Salah satu menu hidangan seisi keluarga yang sering menjadi permintaan anak-anak adalah sup cendawan. Rasa enaknya membuat anak-anak selera. Biasanya menu ini boleh didapati di restoran makanan segera.

Memang tidak dinafikan harga pun maha jika makan di kedai. Apa kata kali ini, kita buat sendiri di rumah. Boleh cuba!

IKUTI CARA INI

Based kuah/pes cendawan utk spaggeti carbonara/pizza/sup cendawan by immengga

Pes cendawan liar (pernah tengokkan Brand biasa di pasaran mushroom soup perisa cendawan liar paling sedap)

Kalau tak nak rasa cendawan yang kuat,boleh guna cendawan tiram sahaja(blend)

Bahan: 

Pes Cendawan Untuk Spaghetti Carbonara, Pizza Dan Sup Cendawan. Rasa Memang Macam Di Kedai! 

Saya blend tetiga ni guna air rendaman cendawan shitaki kering tadi. Shitaki kering tu pon blend sekali dlm keadaann kering2 tu ye,potong kekecik sblm masuk blend, nanti stuck.

IKLAN

Pes Cendawan Untuk Spaghetti Carbonara, Pizza Dan Sup Cendawan. Rasa Memang Macam Di Kedai! 

Ketiga-tiga cendawan yang diblender.

Pes Cendawan Untuk Spaghetti Carbonara, Pizza Dan Sup Cendawan. Rasa Memang Macam Di Kedai! 

Lada hitam kisar sesudu besar, Tepung gandum secawan,bawang besar 3 biji saiz sedang, Butter suku,minyak masak,garam,cukup ras/kiub pati ayam(xde dlm gambo),

Caranya:
Panaskan butter dan campur sedikit minyak masak,masukkan bawang cincang dan tumis hingga sedikit layu.
Masukkan tepung gandum.kacau serata.
Masukkan air(saya guna air bilas blender dari blend ketiga2 cendawan tadi),masukkan sedikit dulu..kacau rata hingga trpung xberketul.masukkan air baki hingga habis.

IKLAN

Cara memasak video 1.

Posted by Asrimah Bakri on Monday, 12 February 2018

Masukkan lada hitam kisar,garam,kiub ayam sesudu kecil(saya suka guna cukup rasa maggie sbb murah, kiub mahal,klu kt oversea xguna bendaAllah ni,dorg guna chiken stok atau air rebusan ayam,klu rajin blh buat sendiri chiken stok sbb xpernah jupe lg kt msia,saya org kampung).

 

Cara masak video 2

Posted by Asrimah Bakri on Monday, 12 February 2018

 

Masak smpi didih..tutup.api.siap

Posted by Asrimah Bakri on Monday, 12 February 2018

Masak sampai mendidih, tutup.api.siap

IKLAN

Setelah sejuk lebih pekat

Posted by Asrimah Bakri on Monday, 12 February 2018

Setelah sejuk lebih pekat

Masak sekejap dan masukkan susu(klu nak lebih creammy guna COOKING CREAM)..
Masak hingga didih..klu kuah pekat tambah air.jangan cair sgt.
Bila kuah sejuk,iannya jadi lbh pekat.siap,simpan peti.

Bila nak guna,klu utk pizza,sapu terus atas tepung pizza yg dah dibakar separuh masak,pastu baru tabur bahan mentah spt sayur/ayam daging/keju.

Bila guna utk spaggeti,tambah lebih sedikit susu/cooking cream utk lbh creammy.

Bila guna utk mushroom soup/sup cendawan,hanya perlukan cairkan sedikit dan tambah air.

Selamat memasak dari rumah.

Kredit:Asrimah Bakri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI