Anak perempuan dah ada seorang, mak ayah kini cuba merancang untuk mendapatkan seorang anak lelaki pula. Soalnya bagaimana? Apa pemakanan atau yang perlu dilakukan untuk memperolehi zuriat lelaki?
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court Medical Centre, jantina anak boleh ditentukan oleh sperma suami.
Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Jantina bayi ditentukan oleh sperma SUAMI. Setelah ovulasi berlaku, telur wanita mampu hidup dan menunggu di tiub fallopio selama 24 jam. Jadi Super Sperm hanya ada 24 jam untuk masuk ‘ meminang & berkahwin’ dengan Queen Telur!).
Setelah ejakulasi berlaku, sperma mampu bertahan antara 3 ke 5 hari di dalam sistem reproduktif wanita. Sperma yang membawa genetik Y adalah perenang yang laju tapi mempunyai jangka hayat yang pendek (“The Sprinter”).
Jika melakukan hubungan intim pada hari isteri dijangkakan berovulasi, peluang mendapat anak LELAKI adalah lebih tinggi.
Ads
Manakala, sperma yang membawa genetik X adalah perenang yang ‘slow & steady’ tapi mempunyai jangka hayat yang lebih panjang (“The Marathon Runner”).
Jika melakukan hubungan intim 1 ke 2 hari awal sebelum ovulasi berlaku, peluang mendapat anak PEREMPUAN adalah lebih tinggi.
Untuk pastikan memang ada satu telur matang i.e Dominan Follicle (DF) yang bersaiz antara 18-28mm, wanita boleh melakukan scan vagina (TVS) sehari sebelum dijangkakan waktu subur berlaku (cth : pada hari ke 12/13 jika kitaran haid 28 hari.
Jika DF mengandungi telur matang yang berpotensi untuk berovulasi, selaput dinding rahim akan turut menebal, mencecah 8-12mm. Ini meningkatkan lagi peluang wanita untuk hamil.
Ads
Untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan, pasangan boleh bersama 2 hari sebelum, pada dan 2 hari selepas ovulasi. Tapi kalau Hari-Hari-Mau pun okey je.
*p/s: Anak lelaki atau perempuan, anak adalah anugerah & amanah dariNya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kalau sudah namanya kreatif, buat apa pun menjadi. Barangan terpakai yang mungkin dianggap tidak berguna oleh orang lain, tetapi nampak menarik apaabila dijadikan tempat meletak pokok bunga.
Apa yang menariknya, hasil kreativiti bekas botol sabun tersebut diolah menjadi bentuk gajah dan juga itik. Sangat mengujakan sesiapa yang melihat bekas ini.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafir menerusi facebooknya. Menurutnya lagi, bekas tersebut dibuat sendiri mentuanya tanpa melihat dari mana-mana video mahupun gambar.
Sayang nak buang botol-botol sabun ni, jadi ibu mertua saya gunakan kreativiti sendiri untuk buat gajah dan itik sebagai pasu untuk tanam pokok bunga.
Satu aktiviti mengisi masa lapang yang banyak manfaatnya 🤩
Menariknya, ibu mertua saya buat ikut imaginasi je ni, tanpa tengok video di YouTube ke, tak tengok gambar ke apa, terfikir dan terus buat.
Nampaknya lebih kreatif berbanding sebahagian besar kita sekarang ini yang bergantung kepada contoh, sampel, inspirasi, baru boleh nak buat sesuatu…
#KeluargaDrSyahr 19/10/2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Muat naik terkini pelakon Puteri Sarah Liyana sekali lagi menarik perhatian ramai. Peminat aktres ini di media sosialnya melihat video yang dikongsi menerusi Instagram Puteri Sarah Liyana itu sebagai suatu yang meruntun jiwa .
Puteri Sarah memuatnaik video berkenaan berserta kapsyen ringkas hanya simbol hati. Begitulah kasih sayang seorang ibu. Apa jua rintangan yang datang, bangkit demi anak tersayang.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Apa yang membuatkan netizen meruntun jiwa apabila wajah anak perempuan Sumayyah kelihatan berkaca. Biarpun di awal video memperlihatkan wajahnya tersenyum di samping abangnya, Syaikhul, namun di akhir video sebaliknya.
Disamping pelukkan ibunya, Sumayyah cuba tersenyum namun wajahnya memberikan seribu makna. Anak yang masih kecil tidak dapat menyembunyikan kesedihan diwajahnya.
Difahamkan di video berkenaan dijalankan untuk sesi fotografi untuk mempromosikan busana raya.
Dalam pada itu, netizen meluahkan isi hati melihatkan dua beradik ini. Serta menitipkan doa buat adik beradik semoga tabah dengan ujian yang melanda kedua ibu bapanya.
Kegembiraan hanya sementara, kesedihan pula menerpa. Begitulah situasi yang dialami oleh graduan ini ekoran penemuan mayat ayah tercinta setelah hilang dilaut baru-baru ini. Khabaran duka itu, mengejutkan anak mudah ini bertapa, kasih sayang ayah hingga hujung nyawa. Mencari rezeki demi membesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak tanpa menghiraukan bahaya mendatang. Sebak dengan perkongsian Faiz Mechi yang merakamkan momen berlatarbelakangkan pantai dengan memakai baju graduasi bersama arwah ayah dan ibu. Moga arwah ayah Faiz Mechi ditempatkan bersama orang beriman.
APRIL 2018 Dalam beratus-ratus gambar, gambar ini sangat istimewa bagi aku. Gambar sebuah keluarga pesara tentera/nelayan dan suri rumah bersama anaknya. Tiada berlatar belakang kan studio gambar, cuma berlatar belakang di tempat ayahku mencari rezeki untuk keluarga.
Terukir senyuman kedua ibu ayah ku ketika ini. Anak yang dibesarkan dari kecil hingga dewasa kini telah menamatkan pelajaran di universiti. Ayah dan ibu lagi bertambah gembira kerana aku telah mendapat pekerjaan tetap ketika ini. Sekarang aku dah boleh berdikari dan membalas jasa ibu ayah aku semula.
Namun ia hanya hasrat yang sementara. 28 November 2018, tersentak hatiku mendapat berita ayah hilang di lautan ketika mencari rezeki untuk keluarga.. Allah.. 2 hari aku menanti ayah, namun ayah tidak dijumpai oleh pasukan menyelamat. Berkat rezeki doa dan takdir Allah S.W.T., ayah timbul di permukaan jam 12.45 pagi setelah 2 hari misi pencarian. Allah takdirkan seorang nelayan untuk menjumpai ayahku di lautan. Ayah selamat dikebumikan pada waktu Asar, Hari Jumaat, 30 November 2018.
Terima kasih ayah sebab membesarkan Faiz sampai ke hari ini. Segala pesan dan ilmu yang ayah berikan Faiz tak akan lupakan. Faiz dan Salmi janji akan jaga ibu sampai bila-bila.
Saya Muhammad Faiz Bin Md Rasid, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam mencari ayah dan juga mendoakan arwah ayah saya. Maaf kepada semua pihak kerana saya tidak dapat reply semua ucapan di whatsapp dan sosial media namun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas keperhatinan dari tuan2 dan puan2 sekalian. Segala jasa baik tuan2 dan Puan2 tidak dapat sy balas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan2 dan puan2.
Assalamualaikum
Al-Fatihah PW U 1 (B) Md Rasid Bin Md Jizan (1966-2018)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di