Awalnya mereka sekadar gurauan, namun siapa sangka ia bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki maut difahamkan selepas dengan bapa saudaranya yang dikategorikan sebagai Sindrom Down.
Menurut pihak keluarga, mangsa Muhammad Azfar Qayyum Md Said, berusia enam tahun telah bergurau ‘bertumbuk-tumbuk’ dengan bapa saudaranya yang mesra dipanggil Mi.
Melihatkan gurauan tersebut yang agak kasar, mereka berdua telah ditegur agar berhenti bermain bertumbuk, namun tidak lama kemudian mereka menyambung semula.
Difahamkan mangsa Muhammad Azfar Qayyum Md Said bermain bersama bapa saudaranya di rumahnya. Bagaimanapun pada tengah hari esoknya mangsa tidak sedarkan diri sebelum bapanya membawa kanak-kanak itu ke hospital.
Berdasarkan percakapan ibu dan bapa mangsa, anak mereka berada dalam keadaan sihat meskipun terdapat kesan lebam pada muka pagi ini.
“Ibu mangsa kemudian keluar bekerja sehinggalah dimaklumkan suaminya anak mereka tiba-tiba tidak sedar diri 12 tengah hari.
“Muhammad Azfar kemudian dikejarkan ke Hospital Baling sebelum disahkan meninggal dunia 2.15 petang,” katanya.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala dan badan mangsa.
Menurut Nur Maizatul Akmar Abd Aziz, 27, kakak lelaki berkenaan yang juga ibu saudara mangsa, dia percaya adiknya berusia 16 tahun yang juga penghidap Sindrom Down itu tidak mempunyai niat untuk mendatangkan kematian kepada mangsa.
“Selama ini adik saya dan mangsa biasa bermain bersama dan mereka amat rapat jadi saya kenal sangat kelakuan adik saya.
“Walaupun dia mempunyai Sindrom Down tetapi dia amat sayangkan kanak-kanak malah sebelumnya ketika mereka bermain bersama tidak pernah terjadi apa pun,” katanya.
Mangsa sempat meminta ibunya membancuh minuman sebelum ibunya keluar berniaga.
“Pagi semalam, sebelum kakak saya (ibu mangsa) keluar berniaga nasi lemak, arwah ada minta padanya untuk membancuhkan minuman coklat panas.
“Arwah juga sempat melambai tangan kepada ibunya yang ketika itu sedang memakai tudung sehinggalah keluar rumah,” katanya.
Mengakui tragedi itu amat menyedihkan buat mereka sekeluarga namun reda dengan apa yang berlaku.
Sumber: Harian Metro & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak gelombang ketiga Covid-19 ini meletus, di lihat semakin ramai yang menjadi mangsa dan keadaan ini cukup membimbangkan kita semua. Bahkan bila dilihat di media sosial ramai yang mohon didoakan agar mereka segera sembuh dan kuat melawan penyakit tersebut.
Hal ini cukup menyentuh hati dan situasi yang sama juga telah menimpa keluarga penyanyi Aiman Tino. Sepuluh daripada ahli keluarganya disahkan positif Covid-19 sejak 10 hari yang lalu dengan masing-masing kini sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.
Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, menurut ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil, 45, dia, suami dan lima orang anaknya yang lain telah dijangkiti Covid kecuali Aiman yang tidak menetap bersama mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
“Kami semua masih kuarantin kendiri di rumah. Selain itu, anak sulung saya, Nurfara Ain, suami dan anaknya yang berusia sebulan juga dijangkiti tapi mereka menjalani kuarantin di rumah sendiri di Shah Alam.
“Kalau tanya pasal punca, saya pun tak tahu dari mana. Tetapi sebelum melakukan ujian calitan itu, saya memang mengalami demam selepas balik dari pekan di Kuala Kubu.
“Selepas itu, suami pula demam selepas menerima suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat ujian calitan dan ternyata, keputusan positif,” katanya.
“Seksa Sangat Batuk…”
Menurut Hazelina, anak-anak yang menetap bersamanya dan dijangkiti Covid ialah Nurisfasha, 19, Mohd Haikal,15, Nur Alya Mahsuri, 12,Nurqaseh, 10, dan Nina Izzara, 6.
Selain itu, menurut Hazelina, biarpun sudah 10 hari menjalani kuarantin, cuma tahap kesihatannya sahaja yang agak teruk memandangkan selama ini menghidap penyakit asma.
“Anak-anak semua sudah okey dan tidak lagi demam. Cuma keadaan saya seorang saja yang agak teruk. Saya memang ada masalah asma tambahan pula dengan demam dan batuk yang tak baik-baik lagi sehingga kini.
“Seksa sangat batuk ini dan susah saya nak bernafas. Pagi tadi pun badan saya jadi sangat lemah dan rasa nak pitam. Tapi deria rasa dan bau sudah kembali.
“Doktor memang ada cakap kalau tak cukup oksigen, kena hubungi ambulans untuk bawa saya ke hospital. Hari ini keadaan saya semakin teruk pula tapi tak pasti lagi perlu ke hospital atau tidak,” katanya.
Sebelum ini, kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel ada memuat naik status di Instagram memohon agar semua orang mendoakan keluarganya yang disahkan positif Covid-19.
Bersamalah kita doakan agar keluarga Aiman Tino diberi kesembuhan daripada Covid-19.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Musim percintaan yang dahulunya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta kian pudar ditelan dek masa. Walaupun sudah hampir empat tahun berumah tangga, namun sikap suami anda semakin hari semakin berubah. Bagaimana untuk betulkan kedaan ini?
Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu bagaimana untuk menjadi isteri mahupun suami terbaik buat pasangan anda:
Berlaku adil
Keterbukaan
Nasihat orang yang betul
Bertolak ansur
Tarik perhatian pasangan
Komunikasi dua hala
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.