Ikatan kekeluargaan yang erat itu akan membuatkan kita berasa bahagia. Begitu juga dengan hubungan dengan ibu bapa di kampung.
Biar sibuk dengan urusan kerja, hal keluarga tetap nombor satu! Selagi merekdengan a hidup tiada istilah tidak pulang ke kampung menziarah mereka.
Pengakuan seorang lelaki menerusi facebooknya,, Adam Kelvin yang berbangsa cina yang telah berkahwin dengan wanita muslim meluahkan rasa terkejut di awal perkahwinannya apabila isterinya kerap memintanya balik kampung.
Katanya, ayahnya yang berbangsa cina jarang balik kampung, boleh dikatakan setahun dua atau sekali sahaja.
Namun akhirnya terpaska ubah pendirian setelah isterinya kerap mahu pulang ke kampung dengan alasan yang membuatkan dia sebak.
Nak tahu apa selanjutnya, ikuti perkongsian ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Perasan tak orang Cina kan jarang balik kampung?
Ayah saya sendiri pun balik kampung setahun sekali atau dua kali sahaja.
Jadinya, bila masa awal-awal kahwin dulu saya pelik kenapa wife saya selalu nak balik kampung.
Even saya mengambil langkah yang drastik hanya benarkan wife saya balik setahun sekali saja. Itu pun hari raya saja. Ni cerita masa mula-mula kahwin tau.
Saya buat begitu bukan sebab nak pisahkan dia dari family. Tak ada langsung macam tu. Cuma pada saya, tak ada keperluan untuk selalu pulang ke kampung.
Itu yang ayah saya amalkan dari dulu dan saya terikut-ikutlah. Mungkin juga ikatan kekeluargaan family saya kurang kuat.
Sampailah wife saya penat sangat dan dia mintak nak berpisah dengan saya sebab tak dapat pulang ke kampung dengan kerap.
Saya jadi terdiam apabila wife saya terangkan betapa pentingnya ummi walidnya berbanding saya dalam hidupnya.
Suami boleh cari ganti tapi ummi walidnya hanya itu saja yang ada dan tiada gantinya. Dulu pun masa walidnya bekerja di KL, memang mereka semua akan pulang ke kampung dengan kerap.
Even masa arwah nenek wife saya sakit pun, ummi walidnya setia menjaga sampai ke hujung nyawa.
Lagi saya tersentap bila wife cakap, bayangkan Soon Cong ni kita jaga macam menatang minyak yang penuh, bagi semua kasih sayang dan buat terbaik untuk dia.
Sekali bila dah kahwin, dia tak boleh balik ke kampung selalu sebab wife dia tak bagi? Faham tak perasaan rindu anak tu macam mana?
Masa wife saya luahkan perkara ni, saya rasa nak nangis sebab tak tau kenapa saya boleh bertindak macam tu sekali.
Apa entah yang saya fikir masa tu? Apa lah yang bermain dalam otak saya masa tu sampai tanpa sedar menyeksa wife sendiri? Geram sangat.
Akhirnya saya benarkan wife saya balik kampung 2-3 bulan sekali. Sekali balik stay dalam seminggu. Baru saya nampak wife saya mula ceria dan gembira. Nampak dia lebih fulfilling lepas pulang dari kampung.
Malah ibu dan ayah mertua saya juga lebih gembira apabila melihat anaknya pulang selalu. Taklah kena tahan perasaan rindu kat anak.
Bila fikir balik, saya buat begitu dulu sebab sejak masuk Islam, saya dah terbiasa berseorangan. Saya tak belong to anywhere, anyone or anything. Saya sibuk mencari duit untuk survive sampai perasaan sendiri mati. Terlalu pentingkan diri sampai terabai perasaan orang sekeliling bila berkahwin.
Perbezaan budaya pun ya juga.
Peristiwa luahan yang terpendam wife saya banyak mengajar saya sesuatu. Wife saya memang tegas orangnya. Benda kalau dia nak, dia akan fight sampai habis.
Patutlah setiap kali musim perayaan mesti highway jam. Bukan musim perayaan saja, pantang ada cuti umum je mesti jam! Orang berlumba-lumba pulang ke kampung.
Hari raya menjelang tiba, sudah tentu ramai dah tak sabar nak menikmati hidangan di pagi hari raya yang enak terhidang. Tapi bagaimana nak Mindful Eating semasa hari raya. Tentu mencabar kan? Maklumlah dah sebulan berpuasa, ini lah masa nak ‘balas dendam’. Tapi hati-hati salah makan, memang buat perut ‘terkejut’ . Sakit perut sepanjang hari!
Hidangan istimewa yang biasanya disediakan seperti rendang ayam, rendang daging, lontong, dan aneka juadah lain yang pasti mengundang nostalgia dalam setiap suapan.
Menurut Farahanani Amir Hamzah, Pegawai Dietetik UiTM, makan dalam kuantiti sederhana untuk mengelak berlaku masalah penghadaman setelah sebulan berpuasa.
Dalam tempoh kita berpuasa perut kita telah direhatkan di siang hari selama 13 jam tak makan dan minum. Dalam tempoh ini, enzim perut kurang dihasilkan berbanding hari biasa untuk mengurangkan risiko dinding perut terhakis oleh asid perut. Jadi, sebarang perubahan secara mendadak boleh mengundang ketidakselesaan perut seperti refluks asid, kembung, dan juga sembelit.
Lazimnya, kita akan makan juadah yang tinggi protein seperti ayam dan ikan beberapa kali pada hari raya. Enzim perut seperti pepsin yang berfungsi dalam penghadaman protein yang kurang dihasilkan selepas sebulan berpuasa boleh terganggu dengan perubahan mendadak dalam corak pemakanan kita dalam satu hari.
Jangan risau, boleh sahaja nak cuba semua makanan yang ada, cuma kena amalkan konsep ‘mindful eating’ supaya tidak berlebihan dan memudaratkan perut. Kena cedok makanan ke dalam pinggan kita dalam porsi yang terkawal. Makan sedikit sahaja dahulu dan ulang lagi selepas beberapa jam. Dengan cara ini, sistem penghadaman kita akan lebih bersedia untuk memproses makanan.
‘Mindful Eating’ merupakan satu konsep makan yang memerlukan kita makan dengan penuh kesedaran tentang apa yang ada di dalam pinggan kita. Salah satu caranya ialah dengan mengunyah makanan perlahan-lahan dan menikmati setiap suapan. Dengan cara ini boleh membuatkan kita cepat rasa kenyang dan tak menambah berkali-kali.
Selain itu, pastikan kerap minum air kosong dan elakkan minum minuman berkarbonat yang boleh menjadi punca perut kembung. Tak pasal-pasal kena cari air halia pula bila dah senak perut. Lagipun minuman berkarbonat selalunya tinggi kalori dan boleh menyebabkan berat badan naik selepas hari raya. Mesti kita taknak berat naik berkali ganda kan?
Hidangan raya yang kurang serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh jadi punca sembelit. Jadi caranya kena selit kan juga hidangan seperti salad buah-buahan segar sebagai pemanis mulut untuk elakkan kejadian sembelit di hari raya. Selain itu, jangan lupa minum air dengan cukup sehingga 10 gelas sehari untuk dewasa untuk memastikan kelancaran penghadaman.
Zalif Sidek timang bayi lelaki, isteri selamat bersalin anak kedua, lengkap dah sepasang. Pelakon Zalif Sidek berita gembira, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki. Genap sepasang sudah anak pelakon Daddyku Gangster ini.
Terdahulu, Zalif sudah memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. Sebelum ini Zalif ada berkongsi berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Ogos.
Berikut berita gembira yang dikongsikan oleh Zalif di laman Instagramnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.