Setiap kali masak daging memang buat kita risau. Mana taknya, jika salah hiris, daging dikatakan keras. Nak beli daging batang pinang pulak agak mahal.
Jika nak masak rendang atau gulai daging sedap jika ambil bahagian daging pejal. Ada juga daging kotak yang liat bila nak masak. Memamg liat daging, nak makan pun susah!
Namun untuk memasak daging ni kena ada teknik yang betul. Salah satunya kena tahu petua nak jadikan daging jadi lembut dan tidak liat.
Kepada ibu-ibu di luar sana tu mesti selalu tercari-cari petua-petua cara untuk lembutkan daging. Berikut dua petua yang disediakan supaya daging jadi lebih lembut.
P/S: Cuba LIHAT NI untuk barang-barang memasak. Menarik!
PETUA 1: Petua Dari Tukang Masak Thai; Guna Ais Batu
Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan2 lain ). Time air tengah mengelegak kuat tu masukkan ketul ais.
Ads
Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.
PETUA 2 : Guna Minyak Masak
Saya share cara nak lembutkan daging untuk ahli group masak apa tak jadi.moga manfaat untuk yg pening cara nak lembutkan daging.
Cara cikgu ida nak lembutkan daging. Selalu org rebus kan? Tapi cikgu tak rebus.
Ads
Caranya :
1.Bubuh 2 sudu je minyak.panaskan minyak.
2.Masuk kan daging.
3.Air akan keluar sendiri dari daging tu.
4.Cikgu gunakan api yg kuat
5. kacau sekali sekala je daging tu.masak sampai air kering.
6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.
Air dah kering maka lembut lah daging tu. Daging empuk dan lembut. Mudah dan simple je. Senang kan nak daging lembut? Lepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.
Jom cuba Puding Karamel hasil perkongsian dari Mimiey Zuhaa. Selamat mencuba!
Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus.. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.. Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.. So boleh la cuba resepi ni nanti.. Yang tak boleh makan mesti boleh makan, budak-budak pun sukaa..
Bahan gula caramel:
¼ cawan gula
3 sudu besar air
Bahan puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu tepung kastard
1 sk esen vanila
Cara membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
3 Biarkan ia larut dan tidak berketul.
4 Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
5.Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
6.Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras.
7.Apabila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk²
Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang Mudah,ringkas dan cepat kan. selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lain orang lain cara atau petua memasak , ini jugalah bila bercerita tentang membuat donut. Rupanya ada bermacam-macam resipi dan cara.
Salah satunya sebagaimana yang dikongsi oleh Nadirah ini, memang special dan unik resipi membuat donutnya dan jika dilihat hasil donutnya yang gebu, memang buat kita teringin hendak mencuba.
Ni perkongsiannya.
Danut Pandan Asli Tau Ni.Takde nye Buh Perase2 Pandan Takde. Baaaaauuu Die hmmmm..Boleh Malayang2 Rasa Nak Terbang Oii
Malam Ni Free.Fr Nak Share Resepi Donut Pandan Yang Sy Buat Jualan Di Seri Manjung Perak.
Tp Kena Sabar Dengan resepi Doh Sy Nie
Resepi Doh Sy Sangat Lah Lembik
Tapi Result Dia, Pergh !50pcs Rilek Je Cust Buat Makan Petang Kat Rumah
Ini Resepi Cara Sy Yee.Resepi Untuk Uli Mixer Je Tau. Klau Uli Tangan Tak Perlu Guna Air Sejuk Gedi. Dan Mesti Kurangkan Kuantiti Air
Donut Pandan Asli
1kg Tepung
150g Marjerin
7 sb gula
15g Garam
2 bj Telur
20g k.Fine Cream (blh google)
80g Susu Pekat
7 sk Yis
80ml Air Suam
430 ml Air Daun Pandan
Sedikit Pewarna Hijau
Bancuh Yis Dengan Air Suam
Tunggu Sampai Berbuih
Uli Semua Bahan Tadi Dengan Mixer
*Guna Air Pandan Yang Sangat Sejuk
Kemudian Frozenkan Doh
*Donut Lebih Besar Dan Gilerr Lembut
*buh lam plastik dan ikat mesti ikat kalau tak habis doh merayap memanjat kot dlm freezer yang ni tak tipu.
*yis akan stop kembang bila beku jadi sementara nak beku tu dia dok kembang lg tau tp slow
Nak Guna Keluarkan Dari Freezer
*Sy Tak Canai doh Tau Sebab Doh Lembik
Apa Yang Saya Buat
1.Tumbuk Doh
2.Rehat
3.Bulatkan
4.Rehat sejam
5.Lubangkan
6.Rehat 1/2 jam
Banyaknya Berehat Donut Aku Ni . Patotla Gendot Semacam
7. Dan Goreng
8.Agak2 Suam. Salut Donut Dengan Gula Caster
8.Siap.
Ekstra info
*Donut Yang Tak Cukup Rehat Akan Lambat Masak Bahagian Dalam.Bila Buat Lubang Doh Mengecut Tu Tanda Tak Cukup Rehat.kalau Cukup Rehat Doh Steady Je Lepas Lubangkan
*Cara Goreng Pun Kena Btul Tak Boleh Balik2 Selalu Nanti Makan Minyak.letak Donat Terus Balik Biar Perang Balik Sekali Lagi Tggu perang angkat!!! Ni Tips Penting Ni Ingt Ye Dua Kali Balik Saja.
Sumber : Nadirah Ismail Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daging korban tak sesuai dimasak ‘steak’ ada sebabnya. Daging korban yang biasanya diperoleh semasa perayaan Aidiladha, sering kali digunakan dalam pelbagai jenis masakan tradisional. Namun, ia jarang sekali dijadikan ‘steak’.
Terdapat beberapa sebab mengapa daging korban tidak sesuai untuk tujuan ini.
Kenapa Daging Korban Tak Sesuai Dibuat Steak
1. Kualiti Daging
Daging korban biasanya berasal dari haiwan yang tidak diternak khusus untuk tujuan menghasilkan daging berkualiti tinggi. Sebaliknya, haiwan korban sering kali dipilih berdasarkan kesesuaian untuk dikorbankan dari segi umur dan kesihatan. Faktor ini menyebabkan kualiti dagingnya mungkin tidak setanding dengan daging yang diternak khusus untuk menghasilkan steak. Daging yang kurang lemak dan urat biasanya lebih sukar untuk menghasilkan steak yang lembut dan berjus.
2. Kaedah Penyembelihan
Proses penyembelihan korban yang mematuhi syariat Islam juga memberi kesan kepada kualiti daging. Penyembelihan yang dilakukan dengan cepat untuk memenuhi keperluan ibadah sering kali tidak menitikberatkan aspek-aspek yang diperlukan untuk menghasilkan daging berkualiti steak. Proses ini juga mungkin tidak memberi masa yang cukup untuk haiwan tersebut mengalami proses pendarahan yang sempurna, yang boleh menjejaskan tekstur daging.
3. Penyimpanan Dan Pengendalian
Daging korban biasanya dibahagi-bahagikan dan diedarkan kepada mereka yang memerlukan segera selepas penyembelihan. Proses ini kadang-kadang tidak memberi masa yang cukup untuk daging tersebut disimpan dengan betul. Daging yang tidak disimpan pada suhu yang sesuai atau tidak melalui proses penuaan (aging) yang betul akan menjadi keras dan tidak sesuai untuk dibuat steak.
4. Jenis Potongan Daging
Untuk menghasilkan steak yang enak, jenis potongan daging adalah sangat penting. Daging korban biasanya dipotong untuk penggunaan umum dan bukan spesifik untuk steak. Potongan seperti ribeye, sirloin, dan tenderloin adalah yang paling sesuai untuk steak, tetapi potongan ini mungkin tidak selalu ada dalam daging korban yang dibahagikan secara umum.
5. Tujuan Dan Niat Korban
Korban dilakukan dengan tujuan ibadah dan kebajikan, iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan membantu mereka yang memerlukan. Oleh itu, pengagihan daging korban biasanya tertumpu kepada golongan fakir miskin dan tidak terhad kepada penggunaan peribadi sahaja. Ini menjadikan penggunaan daging tersebut untuk hidangan mewah seperti steak bukanlah satu keutamaan.
Seorang pengguna laman X menjelaskan daging korban sebenarnya tidak sesuai dijadikan sebagai hidangan stik seperti yang terdapat di restoran terkemuka.
Sebagai tukang masak profesional, individu ini menjelaskan lembu akan mengalami fasa Rigor Mortis selepas disembelih sekaligus menyebabkan daging akan menjadi keras sehingga tidak boleh dimakan sebagai stik.
Rigor Mortis bermaksud kekakuan otot yang berlaku pada haiwan ternakan seperti lembu selepas proses penyembelihan.
“Pertama skali kita kena paham apa itu Rigor Mortis(RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan kejang dan mengeras.
“Kalau biasa pancing, ikan dalam icebox tu bukan mengeras senget sebab beku. Tu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih,” katanya.
Individu ini turut menjelaskan untuk menjadikan daging itu sebagai hidangan stik, ia melibatkan beberapa proses yang perlu dilaksanakan seperti gantung di dalam peti sejuk beku selama berminggu-minggu.
Ia dilakukan supaya daging menjadi lembut dan sesuai dimasak stik.
“Di barat, praktis selepas sembelih dan siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan untuk membenarkan otot-otok rileks secara semula jadi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah sebelum dijual. Suhu perlu dikawal rapi utk mencegah pencemaran bakteria.
“Proses gantung di dalam peti selama berminggu namanya Aging. Tanpa proses ni tak guna pun potong daging ikut bahagian mana mahal murah seperti praktis barat.
“Stik dimasak pada suhu yang tinggi dan masa yang singkat. Sebab itu proses aging penting untuk melembutkan daging,” jelasnya.
Sebaiknya, daging korban digunakan untuk masakan tradisional yang lebih sesuai dengan tekstur dan kualitinya, sambil mengekalkan semangat kebersamaan dan kebajikan yang diutamakan dalam ibadah korban.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...