Hari raya menjelang tiba, sudah tentu ramai dah tak sabar nak menikmati hidangan di pagi hari raya yang enak terhidang. Tapi bagaimana nak Mindful Eating semasa hari raya. Tentu mencabar kan? Maklumlah dah sebulan berpuasa, ini lah masa nak ‘balas dendam’. Tapi hati-hati salah makan, memang buat perut ‘terkejut’ . Sakit perut sepanjang hari!

Hidangan istimewa yang biasanya disediakan seperti rendang ayam, rendang daging, lontong, dan aneka juadah lain yang pasti mengundang nostalgia dalam setiap suapan.

Menurut Farahanani Amir Hamzah, Pegawai Dietetik UiTM, makan dalam kuantiti sederhana untuk mengelak berlaku masalah penghadaman setelah sebulan berpuasa.

Pegawai Dietetik Ajar Cara ‘Mindful Eating’ Semasa Hari Raya, Baru Perut Tak ‘Terkejut’!

Dalam tempoh kita berpuasa perut kita telah direhatkan di siang hari selama 13 jam tak makan dan minum. Dalam tempoh ini, enzim perut kurang dihasilkan berbanding hari biasa untuk mengurangkan risiko dinding perut terhakis oleh asid perut. Jadi, sebarang perubahan secara mendadak boleh mengundang ketidakselesaan perut seperti refluks asid, kembung, dan juga sembelit.

Lazimnya, kita akan makan juadah yang tinggi protein seperti ayam dan ikan beberapa kali pada hari raya. Enzim perut seperti pepsin yang berfungsi dalam penghadaman protein yang kurang dihasilkan selepas sebulan berpuasa boleh terganggu dengan perubahan mendadak dalam corak pemakanan kita dalam satu hari.

IKLAN

Jangan risau, boleh sahaja nak cuba semua makanan yang ada, cuma kena amalkan konsep ‘mindful eating’ supaya tidak berlebihan dan memudaratkan perut. Kena cedok makanan ke dalam pinggan kita dalam porsi yang terkawal. Makan sedikit sahaja dahulu dan ulang lagi selepas beberapa jam. Dengan cara ini, sistem penghadaman kita akan lebih bersedia untuk memproses makanan.

‘Mindful Eating’ merupakan satu konsep makan yang memerlukan kita makan dengan penuh kesedaran tentang apa yang ada di dalam pinggan kita. Salah satu caranya ialah dengan mengunyah makanan perlahan-lahan dan menikmati setiap suapan. Dengan cara ini boleh membuatkan kita cepat rasa kenyang dan tak menambah berkali-kali.

Pegawai Dietetik Ajar Cara ‘Mindful Eating’ Semasa Hari Raya, Baru Perut Tak ‘Terkejut’!

IKLAN

Selain itu, pastikan kerap minum air kosong dan elakkan minum minuman berkarbonat yang boleh menjadi punca perut kembung. Tak pasal-pasal kena cari air halia pula bila dah senak perut. Lagipun minuman berkarbonat selalunya tinggi kalori dan boleh menyebabkan berat badan naik selepas hari raya. Mesti kita taknak berat naik berkali ganda kan?

Hidangan raya yang kurang serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh jadi punca sembelit. Jadi caranya kena selit kan juga hidangan seperti salad buah-buahan segar sebagai pemanis mulut untuk elakkan kejadian sembelit di hari raya. Selain itu, jangan lupa minum air dengan cukup sehingga 10 gelas sehari untuk dewasa untuk memastikan kelancaran penghadaman.

Kisah Inspirasi

IKLAN

Mesti Tonton

Kisah Inspirasi

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Pegawai Dietetik Ajar Cara ‘Mindful Eating’ Semasa Hari Raya, Baru Perut Tak ‘Terkejut’!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI