Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mendedahkan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana mempunyai hubungan bersama bekas kekasihnya yang juga merupakan suami orang.
Ia ekoran Syamsul yang telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya atas sebab tersebut dan dakwaan mengabaikan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.
Syamsul yang juga merupakan seorang pelakon itu turut meluahkan rasa kesal serta mengakui tidak dapat menerima isteri tercintanya berhubung dengan bekas kekasih.
“Saya tahu berkenaan Sarah berhubung dengan bekas kekasih. Dia bukan seorang pelakon, hanya orang biasa jadi jangan salah faham. Bekas kekasih dia sewaktu di kolej lagi.
“Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang? Lillahitaala, perkara ini bukan ditimbulkan kerana saya sekarang perlukan sesuatu untuk membantai Sarah, tidak sama sekali,” dakwanya.
Mengulas lebih lanjut, Syamsul berkata dia tidak mahu mengeruhkan keadaan namun tidak dapat berdiam diri setelah Puteri Sarah melemparkan pelbagai fitnah terhadap dirinya.
“Saya tidak mahu berkongsi mengenai perkara ini kepada umum, tapi malangnya mungkin salah saya selama ini saya berdiam keadaan menjadi sangat keruh.
“Saya yakin, melihat keadaan Sarah yang melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan tak bagi nafkah, fitnah saya memukul dan sebagainya.
“Pada minggu lepas, saya terkejut bila di mahkamah dia tuduh saya pukul dia. Saya tahu dia marah dan benci saya tapi adakah sampai ke tahap memfitnah saya.
Ads
“Saya masih berfikir adakah perkara terbaik untuk saya membuka mulut? Saya tetap berdiam… Saya tak mahu memburukkan Sarah atau membuka aibnya.
“Saya memilih untuk berdiam diri sehingga kedua orang tua saya sendiri pun tidak tahu menahu mengenai konflik rumah tangga saya. Seperti yang semua tahu, ibu bapa saya juga menghentam saya.
“Ini bukan caranya. Hanya kerana saya tak mahu menceraikannya dia mahu malukan saya. Berkali-kali saya menghubunginya untuk berbincang, tapi saya rasa Sarah mungkin suka dengan drama ini semua.
“Saya bukan nak melawan Sarah. Pada akhirnya, dia tetap isteri saya,” akhirnya.
Selain alasan curang, difitnah abai nafkah dan memukul, peguam Azmi Mohd Rias mewakili Syamsul berkata permohonan nusyuz tersebut juga disebabkan oleh Puteri Sarah yang meninggalkan rumah mereka sejak Oktober 2020 lalu tanpa meminta keizinan.
Ads
Dalam pada itu, Puteri Sarah mengatakan dia tidak tahu-menahu mengenai tuntutan nusyuz yang dibuat oleh pengarah filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
“Saya pun tak tahu apa-apa. Tunggu sahajalah apa tindakan dan dakwaan dia petang nanti,”ujarnya.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia berlapang dada dan sedia berjuang nasibnya sebagai seorang isteri.
“Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang. Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja (shooting) cari duit sendiri,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, walau apa-apa pun yang berlaku, dia tetap akan mempertahankan nasibnya dan akan memberi keterangan lebih selepas mendapat tahu situasi sebenar.
Ads
“Selepas apa yang berlaku petang ini, baru saya akan buka mulut. Buat masa sekarang, kita tengok sahaja apa permainan dia.
Dikesempatan itu, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta doa orang ramai agar urusunnya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang benar.
Terdahulu, Syamsul Yusof enggan menceraikan isteri pertamanya ketika prosiding sebutan kes mereka, baru-baru ini.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: TikTok mStar, Kosmo! Online
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fenomena filem Mael Totey The Movie (MTTM) masih lagi menjadi perbualan hangat di kalangan peminat filem melayu. Malah kini filem arahan personaliti media sosial, Syahmi Sazli telah mencapai kutipan paling tinggi kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari. Lebih membanggakan, apabila kos pembikinan MTTM yang menelan RM400,000 menggunakan kos sepenuhnya yang ditanggung sendiri.
Untuk makluman, jumlah itu mendahului kutipan nombor 1 Astro First yang dahulunya didominasi filem Polis Evo pada tahun 2015 dan diikuti filem Hantu Kak Limah (2018).
Biarpun telah menempa kejayaan yang menakjubkan, pengarah filem ini masih kelihatan dengan gaya yang sempoi dan bersahaja. Pakai T-shirt serta bertopi santai. Begitu juga dengan pasangannya, Anissa Faizul masih gaya yang sama, manis bertudung bawal tanpa solekan yang tebal tetap manis di padang mata.
Jelas perwatakan mereka dilihat menerusi perkongsian isteri, Syahmi Sazli yang membuat kejutan memberi hadiah papan tanda di premis perniagaan mereka.
Ikuti perkongsian pasangan sweet ini.
Favorite song with favorite person
Perempuan dengan suprise tak leh berpisahkan? Walau bukan dia penerima suprise tapi akan ada je suprise yang perempuan akan buat.
So, tadaaa~ Suprise new led box untuk bosmi. Sebenarnya Nissa nak buat signboard, lepastu bila fikir balik tak selesa pulak kalau Nissa je yang baru sebab bosmi nak guna signboard yang lama je. Then, bincang punya bincang dengan @uvprintstation, akhirnya keluarlah idea nak buat suprise led box Syahmi Sazli Production ni.
Boleh doh baba mung belajar wak suprise sekali ko bini mung ni
Dua tahun kami berkongsi office yang kecil & sekarang alhamdulillah masih berkongsi lagi tapi dengan lebih selesa.
Terima kasih suamiku menjadi tulang belakangku, sentiasa support apa yang bini buat walaupun tahun lepas ke laut cina selatan tapi tetap hadooo.
Kejutan buat suami
Terkejut dengan hadiah isteri.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat menyukai gaya pasangan yang kelihatan santai walaupun sudah bergelar jutawan dengan kejayaan filem pertama mereka.
Wajah terbaru anak kesayangan pasangan selebriti Harris Annuar dan Acha Merican, si comel Aura Medina dikatakan presis seperti anak mat salleh.
Muncul di Instagram kedua ibu dan bapanya, penampilan Aura Medina sememangnya cukup comel bak puteri cilik. Tak hairanlah ramai yang memuji kecomelannya.
Lagi-lagi bila anak kecil ini muncul dalam beberapa persalinan dalam satu sesi fotografi. Paling menarik perhatian pastinya penampilan Aura Medina dengan persalinan gaun putih yang diletakkan di atas kerusi berdekatan piano.
Berkat agahan dan usaha keras kedua ibu dan bapanya, wajah comel Aura Medina berjaya dipotretkan dengan cukup sempurna.
“Inilah hasil setelah dua ekor beruk terkinja-kinja behind the scene,” tulisnya Harris berseloroh.
Mood dan sentuhan kreatif jurufoto memperlihatkan gaya klasik Inggeris di zaman dahulu yang sesuai pula dengan wajah Aura Medina sendiri yang memiliki beberapa darah campuran dan keturunan.
Anak kesayangan Harris dan Asha ini sememangnya mempunyai darah campuran Thailand, Laos, Pakistan dan Arab dari sebelah neneknya (ibu Harris).
Begitu juga dengan datuknya yang berketurunan Malaysia dan Indonesia. Tidak hairanlah bila wajah kacukan Aura Medina kena dengan konsep yang dibawa. Memang comel.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut kedua pasangan selebriti ini turut memuji wajah comel Aura Medina serta konsep yang dibawa.
Terdahulu bagi mendapatkan wajah comel Aura Medina dengan pose yang cantik sebegitu, Harris dan Asha menjadi orang penting di belakang tabir bagi memujuk si comel mereka beraksi. Memang cute!
Genap dua minggu pemergian isteri ketika dalam pelukan, suami tercinta Amirul Nafis Amirnuddin berkongsi keadaan anak sulung mereka Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis, 2 bulan.