Ads

Cuti Tambahan Deepavali 2026: Penting! Mak Ayah Semak Tarikh Mengikut Negeri

Cuti Tambah Deepavali

Berita baik buat ibu bapa yang sedang merancang percutian atau aktiviti bersama anak-anak sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan cuti tambahan persekolahan sempena perayaan Deepavali 2026 yang bakal disambut pada Ahad, 8 November ini.

Bagaimanapun, mak ayah perlu ambil perhatian kerana tarikh cuti tambahan yang diberikan adalah berbeza mengikut negeri dan kumpulan persekolahan.

Jadi, sebelum membuat sebarang perancangan untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga, pastikan tarikh cuti anak-anak disemak terlebih dahulu.

Cuti Tambah Deepavali

Cuti Tambahan Deepavali 2026 Mengikut Negeri

Berdasarkan Kalendar Akademik Tahun 2026 yang dikeluarkan KPM, sekolah dalam Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu diberikan cuti tambahan pada Isnin, 9 November 2026.

Ads

Sementara itu, sekolah dalam Kumpulan B melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula diberikan cuti tambahan pada Selasa, 10 November 2026.

Bagi negeri-negeri berkenaan, Isnin, 9 November merupakan hari kelepasan am gantian sempena Deepavali yang jatuh pada Ahad.

Berbeza pula dengan Sarawak yang diberikan cuti tambahan persekolahan pada Isnin, 9 November 2026, dan tidak termasuk dalam pemberian cuti tambahan pada 10 November.

Ads

Mak Ayah Boleh Rancang Masa Bersama Anak

Dengan adanya cuti tambahan ini, ibu bapa bolehlah membuat perancangan lebih awal untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Tidak semestinya perlu bercuti jauh, masa terluang juga boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti menarik di rumah, menziarahi saudara-mara atau membawa anak-anak berjalan-jalan.

Apa yang penting, ibu bapa perlu memastikan tarikh cuti mengikut negeri masing-masing supaya tidak berlaku kekeliruan apabila sesi persekolahan bersambung semula.

Ads

Menurut KPM, cuti tambahan yang diperuntukkan sempena perayaan ini juga tidak perlu diganti.

Jadi, mak ayah bolehlah mula menyusun jadual keluarga dari sekarang. Jangan lupa tandakan tarikh penting ini dalam kalendar!


BACA LAGI:
Juadah Istimewa Sempena Deepavali. Mana Satu Yang Anda Suka?

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Rupanya Begini Pagi Deepavali!” Lelaki Kongsi Rutin Keluarga, Dari Mandi Minyak...

Tradisi pagi Deepavali penuh dengan amalan unik seperti mandi minyak, ke kuil dan memohon restu ibu bapa. Ketahui makna indah di sebaliknya.