Bilamana penyaman udara atau aircond tiba-tiba rasa tak sejuk, selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang dah tepu pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.
Umumnya ramai antara kita akan mencari pakar untuk menyelenggarakan aircond tersebut. Pun begitu, tahukah anda sebenarnya membersihkan aircond boleh anda lakukan sendiri dan kerja ini tidaklah terlalu susah hatta sesiapa pun boleh melakukannya.
Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Ima Shanisma hasil kerajinan suaminya melakukan tugasan tersebut. Jom perhati satu persatu agar lebih mudah difahami untuk dipraktiskan!
“Hai semua hari ni sis saja nak share sikit projek cuti hubby. Dia memang tak reti duk diam kat rumah . Bila sel-sel otak dia mula berhubung mulala nak buat sesuatu.
Hari ni dia terlebih rajin nak cuci aircond bilik. Dah 3 tahun guna aircond ni tapi tak pernah lagila bersihkan segalanya. Selalunya cuci penapis habuk itu sahaja.
Tapi dua tiga hari ni rasa aircond macam kurang sejuk dan slow je angin dia. Terus hubby kata kena service aircond ni kalau tak nanti lama-lama rosak pulak.
Berbekalkan sedikit ilmu dan kemahiran, pagi tadi terus dia mulakan kerja-kerja pembersihan. Kalau panggil orang servis aircond, silap-silap habis Rm200! Jadi jimatla sikit belanja.”-Ima Shanisma
Ini perkongsian puan Ima Shanisma Via Kelab Kaki Deko bagaimana caranya suaminya melakukan pembersihan aircond dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita bersama. Selamat mencuba!
KEADAAN AIRCOND YANG PENUH HABUK.
Ads
SEGERALA LAKUKAN INI!
Buka penapis habuk dan tanggalkan. Cuci dengan air. Kalau nak memberus pun boleh sebaiknya guna berus sabut.
Ads
2. Blower yang kotor sangat ni hubby berus guna penyapu kecil yang orang selalu guna di masjid untuk buang taik cicak tu, sebab itu je yang ada tadi. Penuh habuk kan? Maklumla tak pernah buka semuanya.
3. Tebal sgt habuk kat situ. mcm mana tak lambat nak sejuk kan..erm berbekalkan berus gigi anak yang dah tak guna. Hubby guna untuk berus cooling coil. Baru tau je benda apa tu colling coil haha. Masa sebelum nak memberus tu seeloknya spray dulu air bagi habuk tersebut mudah tanggal dan tak berterbangan. Berus hati-hati ye sebab plat besi tu lembut sangat mudah bengkok.
4. Sudah bersih. Biar kering dulu.
Ads
5. Outdoor panel pulak hubby tanggal penutup kipas tu terus. Boleh cuci kipas dan penutup depan tu sekali. Dan semua benda yang ditanggalkan cuci dan keringkan.
6. Dah siap dipasang semula. Abaikan paip hitam tu sebab paip tu guna sebagai penahan pintu grill dari menghentam aircond tusetelah hampir siap dipasang sepenuhnya. Dah nampak bersih dan macam baru.
7. Dah siap…sejuk, angin pun laju dan lebih senyap dari sebelumnya.
Sumber : Ima Shanisma via kelab kaki deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila bergelar suami isteri tentunya akan melalui kesukaran ketika hidup bersama. Waktu ini, susah senang bersama pasangan memang menduga diri.
Menerusi facebook Muhammad Yusoff, berkongsi bahawa, kehidupan alam rumahtangga ada pelbagai dugaan. Yang menentukan kebahagian adalah pasangan itu sendiri yang saling menghargai dan melengkapi antara satu sama lain.
IKUTI PERKONGSIANNYA
Jarang saya menulis pagi-pagi. Saje saya nak terbalikkan masa, cerita sikit kenangan lalu mengusik jiwa saya, 11 tahun lepas. Panjang sikit tapi harap sudilah baca ye.
Masa tu saya baru kerja. Pengangkutan yang saya ada hanyalah sebuah motor. Yelah, baru kerja. Masa mula-mula kerja gaji pun takde lagi. Tapi masa tu saya dah kahwin dah. Kahwin muda. Bini baru habis belajar masa tu. Saya pulak baru posting.
KEHIDUPAN SEDERHANA
Masa tu saya ditakdirkan posting di Pasir Gudang. Kampung saya di Batu Pahat. Jauh jugak Batu Pahat ke Pasir Gudang. Kalau naik motor 3 jam. Saya masih ingat awal-awal tu hari-hari saya naik motor wave ulang alik Pasir Gudang ke Batu Pahat, Batu Pahat ke Pasir Gudang sebab nak jumpa bini.
Ada satu peristiwa tu saya tak boleh lupa. Pagi tu saya bawak bini ke Pasir Gudang. Kami bangun awal. 4.00 pagi. Bertolak daripada Batu Pahat ke Pasir Gudang. Lalu jalan kampung pagi-pagi. Sejuknya bukan main. Yelah, naik motor. Time embun pagi membasahi bumi. Sebenarnya masa tu sekolah saya ada program. Saje saya bawak bini sebab dia nak tengok sekolah saya. Kebetulan dia pun dah nak posting bulan seterusnya.
Habis program, saya dan bini bertolak balik. Dan time tu terjadilah satu peristiwa yang saya takkan saya lupa sampai bila-bila sepanjang hayat saya.
Boleh pulak motor saya pancit tengah highway. Adoi. Tengah-tengah highway ni nak menapak ke susur keluar highway jauh jugak. Adalah dalam sepuluh kilometer. Nak tahan kereta pun, mana ada kereta nak berhenti.
Jauh jugak kami berjalan. Saya tolak motor yang tayarnya kempis takde angin.
PENGORBANAN
Kesian saya tengok bini saya. Berpeluh-peluh dia. Dahlah kena bangun pagi-pagi. Tak cukup tidur, lepas tu kena menapak jauh pulak tu.
Saya lupa hari tu adalah hari jadi bini saya. Saya sedih sebab hari jadi bini jadi macam ni pulak. Saya ingat nak bawak dia makan soto special dekat rumah saya tapi apakan daya, jadi macam ni pulak.
Saya doa dalam hati biarlah ada yang menolong saat genting ni dan ajaibnya Alhamdulillah kebetulan ada lori yang jaga maintainance highway lalu dan dorang pelawa kami naik lori dorang sampai ke kedai baiki motor.
Masa tu seingat saya duit dalam poket adalah RM50 sebab tak dapat gaji lagi time tu.
Tokey motor suruh saya tukar tayar sebab dah teruk. Saya kata duit takde lagi ni. Saya kata tampal dulu lah tokey. Saya tawakal je masa tu. Fuh, dalam hati berdebar betul sebab jauh lagi nak sampai kampung. Saya cuma berdoa supaya Tuhan permudahkan perjalanan saya dan isteri.
Sebelum bertolak saya singgah kedai, beli roti Gardiner coklat. Saya kata kat isteri, saya nak beli kek coklat tapi saya tak mampu masa tu. Nak nangis rasa. Isteri senyum je. Allah, rasa malu jugak pada isteri masa tu. Rasa apalah lekeh sangat saya masa tu.
Alhamdulillah kami sampai jugak kat kampung saya. Saya bawak pelan-pelan. Slow and steady, janji sampai. Malam baru saya sampai kampung. Sampai-sampai terus mandi, solat, letak kepala terus hanyut lena kepenatan.
SUSAH AWAL PERKAHWINAN
Saya rasa ramai suami dan isteri pernah rasa susah masa awal-awal kawin kecualilah kalau depa asal kluster kayangan. Dan pastinya, momen-momen sedih ni dia akan bermain dalam minda kita sampai bila-bila. Rasa nak menangis pun ada bila dikenang.
Suami ada masa cuba ingat kenangan susah bersama isteri. Kenangan naik motor sama-sama lepas tu basah kena hujan. Kenangan hari-hari makan telur dengan kicap. Kenangan tidur atas toto sebab tak mampu nak beli tilam. Kenangan tampal surat khabar kat tingkap sebab tak mampu beli langsir. Kenangan rumah kosong saujana mata memandang sebab belum mampu beli perabut. Kenangan makan kongsi sorang sikit sebab nak jimat makanan.
CARA ERATKAN HUBUNGAN
Pada saya semua kenangan ni mendewasakan kita suami dan isteri. Dan, ia mengeratkan lagi hubungan kita. Ia juga akan menjadikan kita kuat fizikal dan mental.
Tiada pasangan suami isteri yang tak pernah rasa susah selepas mereka berkahwin. Dugaan tak cukup duit, tak cukup makan memang akan berlaku. Ia adalah satu proses perjalanan dalam perkahwinan yang perlu suami dan isteri lalui.
Apa yang penting ialah suami dan isteri itu sabar, redha, setia dan hargailah pasangan masing-masing walaupun apapun yang terjadi. Susah ke senang ke tetap bersama.
Sebab tu sekarang ni dengan keadaan ekonomi yang dah agak stabil(Alhamdulillah), saya cuba yang terbaik untuk bahagiakan isteri saya. Cukupkan apa yang tak cukup. Lengkap kan apa yang tak lengkap. Belikan apa yang isteri idam-idamkan yang saya tak mampu belikan waktu kami susah dulu. Saya cuba jadi suami terbaik walaupun saya bukanlah yang terbaik.
PERINGATAN BERSAMA
Suami-suami kena ingat walau apapun yang terjadi,:
Teruskanlah bercinta. Jangan berhenti bercinta sampai syurga.
Berkongsilah. Jangan kedekut dan berkira dengan pasangan.
Jadilah pendengar yang baik. Suami dengar suara hati isteri. Isteri dengar suara hati suami.
Belajarlah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Suami lengkapkan isteri. Isteri lengkapkan suami.
Para suami, hargailah isterimu. Bahagiakanlah isterimu.
Perempuan yang ada masa kita susah inilah yang sepatutnya bersama kita ketika kita senang. Jangan, please, bila kita dah senang, kita dah ada harta, kita tinggalkan mereka sewenang-wenangnya sebab kejar yang kedua, yang ketiga yang keempat yang datang cuci kaki bila suami dah senang.
Sekali lagi saya menyeru buat diri saya, Muhammad Yusof dan semua suami, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita, hargailah isteri kita dan hargailah isteri kita.
Diakhirnya, matlamat hakiki kita sebagai suami ialah kita kalau boleh nak pimpin tangan isteri bersama untuk masuk ke dalam Syurga, kan? Semoga dengan keberkatan kita jaga isteri, isteri jaga kita, kita akan sama-sama menjejakkan kaki kita ke Syurga dan kekal bahagia di dalamnya ❤️
Apa-apapun doakanlah saya dan isteri dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dunia dan akhirat ya?
p/s: tak perlu tag suami sebab bukan suami baca pun, tapi sudikanlah share ye semoga ada manfaatnya buat kita sekeluarga.
Tentang gelang emas jangan risau, janji tetap janji, demi namanya isteri, lautan api pun saya akan renangi, setakat lautan Habib Jewel, Insyaallah saya akan redahi .
Bahagia rumahtangga ada pelbagai cara untuk dikecapi.
Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain sentiasa menunju kearah hidup yang lebih harmoni.
Sebagaimana perkongsian ini, menjelaskan apa itu sebuah rumahtangga yang bahagia. Ia berkisar mengenai adat dan sunnah. Moga muhasabah diri dan dijadikan manfaat dengan perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Syedbahri Syed menerusi facebooknya.
Adat Melayu vs Sunnah Islam Dalam Rumahtangga…
Adat :
Isteri hidang makanan utk suami, isteri berdiri tepi…apa2 tak cukup, isteri kena tambah…hbis suami mkn, isteri kena angkat pinggan suami dan basuh…pastu bru isteri boleh mkn…
Sunnah :
Rasulullah s.a.w mengajak isteri Baginda makan sepinggan dgnnya…Rasulullah s.a.w hanya menggunakan 1 cawan dan Baginda minum di tempat yg sama yg diminum isterinya…Rasulullah s.a.w juga menyuap isterinya makan…
😊👍
Adat :
Bila suami balik, makanan wajib ada bwh tudung, atas meja…
Sunnah :
Rasulullah s.a.w pulang ke rumah lalu melihat tiada makanan utk dimakan…ini kerana isteri Baginda belum ke pasar…Lantas Rasulullah s.a.w menyoal Saidatina Aishah, “Belum ada makanan ya Humaira?”
Saidatina Aishah menjawab belum ada kerana beliau belum ke pasar lagi…
Rasulullah s.a.w terus berkata, “Jika begitu, aku puasa saja hari ini…”
😊👍
Adat :
Isteri kena hantar suami smpai depan pintu rumah, isteri kena tunggu suami balik depan pintu rumah…
Sunnah :
Pernah sekali Rasulullah s.a.w pulang ke rumah dan Saidatina Aishah telah terlelap tidur. Baginda masuk perlahan2 ke dalam rumah dan Baginda tidor di luar bilik kerana tidak mahu membuatkan isterinya terjaga dari tidur…
😊👍
Adat :
Keje2 rumah semuanya tanggungjawab isteri…tanggungjawab suami ialah kluar mencari rezeki sahaja…
Sunnah :
Rasulullah s.a.w sering membantu isteri Baginda selepas Baginda pulang ke rumah…Baginda merupakan seorang pemerintah, pemimpin umat islam…Byk perkara yg Baginda kena fikirkan dan lakukan…namun Baginda masih menolong isteri Baginda melakukan keje2 rumah…
😊👍
Adat :
Kedudukan suami itu tinggi…isteri perlu taat dan hormat walau mcm mna pun keperibadian seorang suami tu…
Sunnah :
Rasulullah s.a.w pemimpin tertinggi umat islam…namun bila pulang ke rumah, Baginda merupakan org yg paling bertolak ansur dan lemah lembut dgn isteri…Baginda sedikit pun tidak meninggikan suara terhadap isteri Baginda…
Bahkan Baginda bersabda, “Sebaik-baik kalian ialah yg paling baik terhadap isterinya, dan aku baik terhadap isteriku…”
😊👍
Adat :
Seorang isteri wajib pandai memasak…suami dah bayar hantaran tinggi, klu tak pandai masak, maka isteri tu tak setimpal dgn wang hantaran yg dibayar…
Sunnah :
Ada satu ketika di mana Saidatina Aishah masak sesuatu dan ianya masin…Lalu Rasulullah s.a.w panggil Saidatina Aishah dan menyuapnya makan…tersedarlah Saidatina Aishah yg makanan itu masin dan Rasulullah s.a.w sedikit pun tidak menunjukkan muka yg kurang senang dgn masakan tersebut…
😊👍
Adat :
Isteri yg menyiapkan pakaian suami dari membasuh, mengeringkan, melipat dan menggantungkan baju suami…
Sunnah :
Rasulullah s.a.w menjahit dan menampal sendiri bajunya yg koyak tanpa perlu menyuruh isterinya…
😊👍
Kesimpulannya, amalkanlah sunnah dlm kehidupan rumahtangga berbanding adat…tak salah utk ikut adat, tapi biarlah bertempat…jgn terlalu menjunjung adat sehingga memudaratkan dan menghambakan org lain yg ada didalam rumahtangga tersebut…
Saidatina Aishah berkata, “Kalau Rasulullah s.a.w berada dirumah, Baginda Nabi selalu membantu urusan rumahtangga…”
Kalau Rasulullah s.a.w yg dijamin syurga pun boleh buat mcm ni, kita yg tiada jaminan syurga ni, takkan semudah ini pun tak nak ikut dan amalkan dlm rumahtangga…? Pahala free je ni klu ikut…
Renung-renungkan…
Sumber: Syedbahri Syed
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sama cantik sama padan. Pasangan diraja anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 8.50 malam di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan.
Pasangan diraja itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, disaksikan oleh Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, sebagai saksi pertama.
Sementara itu, Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah bertindak sebagai saksi kedua, bersama dua saksi dari pihak pengantin perempuan.
Istiadat diteruskan dengan Majlis Menyarung Cincin Perkahwinan dan Majlis Merenjis, yang disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, diikuti oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Melengkapi majlis merenjis adalah ibu bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan dan Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini.
Turut hadir ialah paduka kakanda dan adinda Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, kerabat diraja Pahang, serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri.
Istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada Jumaat ini, manakala Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad, 27 Oktober.
Semua istiadat disiarkan secara langsung melalui dua layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu layar di Dataran Pekan.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di