Terutamanya perlu kerap menggunakan hand sanitizer ataupun mencuci tangan untuk singkirkan kuman.
Pun begitu, adakah mencuci tangan dengan menggunakan sabun biasa sudah memadai?
Hal ini dikongsikan infonya oleh Dr. Ahmad Luqman.
Soalan: Doktor, saya kerap cuci tangan tapi sekadar guna sabun biasa dan air je sekarang ni, okay ke?
Orang duk sebut pasal hand sanitizer tapi saya tengok harganya boleh tahan. Stok pun tak banyak dekat kedai kebelakangan ni.
Ads
Jawapan: Basuh tangan pakai sabun dan air pun cukup bagus sebenarnya. Malah ia lebih digalakkan. Hand sanitizer selalunya kita guna waktu tiada air dan sabun.
Jika kalian nak tahu, permukaan membran virus tu terbentuk daripada lapisan lemak dan protein.
Bila sabun jumpa lemak-lemak macam tu, memang seronok teruklah, hancur lebur terus struktur virus tu masa kita cuci tangan guna sabun.
Ads
Alah, kan biasanya jika tangan berminyak lepas makan, atau baru selesai buat kerja repair kenderaan ke, kita semua akan cari sabun. Dan ianya efektif benar untuk bersihkan kesan minyak tadi.
Haa, lebih kurang begitulah sabun akan singkirkan kuman dari tangan.
Lagi bagus jika kita gunakan sabun antibakteria.
Ads
Produk pembersih tu selalunya dah tersedia dengan bahan antimikrob tambahan seperti benzalkonium klorida, alkohol dan bahan-bahan antibakteria lain.
Mungkin antara hikmah berlaku wabak sekarang ni, kita semua jadi lebih pembersih. Kalaulah kita boleh nampak kuman-kuman yang berselerak dekat tangan, entah-entah boleh jadi kita terus tak ada selera nak makan, apatah lagi nak sentuh-sentuh muka.
Ikutkan kajian daripada Universiy of Colorado, rupa-rupanya secara purata tangan manusia ni mengandungi 3,200 bakteria daripada 150 spesis berbeza weh!
Orang lain pun tak pasal-pasal geli nak bersalaman dengan kita kalau nampak kuman dekat tangan ni. Huhu.
Setiap orang punya amalan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri sendiri. Ada yang mengamalkan air suam setiap hari tak kurang juga yang mengamalkan mandi air rebusan herba sebulan sekali. Semuanya bergantung kepada keselesaan diri kita sendiri.
Perkongsian Fatin Lee di facebook peribadi miliknya ini boleh juga kita amalkan. Rahsia cantiknya adalah dengan mengamalkan air mandian ais yang dicampurkan dengan limau. Katanya amalan ini juga dilakukannya sekian lama untuk memulihkan sakit kepala yang sering dialaminya. Jom intai caranya.
Dah 3 tahun Fatin amalkan mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan. Memang ‘painkiller’ paling berkesan. Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikannya untuk kecantikan dan kesihatan.
Kalau perasan kat spa pun dah banyak yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat. Hanya guna 3 bahan dapur, je simple!
Bahan:
Air 1 baldi
Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
Ais ketul
Asam limau nipis
Minyak Aromaterapi ( jika ada )
Caranya:
1. Sediakan satu baldi air paip.
2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
3. Baca Al Fatihah 7x, Bismillah5 7x (boleh cari kat google), Al Ikhlas 7x dan Selawat 3x.
4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas dan lebihkan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam lagi elok.
5. Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu fatin buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni. Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah! In shaa Allah pasti lebih
segar dan bertenaga lepas ni.
Ekstra Tip:
– Boleh kuruskan badan
– Menaikkan seri wajah
– Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
– Menghasilkan aura positif
– Kuatkan imunisasi & antibodi badan
– Kuatkan tulang
– Menghilangkan bisa & angin dalam badan
Tabiat anak-anak ketika tidur suka mengetap gigi atau menggeser gigi kadang kala membimbangkan kita juga.
Jadi ada baiknya kita dengar penerangan daripada doktor ini untuk info bersama.
“Doktor, anak saya ni, kalau dia tidur malam, dia selalu geser gigi dia. Gruk gruk gruk! Bunyi dia. Takut saya dengar!”
Dalam istilah perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’, iaitu pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Ia boleh berlaku semasa tidur, mahupun semasa terjaga (terutamanya sewaktu leka, atau berangan). Ia juga boleh berlaku pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
“Apa sebab dia? Ada orang kata, ni sebab ada saka. Bukan, kan?”
Bruxism ni ada banyak kemungkinan punca, antaranya:
◾Stres atau kebimbangan berterusan
◾Gigitan(occlusion) yang tak sempurna
◾Susunan gigi yang bermasalah
◾Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
◾Posisi badan yang tidak betul
◾Kecacingan
◾Perubahan hormon
◾Pengambilan alkohol dan dadah
“Bahaya tak? Kalau dibiarkan, apa kesannya, doktor?”
Sekiranya dibiarkan, ia boleh akibatkan:
◾Permukaan gigi haus
◾Gigi atau tampalan patah
◾Gigi terasa ngilu atau sakit
◾Sakit kepala
◾Sakit sendi rahang dan otot muka
◾Sakit telinga
◾Kualiti tidur terjejas
“Apa yang saya boleh buat untuk kawal?”
Boleh cuba perkara berikut:
◾Tuam tuala suam pada sendi rahang
◾Tangani stress dengan baik
◾Hentikan pengambilan alkohol
◾Jika masih berlaku, jumpa doktor
“Apa rawatan yang doktor akan buat, ya?”
Doktor atau Doktor Gigi mungkin perlu:
◾Ubah/Beri ubat
◾Tampalan semula gigi rosak
◾Occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam
Maklumat tambahan: Bruxism dilaporkan boleh berlaku pada kanak-kanak yang gigi susu mula tumbuh, dan ketika gigi kekal pula hendak tumbuh. Jangan risau, ia boleh hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu mengenai vaksin sentiasa mendapat perhatian di kalangan netizen di socmedia. Malah ada segelintir mengambil keputusan untuk tidak menerima vaksin.
Terbaru, pengambilan booster pula menjadi bahan bualan di socmedia. Pelbagai pro dan kontra mengenai pandangan ini.
Bagaimana pun pandangan Dr Hana Hadzrami mengenai kepentingan booster harus diberi perhatian. Moga perkongsiannya menjadi ikhtibar.
Ini adalah keputusan ujian antibodi imuniti Covid sahabat saya.
Yang diatas ialah paras antibodi beliau sebelum ambil booster, yang dibawah pula selepas ambil booster.
Nampak tak, 6 bulan selepas dos kedua pun masih ada antibodi yang berlegar dalam darah. Namun parasnya naik 25 kali ganda selepas dirangsang dengan dos penggalak.
Sebenarnya, jika tak terima dos penggalak, masih ada sel T dan B memori yang mampu menghasilkan antibodi jika terdedah kepada jangkitan Covid. Namun ia mengambil masa agak lama untuk naik ke paras optimum.
Apatah lagi jika kita dikelilingi oleh kenaikan kes mendadak dalam keadaan imun kurang bersedia. Dah kena serang, baru kelam kabut nak hasilkan antibodi. Maka boleh juga terkena jangkitan walaupun tak berat.
Maka lebih baiklah kita ambil dos penggalak supaya tentera elit kita sentiasa bersedia dan dalam jumlah yang besar.
Lain lah cerita kalau kes dah turun.
Ini kita cerita tentang antibodi spesifik tau; iaitu IgM dan IgG. IgA tu tak perlu cerita ya; itu semua orang ada. Pangkat nya hanya umpama pengawal keselamatan berbanding tentera elit.
Nak ambil baguslah. Tak mahu, terpulanglah. Sendiri juga yang menanggungnya.