Gelagat Nur Fatima Aisya, buah hati kesayangan Fazura dan Fattah sering mengundang perhatian ramai. Terbaru si kecil ini kelihatan bergaya dengan handbag mininya buat peminat terhibur.
Kecil- kecil sudah pandai bergaya, besar nanti mesti lagi wow.Cukup comel dan lucu gelagat nya memegang handbag seperti lagak seorang datin.
Sebelum ini, gelagatnya menunjukkan baju dan handbag yang diperagakan membuatkan ramai terhibur, kali ini dikongsikan pula gelagatnya yang mahu keluar bersiar-siar bersama mommynya.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagram Fazura Dan juga Fattzuralovelife menunjukkan Fatima bersama mini handbagnya yang siap diisi wang note RM 1.
Dalam perkongsian tersebut, Fazura dalam nada bergurau mengatakan Fatima ingin membelikan mommy dan dadda ice-cream.
Di sebalik senyuman manisnya siapa sangka wanita ini pernah dihujani ujian yang cukup berat. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan. Namun wanita yang dikenali dengan nama Zeeda Aziz mungkin cukup ‘istimewa’ sehinggakan terpilih oleh Dia.
Dilahirkan pada tahun 1979 di Kampar, Perak, Zeeda, 38 tahun yang kini menetap di Sungai Petani bersama suami dan anak-anaknya merupakan aktivis sosial yang banyak bergerak di sekitar kawasan utara semenanjung untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.
Selain dari melakukan kerja lawatan sosial, dia juga dijemput ke sekolah dan juga program anjuran universiti, untuk memberi ceramah tentang masalah sosial dan juga slot motivasi.
“Projek terkini saya ialah mewujudkan program kumpulan sokongan tertutup untuk mangsa penderaan mental, fizikal dan seksual. Program ini memberi peluang kepada mangsa untuk mencari sokongan moral dan emosi dari aktivis dan juga sesama mangsa.
“Sebelum saya bergiat aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan ini, saya pernah diuji hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang selepas melahirkan anak yang kedua. Saya perlu melalui rawatan kemoterapi dan pembedahan membuang tulang yang rosak.
“Cabaran ini bermula pada tahun 2007 dan saya segera mendapatkan rawatan di hospital dengan lebih dari 10 kali pembedahan major. Akhirnya pada bulan Mei 2013 saya nekad untuk membuang sebahagian dari kaki kiri dan kini saya cacat fizikal kekal.
Alhamdulillah, setelah beberapa ujian klinikal dan imbasan dibuat, saya disahkan bebas kanser dan kini menjalani hidup yang aktif dengan memberi khidmat kepada masyarakat dan negara.
Saya mula berminat untuk menjadi seorang aktivis sejak saya menjalani rawatan di hospital. Sepanjang saya berada di wad, begitu ramai orang yang saya tak kenali menghulurkan bantuan tanpa diminta.
“Mereka ini membantu tanpa mengharapkan balasan. Niat mereka adalah untuk menggembirakan hati dan memudahkan urusan pesakit. Dari sinilah saya belajar bagaimana untuk memberi dengan ikhlas dan membentuk empati yang tinggi dalam diri.
Walaupun berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, saya sentiasa cuba berfikiran positif. Untuk menjadi seseorang yang positif, letakkan sahaja Allah di hadapan sebagai penunjuk jalan.
“InsyaAllah tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Dan di setiap kesulitan, ada kemudahannya. Itu janji Allah kepada semua hambaNya di dalam Surah Al Insyirah,” ujar Zeeda yang suka membaca dan menonton video yang memberi motivasi dan inspirasi.
Menurut Zeeda lagi, menerusi pengisian beginilah dia belajar mengawal emosi dan pemikiran supaya setiap ujian yang dihadapi dapat dilalui dengan tabah, redha dengan apa yang dihamparkan, dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk memudahkan jalan atau cara.
“Alhamdulillah setiap cabaran yang diberikan saya terima dengan rasa syukur kerana, tanpa ujian berat sebegini saya mungkin akan menjadi manusia yang khufur, iaitu tidak mensyukuri setiap nikmat kecil yang diberi olehNya.
“Cabaran hidup saya yang terbesar bukanlah kecacatan fizikal yang saya ada. Malah ianya menjadi perangsang untuk saya lebih berusaha mencapai matlamat yang disasarkan. Apa yang menguji kekuatan emosi saya buat masa ini ialah bagaimana untuk mendidik masyarakat supaya sedar bahawa masalah sosial adalah masalah semua, dan bukan lagi hal keluarga. Memecahkan stigma dan persepsi konservatif agak rumit kerana ianya sudah didoktrinkan sekian lama.
“Dalam usaha ini, saya mendapat sokongan penuh dari suami dan anak-anak. Sahabat aktivis dan juga rakan-rakan yang lain turut memberi semangat dan berkongsi idea sepanjang menjalankan misi fisabilillah ini.
‘Oleh kerana kerja yang saya usahakan ini menggunakan banyak masa di luar kawasan, urusan di rumah dipermudahkan oleh pembantu saya. Ada masanya saya akan bawa anak-anak ke lapangan untuk memahami kerja yang saya lakukan supaya mereka lebih faham tujuan kenapa usaha ini perlu dilakukan,”ujarnya lagi.
“Selain aktivis sosial, saya juga penulis di media sosial. Jadi saya kerap kali menaikkan status berunsur nasihat. Pada saya, jika kita rasa tidak berdaya, carilah kekuatan dari sumber yang baik contohnya bahan bacaan, video yang memberikan inspirasi atau merujuk hal yang berkaitan pada individu yang berilmu.
“Elakkan dari membuat keputusan sewaktu emosi mendahului akal. Wanita juga perlu persiapkan diri dengan ilmu pelbagai cabang supaya diri lebih matang dan sentiasa bersedia untuk cabaran akan datang,”ungkapnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkata-kata yang baik-baik maka yang baik juga akan terzahir dari dalam diri kita. Demikian juga dengan status yang dimuat naik oleh Farah Lee, instafemes yang kini berada di luar negara bagi menyambung pengajiannya.
Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli ini juga merupakan bekas isteri Ally Iskandar. Belaiu rajin memuat naik perkongsian dan tip keibubapaan di laman instagramnya.
Terbaru, Farah Lee memberi pesanan kepada individu tertentu.
“Macam mana nak buat orang respect dengan status anda sekarang adalah dengan anda sendiri respect status tersebut.
“Be it janda or anak dara tua or mandul or loser or whatever other terms the ignorants gave you, be thankful for it, kerana dalamnya terdapat banyak pengajaran, yang tak semua diberi merasa oleh Tuhan. Embrace, and be you.#FLwrites
Status tersebut dikongsikan oleh Farah Lee menerusi instagramnya baru-baru ini.
Walau bagaimana pun, Farah menjelaskan status berkenaan bukanlah berkenaan orang yang suka ‘membawang’, sebaliknya ia ditujukan buat mereka yang ‘down’.
“Pssst : Don’t get me wrong. It’s not about bawang2 well you know I memang usually #pangkang je benda2 tu and live my own life hehe. Apa yang saya maksudkan, sesetengah orang yang rasa down dengan status mereka sekarang tambah dengan mulut bawang.
“So I was trinna tell them that, whatever they’re facing right now, is the best for them and they should embrace, and learn from the journey. Because only them have the power to control themselves.
“Selagi diri malu dengan diri sendiri, selagi tu kita akan affected dengan mulut orang, malu nak bangkit berdiri lagi. Then they won’t heal,”ujar Farah lagi.
Farah Lee mendirikan rumah tangga bersama Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabell. Namun, tiada jodoh mereka berpisah namun tetap baik atas dasar anak.
Berdepan dengan ruang laman yang terhad, ada antara kita akan mencari alternatif untuk menanam serai di dalam pasu.
Nyata serai yang ditanam, dapat juga hidup. Cuma tidak boleh dinafikan agak sukar untuk serai yang ditanam hidup subur seperti menanam di atas tanah. Apatah lagi bila tanaman serai merimbun, sarat sepasu dan ianya boleh menyebabkan serai ditanam tidak boleh membesar dengan sempurna.
Jadi apa perlu dibuat?
Untuk ketahuinya, ikuti perkongsian daripada Ardi Tani dan semoga bermanfaat.
Hari ni trim serai kampung bagi ensem sikit setelah lama ditinggalkan..
Buang daun-daun Kering diluar dan dibahagian dalam..Asalnya Tanam 2 3 batang sahaja..Sekarang Sudah penuh pasu..
Bahkan cara yang sama juga dikongsikan oleh Nurainy Kuing. Menurutnya ada 2 rahsia tanam serai supaya gemuk.
1-Trim macam tu ikut keperluan
2-Cabut serai-serai kecil atau serai yang dah besar dalam rimbunan agar batang serai yang sedang membesar tumbuh dengan mudah dan membesar.
Nurul Atiekah turut berkongsi tip untuk pastikan serai atau tanaman subur..lepas cuci ikan..air perut ikan tu jngn buang..siram atas pokok tanaman kita..insyaallah subur semua..
Tabung Haji menjadi kunci impian 10 beradik dari Perak menunaikan haji bersama keluarga selepas ibu bapa mereka konsisten menyimpan sejak kecil bermula RM10 sebulan.