Ingatlah bahawa yang paling berharga di rumah kita bukan perabot, bukan peralatan elektronik, komputer, barang-barang antik atau barang perhiasan.
Tetapi yang paling berharga ialah manusianya, yakni pasangan hidup kita. Dialah “modal insan” yang wajar dihargai lebih daripada segala-galanya.
ADAKAH KITA BENAR-BENAR SAYANG PASANGAN?
Soalnya, adakah kita telah benar-benar menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang yang berada di rumah kita?
Cuba renungkan, betapa ramai suami yang lebih prihatin tentang kereta berbanding isteri mereka. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran tetapi “batuk” kereta sedikit sahaja sudah segera dihantar ke kedai untuk diperbaiki.
Bila enjin kereta “aneh” sedikit sahaja bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan, ditune semula agar bunyinya kembali normal. Sebaliknya, isteri yang batuk-batuk, lenguh dan pucat mukanya dibiarkan saja.
Alasannya, itu sudah adat, badan sudah tua …
Itu belum dikira lagi suami yang “kaki pancing” yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan, tega membiarkan isteri kesepian di rumah. Isteri juga apa kurangnya?
Ada para isteri yang leka dengan orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Ada juga suami yang workaholic, bekerja siang malam, tidak mengenal istilah cuti dan rehat. Apabila ditanya mengapa begitu sibuk dengan kerja? Jawabnya, demi isteri dan anak-anak. Ironinya, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri dan anak-anak.
Ya, mencari duit sehingga tidak sempat menikmati duit itu. Gigih mencari wang, tidak kira siang atau malam. Malangnya, apabila duit wang sudah terkumpul, kesihatan pula tergadai, rumah tangga berkecai, isteri dan anak-anak terabai.
Tegasnya, hargailah isteri dengan tindakan. Bukan hanya dengan ucapan. Jika benar ingin membahagiakan isteri, luangkan masa, korbankan tenaga dan tumpukan seluruh perhatian untuk membahagiakannya.
Jika ada yang bertanya, bagaimana kita boleh menghargai pasangan kita di tengah kesibukan dunia moden yang begitu hebat? Jawabnya, insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan.
Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir.
Mulakan memandangnya dengan pandangan kasih. Mungkin wajah isteri kita sudah kedut tetapi insafilah mungkin separuh daripada kedutan di wajah itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita.
Uban telah memenuhi kepala pasangan kita tetapi itu bukan uban sebarang uban tetapi ubat yang tumbuh kerana kesusahan memikirkan kebahagiaan kita dan anak-anak.
PANDANGLAH WAJAH PASANGAN
Pandanglah wajah pasangan kita dengan pandangan mata hati (bukan semata-mata dengan mata biasa). Kalau dulu semasa bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini, biarlah pandangan kita lebih murni. Bukan lagi dari mata turun ke hati tetapi dari hati turun ke mata.
Dengan ini, yang kita lihat bukan bodynya lagi tetapi hati budinya. Yang kita pandang seharusnya bukan lagi urat, tulang dan daging tetapi suatu yang lebih murni dan hakiki, yakni kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaannya yang sekian lama telah dilalui bersama kita!
Daripada pandangan mata hati itulah akan lahir sikap dan tindakan yang membuktikan rasa cinta. Justeru, cinta itu tindakan. Tindakan yang tidak mengenal jemu dan lelah.
Bak kata penyair; bila sudah cinta, ingin dipintal awan gemawan untuk dijadikan kerongsang, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya dan mahu dijadikan mentari sebagai sinar dalam duka dan laranya.
Ah, manusia sebenarnya tidak perlu diajar jalan membelai dan mempamerkan rasa cintanya. Apabila sudah ada rasa cinta yang mendalam dalam jiwa, jalan untuk menzahirkannya akan datang dengan sendirinya. Justeru, cinta itulah yang menyalakan kemahuan. Kemahuan itulah yang mencari jalan!
Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai si isteri. Sebaliknya, petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama permaisuri hatinya. Masing-masing dengan cara dan kemampuan sendiri. Itu bukan masalahnya, selagi ada cinta.
Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri, tentunya lebih bahagia berbanding seorang jutawan yang hanya disambut di pintu vilanya oleh orang gajinya.
Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah SWT, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!
Hargailah sesuatu yang dekat dengan kita. Malangnya, kita selalu terlepas pandang kepada sesuatu yang “terlalu dekat”, ada kalanya jauh lebih sukar untuk dilihat berbanding yang jauh. Begitulah. Isteri di depan mata, keberadaannya ada kalanya kurang dihargai dan dirasai kerana … sudah terlalu dekat.
Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton televisyen berbanding bercakap dengan isteri.
Di negara kita, apa kurangnya. Tiga jam menonton bersama, namun sepatah kata pun tidak terkeluar untuk berbual. Suami dan isteri sibuk melayani fikiran masing-masing walaupun mereka duduk berhampiran.
Lebih-lebih lagi apabila duduk berjauhan. Mereka seolah-olah terlalu lokek untuk bertanya khabar apalagi bertukar-tukar cerita. Ada kalanya, bertanya khabar kepada teman-teman jauh lebih banyak berbanding dengan isteri sendiri.
Namun, bila isteri atau suami diserang sakit – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu timbullah penyesalan yang tak sudah. Puaslah menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi.
Pada waktu itu barulah kita duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami, yang hanya mampu berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara … “Bersuaralah isteriku, bercakaplah dengan suamimu,” rintih hati. Tetapi, rintihan tinggal rintihan. Segalanya sudah tidak berguna lagi.
Hidup terlalu singkat dan hidup hanya sekali. Yang pergi tidak akan kembali. Kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti tetapi tidak semua yang patah boleh tumbuh semula. Adakah anak, isteri, suami yang pergi, akan pulang semula?
Justeru, hargailah selama semuanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Hargai dan sayangi isteri atau suami kita.
Mungkin esok, kita tidak pulang atau dia yang tidak pulang. Cinta sewaktu senja sebenarnya sedang berlumba dengan nyawa. Ajal boleh datang tiba-tiba. Mungkin kita yang “pergi” atau dia yang “pergi” dulu.
Sumber: FB Pahrol Mohammad Juoi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Akhirnya Cara Ini Paling Tak Beban Simpan Duit, Setahun Dapat RM3,300!
Tidak dinafikan untuk menyimpan duit agak sukar bagi mereka yang boros berbelanja. Bahkan setiap kali hendak menyimpan, ada yang beranggapan ia sebagai beban. Akibatnya hasrat menyimpan tak menjadi!
Sebenarnya ada pelbagai cara hendak menyimpan tanpa rasa beban. Namun perkongsian Nur Nilam Sari ini agak menarik apabila menyimpan mengikut jumlah duit.
Walaupun nampak mudah tetapi ia memerlukan komited.
Jom lihat cara ini. Boleh cuba tambah tabungan.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun RM 365 so genapkan cikitt agi bagi RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
TOTAL keseluruhan simpan setahun RM3,300. Dah boleh plan nak bercuti kat mana-mana dah tu.
EXTRA TIP MENABUNG
Selain itu kita boleh menabung dengan cara mengamalkan konsep Labur dahulu baru belanja sebagaimana perkongsian daripada facebook, Sembang-sembang ASNB.
Tip mudah simpan duit
Ads
Ada banyak cara yang dikongsikan bagaimana untuk menyimpan duit tanpa rasa terbeban. Ada yang menyarankan supaya wang RM5 jangan digunakan, sebaliknya diketepikan dalam satu tabung dan hanya digunakan pada hujung tahun. Ada juga yang menyarankan simpan duit ikut hari, contohnya hari Isnin – RM1, Selasa – RM2 dan seterusnya.
Tiada cara yang salah ataupun betul, yang penting ada keinginan untuk menyimpan duit. Admin pun nak kongsikan satu kaedah mudah untuk menyimpan dan melabur, malahan dengan cara ini, anda mungkin tidak sedarpun yang anda melabur setiap bulan.
Bagaimana caranya? Pastilah dengan mengamalkan konsep ‘Labur Dahulu Baru Belanja’.
Jika dahulu nasihat yang sering kita dengar ialah ‘kalau ada lebih, jangan lupa melabur’, tetapi dalam zaman teknologi serba canggih ini, adalah lebih mudah kalau kita ‘melabur dahulu baru belanja’.
Anggap pelaburan sama seperti komitmen membayar hutang yang perlu diketepikan terlebih dahulu sebelum anda mula berbelanja untuk barangan keperluan.
Dengan mengamalkan konsep ini, pengurusan duit setiap bulan menjadi lebih mudah kerana anda sudah melabur, jadi tiadalah istilah terlebih berbelanja, tiada masa melabur atau tiada lebihan untuk melabur. Diam tak diam, anda sudah memiliki duit simpanan yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kelebihan Labur Dahulu Baru Belanja
1. Anda sudah melabur terlebih dahulu setiap bulan, jadi tiada istilah terlupa untuk melabur. Anda boleh berbelanja berdasarkan wang yang masih tinggal selepas membayar hutang kerana sudah melabur sebaik gaji diterima
Ads
2. Anda berpeluang menerima dividen tahunan kerana instrumen pelaburan seperti ASB memberi dividen berdasarkan baki setiap bulan. Modal pelaburan juga tidak hilang kerana ASB berharga tetap
3. Sekiranya jumlah pelaburan sudah besar, anda boleh berbelanja menggunakan dividen sahaja tanpa mengeluarkan modal, menjadikannya sebagai sumber pendapatan pasif tahunan
4. Menabung tidak memberi pulangan, malahan jika kita menabung sahaja tanpa melaburkan wang berkenaan untuk satu tempoh yang panjang, nilai wang dalam tabung makin mengecil akibat inflasi. Malahan ada kemungkinan ia rosak dimakan anai-anai
Dalam menetapkan jumlah pelaburan bulanan, pastikan anda mengetepikan jumlah yang anda selesa dan tidak terlalu megganggu perbelanjaan untuk keperluan.
Pelaburan secara sistematik, walau serendah RM30 setiap bulan akan membantu membina tabungan dan pada masa yang sama, menjana pendapatan pasif menerusi dividen yang diterima.
Jangan pula anda ketepikan sehingga RM200 tetapi mengeluarkannya pula dihujung bulan. Sekiranya ini berlaku, wang yang dilaburkan memang tidak akan bertambah kerana sudah dikeluarkan sebelum sempat menjana keuntungan.
Setiap kali menjelang hari lahir anak-anaknya, pasti Jejai tidak lupa membuat titipan ucapan yang cukup menyentuh hati.
Terbaru, pemilik nama sebenar Rizal Ashram Ramli memuatnaik ucapan istimewa bersempana dengan ulang tahun kelahiran anaknya, Putra Rayqal Ramli yang kini telah menginjak usia 13 tahun.
Dalam ucapannya, Jejai mengakui sebak apabila melihat perubahan anaknya yang kini sudah pun semakin meningkat remaja.
“Dearest Rayqal, 13 years ago you entered the world, it all changed, I became a father. It seems very recent. When u were small I remember how you snuggled into a warm little ball in my arms, I studied every inch of you, looking at your tiny fingers and tiny toes.
“Sayang, things are changing, just as they are supposed to change, because you are growing up. It’s kind of a difficult transition for me, I cant imagine how difficult it is for mummy seeing things changing so quickly before our eyes. But you should know I am incredibly proud of the young man you have become.
“So many things happened this past year, your voice changed, you grew taller than mummy and the most memorable and difficult one was when I had to send you to boarding school. I didn’t know how you were going to cope, but I was so happy when you told me that you loved it over there. I don’t know exactly what you will do or who you will be five years from now, but I hope that the path you are charting for yourself is good.
Tambahnya lagi, dia juga terpaksa menerima kenyataan bahawa anaknya itu kini tidak akan selalu berada di sisi nya dan adakalanya dia harus berhadapan dengan masalahnya sendiri.
“But I am afraid for you too, I can’t always save you in the ways that I once could. When you were younger, I could stop you before you crossed the road or grab your hand before you touched something dangerous.
“Now you are facing problems that aren’t always visible to me, youu are maturing, managing your own self. I tell my self that it is part of growing up and I have to accept it. But if you can slow down just a little, I will be fine with that, too 😂.
Dalam masa yang sama, dia menitipkan pesanab supaya anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat dan negara.
“Sayang customary advice I write to you yearly on your birthday, ingat selalu kepada Allah, hormati ibu, bapa, atok, tah dan semua kaum keluarga. Jadilah seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
“I have one job. It is to be the best parent I can be. I hope I have done it well enough. I love you sayang! Happy Birthday! Love Always and forever.”
Perkongsian ucapan tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya itu telah membuatkan ramai tersentuh hati selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Raykal.
li16na Happy birthday Rayqal💞 and i always look forward to your bday msg to your kids.. always heart-warming.
azianhanimamatSeorang ayah….pandai menulis buat anak, tiap tahun baca… Smg menjadi kenangan buat anak setiap pesanan tu nanti😍😢
nieyna9211Suka tengok Rayqal ni dari dia kecik lagi….muka dia penuh kasih sayang…lembut je…❤️
noorhafiza.ismailHappy birthday Rayqal… Ingat pesan daddy…Semoga membesar dengan sihat dan sentiasa dlm lindungan Allah SWT…❤️
izzasaadHappy Birthday Rayqal semoga sentiasa dilindungi Allah swt Dan dipermudahkan segala urusan rezeki Dunia n Akhirat.
Setiap pasangan yang berkahwin inginkan hidup bahagia till jannah. Namun untuk bahagia itu perlu ada tolak ansur dalam rumah tangga.
Sebagaimana perkongsian daripada puan Siti Suryani Yaakop. Moga jadi inspirasi buat kita semua.
Ini pensyarah saya zaman belajar dulu.
Semalam kami jemput ceramah pasal obesiti. Tapi Haji Bahman Jamaluddin ni jenis suka bercerita. Dulu suka kongsi tips nak jadi pekerja. Sekarang dah beranak pinak anak murid semua, bagi tips nak bekeluarga pula.
Dalam banyak-banyak tu, otak saya asyik teringat pada pesan ni. Pesan dari orang yang dah 30 lebih tahun berkahwin. Pesan nak hidup berbaik-baik laki bini.
Kadang bila kita dah lama berkahwin ni, kita take for granted kebaikan pasangan kita. Benda tu sebenarnya luar biasa.
Tapi kita tak hirau. Sebab bila dah lama sangat, apa saja kebaikan dan jasa yang dia buat tu dah duduk di minda bawah sedar. Kita anggap biasa saja.
Jadi sesekali duduk diam-diam dan catatlah kebaikan pasangan. Kemudian tengok.
Berapa banyak sebenarnya benda yang kita anggap kecik dan biasa tu kita tak mampu pun buat di pihak kita.
Keduanya. Orang kata 5 tahun awal usia perkahwinan ni adalah tempoh mengenali dan memahami pasangan.
Tipu belaka kata dia. Dah berpuluh tahun pun sebenarnya suami memang takkan boleh faham isteri dia.
Tapi tak penting. Tak perlu belajar faham. Yang perlu adalah belajar menerima. Seadanya.
Dan ikut saja. Asalkan bukan benda melanggar agama. Isteri jaga makan, pakai, anak dan rumahtangga tu kira dah kira cukup dah serba sempurna.
Akhir sekali. Kata cikgu saya ni, arwah ayahnya pesan. Apa pun jadi. Teruk mana pun tak puas hati.
Sebelum tidur maafkan isteri. Isteri pun juga maafkan suami. Banyak sabarkan diri sendiri. Jangan dibawa tidur marah di hati. Tak tahu masa tidur tu entah siapa yang mati.
Sumber:Siti Suryani Yaakop.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.