Setiap insan dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita. Ada yang jodohnya awal, ada pula sebaliknya. Berbeza dengan pasangan pengantin ‘baru’ ini, mereka bertemu jodoh dalam usia yang sudah melebihi separuh abad.
Namun, itulah namanya jodoh. Tak kira mudah mahupun tua, andai Dia sudah menetapkan begitu siapa kita mahu menghalangnya.
Semalam tular kisah pengantin lama yang mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hidup bersama di bawah ikatan perkahwinan. Kisah pasangan ini dimuat naik oleh Nash Nasrul yang bertindak sebagai jurugambar bagi pasangan lelaki yang berusia 74 tahun manakala pengantin perempuan berusia 67 tahun .
Ads
Hari ini dalam sejarah.
Pengantin lelaki(D) 74 tahun
Ads
Pengantin perempuan(J) 67 tahun
Bile ditanye mengapa nk kawin,
Ads
Jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang,lama dah…kena ada peneman utk habiskan sisa hidup saya….ceria,bahagiakan saya hingga saya menhembuskan nafas yang terakhir”
Aku nk menitik air mata bile dengar seorang lelaki yg berpangkat atok ckp camtu…kite ni manusia fitrahnye berpasang pasangan…setiap ape yg terjadi ade sbb dan hikmahnye…semoga panjang umor dan jodoh saya doakan kepade pengantin hari ini..amin
emang betul-betul kejutan dibaginya kat orang rumah. Sweet sangat kan suami wanita ni. Bukan susah pun nak hargai pasangan kita kan. Buat yang biasa sahaja pun dah bikin isteri senyum sampai ke telinga. Yang penting ada effort untuk menunjukkan kasih sayang pada insan yang kita sayangi.
Pengorbanan isteri mengandung dan melahirkan zuriat buat kita tak ternilai, namun apabila dihargai cara begini pasti membuatkan si dia rasa terharu dan teruja kan. Jom baca kisah yang dimuat naik di dalam facebook Khairunnisa Hamzah.
“Bang, cuba tengokkan dapur belakang ni boleh buat macam mana?” si suami panggil daddy datang ke belakang rumah untuk bincang buat makeover. Suprise makeover!
Sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama 3 bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama. Bermula dari kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa. Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara. Nah, tengoklah kejadian selepas makeover
Ini bukan siapkan bilik pantang/bilik baby tapi siapkan satu rumah sekali! Bertuah betul si isteri Encik suami yang nak buat suprise untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang makeover satu rumah sekali.
Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah.
Dengar saja nama penyakit ‘athlete’s foot’ dalam bahasa mudah yang bermaksud kaki makan air atau jangkitan kutu air boleh mengundang tawa dalam kalangan individu yang pernah menghadapi jangkitan kulat pada kaki khususnya di celah jari.
Jangkitan ini menyebabkan kulit kaki biasanya di celah jari menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Jika tidak ditangani, kulit tadi akan melepuh dan pecah menyebabkan tisu dalam terdedah sehingga berlaku bengkak dan radang yang lebih teruk. Apa yang membimbangkan, keadaan ini boleh merebak ke bahagian lain seperti paha.
Masalah ini disebabkan jangkitan kulat Tinea perdis pada kaki yang selalu dalam keadaan lembap atau terendam. Antara lokasi kegemaran bakteria ini ialah anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap. Malah sikap sesetengah individu yang jarang memberi perhatian kepada kebersihan kaki dan mengeringkannya juga boleh meningkatkan risiko mengalami jangkitan kulat.
Walaupun ia menjadi masalah yang biasa dialami ramai orang, namun masih ada yang salah anggap mengenai penyakit ini. Antara mitos yang perlu dibetulkan ialah:
Mitos: Hanya atlet saja yang menghidapi penyakit kaki makan air.
Hakikat: Ia dipanggil ‘athlete’s foot’ kerana jangkitan ini biasanya berlaku pada kaki atlet yang boleh merebak ke kuku kaki dan tangan. Namun sesiapa saja boleh mengalami jangkitan ini terutama individu yang sering berkaki ayam di bilik mandi awam, bilik persalinan pakaian dan kolam renang.
Selain itu orang yang berkongsi stoking, kasut dan tuala dengan orang yang dijangkiti juga boleh mendapat jangkitan. Individu yang suka memakai kasut ketat dan tertutup, kaki selalu dalam keadaan lembap dan kaki kerap berpeluh juga berisiko mengalaminya.
Mitos: Kerap mandi mencegah penyakit kaki makan air.
Hakikat: Anggapan ini sama sekali tidak benar. Walaupun kulat sukakan kawasan yang lembap, tetapi menjaga kebersihan diri adalah penting dalam mencegah kebanyakan jangkitan penyakit. Bagaimanapun mandi saja tidak akan membersihkan fungus atau kulat pada kaki tidak kira berapa cermat pun anda menjirus kaki. Apa yang penting, lap celah jari kaki hingga kering setiap kali selepas mandi atau mencuci kaki.
Mitos: Individu yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah cenderung untuk mempunyai masalah ini.
Hakikat: Sebenarnya penyakit ini tiada kaitan dengan kebersihan. Walaupun anda mencuci kaki dengan sabun beberapa kali sehari, anda masih boleh mendapat jangkitan – apatah lagi jika kaki dan celah jari tidak dikeringkan sebaiknya.
Mitos: Anda hanya akan menghidapi penyakit ini jika berjalan di kawasan yang ada kulat.
Hakikat: Berjalan berkaki ayam bukan satu-satunya cara anda mendapat jangkitan kulat ini. Orang yang berkongsi tuala, stoking dan kasut dengan individu yang dijangkiti juga berisiko mengalami masalah sama.
Mitos: Penyakit ini hanya menjangkiti bahagian kaki.
Hakikat: Penyakit kaki makan air tidak hanya berlaku pada anggota kaki sebaliknya boleh merebak ke bahagian badan lain termasuklah celah paha dan bawah lengan. Ia juga boleh merebak ke badan lain melalui sentuhan dengan pakaian yang dicemari kulat.
Mitos: Jika tiada rekahan atau keruping di celah jari, ia bukan penyakit kaki makan air.
Hakikat: Gejala yang dialami setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami masalah kulit merekah dan berkeruping pada jari. Orang lain pula alami gejala kemerahan atau kekeringan yang teruk. Jika anda tidak pasti, pergilah berjumpa doktor.
Mitos: Anda tidak akan dapat jangkitan jika kaki ditutupi stoking dan kasut sepanjang hari.
Hakikat: Kulat yang menyebabkan penyakit ini sukakan keadaan yang gelap dan lembap. Stoking dan kasut lembap adalah habitat yang tepat untuk pembiakan kulat. Kaki anda akan terlindung jika ia kering. Sesekali beri kaki anda bernafas dengan memakai sandal apabila berada di pejabat.
Mitos: Jangkitan ini akan sembuh sendiri.
Hakikat: Tanpa rawatan, masalah kaki makan air akan berlanjutan dan semakin teruk seterusnya merebak ke kawasan lain. Kaki akan terasa lebih gatal dan ia boleh membuatkan anda semakin tidak selesa. Jadi, jangan biarkan keadaan ini berterusan. Sapu krim antikulat mengikut yang disarankan doktor.
Mitos: Anda tidak akan dijangkiti lagi selepas jangkitan pertama.
Hakikat: Semua orang mengharapkan perkara ini benar. Bagaimanapun, jika tidak menjaga kebersihan dan mengeringkan kaki dengan baik, ia boleh berulang pada bila-bila masa
Kredit : Dr Zubaidi via Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masih ingat tak lagi suatu ketika semasa di sekolah rendah, kita semua diajar cara untuk bermain alat muzik yang setiap orang wajib ada, iaitu lain tidak bukan adalah ‘recorder’.
Namun pernahkah kita terfikir tentang mengapa murid sekolah perlu mempelajari alat muzik itu? Mengapa ‘recorder’ ?
Bahkan, bukan pelajar di negara kita sahaja diajar meniup recorder malah murid-murid di negara lain juga diajar alat muzik yang sama. Namun bila masuk ke sekolah menengah, tidak pula terus diajar meniup recorder.
Jadi jenapa ya murid sekolah rendah diajar main rekoder?
Menjawab persoalan ini, terpanggil untuk Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi info dan faktanya.
Murid Di Ajar Main Recorder, Banyak Manfaatnya
Ada banyak sebab, tapi sebagai doktor rehabilitasi, saya boleh katakan ia adalah salah satu komponen dalam usaha untuk memaksimakan perkembangan kanak-kanak.
Aktiviti sukan melatih kemahiran motor kasar iaitu kekuatan dan koordinasi anggota tangan, kaki dan badan kanak-kanak, manakala aktiviti bermain alat muzik melatih pergerakan motor halus.
Main rekorder perlukan kemahiran jari-jemari menutup dan membuka lubang tertentu untuk menghasilkan nota muzik yang diinginkan. Ia perlu sempurna, atau bunyinya akan sumbang.
Apa tu kemahiran motor halus?
Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut “fine motor skill”. Ia melibatkan kemahiran dan kecekapam mengawal jari dalam memanipulasi alatan, dibantu oleh deria sentuhan dan stereognosis*
Stereognosis tu apa pula?
Kita lazimnya diajar bahawa manusia ada 5 deria. Namun jika kita dalami ilmu perubatan, manusia mempunyai tidak kurang daripada 21 deria. Salah satunya adalah stereognosis.
Stereognosis adalah kebolehan mengenal bentuk objek yang berada dalam tangan, walaupun tidak melihatnya. Maknanya, apabila mata ditutup, kita raba sesuatu objek, kita boleh tahu bentuknya.
Penting tak kemahiran ni?
Penting! Sama penting dengan satu lagi deria ni! Deria propriosepsi, iaitu kebolehan mengetahui di mana posisi atau kedudukan anggota tubuh (tangan, kaki, kepala, jari, dsb) dalam ruang.
Maknanya, kalau kita tutup mata, kita tahu tangan kita dekat mana. Di letak hadapan badan, di sisi, di belakang, atau ke atas mahupun ke bawah. Ini termasuk posisi setiap jari.
Deria dan kemahiran ini perlukan latihan agar ia menjadi cekap. Kecekapan deria dan kemahiran tangan ni boleh menjadi faktor besar dalam menentukan masa depan seorang kanak-kanak.
Seorang pakar bedah mikro-pembedahan perlukan deria yang kemahiran tangan yang baik. Begitu juga seorang atlet dan pemuzik profesional. Malah, kita nak menaip pun perlukannya.
Itu baru bab tangan, belum bab mulut.
Meniup rekorder, susah tak? Susah! Tak semua orang boleh meniup rekorder dengan betul. Malah, kalian percaya tak, di pusat rehabilitasi saya, ada kanak-kanak yang tak pandai tiup lilin dan belon.
Meniup ni pun adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Ia perlukan latihan otot oro-motor dan otot pernafasan (contoh: diaphragma, otot antara rusuk, dsb).
Apa kepentingan meniup?
Meniup melibatkan otot mulut dan muka. Melatih otot-otot ini menambah kecekapan bertutur. Ia boleh mengurangkan pelat, menambah kejelasan sebutan, dsb. Ia penting dalam komunikasi lisan.
Selain itu ia juga memastikan kecekapan mengunyah, menyedut, menghembus, bernafas, berdehem, batuk meneran, dan sebagiannya. Pendek kata, penting untuk penghadaman dan pernafasan.
OK, ni kelebihan lain kalau belajar muzik.
Ada orang deria pendengar dia cekap, bila satu bunyi dimainkan, dia boleh teka nada muzik apa yang dimainkan itu. Siapa yang langsung tak boleh bezakan, dipanggil tone deaf (pekak nada).
Selain itu ada satu deria ni tak ramai orang ada. Deria tempo (sense of tempo). Orang yang belajar muzik ni kena ada deria ni. Kalau tidak, dia main alat muzik berterabur, tak kena pada masa.
Kenapa rekoder, dan bukan alat muzik lain?
Mudah sahaja. Kerana ia mampu milik, mudah dibawa ke sekolah, tidak perlu talaan dan penyelenggaraan rumit. Kalau gitar, piano, saksofon, mahal dan rumit. Kalau kastanet, atau marakas, tak mencabar pula.
Ada banyak lagi saya belum sentuh, tapi dah panjang sangat dah ni! Saya, rumuskan sahajalah.
Latihan bermain alat muzik seperti rekoder sebenarnya merangsang perkembangan deria kanak-kanak. Ia juga bantu mereka mengenal bakat dan minat mereka.
Perkara-perkara ini kadang-kadang tak nampak jelas manfaatnya, tapi jika diuruskan dengan baik, maka ia boleh membantu kanak-kanak mencari haluan hidup dan mencapai potensi sebenar diri mereka.
Sekarang dah tahu kenapa kita belajar tiup rekorder, kan? Bolehlah beritahu semua orang! Hehe!
Semoga bermanfaat!
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...