“Dah Lama Tak Pergi Misi Sebab Anak-Anak Masih Kecil, Tapi Allah Suruh Pergi Kali Ni.” Sertai Misi Qurban & Bantuan Ke Kemboja, Yatt Hamzah Akui Berat Hati Tinggalkan Anak
Biarpun sedang hamil anak keempat, namun selebriti bernama Yatt Hamzah ini masih kuat dan bersemangat untuk melaksanakan misi qorban dan bantuan ke Kemboja.
Begitu pun dia mengakui berat hati untuk meninggalkan anak-anaknya dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin. Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG), Yatt menjelaskan dia harus cekal untuk turut sertai misi tersebut dan berharap diberikan kekuatan ketika berada di sana.
“Bonda nak pergi misi Qurban dan Bantuan di Kemboja. Muka nampak happy dan tenang tapi di dalam, hanya Allah yang tahu.
“Thank You suami & anak-anak solehah bonda #theSucis hantar bonda ke Airport. Please be good. See you again in 4 days. In shaa Allah.
Ads
“Kepada yang buat Qurban dengan K-MAIWP tahun ni, Amanah kalian akan kami usaha melunaskan. Mohon doa yang baik-baik ya.
“Seriously dah lama tak pergi misi sebab anak-anak masih kecil, tapi Allah suruh pergi kali ni. Allah jaga anak-anak bonda walaupun hati ni berat. Rabbi Yassir Wala Tuassir.
“Rasa bersemangat sebab pakai baju misi #mapim suami. Harap dapat aura kekuatan suami setiap kali pergi misi. Thank you suami,” tulisnya.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan keselamatan Yatt dan berharap segalanya akan dipermudahkan.
Ads
Sebelum ini, Yatt meluahkan rasa sedih dan risau apabila suaminya yang merupakan Pengarah Media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama rombongan terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir.
Yatt memberitahu suaminya bersama delegasi yang menyertai misi kemanusiaan #WakeUpForGaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu rakyat Palestin itu, terkandas hampir 35 jam kerana tiga kali gagal melepasi pintu tersebut.
Di saat kita sedang bergembira untuk menyambut Hari Raya yang kian menjelang, ada juga yang sedang berduka kerana hari ini dikejutkan dengan berita penyanyi Rohana Jalil yang sedang tenat di ICU.
Memetik laporan Berita Harian, rakan baik kepada penyanyi era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman mengesahkan bahawa Rohana telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sejak semalam tanpa mengetahui penyakit.
Menurut Datin Salwa juga, doktor masih menjalankan pemeriksaan serta pemantauan rapi terhadap penyakit yang dihadapi penyanyi itu sedangkan dia tidak pernah mengalami penyakit yang serius sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Datin Salwa turut memberitahu tentang kronologi insiden yang berlaku terhadap Rohana Jalil sebelum dimasukkan di ICU.
“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu. Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.
“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit. Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” ujarnya.
Meskipun dalam keadaan terkejut, Datin Salwa juga menjelaskan tentang keadaan Rohana yang lemah dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas. Dalam keadaan ini, anak-anak Rohana dikatakan cuba untuk merahsiakan perkara ini namun, mula berkongsi apabila keadaan ibunya semakin kritikal.
“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen. Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Datin Salwa sempat berkongsi tentang perubahan fizikal Rohana yang kelihatan ketara namun tidak mengesyaki sebarang penyakit kerana aksinya yang masih aktif dan sentiasa cergas.
“Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan. Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan.
“Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus. Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya,” katanya.
Untuk rekod, Rohana Jalil atau nama sebenar Dara Abdul Jalil yang merupakan penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor ini memulakan kerjayanya sejak usia 17 tahun pada tahun 1979. Selain itu, Rohana juga dikenali sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah makan buah malberi? Memang rasanya enak dan manis. Biarpun buah ini nampak biasa-biasanya, rupanya khasiatnya memang luar biasa sebagaimana perkongsian ini. Jom kita semak khasiatnya.
KHASIAT POKOK MALBERI
Beberapa hari yang lalu, sahabat saya, Ustaz Dato’ Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.
Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.
Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini Apa tidaknya, dah lama dia mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang, karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.
Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.
Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.
Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.
Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api
Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. “Teh daun mulberi”…wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.
Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.
Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.
Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
?Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes) ?Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah ?Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi ?Membantu mengelakkan serangan sakit jantung ?Membantu dalam kehilangan berat badan ?Mengurangkan keadaan asma yang teruk ?Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda ?Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi ?Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan ?Mengurangkan kesakitan ketika datang haid ?Membantu perjalanan haid yang tidak teratur ?Menambahkan tenaga ?*Meningkatkan produksi susu badan* ?Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.
Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.
Nak apa2 info tambahan, pls google ya
Sumber: Halmi Yusoff via Nadzir Shafie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bawang putih adalah antara makanan yang digelar sebagai ‘superfood’ kerana mengandungi banyak khasiat. Bukan sahaja diketahui umum bagus untuk menjaga kesihatan dalaman buat ibu-ibu yang berpantang, malah lebih daripada itu.
Dikatakan juga bawang putih jika diamalkan dalam diet harian dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Dan salah satunya adalah bagus jika diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan.
Cara pengambilannya adalah seperti mana yang dikongsikan oleh Rasidah Shidah.
Menurutnya, “Banyak khasiat bawang putih. Tapi nak makan mentah begitu saja, tak lalu rasanya. So kita buat jeruk bawang putih. Rasanya sedap macam jeruk buah buahan. Orang yang kolestrol tinggi elok makan bawang putih. Boleh merendah paras kolestrol.”
Resepi :
Bawang putih 1/2 kg buang kulit.
Air secukupnya untuk rebus
*Rebus bawang putih hingga mendidih dan tutup api. Toskan.
Air gula:
Gula 1/2 cawan
Air 2 cawan
Cuka 1 cawan
Garam 3 sudu
* Masak semua bahan hingga mendidih dan sejukkan.
Masukkan bawang putih yang di tos tadi dalam bekas, kemudian tuangkan air gula yang telah di sejukkan. Simpan dalam peti ais. Esok baru makan.
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.