Menikmati daging yang digoreng ringkas memang enak dimakan dan mampu menawan selera seisi keluarga. Namun sayangnya sering juga terjadi bila daging digoreng pada waktu tengah hari dan bila dijadikan menu makan malam, daging tersebut terasa liat.

Hal ini menyebabkan kurang enak dimakan, pun begitu tahukah ibu-ibu sebenarnya ada cara untuk pastikan daging yang digoreng tidak liat dan boleh di dalam keadaan sempurna untuk tempuh masa yang lama.

Nak tahu bagaimana?

Ini dikongsikan rahsia untuk dapatkan hasil gorengan daging yang bukan sahaja lembut malah rasanya lebih enak. Jom semak.

TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL

Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak. Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja. 

1. Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah)

Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli. 

2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.

IKLAN

3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan? 

4. Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.

IKLAN

Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu. 

5. Lepas tu macam biasa la tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!

sumber : Nana Ismail