
Tahukah anda, menambahkan garam ke dalam syampu dapat membantu anda untuk memiliki rambut yang lebih tebal, sihat dan hitam berkilau malah masalah kulit kepala gatal juga dapat diatasi.
Mungkin anda tidak percaya? Ya, sebenarnya garam dapat ‘bekerja’ melakukan fungsi-fungsi detoksifikasi, menghilangkan sel-sel mati di kulit kepala dan sehinggalah menjadikan rambut akan terlihat dan tumbuh lebih sihat dan bersinar. Cubalah sendiri dan rasai perbezaannya.
Namun jika masih ragu-ragu, ikuti perkongsian daripada Shakila Rahim ini yang telah diposting di fbnya beberapa hari yang lalu. Selamat mencuba!
INI PERKONGSIANNYA
Ada orang penah bagi petua, nak bagi rambut kuat, lebat, tak mudah luruh masa syampu tu campur garam. Ataupun basah kepala dengan air garam, kemudian baru syampu.
Petang tadi dah try. Masuk kali ni, cubaan kali ke3.
Bila campur garam, syampu dah jadik kurang berbuih tau.
Dah tak berbuih, jangan dok pi balun bubuh setengah botoi pulak.
Alhamdulillah, lepas syampu gini, rambut jadi lembut.
Kepala pun tak gatal dah.Jadi ringan kepala.
Sumber : Shakila Rahim
EKSTRA INFO :Kenapa perlunya cuci rambut dengan campuran garam?
1)Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut penuh dengan kelemumur, cara paling mudah untuk bersihkan rambut adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
2) Rambut kelihatan lebih segar
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilau.
3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Wajah Runcing & Badan Langsing. Nak Dapatkannya, Buat Cara Begini!

Berita gembira buat ibu-ibu yang selama ini mencari bagaimana caranya nak jadikan wajah lebih runcing dan bentuk badan pula kembali langsing. Rupanya ada cara yang boleh diamalkan dan terbukti mudah sahaja.
Tahukah anda, sebenarnya bahagian wajah kita ini juga perlukan rutin senaman tertentu untuk dapat pastikan pipi tidak terlihat bagai dipam-pam umpama kuih pau. Jadi apa yang perlu anda buat?
Lakukan senaman wajah adalah paling mudah. Lihatlah sendiri, Dato Siti Nurhaliza pun buat senaman muka untuk kekal cantik.
#senamanmuka IG @ctdk http://instagram.com/ctdk
Posted by Siti Nurhaliza on Wednesday, 22 July 2015
Sebenarnya terdapat pelbagai teknik dan cara senaman wajah yang berkesan untuk menjadikan bentuk muka lebih runcing.
1. Praktis menyebut huruf A E I O U setiap pagi dan malam dan lakukan secara konsisten.
2. Sebut huruf X dan O sehingga akan membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Senaman X-O adalah antara senaman muka yang sangat popular.
3. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam. Ini bertujuan untuk mengurangkan terjadinya dagu berlapis/double chin.
4. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
5. Senyum labar sambil bibir tertutup rapat. Tahan selama 15 saat. Kemudian kembali ke wajah asal dan lakukan senyuman lebar hingga menampakkan semua barisan gigi anda. Tahan selama 15 saat dan ulang langkah ini beberapa kali.
6. Tutup mulut dan kembongkan pipi kiri, tahan selama 5 saat. Kemudian lakukan pada pipi kanan dalam kiraan masa yang sama. Ulang langkah ini beberapa kali.
7. Bentukkan bibir seperti huruf O buat beberapa ketika dan kemudian lepaskan perlahan-lahan sehingga anda senyum lebar selebarnya. Ulang langkah ini beberapa kali.
Selain bentuk wajah yang tembam dan memerlukan untuk diberi tumpuan, umumnya bagi seorang ibu ada satu lagi masalah yang sukar untuk di atasi alam penjagaan kecantikan ini. Lain tak bukan adalah bab membuang lemak di bahagian perut. Seakan lemak-lemak yang terkumpul selepas melalui proses mengandung dan melahirkan itu begitu ‘degil’ hingga sukar disingkirkan.
Untuk itu, elok dicuba pula petua ini dengan menggunakan limau nipis.
Dikatakan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula apabila diminum setiap hari juga dapat membantu ibu-ibu untuk mendapatkan perut yang ramping. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
Air Rebusan Guna Bahan Herba Untuk Buat Badan Kekal Segar Dan Wajah Tidak Kusam.

Sebenarnya cara yang mudah untuk kekal sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat. Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang makanan yang seimbang dan bersenam.
Namun pada masa yang sama boleh juga mencuba amalan tradisional dengan mencuba petua yang mengunakan bahan-bahan herba.
Jom lihat cara ini.
Air Rebusan untuk :
-Bersihkan rahim
-Buang angin
-Pecahkan lemak
-Naikkan seri muka
-Mengurangkan sengugut
Bahan-bahan :
-Halia (2 ibu jari) Hiris Kasar2
-Kunyit hidup (1 ibu jari)
-Serai (2 batang besar) kalau kecil letak dalam 3-4 batang
-Daun Pandan (4 helai)
-Madu
-Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)
*Nak letak sireh pun boleh..Tak letak sebab takde sireh kat umah..
*Boleh letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni..hehe
Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk..renehkan dengan api yang kecil..biar sampai mendidih dalam 15-20 minit..Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)
Buat ni untuk 2 Cawan ye. Sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu.
Ini cara minum ye. kalau tak selesa ikut cara masing-masing” ok. Minum 1 gelas (suam) pastu off kipas dalam 5-10 minit. Biar badan tu rasa panas & berpeluh sikit. Jangan off lama-lama sgt nanti marah plak suami & famili uols haha. (Berkurung sorang-sorang dalam bilik masa minum ni)
Sumber: Nyd Za
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Rupanya Ini Rahsia Awet Muda Zur Eda Pada Usia 54 Tahun. Patutlah Nampak Bertenaga Dan Cergas

Kebiasaannya, wanita apabila telah berkahwin dan bergelar ibu, istilah “cantik” bukan lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, makan pakai anak dan suami cukup terjaga.
Namun, berlainan pula dengan penyanyi era 1980-an, Zur Eda yang masih kelihatan cantik dan berseri, seperti tak makan dek usia.
Baru-baru ini, wartawan Majalah Keluarga menemui Zur Eda di Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Negeri Selangor.
Penyanyi yang mendapat jolokan Sade Malaysia itu sempat membawakan dua buah lagu nyanyiannya di majlis itu.
Zur Eda, 54, juga sempat berkongsi rahsia penjagaan diri dan tip kekal ramping yang diamalkannya bersama wartawan. Ini perkongsiannya.
“Saya ni dah berumur 54 tahun. Tapi, saya sentiasa jaga pemakanan saya. Saya pernah sakit dulu, dan dari situ saya belajar untuk minum air kosong dengan banyak.”
Menurutnya, dia mula mengamalkan air kosong selepas disahkan menghidap batu karang.
“Saya pernah menghidap batu karang pada buah pinggang. Sakit yang teramat di mana saya koma selama 10 hari.”
“Sejak dari itu, saya jaga pemakanan saya dan sebagai seorang artis, saya harus menjaga penampilan saya.”
Selain air kosong, Zur Eda juga mengikut diet pemakanan yang betul, selain gemar minum jus tanpa gula.
“Ikut diet pemakanan yang betul. Jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kalau boleh, awalkan makan malam, jangan makan pada lewat malam.”
“Banyakkan minum air kosong dan minum jus tanpa gula. Makanlah nasi banyak mana pun, tapi minum air kosong.”
Dulu show banyak, kita boleh menyanyi di funfair atau majlis makan malam, tapi sekarang saingan banyak
Di samping itu, penyanyi yang popular dengan lagu Lama Tak Jumpa dan Kelmarin juga turut berkongsi mengenai perkembangan dunia seninya.
“Kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang, masa dulu tu show tu banyak. Lambakan artis tu tak ramai. Tapi sekarang ni, kemunculan artis-artis baharu ramai jadi we share the cake.”
“Jadi, sebagai artis dan juga seorang isteri untuk membantu keluarga, saya mencari alternatif lain dengan berniaga.”
Jelasnya kepada Keluarga, keadaan ekonomi sekarang memaksa orang ramai, bukan hanya golongan artis, untuk mencari pendapatan tambahan.
“Keadaan sekarang ni memaksa, mahupun untuk golongan artis, penjawat awam atau yang bekerja swasta. Ramai yang terpaksa melakukan dua, tiga kerja. Itu saja cara untuk kita mencari pendapatan tambahan selain daripada gaji tetap bulanan.”

Rupanya sudah 30 tahun berniaga biskut
Tak sangka, rupa-rupanya Zur Eda sudah berniaga biskut selama hampir 30 tahun, selain sudah 8 tahun menjual masakan yang dimasak sendiri.
Katanya, dia ingin berkongsi air tangan dan minat memasak bersama peminat.
“Semasa berniaga, selain saya mendekatkan diri dengan peminat, saya juga berkongsi minat memasak dan juga air tangan saya bersama mereka. Saya banyak ambil tempahan atas talian.”
Zur Eda, atau nama sebenar Zur Eda Mokhtar, sudah bergiat dalam bidang seni sejak tahun 1983 dan masih aktif menyanyi hingga kini.