Air Fryer cukup memudahkan urusan ibu-ibu di dapur. Bukan itu je, ia juga menjimatkan masa selain dapat mengurangkan penggunaan minyak.
Tetapi selepas digunakan pasti kena cuci bersih-bersih kan.
Inilah masalah yang ibu-ibu hadapi apabila menggunakan Air Fryer di rumah. Terutama sekali selepas memanggang ikan atau ayam.
Bahan masakan yang melekat menyukarkan ibu-ibu nak mencuci.
Jom baca perkongsian dari puan Huda Zainal cara mencuci air fryyer dengan mudah.
Ads
Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer. Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal. Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni. Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental. Bonda guna cuka dan span cuci pinggan je dekat kerak-kerak wiring rack tu. Cepat je tertanggalnya.
Adakah anda menghadapi masalah liang roma atau pori-pori besar dan terbuka? Masalah ini adakala menggugat keyakinan diri wanita kerana secara fizikal, mereka kelihatan lebih tua , tidak seiring dengan usia yang sebenar.
Andai anda sedang mengalami masalah sebegini, usah khuatir kerana pori-pori yang besar bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi. Selain melindunginya di sebalik solekan tebal atau mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan, ada cara yang lebih mudah dan murah untuk anda amalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dari alam semula jadi.
TIP MUDAH & MURAH RAWAT PORI-PORI BESAR
Buah lemon kaya dengan vitamin C yang berupaya menyegarkan kembali wajah sekali gus mengecilkan masalah pori-pori. Caranya, potong lemon kepada dua bahagian. Perah dan ambil jusnya. Sapukan jus lemon tadi di seluruh bahagian muka setiap malam sebelum tidur. Anda juga boleh saja tampalkan hirisan nipis lemon di bahagian pori-pori yang terbuka luas. Selain membantu mengecilkan masalah berkenaan, wajah anda juga akan kelihatan lebih tegang!
Satu lagi buah enak yang kaya vitamin C adalah buah tomato. Buah tomato dapat digunakan untuk menyegarkan kulit wajah di samping mengecilkan pori-pori. Amalkan menyapu wajah dengan masker daripada buah tomato. Caranya mudah sahaja. Lumatkan buah tomato sehingga halus sebelum disapu pada wajah. Biarkan kering seketika dan bilas dengan menggunakan air yang dingin. Air dingin ini dapat menambah kesegaran wajah anda.
Selain enak dijadikan perasa dalam minuman atau makanan, madu juga terkenal dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Antara khasiat madu adalah membantu mengecilkan pori-pori wajah. Sapukan sahaja madu di sekitar wajah dan urut lembut. Biarkan kering seketika dan bilas dengan air dingin. Selain itu, anda boleh sahaja campurkan madu dengan sedikit jus lemon. Jus Lemon ini membantu memaksimumkan fungsi madu bagi mengecilkan pori-pori wajah anda. Amalkan dengan kerap sebagai masker sebelum tidur untuk hasil yang lebih baik.
Sayuran berwarna hijau ini sudah sekian lama terkenal dalam pembuatan masker semula jadi. Hal ini kerana timun amat berkhasiat, lebih-lebih lagi dalam penjagaan kecantikan. Fungsinya pelbagai, dari melembapkan kulit, menghaluskan wajah sehinggalah mengecilkan jerawat. Tak ketinggalan, ia juga membantu mengecilkan pori-pori wajah. Cara mudah membuat sendiri masker daripada timun adalah dengan menghaluskan timun menggunakan mesin pengisar. Kemudian, tambahkan sedikit tepung jagung dan kacau sebati. Gunakan ia sebagai masker dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air dingin.
Siapa kata ais tidak baik untuk diamalkan? Jika dalam penjagaan kecantikan, ais antara bahan yang amat bermanfaat. Menggunakan ais untuk mengecilkan pori-pori adalah satu langkah yang paling mudah dan cepat. Maksudnya, anda tidak perlu persediaan seperti memotong, memerah dan sebagainya. Hanya gosokkan ais pada wajah selama 15 hingga 30 minit sebelum tidur. Pastikan, anda telah membersihkan wajah terlebih dahulu sebelum menggosokkan ais. Hal ini bagi memastikan wajah bebas dari sebarang kotoran yang boleh menyumbatkan pori-pori wajah ketika proses menggosok ais. Ais ini akan membantu mengurangkan penghasilan minyak pada wajah.
Sungguhpun baunya kurang menyenangkan, tapi tahukah anda bahawa putih telur mengandungi asam amino dan enzim lain yang dapat menjadikan kulit wajah anda nampak lebih muda? Sapu putih telur ke seluruh wajah dan tutup dengan tisu ala-ala masker. Lepas putih telur benar-benar kering, tanggalkan tisu pada kulit wajah dan bersihkan kotoran yang melekat. Wow, kulit terasa tegang dan pori-pori juga lebih mengecil!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Popcorn antara jajan yang cukup digemari. Sambil tengok tv atau menonton wayang, memang sedap melayan. Tak sedar habis sebekas.
Kalau nak jimat, apa kata ibu-ibu buat sendiri, mudah dan sedap.
Jimat pula tu. Jom cuba cara yang dikongsikan chef Aezach AR. Selamat mencuba!
Waktu2 ni .. takda pop corn hat juai kat KLCC tu.: berjimat cermat! . Hang beli biji jagung.. hang buat caramel pop corn sendiri.. mengunyah depan tv malam2 nanti sambil tengok tv
Bahan-bahan
2/3 cawan minyak jagung
1/3 cawan salted butter
3 cawan mushroom pop corn kernel
1:3 = 1 part minyak : 3 part kernel jagung
Cara membuat:
-Panaskan minyak jagung + butter
– masukan 2 -3 biji kernel jagung.. biar dalam 10 saat .. bila dah keluar bertih bermaksud minyak dah cukup panas.
– masukan semua kernel jagung.. tutup periuk..biarkan 30 saat kemudian alihkan periuk sat dari api
– biar dalam 30 saat..
– letak atas api balik .. pakai kain pegang periuk goncang sikit supaya minyak dan bertih jagung rata
– biarkan dalam 30 saat sampai habis kernel bertukar jadi pop corn
Cara buat Karamel
1 cawan gula perang
125gm butter
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh baking soda
– buat caramel, masukan butter, susu pekat manis dan baking soda.. kacau rata
– gaul ke dalam pop corn tadi bersama kekacang – walnut / badam yang di bakar dulu
– lapil parchment paper atas tray, tuang pop corn yang di gaul tadi
– bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 15 minit
– sejukan kemudian masuk dalam bekas kedap udara
Hari bahagia sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan, namun terselit kedukaan bila orang yang tersayang tiada di sisi untuk sama-sama meraikannya.
Demikian bagi personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi, 51, yang baru sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali, 57.
Majlis akad nikah berlangsung pada hari sabtu yang lalu bertempat di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur itu disempurnakan bapa Ras, Mohd Radzi Wahab, dengan disaksikan Imam Masjid terbabit, Yahya Mat Husin.
Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 bersama empat dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Namun hari yang sama, Ras telah kehilangan kawan baiknya, allahyarhamah Wafa Abdul Kadir akibat kanser yang ditanggungnya.
Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya pagi semalam, Ras turut terkesan apabila tidak dapat hadir ke pengebumian rakan baiknya, Allahyarham Wafa Abdul Kadir.
“Ini cukup sukar buat saya kerana dalam gembira, terselit duka. Gembira kerana saya akan diijabkabulkan dengan seorang yang amat menyayangi seluruh jiwa dan raga. Namun hari ini juga saya kehilangan Kak Long saya.
“Saya ingin meraikan akad ini bersama dia, namun saya sedar rancangan Illahi tiada tolak tandingnya. Maafkan Deep kerana tidak dapat menghantar akak ‘pulang’, namun Deep tahu akak mahukan Deep gembira.
“Akan Deep cekalkan diri dan kawal airmata daripada mengalir di pipi. Itu janji Deep, Kak. Maaf sekali lagi, kerana adikmu ini tidak dapat bersama mengiringi dirimu untuk mengadap Illahi. Allahu,” tulisnya.
Ras Adiba dan suami berkenalan ketika sama-sama bertugas di TV3 pada 1986 dan mula rapat pada Disember tahun lalu.
“Sebenarnya, kami sudah lama saling mengenali, iaitu sejak masing-masing bertugas di TV3 yang ketika itu beroperasi di Jalan Liku, Bangsar.
“Bagaimanapun, ketika itu hubungan kami adalah atas paksi profesional. Malah, masing-masing tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh.
“Disember lalu, kami berjumpa kembali pada majlis pertemuan semula (reunion) bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan. Ketika itu, kami lebih banyak berkongsi cerita sesama sendiri,” katanya yang sudah lima tahun hidup solo selepas perkahwinan kedua berakhir.
Menurut Ras, sepatutnya pada hari ini mereka akan ditunangkan terlebih dahulu sebelum disatukan sebagai suami isteri. Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat keluarga, ia diteruskan dengan majlis pernikahan.
“Kami pula hanya mengadakan majlis kecil-kecilan. Lagipun, ia bukan perkahwinan pertama buat saya dan suami,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Ras dikurniakan dua cahaya mata, manakala suaminya pula mempunyai enam anak.
Sumber: Berita harian, FB Ras Adiba Radzi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...