Berita gembira buat Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan ahlinya boleh membuat semakan status permohonan pengeluaran khas maksimum RM10,000 bermula 9 April ini.
KWSP menyatakan bahawa pencarum tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios atau cawangan bagi membuat semakan berkenaan.
“Ahli boleh membuat semakan sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui portal pengeluaran khas ini.
Hanya tiga golongan ini saja yang layak
Tentu ada bertanya kenapa perlu buat semakan? Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
1. Golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
2.Golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.
3. Golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.
Menerusi infografik yang dimuatnaik di Facebook KWSP pada 29 Mac lalu, pembayaran Pengeluaran Khas secara ‘single payment’ akan dibuat mulai 20 April 2022.
Ads
Terdahulu, KWSP mengumumkan permohonan simpanan pengeluaran khas maksimum sebanyak RM10,000 dibuka bermula 1 April hingga 30 April ini.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir. Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Ads
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil #BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Langkah pertama melahirkan suami yang bertanggungjawab ialah dengan mengajar anak lelaki mengangkat pinggan selepas makan.
Nampak mudah bukan? Tapi saya pernah lihat sendiri anak-anak kecil yang meninggalkan terus pinggan makannya selepas selesai makan.
Anak-anak ini juga tidak didedahkan dengan kerja-kerja rumah. Benda sekecil mengangkat sampah yang di atas karpet pun tidak disuruh. Kerusi yang lari dari tempatnya akan kekal senget sehingga ibu yang betulkan. Karpet yang terlipat akan dibiarkan sahaja, tidak disuruh pun untuk dibetulkan.
Apabila ibu menyapu dan mengemas rumah, anak-anak lelaki disuruh duduk jauh-jauh atau dalam bilik. Manakala anak perempuan akan diajar menyapu dan mengemas.
Baju seluar yang sudah dipakai tidak diarahkan untuk diletak di tempat baju kotor. Bersepahlah ia tanpa anak itu dimarahi. Baju yang bersih pula tidak pernah diajar untuk dilipat dan disimpan ke dalam almari.
Selesai masak, anak-anak lelaki tidak diajar untuk mengangkat pinggan atau menghidangkan makanan. Mereka akan dipanggil untuk makan hanya apabila semuanya telah siap terhidang oleh ibu atau adik perempuan atau kakak mereka.
Selepas makan, pinggan tidak disuruh bawa ke sinki, meja tidak diajar untuk dibersihkan dan dilap sehingga bersih dan letakkan semula kerusi dengan teratur. Tidak mengapa kerana ibu dan anak-anak perempuan yang akan buat.
Anak lelaki terus pergi buat hal masing-masing, tengok tv, bermain dan sebagainya. Tinggallah ibu dan anak-anak perempuan yang sebelum makan telah sibuk menyediakan masakan, memasak dan akhirnya mengemas serta membasuh pinggan.
Jika anda pernah ada bayangan seperti ini, nampak seperti normal kan? Itu kerja ibu dan adik perempuan atau kakak.
Buka sikit mata anda. Anak-anak ini tidak didedahkan dengan semua benda ini. Mereka dibesarkan dengan mentaliti “itu kerja perempuan”. Mereka membesar dengan “lepas makan tak perlu kemas meja”.
Anak lelaki yang tidak diajar menyapu rumah, membasuh pinggan, mengelap meja, membasuh, menyidai, melipat baju sudah pasti akan mempersoalkan apabila isterinya mengeluh penat apabila sudah berkahwin nanti.
Anak lelaki yang sama inilah yang rasa bukan tugas dia untuk membantu isteri masak, menghidang makanan, mengemas dan membasuh pinggan.
Anak lelaki ini juga akan rasa sangat berat untuk menyapu rumah dan akan merasakan ketidakadilan dan seperti dikawal oleh isteri apabila diminta untuk membantu membuat kerja-kerja rumah.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pernah dengar? Memang betul pun. Kerana apabila buluh itu sudah besar, ia akan jadi keras dan susah untuk dilenturkan malahan boleh patah. Itu yang terjadi kepada suami yang hidupnya dari kecil tidak diajar untuk buat kerja rumah. Dia akan memberontak dan memarahi si isteri apabila disuruh untuk buat kerja rumah.
Anak lelaki ini juga akan merasakan yang hidup dengan ibunya lebih seronok. Ini antara sebab kenapa yang lebih terseksa apabila duduk bersama mentua ialah isteri dan bukannya suami.
Nak lebih mudah faham? Anda tulis dengan tangan mana? Kanan ke kiri? Kalau tangan kanan, ambil pen sekarang dan tulis nama anda sendiri dengan tangan kiri. Senang ke susah? Kekok bukan? Macam mana kalau saya suruh anda tulis 100 kali nama sendiri tu dengan tangan yang anda tak biasa? Ada rasa menyirap tak? Faham dah sekarang?
Jadi, ibu dan bapa kita sudah besarkan kita dengan baik, Alhamdulillah. Tetapi ini tidak bermakna mereka bukan manusia. Mereka manusia macam kita, mereka juga boleh melakukan kesilapan seperti yang saya ceritakan di atas.
INI YANG KITA KENA BUAT PADA ANAK LELAKI
Apa yang kita boleh buat? Jangan ulangi kesilapan yang sama. Kerana kita juga sudah menjadi ibu dan bapa. Mula didik anak-anak kita tak kira lelaki atau perempuan untuk buat kerja-kerja rumah.
Supaya apabila dia sudah berumahtangga nanti, dia akan menjadi suami yang lebih bertanggungjawab.
1. Ajar anak lelaki kemas rumah
2. Ajar anak lelaki bantu kerja-kerja di dapur
3. Ajar anak lelaki uruskan pakaian mereka
4. Ajar anak lelaki yang semua benda ini adalah tanggungjawab mereka dan bukannya adik perempuan atau kakak serta ibu mereka sahaja.
Macam mana nak ajar? Tunjukkan dan galakkan supaya mereka buat bersama dan kemudiannya buat mereka gembira apabila mereka berjaya melakukannya.
Apa yang kita buat sekarang akan menentukan jenis suami apa yang akan anak kita jadi nanti, yang pemalas atau yang bertanggungjawab.
Bagaimana pula dengan suami yang pemalas begini? Didiklah mereka umpama mereka itu anak kecil. Mulakan sikit-sikit. Minta tolong hulurkan sesuatu atau minta tolong basuhkan sudu atau hulurkan tudung anda sehelai dan minta tolong letakkan di bakul baju kotor.
Puji dan ucapkan terima kasih apabila mereka bantu. Nampak macam kelakar dan macam budak-budak kan? Tapi percayalah, suami sebegini, sisinya ini memang masih di tahap kanak-kanak kerana ianya tidak pernah disentuh semasa mereka kecil.
Ringkas dan sangat mudah. Tapi mulakan dengan sedikit macam ini dan kembangkan lagi hari demi hari. Contohnya dari sehelai tudung kepada sehelai tudung dan baju atau dari minta bantu basuh sudu garfu kepada pinggan yang kecil dan kemudiannya pinggan makan sendiri.
Saya doakan anda semua akan berjaya dan para suami yang membesar dengan mentaliti bermasalah akan berjaya berubah.
Alhamdulillah, anak saya Akbar yang berumur 5 tahun walaupun belum fasih bercakap sepenuhnya sudah dilatih untuk membawa pinggannya ke sinki selepas makan, membetulkan sofa, membuang sampah, menyidai baju dan sebagainya.
SUAMI YANG MEMBANTU
Begitu juga dengan perkongsian isteri Johan. Jelas membayangkan suaminya seorang yang ringan tulang membantu menguruskan rumahtangga.
Menarik perkongsian ini.
Kredit: Akhtar Syamir dan Jozlynnhanania
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Hari ini, pelakon Noorkhiriah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16 bersama suami tercinta, Azfaizul Ahtan.
Perkara ini dikongsikan sendiri di laman Instagram miliknya. Dalam perkongsian tersebut, Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43, telah menitipkan ucapan istimewa yang menyentuh hati buat suaminya sempena meraikan ulang tahun itu.
Menurutnya, selama hidup bersama banyak pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan untuk keluarga mereka.
“Pakaian suami adalah pakaian isteri.. Genap 16 tahun awak jadi imam saya di Jumaat yang lagi berkat ni.. Kurang lebih saya minta maaf.. Saya ini banyak salah dari betul..
Korang doakan akak dan suami till jannah. Semoga Allah angkat dan makbulkan doa kalian. Untung saya dapat awak..dan jangan rugi dapat saya, maklumlah kadang saya menghiburkan kadang memeningkan..
“Semoga Allah membalas segala kebaikan awak di dunia dan akhirat pa..ikhlas dari tulang rusuk kiri,” ucapnya dalam entri tersebut.
Dalam kemas kini berbeza Noorkhiriah terus membuat muat naik khas buat suaminya yang memberitahu sehingga kini kasihan kerana terpaksa menanggung dosanya sebagai isteri.
“Terus doakan saya Pa (panggilan buat suaminya). Sakitnya bila awak terus menanggung dosa saya. Semoga Allah Tarik saya ke jalan kebenaran. Saya tak nak susahkan awak dunia dan akhirat,” harapnya.
Noorkhiriah berkahwin dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.