Hakikatnya cuti raya ini memberi keseronokkan buat anak-anak dapat meluangkan masa bersama ibu bapa. Malah kita sendiri dapat bersama anak-anak jika sepanjang masa cuti.
Jika sebelum ini sibuk bekerja, waktu raya inilah nilai masa bersama keluarga itu amat kualiti.
Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais di laman facebooknya mengenai hargai masa cuti raya bersama ahli keluarga.
“Papa jom pergi beraya sana”
Malam semalam hantar isteri pergi kerja. Sedih tapi terpaksa juga hantar sebab kerja kan.
Bawa annur rania ni sebagai peneman, takut papa menangis dalam kereta pula nanti.
Dalam perjalanan tu tiba-tiba lalu sebiji rumah ni, kebetulan rumah tu buat open house siap pasang khemah 3 biji.
Memang meriah la dengan lampur lip lap dia, tetamu ramai ya amat, yang paling meriah tengok budak-budak berlari sana sini.
Ads
Datang si rania ni boleh pula cakap,
“Papa jom pergi beraya sana”
Terkesima sekejap saya dan isteri. 2 minit lepas tu gelak berdekah-dekah. Lawak sebab rumah tak kenal boleh pula dia ajak beraya.
Isteri pun cakap kat saya sebenarnya semalam pagi lagi rania ni ada buat pengakuan.
“Mama, raya ni best la. Papa ada, mama ada, atuk ada, wan ada, semua ada. Best!”
Ads
Anak-anak ni teruja nak beraya sebenarnya ada sebab.
Kita nampak happy je tengok muka anak-anak di pagi raya. Suruh buat apa pun senang anak nak ikut.
Pada kita anak jadi begitu mungkin sebab dapat ;
? Duit raya
? Baju raya
? Kawan beraya
Tapi sebenarnya apa yang kita tak tahu, anak-anak gembira di pagi raya sebab teruja nak Spent Time dengan kita.
Ads
Cuba fikir balik bila kali terakhir kita ada buat rancangan awal nak spent time dengan anak.
Kalau tak raya memang ikut suka kita je kan nak cuti kita cuti, nak kerja kita kerja.
Anak jadi pak turut je ikut waktu kita. Ini la sekali waktu raya ni kita dengan anak sama-sama cuti, sama-sama teruja, sama-sama gembira.
Manfaatkan sebaik mungkin cuti raya ni. Cuti raya bukan sekadar cuti kerja sahaja, kena cuti sekali reward diri, ni masanya untuk reward anak-anak pula.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Masa lebih berharga dari duit raya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah kejayaannya di dalam bidang hartanah sebelum ini pernah tular di media sosial. Jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin, pernah mendapat perhatian kisahnya yang bangkit daripada keluarga miskin tegar berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani.
Biarpun bergelar jutawan, anak kelahiran Kampung Tok Raja, Besut itu tidak pernah mendongak ke langit, sebaliknya bersikap tunduk ke bumi.
Malah, dia lebih selesa memilih kehidupan serba sederhana dan sentiasa istiqomah dalam setiap apa yang dilakukannya. Namun kadang kala, tetap ada cabarannya dalam hidup.
Terbaru menerusi facebook miliknya, meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mempertikaiannya kehidupannya sehingga ada tidak sedap didengar mendakwa dia hanya berpura-pura seorang hartawan.
Tidak mahu ia berpanjangan, Azlan terpaksa mendedahkan nilai aset yang dimiliki. Bukan niat untuk mendabik dada tetapi berharap ia menjadi iktibar kepada pihak berkenaan.
Dia meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dimilikinya dan berharap sentiasa memburu tawadhuk dengan caranya tersendiri.
MAAFKAN SAYA TERPAKSA TUNJUK SEKALI SEKALA.
Jujurnya,saya malu dan tak mahu bercerita tentang aset aset hartanah yang saya miliki dengan izinNya.
Tetapi apabila ada segelintir suara suara sumbang yang seakan menuduh saya hanya berpura pura menonjolkan diri bak hartawan,maka saya terpaksa sekali sekala tampilkan sedikit aset hartanah yang Allah swt anugerahkan sementara kepada saya.
Mungkin kerana gaya hidup saya simple dan ala kadar sangat,rumah pun tak mewah macam dewan badminton,pakai macam penoreh getah,maka saya seakan dilihat tak munasabah untuk diangap hartawan.
Tapi sabar dulu kawan,jangan cepat menduga cetak atau dalam air di lautan kalau kita bukan ahli untuk menyelam.
Hanya ikan yang tahu dunia air.
Saya tak minat bercerita pasal harta.
Saya hanya ada sedikit sahaja aset untuk jana kehidupan berkeluarga.
Tak banyak pun!
Sepanjang sepuluh tahun saya di bidang hartanah,ada lah lebih 100 juta nilainya jika dihitung sekarang.
Rm100 juta nilai tu bukan besar,biasa biasa saja.
Saya anggap itu pencapaian yang sangat serta masih kecil,kerana saya sasarkan untuk memiliki aset lebih rm1 bilion menjelang sepuluh tahun ke depan…InsyaAllah
Malu saya nak mengaku berharta,saya suka menyendiri dengan cara sendiri.
Lagipun,lebih ramai di luar sana yang kaya raya.Setakat saya ada cikit cikit,apalah sangat.
Apepun,saya syukur dengan apa yang Allah kurniakan seadanya ini.
Di bawah ini,hanya sebahagian geran geran tanah yang saya ‘terpaksa’ kongsikan untuk ‘menjawab’ tuduhan tuduhan jahat oleh segelintir mereka yang jelas mencemburui kejayaan kerdil saya!
Saya tak mahu terkesan dengan suara suara sumbang,nanti saya akan jadi sombong dan lupa diri sedangkan kita hanya hamba saja.
Kalau saya hidup untuk menunjuk sehingga sombong,saya mungkin akan tanya kembali seperti berikut :
“Berapa ratus juta kau ada aset untuk sembang dengan aku???”
Saya akan soal lagi “Setakat kau hanya ada toyota atau mercedes dan rumah banglo guna pinjaman bank,tak payah sembang lah! Tunjuk geran geran tanah kau ada berapa ratus keping!”
Tapi nauzubillah..
Innalillah,jika saya jadi sombong begitu,saya dah ikut sifat IBLIS!
Justeru,izinkan saya terus memburu tawadhuk dengan cara saya walaupun saya pasti belum tawadhuk!
Transformasi Kehidupan: Peranan Penting Pengurangan Bahaya Tembakau Dalam Kesejahteraan Keluarga!
Penggunaan tembakau telah lama diakui sebagai penyebab utama kematian yang boleh dielakkan. Bagi banyak keluarga, kesan tembakau meluas melebihi perokok individu dan memberi kesan dari segi kesihatan, kewangan, dan kesejahteraan keseluruhan isi rumah.
Sebagai tindak balas terhadap krisis kesihatan global ini, pelbagai negara telah meneroka pendekatan inovatif untuk mengurangkan bahaya yang berkaitan dengan penggunaan tembakau. Jepun, khususnya, telah melaksanakan strategi Pengurangan Kemudaratan Tembakau (Tobacco Harm Reduction, THR) yang berjaya melihat pegurangan penggunaan rokok di Jepun.
3 kepentingan pengurangan kemudaratan tembakau dari segi aspek kehidupan keluarga
Pengurangan kemudaratan tembakau berpusat pada mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan tembakau, terutamanya dengan menggalakkan perokok untuk beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya seperti rokok elektronik atau produk tembakau dipanaskan. Apabila ahli keluarga membuat peralihan dari rokok ke alternatif ini, keseluruhan keluarga mendapat manfaat daripada pengurangan pendedahan kepada asap tembakau yang merupakan penyebab utama penyakit berkaitan tembakau. Ini secara ketara mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit pernafasan, penyakit jantung, dan kanser, bukan hanya untuk perokok tetapi juga untuk mereka yang disayangi.
Penggunaan tembakau adalah tabiat yang mahal yang boleh menekan kewangan keluarga. Perokok menghabiskan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli rokok, yang sebaliknya boleh dialihkan kepada keperluan seperti makanan, perumahan, dan pendidikan. Dengan merangkul pengurangan bahaya tembakau, pengguna boleh mengurangkan penggunaan rokok and dapat mengurangkan perbelanjaan mereka untuk membeli rokok. Wang yang disimpan itu boleh dialihkan ke aktiviti yang memperkukuh hubungan keluarga dan kesejahteraan. Perubahan dalam segi kewangan ini dapat meningkatkan stabiliti keluarga secara keseluruhan dan mengurangkan tekanan.
Berhenti merokok atau menukar kepada alternatif yang kurang berbahaya boleh membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik bagi individu dan ahli keluarga mereka. Rumah tanpa asap tembakau mempunyai udara dalam yang lebih segar, mengurangkan risiko penyakit pernafasan pada kanak-kanak dan ahli keluarga yang tidak merokok. Persekitaran bebas asap juga mencipta atmosfera yang lebih menyenangkan untuk semua orang, menggalakkan harmoni dan meningkatkan hubungan dalam keluarga.
Negara Jepun sering disebut sebagai contoh kejayaan negara yang telah melaksanakan strategi pengurangan bahaya tembakau dengan berkesan. Kerajaan Jepun, dengan mengiktiraf keperluan untuk mengatasi risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok, telah mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan penggunaan alternatif yang kurang berbahaya sambil menghormati pilihan peribadi seperti :
Hasil daripada usaha ini adalah penurunan yang ketara dalam kadar merokok dan peningkatan kesejahteraan keluarga. Keluarga di seluruh Jepun mengalami kesan positif Pengurangan Kemudaratan Tembakau, dengan ahli keluarga yang lebih sihat, rumah yang lebih bersih, dan lebih banyak sumber kewangan yang tersedia untuk aktiviti dan matlamat keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bersalin dalam kereta, polis trafik beri escort ke hospital. Itulah detik mendebarkan yang bertukar menjadi kenangan paling manis buat seorang ibu dikenali sebagai PuterryE’zzah baru-baru ini.
Perkongsian videonya di media sosial mengundang perhatian ramai apabila memaparkan suasana dalam kereta yang pada awalnya tenang dengan iringan muzik. Namun dalam sekelip mata, keadaan berubah apabila kontraksi datang bertalu-talu dan si kecil seolah-olah sudah ‘tidak sabar’ untuk melihat dunia.
Menurut PuterryE’zzah, suaminya cuba memandu sepantas mungkin ke hospital dalam keadaan panik. Ketika berdepan kesesakan jalan raya, mereka ternampak seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas menahan sebuah kenderaan lain.
“Husb terus turun tingkap dan jerit beritahu urgent nak pergi hospital, bini dah bersalin,” kongsinya.
Menyedari kecemasan tersebut, anggota polis berkenaan tanpa berlengah membatalkan tindakan terhadap kenderaan yang ditahan dan segera memberikan bantuan iringan (escort) ke hospital. Dalam situasi mencemaskan itu, keprihatinan anggota beruniform berkenaan benar-benar memberi kelegaan buat pasangan tersebut.
Apa yang lebih mendebarkan, bayi mereka sebenarnya telah pun selamat dilahirkan ketika masih berada di atas jalan raya. Anggota polis pada awalnya tidak menyedari bayi sudah keluar sepenuhnya kerana hanya mendengar jeritan meminta tolong daripada si suami.
Setibanya di hospital, PuterryE’zzah segera dibawa ke dewan bersalin untuk rawatan lanjut. Menjawab persoalan netizen mengenai status tempat kelahiran anaknya, beliau menjelaskan bahawa uri hanya keluar selepas tiba di hospital.
“JPN Johor kata, kalau uri keluar di mana, jadi tempat lahir dekat situ. Jadi kes saya ni, uri keluar dekat dewan bersalin, jadi tempat bersalin dikira dekat hospital juga,” jelasnya.
Dari sudut perubatan, situasi seperti ibu bersalin dalam kereta ini dikenali sebagai precipitous labor, iaitu proses kelahiran yang berlaku sangat pantas, biasanya kurang daripada tiga jam. Keadaan ini dianggarkan berlaku sekitar 0.1 hingga 3 peratus daripada jumlah kelahiran dan lebih kerap terjadi kepada ibu yang pernah bersalin sebelum ini kerana tubuh mereka lebih cepat bertindak balas terhadap kontraksi.
Dalam kes seperti ini, kontraksi boleh berlaku dengan jarak yang sangat rapat dan intensiti yang tinggi. Ibu mungkin tidak sempat tiba ke hospital sebelum bayi dilahirkan. Justeru, kesedaran tentang tanda-tanda awal kelahiran amat penting bagi mengelakkan risiko komplikasi.
Kisah ibu bersalin dalam kereta ini bukan sahaja mencetuskan rasa cemas, malah menyentuh hati ramai. Ia memperlihatkan kekuatan seorang ibu yang sanggup berdepan kesakitan demi melahirkan zuriat, serta kecekapan anggota polis yang bertindak pantas membantu dalam situasi genting.
Buat para ibu hamil, kisah ini juga menjadi peringatan agar sentiasa bersedia menjelang hari kelahiran. Pastikan beg hospital sudah tersedia, peka dengan tanda-tanda awal bersalin dan jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan jika kontraksi semakin kerap.
Selain itu, berbincanglah dengan pasangan mengenai pelan kecemasan sekiranya berlaku kelahiran awal. Mengetahui laluan tercepat ke hospital dan memastikan telefon sentiasa boleh dihubungi boleh menjadi langkah kecil yang memberi perbezaan besar dalam situasi tidak dijangka.
Setiap kelahiran punya ceritanya yang tersendiri. Bagi PuterryE’zzah sekeluarga, pengalaman ibu bersalin dalam kereta dengan bantuan escort polis pastinya menjadi memori yang akan dikenang sepanjang hayat.