Pokok tak subur? Pelbagai petua dah cuba tapi pokok tetap tak merimbun. Asyik tak menjadi je kan.
Apa kata belajar tentang penjagaan tanaman pula, Tentu ada silap yang kita kena tahu penyebab pokok tak subur.
Ketahui kaedah penjagaan tanaman yang betul dapat menghasilkan tanaman hidup subur dan sempurna. Dengan itu tiada lagi masalah pada tanaman seperti tidak membesar dengan sempurna atau layu. Rujuk cara ini.
Merumput
Ads
- Perlu dilakukan bertujuan membuang pesaing tanaman
- Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok hendaklah dibuang menggunakan tangan atau alatan sesuai seperti serampang tangan
- Pada masa sama bagi mengelakkan ia bersaing dengan tanaman.
Menyiram
- Biasanya tanaman berbatang lembut memerlukan air yang lebih.
- Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu pagi dan petang.
Menggembur
Ads
- Bertujuan membaiki sistem pengaliran air tanaman itu sendiri.
- Menggembur juga membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera.
Membaja
Ads
- Bertujuan mengekalkan kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman.
- Ia boleh dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
- Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan.
- Tetapi membaja perlu dijauhkan sedikit daripada pangkal pokok.
Pengawalan
- Tanaman perlu dilindungi daripada serangan seperti serangga, siput dan kulat.
- Ia boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul.
Selamat mencuba! Semoga pokok dihalaman rumah anda kekal subur!
Sumber: seribupilihan.blogspot.com
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club