Kecoh di media sosial mengenai harga ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi didakwa berharga lebih RM1K.

Situasi ini telah mendapat respon daripada netizen. Ada yang terkejut dengan harga dan juga bersimpati pada keluarga berkenaan. Malah menasihati supaya berhati-hati semasa memilih sebarang kedai makan.

Dalam pada itu, tidak mahu situasi ini berlanjutan,  wakil kepada restoran berkenaan tampil membuat penjelasan.

Moga dengan kenyataan ini dapat menjadi iktibar buat semua pengunjung yang ingin ke Langkawi.

Ikan Show harga mahal

 

IKLAN

Rupanya Siakap Viral Bukan Sebarangan Ikan, Wakil Restoran Beri Penjelasan. Patutlah Harga Kayangan!

Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg viral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg, Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian , berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni dan Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan(ikan merah Dan kerapu), size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.

Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memanipulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut Dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar Dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan

Point kedua berkenaan dgn cad credit 5% pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm93.00 total untuk 2 bil tersebut rm1852.50.

IKLAN

Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dgn bill juga tu juga order lobster(950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.

Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin rm9/100gram tetapi kami menjual rm16/100gram disebabkan ikan hidup.

Byk yg dalam Komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jgn risau semua kami pembayar zakat Dan cukai sebagai warganegara malaysia.

IKLAN

Rupanya Siakap Viral Bukan Sebarangan Ikan, Wakil Restoran Beri Penjelasan. Patutlah Harga Kayangan!

Terdahulu, viral siakap yang ditempah sebuah keluarga berharga lebih RM1k.

Rupanya Siakap Viral Bukan Sebarangan Ikan, Wakil Restoran Beri Penjelasan. Patutlah Harga Kayangan! Rupanya Siakap Viral Bukan Sebarangan Ikan, Wakil Restoran Beri Penjelasan. Patutlah Harga Kayangan! Rupanya Siakap Viral Bukan Sebarangan Ikan, Wakil Restoran Beri Penjelasan. Patutlah Harga Kayangan!

Moga menjadi iktibar buat semua. Agar lebih berhati-hati untuk setiap tempahan hidangan makanan seisi keluarga.

Sumber: Syikin Musa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI