gus badan rasa lebih bertenaga dan ringan.
AIR REBUSAN MANJAKANI
Bahan-bahan:
3 biji manjakani
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Cara penyediaan:
Rebus semua herba di dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning. Kemudian tambahkan air asam jawa dan gula merah.Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya Setelah itu, biarkan air rebusan menjadi suam dan bolehlah terus diminum.
KEBAIKANNYA: Selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan minuman herba ini.
AIR REBUSAN HALIA
Bahan-bahan:
Halia
Serai
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Air secukupnya
Madu
Lemon
Cara penyediaan :
Rebus halia, serai, kulit kayu manis dan bunga cengkih dengan air secukupnya. Kemudian biarkan mendidih. Setelah api ditutup biarkan airnya rebusan menjadi suam. Apabila hendak di minum perah sedikit lemon dan masukkan madu.
KEBAIKKANNYA: Apabila mengamalkan petua tradisional ini akan dapat menurunkan berat badan persis anak dara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya inginkan bahagia hingga ke hujung nyawa. Namun siapa kita untuk mengelak takdirnya. Ada sahaja cabaran yang datang. Ia termasuk pasangan yang dikatakan curang.
Isteri yang selama ini setia di sisi tentu kecewa. Malah ada yang bertindak diluar batas dengan menyerang sang suami di khalayak ramai.
Begitulah kisah yang dipaparkan lelaki ini. Namun atas sifat prihati dia turut berjaya menghalang orang ramai daripada merakan kejadian yang akan mengaibkan pasangan.
Selanjutnya ikuti perkongsian itu.
Suami curang isteri mengamuk
Orang perempuan bila marah, kecewa dia lebih dahsyat dari lelaki. Seram tengok. Semalam kat depan kedai gaduh suami isteri. Suami kontoi ada perempuan lain.
Entah dari mana tiba-tiba kecoh depan kedai. Dengar perempuan jerit-jerit macam nak perang besar.
Rupanya seorang isteri datang serang suami dengan perempuan lain. Yang awek suami ini pula awal-awal minta maaf. Saya minta maaf kak, suami akak cakap dia dah solo. Saya minta maaf.
Apa lagi, isteri dengan laju tumbuk muka suami. Jantan tak guna, boleh pula kau mengaku dengan perempuan lain kau solo.
Aku dah lama follow kau dua ekor ni. Kau kena ingat, kau masih laki aku, makan minum aku dan anak-anak masih tanggungjawab kau.
Si lelaki ini hanya diam membisu. Hanya membiarkan sahaja isteri memukul dikalayak ramai. Nasib baik time tu tak ramai orang sebab hujan renyai-renyai.
Ada yang cuba rakam
Fuh drama betul depan kedai. Saya tengok ada sorang brother ni dok rakam. Cepat-cepat saya pergi. Bang jangan rakam, ini aib diorang, abang rakam abang share nanti satu Malaysia tahu aib dia, cukuplah sekadar depan kita semua. Cepat-cepat brother ni stop dan deleted.
Saya sedih dan marah. Marah sebab si suami mengaku solo. Apa faedah kita mengaku sebab nakkan perempuan lain, nak tackle perempuan lain.
Sedih sebab seorang wanita yang kita nampak lemah terpaksa bertindak begitu dikhalayak ramai( harap tiada yang rakam dan viral). Nasib baik si suami ni tak balas balik, jika tidak lagi malu.
Ada yang kata kenapa la kecoh-kecoh kat public, selesai kat rumah kan elok. Saya kata, satu tahap wanita ini dia akan bertindak diluar kawalan apabila perasaan kecewa, sedih, teranianya menguasai mereka.
Tindakan itu disebabkan seorang suami yang selama ini dia curahkan segala bakti tergamak berbuat begitu.
Pengajaran untuk kita wahai para suami. Kenapa kita pilih kehancuran sedangkan Allah telah kurniakan kita permata kebahagiaan.
Entahlah dunia terlalu singkat untuk kita hancurkan sebuah kebahagiaan. Sekadar kongsi buat pengajaran.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.