Jika sebelum ini bila lihat karpet atau toto kotor, biasanya kita hantar dobi untuk mencucinya.
Tapi tahukah anda, kita sendiri boleh mencucinya dengan mudah dan bersih dengan menggunakan mesin basuh yang sedia ada di rumah.
Pun begitu, ada teknik yang harus diikuti agar lebih mudah untuk dicuci. Pastikan juga karpen tersebut adalah jenis lembut dan boleh dilipat dan digulung sebagaimana yang dikongsikan oleh Azlida Harun. Jom semak perkongsiannya itu.
TIPS CUCI KARPET/TOTO TANPA PERLU KE DOBI
Tak payah stress bila beli karpet putih gini bertukar jadi kelabu asap.
Meh saya nak share cara cuci karpet atau toto tanpa perlu ke dobi dan cara ni tak rosakkan mesin basuh mahal korang dan tak rosakkan karpet mahal dan toto korang..
Ads
1. Karpet dilipat dua, kemudian lipat sekali lagi seperti di dalam gambar.
2. Kemudian gulung kemas.
3. Setelah itu masukkan ke dalam mesin basuh.
Ads
Ekstra tip :
# Jika guna sabun serbuk, larutkan dahulu dengan air panas agar sebati.
# Letakkan juga pewangi fabrik.
4. Setelah siap dicuci, jemur hingga kering. Jika cuaca panas terik, 2 jam boleh kering.
Ads
Keadaan karpet yang siap dicuci dan dikeringkan. Memang bersih.
Setiap ibu bapa bimbang apabila anak tidak menunjukkan perkembangan positif dalam bidang akademik.
Anak sepatutnya sudah mahir membaca sebaliknya masih tidak lancar dalam pelajarannya.
Situasi ini mengakibatkan segelintir ibu bapa mengalami tekanan. Namun ada juga ibu bapa beranggapan ia sebagai suatu proses pembelajaran buat anak yang lambat dari segi akademik.
Begitulah pendekatan yang dilakukan oleh lelaki ini dalam keluarganya. Menerima kekurangan anak seadanya dan percaya akan tiba masanya anak sudah bersedia untuk mengikuti pembelajaran dengan penuh minat.
Semoga perkongsian ini menjadi motivasi buat ibu bapa yang bimbang dengan pencapaian akademik anak.
Jangan terlalu risau kalau ada anak yang lambat pandai. Slow. Blur. Kurang pickup. Bantu dia untuk ada minat belajar je dulu. Slow tak apa. Jangan stress.
Saya dulu masa darjah 4 masih belum pandai baca Al-Quran. Huruf ظ ط ض masih tertukar. Banyak sangat main tak fokus mengaji. Padahal anak tok imam.
Turning point saya berubah jadi minat nak belajar bila dalam kelas di sekolah ada seorang ustaz suruh saya baca perkataan-perkataan arab di papan tulis tapi saya tak boleh baca. Malu sangat. Masa tu pertengahan tahun darjah 4.
Nasib baik ada kawan sekelas tolong bacakan, saya ikut bacaan dia. Selepas balik dari dari sekolah hari tu terus bertekad akan belajar betul-betul. Adik saya Siti Sarah Ismail yang darjah 3 tolong ajar saya baca Al-Quran.
Ayah mengajar juga tapi ayah lumpuh separuh badan sebab stroke jadi tak mampu mengajar dengan sempurna. Tak malu walaupun belajar dengan adik. Sepatutnya abang ajar adik. Kena marah dengan adik no hal lah.
Dah bertekad nak pandai mengaji. Bila fokus dan istiqamah, Allah bagi terang hati alhamdulillah. Ketika darjah 5 saya terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam pertandingan hafazan Al-Quran. Alhamdulillah UPSR dapat straight A.
Moral of the story, lambat tak apa yang penting pastikan anak-anak ada minat belajar. Biasanya slow dan tak pickup tu sebab tak minat belajar. Kalau dah minat semua jadi senang insyaaAllah. Setiap orang ada timeline masing-masing.
Sekarang saya mengajar anak-anak istiqamah tak perlu nak laju sangat. Stress kalau terkejar-kejar boleh menyebabkan burnout terus hilang minat belajar.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kecoh di media sosial mengenai harga ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi didakwa berharga lebih RM1K.
Situasi ini telah mendapat respon daripada netizen. Ada yang terkejut dengan harga dan juga bersimpati pada keluarga berkenaan. Malah menasihati supaya berhati-hati semasa memilih sebarang kedai makan.
Dalam pada itu, tidak mahu situasi ini berlanjutan, wakil kepada restoran berkenaan tampil membuat penjelasan.
Moga dengan kenyataan ini dapat menjadi iktibar buat semua pengunjung yang ingin ke Langkawi.
Ikan Show harga mahal
Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg viral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg, Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian , berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni dan Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan(ikan merah Dan kerapu), size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.
Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memanipulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut Dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar Dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan
Point kedua berkenaan dgn cad credit 5% pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm93.00 total untuk 2 bil tersebut rm1852.50.
Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dgn bill juga tu juga order lobster(950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.
Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin rm9/100gram tetapi kami menjual rm16/100gram disebabkan ikan hidup.
Byk yg dalam Komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jgn risau semua kami pembayar zakat Dan cukai sebagai warganegara malaysia.
Terdahulu, viral siakap yang ditempah sebuah keluarga berharga lebih RM1k.
Moga menjadi iktibar buat semua. Agar lebih berhati-hati untuk setiap tempahan hidangan makanan seisi keluarga.
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mendedahkan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana mempunyai hubungan bersama bekas kekasihnya yang juga merupakan suami orang.
Ia ekoran Syamsul yang telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya atas sebab tersebut dan dakwaan mengabaikan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.
Syamsul yang juga merupakan seorang pelakon itu turut meluahkan rasa kesal serta mengakui tidak dapat menerima isteri tercintanya berhubung dengan bekas kekasih.
“Saya tahu berkenaan Sarah berhubung dengan bekas kekasih. Dia bukan seorang pelakon, hanya orang biasa jadi jangan salah faham. Bekas kekasih dia sewaktu di kolej lagi.
“Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang? Lillahitaala, perkara ini bukan ditimbulkan kerana saya sekarang perlukan sesuatu untuk membantai Sarah, tidak sama sekali,” dakwanya.
Mengulas lebih lanjut, Syamsul berkata dia tidak mahu mengeruhkan keadaan namun tidak dapat berdiam diri setelah Puteri Sarah melemparkan pelbagai fitnah terhadap dirinya.
“Saya tidak mahu berkongsi mengenai perkara ini kepada umum, tapi malangnya mungkin salah saya selama ini saya berdiam keadaan menjadi sangat keruh.
“Saya yakin, melihat keadaan Sarah yang melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan tak bagi nafkah, fitnah saya memukul dan sebagainya.
“Pada minggu lepas, saya terkejut bila di mahkamah dia tuduh saya pukul dia. Saya tahu dia marah dan benci saya tapi adakah sampai ke tahap memfitnah saya.
“Saya masih berfikir adakah perkara terbaik untuk saya membuka mulut? Saya tetap berdiam… Saya tak mahu memburukkan Sarah atau membuka aibnya.
“Saya memilih untuk berdiam diri sehingga kedua orang tua saya sendiri pun tidak tahu menahu mengenai konflik rumah tangga saya. Seperti yang semua tahu, ibu bapa saya juga menghentam saya.
“Ini bukan caranya. Hanya kerana saya tak mahu menceraikannya dia mahu malukan saya. Berkali-kali saya menghubunginya untuk berbincang, tapi saya rasa Sarah mungkin suka dengan drama ini semua.
“Saya bukan nak melawan Sarah. Pada akhirnya, dia tetap isteri saya,” akhirnya.
Selain alasan curang, difitnah abai nafkah dan memukul, peguam Azmi Mohd Rias mewakili Syamsul berkata permohonan nusyuz tersebut juga disebabkan oleh Puteri Sarah yang meninggalkan rumah mereka sejak Oktober 2020 lalu tanpa meminta keizinan.
Dalam pada itu, Puteri Sarah mengatakan dia tidak tahu-menahu mengenai tuntutan nusyuz yang dibuat oleh pengarah filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
“Saya pun tak tahu apa-apa. Tunggu sahajalah apa tindakan dan dakwaan dia petang nanti,”ujarnya.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia berlapang dada dan sedia berjuang nasibnya sebagai seorang isteri.
“Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang. Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja (shooting) cari duit sendiri,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, walau apa-apa pun yang berlaku, dia tetap akan mempertahankan nasibnya dan akan memberi keterangan lebih selepas mendapat tahu situasi sebenar.
“Selepas apa yang berlaku petang ini, baru saya akan buka mulut. Buat masa sekarang, kita tengok sahaja apa permainan dia.
Dikesempatan itu, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta doa orang ramai agar urusunnya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang benar.
Terdahulu, Syamsul Yusof enggan menceraikan isteri pertamanya ketika prosiding sebutan kes mereka, baru-baru ini.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: TikTok mStar, Kosmo! Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.