Usahawan dan selebriti popular tanah air, Noor Neelofa dan suaminya Haris Ismail (PU Riz) akan menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal.
Menerusi laporan Astro Gempak, Neelofa dipercayai bakal berangkat hari ini. Tambah Neelofa, dia sudah membuat persediaan dari segi ubat-ubatan dan vaksin yang lengkap buat anak putera sulungnya itu.
“Teruja dan pada masa yang sama rasa gementar sebab anak masih kecil. Apapun kita kena pastikan dia dah menerima vaksin dan suntikan yang lengkap untuk umur dia.
“Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia. Ubat batuk, demam dan lain-lain dah minta dekat doktor. Selain itu, doa banyak-banyak.” katanya.
Ujar PU Riz pula, dia dan isteri sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Bilal ke Tanah Suci.
Ads
“Doa Allah beri kesihatan yang baik. Kami gembira sebab memang ada hasrat nak bawa Bilal. Ikutkan trip ni nak bawa ramai keluarga. Tapi sebelah isteri ramai yang turut serta.
“Doa la sebab anak kan, biasa bila situasi di luar negara ni ramai orang masuk.. berjuta orang keluar masuk. Kita doakan Allah berikan kesihatan yang baik la.
Ads
“Kami memang gembira sebab dah ada hasrat nak bawa. Ikutkan trip ni nak bawa ramai ahli keluarga side Neelofa akan ramai turut sama.
“Saya punya ahli keluarga pun ada juga. Jadi, kita sangat gembira sebab dapat bina kenangan di Makkah dan Madinah,” kata Haris.
Ads
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos rajin berkongsikan gelagat dan kaletah anak-anak mereka Di media sosial.
Selain itu, pasangan ini juga sering berkongsi tip berkenaan kekeluargaan dan cara mendidik anak-anak.
Setiap kali video atau gambar anak-anak dimuatnaik pasti meraih perhatian warganet. Si kecil Sophea Emelia antara yang menjadi kegemaran ramai pengikut.
Jika sebelum ini, Dr Halina pernah berkongsi video perkataan pertama Emelia sudah pandai menyebut beberapa perkataan. Terbaru, Dr Halina berkongsi pula video gelagat Emelia yang suka memanggil nama kakak sulungnya, Bella.
Dalam video tersebut, Dr Halina telah meminta anaknya yang sedang berada di sisinya untuk memanggil Bella. Sejurus itu, terus Emelia menyebutnya dan Dr Halina meminta lagi Emelia untuk memanggil Bella.
Gelagat Emelia yang berulang kali menyebut nama kakaknya itu buat ramai yang menonton terhibur. Malah kedengaran pada akhir video, suara Bella menyahut apabila mendengar Emelia memanggil namanya. Alahai comel sangat Emelia ni.
Dikurniakan zuriat yang ramai adalah anugerah yang cukup terindah dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri. Selain mengeratkan kasih sayang, kehadiran anak-anak menambahkan keharmonian keluarga.
Namun, bukan mudah sebenarnya untuk seseorang ibu menguruskan anak-anak sendirian terutama jika lebih dari seorang. Macam-macam karenah dan gelagat terpaksa diharungi. Boleh naik pening kepala dibuatnya.
Demikian juga dengan pelakon kecil molek dan juga isteri kesayangan Jep Sepahtu ini. Sari Yanti yang baru melahirkan bayi kelimanya baru-baru ini berkongsi pandangan mengenai hal ini.
Akuinya, dia juga berdepan cabaran dalam menjalani rutin harian tanpa pembantu rumah atau pengasuh anak-anak.
Tambah Sari Yanti lagi, walaupun orang nampak anak ramai macam tak cukup masa, alhamdulillah setakat ni masih mampu uruskan keluarga dengan baik.
“Dalam pantang sekarang ni pun saya tetap masak macam biasa untuk keluarga. Begitu juga bab mengemas rumah memang buat sendiri ketika tengah sarat mengandung hari tu.
“Walaupun buat ikut kemampuan itu lagi puas hati sambil dibantu oleh Jep,” kongsinya.
Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari, terkial-kial dalam menguruskan masa ketika berpantang apatah lagi memiliki dua lagi cahaya mata yang masih kecil.
Mula-mula tu agak terkial-kial jugalah nak menguruskan masa ketika berpantang apatah lagi masing-masing belum faham lagi. Tapi syukur semuanya dipermudahkan dan sekarang masih lagi dalam fasa nak menyesuaikan diri.
“Terkial jugak. Masih belajar lagi,” tulisnya ringkas.
Itu jawapan yang diberikan Sari tatkala berkongsi cabaran tersebut selepas menjawab beberapa soalan peminat dan pengikutnya menerusi InstaStory.
jelas Sari lagi, ketika tahu diri hamil anak kelima dan ketika itu Khidir baru usia 2 bulan, dia memang agak terkejut jugalah. Tapi mungkin Allah nak bagi rezeki dan mereka terima dengan rasa syukur.
Menjawab persoalan mengenai perancangan mengupah pengasuh, jelas pelakon berusia 37 tahun ini masih berfikir mengenai perkara tersebut. Sari kini masih dalam pantang anak ketiganya yang baru 21 hari
Dalam pada itu, sari turut menitipkan doa dan nasihat kepada wanita khususnya yang sedang cuba dan mahu mendapatkan anak supaya bersabar dan tidak berputus asa dalam berusaha mendapatkan zuriat.
“Serahlah semuanya pada Allah SWT. Jangan stress, jangan tension fikir, bila orang tanya tenang-tenang je. Minta doakan kita,” kongsinya.
Sari mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 juga dikurniakan Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini berusia 11 bulan.
Untuk rekod, Sari sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.
Pengurusan harta pusaka adalah suatu yang amat penting di dalam keluarga. Ia perlu dilakukan dan ditadbir dengan baik agar semua adik beradik tidak bergaduh disebabkan harta peninggalan orang tua.
Umpamanya dalam bab tanah pusaka di mana gerannya adalah dikongsi oleh banyak penama. Bagaimana sewajarnya harus dilakukan?
Nak tahu lanjut, ikuti penerangan detail dari peguam ini. Jom semak.
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.