Cuci Air Fryer Guna Cuka Je. Tak Perlu Sental, Segala Kerak Hilang & Nampak Berkilat, Cukup Mudah!

Share

Air Fryer cukup memudahkan urusan ibu-ibu di dapur. Bukan itu je, ia juga menjimatkan masa selain dapat mengurangkan penggunaan minyak.
Tetapi selepas digunakan pasti kena cuci bersih-bersih kan.

Inilah masalah yang ibu-ibu hadapi apabila menggunakan Air Fryer di rumah. Terutama sekali selepas memanggang ikan atau ayam.
Bahan masakan yang melekat menyukarkan ibu-ibu nak mencuci.
Jom baca perkongsian dari puan

Huda Zainal cara mencuci air fryyer dengan mudah.

Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer.


Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal.
Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni.
Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental.


Bonda guna cuka dan span cuci pinggan je dekat kerak-kerak wiring rack tu. Cepat je tertanggalnya.

IKLAN