Menjalani kehidupan rumah tangga, sedar atau tidak biasanya kita sebagai isteri mudah sangat berasa risau kalau nampak keperluan rumah tidak mencukupi, makan pakai anak tidak sempurna berbanding jika orang lelaki nampak lebih tenang berdepan dengan situasi-situasi tersebut.
Hal ini turut dikongsikan di fb dan sewajarnya suami perlu ambil langkah segera untuk tenangkan isteri dan apa pula tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh suami. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Dalam rumahtangga, yang paling risau tentang semua sewa, bil api air, yuran tuisyen, barang dapur, barang mandi, semua isteri!
Dia takkan tenang dengan melihat telur yang tinggal 2 biji, sardin tinggal 1 tin kecil, beras segenggam tabah, ayam tinggal hati dan kaki.
Jadi, kalau isteri tak tenang dan selalu membebel tentang hal ni, tenang bro!
Tenang ok?
Jangan tendang kerusi lepas tu blah lepak mamak, Jangan marah anak-anak yang tak tahu apa-apa, Jangan juga sepak kaki kawan masa lawan futsal waktu maghrib.
Dalam ujian yang berat dan semakin menaik ni, suami dan isteri perlu selalu bertenang. Kalau sorang hangin, sorang lagi kena dingin. Sorang panas, sorang lagi kena mengawal supaya tak rimas.
Ads
Pelan-pelan pegang tangan isteri, ajak dia duduk. Buatkan air pearl cafe, kalau takde, gi beli kat kedai runcit 1.30 sepeket. Kita minum air kosong dah la kalau bajet takde.
Cerita Allah, cerita syukur. Cerita kita ni bahagia masih bersama. Cerita walau pun perit dan sakit, kita ada rumah. Ada kereta, ada motor, ada basikal. Anak-anak sihat. Kita pun sihat. Cuit sikit peha isteri, awak pun cantik je selalu. Lawak la skit. Jangan macam ceramah sangat.
Isteri akan diam. Dia diam je. Takpe, masa tu ajak isteri naik atas rehat. Baringkan dia. Tenangkan dia.
Ajarkan isteri doa ini. Dan kita doakan bersama. Pegang dada isteri,
Ads
‘Jadikan hati kami seperti hati wali-wali Allah, yang tak pernah takut dan bimbang dengan hal-hal dunia’.
Lepas isteri tidur, giliran kita bro. Ni part kita.
Bercakaplah dengan Allah. Cakap kita ni suami, kena kuat. Goyang juga tengok Maybank2U ada sepuluh ringgit berbaki. Ngeri rasa.
Ads
Luahkan semua pada Allah. Susun strategi. Esok apa kerja boleh buat. Atau esok niat nak buat baik banyak-banyak. Kalau manusia terhibur dengan kita, Allah akan hiburkan kita pula.
Kesusahan itu perlu. Untuk kita dapat rasa hamba. Untuk kita merendah diri.
Biar kita begini hidupnya, tapi kita bahagia bro. Selalu ajak isteri ingatlah Allah.
Selalu ajak anak isteri solat awal, buat baik banyak-banyak, utamakan keluarga dalam segala hal, kurangkan bergaduh dan bertekak, saling berlapang dada. Selamat berjuang Bro!
Jadi suami, baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.
Semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.
Mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan kasih sayang.
Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini, membayangkan sikap tidak puas hati anak anak terhadap ibu bapa. Dengan tidak rasa bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang tuanya.
Saudara Khairul Anuar Basri berpesan agar ibu bapa tidak culas untuk sekali sekala check whatsapp anak-anak untuk mengelak santun diri anak-anak menjadi lebih teruk.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
________________________________________
Ibu bapa… tolong sekali-sekala check group whatsapp anak-anak kita. Semalam seorang kawan saya tunjuk screen shot perbualan salah seorang anaknya dengan best friend-best friendnya di group whatsapp. Sambil mengadu, sambil minta pendapat. Apa dia nak buat? Apa salah dia sampai anak pun boleh cakap macam tu belakang dia?
“Ayah aku marah aku doe”. “Apsal pulak?” “Aku pun tak faham. Dia suruh aku siapkan adik aku nak ke sekolah. Adik aku taknak, dia nak buat sendiri. Last-last ayah aku marah aku pulak. BANGSAT!”. “Laaa… ye ke? Boleh tak aku nak carut?”. “Silakan. Hahaha.. aku pun tengah sedih ni”. “PUKIMAK! CIBAI! BABI! SIAL!.. ok dah”. “Thanks sebab faham aku. Aku pun nak bahagia jugak. Tapi mak ayah aku tak faham aku macam ko faham aku”.
Berderau darah saya baca semua screen shot tu. Ada banyak lagi. Tapi tak sanggup nak letak gambar dan petikan kat sini. Menangis kawan saya tu sepanjang kami berborak. “Aku tak pernah bagi anak aku lapar. Pakaian semua aku bagi. Tak pernah dia telanjang bulat. Dari kecil sampai besar, macam-macam yang dia nak aku ikut. Kadang-kadang sambil marah pun aku bagi. Marah pun sekejap je. Tak simpan langsung dalam hati. Macam tu dia panggil aku dengan kawan-kawan dia?”. Aduhh… kalau saya pun akan kecil hati. Sampai hati anak cakap macam tu kat ayah dia. Itulah realiti mendidik anak zaman sekarang. Semuanya berpunca dari gajet dan handphone. Taknak bagi, benda tu dah jadi keperluan. Bila di bagi, macam ni pulak jadinya. Masa mintak nak pakai handphone dulu, nak bagi warning dah. Ada benda yang baik dengan handphone. Tapi yang tak baik lagi banyak. Tak diberi, memberontak. Bila dah bagi, macam-macam benda buruk dah mula pandai. Semuanya sebab berkawan. Semuanya sebab handphone.
“Anak aku ni baru umur 15 tahun. Ada 1 malam aku terjaga jam 2 pagi, aku masuk bilik anak aku tu. MasyaAllah.. Astaghfirullah… tengah duk bermesej dengan budak lelaki. Aku call budak lelaki tu. Aku bagi warning. Esok aku curi baca mesej anak aku dengan budak lelaki tu, siap kutuk-kutuk aku lagi. Menitik air mata aku”. Allah… cabaran apakah ini? Kat mana salah ibu bapa mendidik anak-anak zaman ini? Kat mana yang tak kena? Apa yang patut ibu bapa buat? Anak lelaki cara lelaki. Anak perempuan cara perempuan. Siap ambil gambar yang entahaperhaper. Entah dengan siapa la dia kongsi semua gambar-gambar tu. Whatsapp cara Whatsapp. Instagram cara Instagram. Facebook cara Facebook. Tik Tok cara Tik Tok.
RISAU ANAK-ANAK TERJEBAK Bila kawan saya cerita tu, terus saya pun jadi takut. Saya pun ada anak-anak yang sebaya dengan anak dia. Lelaki ada, perempuan pun ada. Anak-anak ni, tak tahulah dia tahu ke tak semua benda yang dia buat dan cakap tu salah. Atau memang tak kesah. Apa nak jadi, jadilah? Kadang-kadang diorang rasa rumah ni macam neraka. Semua benda rasa macam tak boleh. Setiap masa rasa mak ayah ni mengongkong. Last-last bercerita dengan kawan-kawan. Mengadu dengan konon-kononnya best friend forever. Rasa happy la sangat kalau ada yang sudi dengar. Padahal kalau sakit, lapar, demam, susah dan macam-macam lagi, bukan kawan-kawan tu pun yang akan tengok dan tolong. Last-last mak ayah yang dikatakan busy body dan mengongkong ni jugak la yang akan dicari. Sungguh!
CHECK HANDPHONE ANAK
So.. ibu bapa kena check sekali-sekala handphone anak-anak. Check group whatsapp diorang. Check bahasa diorang. Check gambar-gambar diorang. Kena bagitahu kat anak-anak. Syurga dan kebahagiaan sebenar anak-anak bukannnya dengan kawan-kawan. Bukan dengan orang-orang di luar keluarga. Walau macamana tak suka pun anak-anak dengan mak ayah dia, walau benci macamana pun anak-anak dengan perangai mak ayah dia… Syurga dan kebahagiaan sebenar anak-anak ialah apabila mak dan ayah rasa gembira dengan perangai, akhlak dan tutur kata anak-anak. Walaupun anak-anak belajar tak tinggi. Walaupun duit anak-anak tak banyak. Walaupun muka anak-anak tak lawa. Bukan kawan-kawan. Bukan best friend. Bukan boyfriend girlfriend. Sebab akhirnya hanya mak dan ayah kita saja yang akan sayang kita betul-betul, walaupun seisi dunia membenci dan membuang kita. Takde orang lain yang boleh sayang kita macam mak dan ayah kita sayang kita. Dengan roh, dengan darah.. anak-anak adalah segala-galanya buat mak dan ayah. Jagalah hati dan perasaan mak dan ayah. Kerana apabila hati mereka telah terluka, hidup kita akan sengsara. Bukan saja di dunia. Tapi juga di akhirat sana.
Penantian pasangan ini untuk menimang zuriat pertama bakal berakhir tidak lama lagi. Dalam berdebar menantikan detik tersebut, aktres cantik manis Anzalna Nasir dan suami Hanif Zaki hari ini membuat pengumuman jantina bayi mereka.
Sebelum ini, ramai berteka teki akan jantina pasangan sama cantik sama padan ini. Akhirnya dalam usia kandungan 7 bulan Anzalna mengumumkan dia bakal melahirkan bayi lelaki ada Jun ini.
Lebih manis lagi, anak sulung pasangan Ini merupakan bayi lelaki pertama dalam keluarga Anzalna.
“Alhamdulillah selepas lama mendambakan kehadiran anak dan cucu lelaki dalam keluarga, akhirnya impian ayah tercapai sudah.
” Dari tahun 1993 lagi ayah menantikan anak lelaki, tetapi tiada rezeki. Kini impian tersebut sudah tercapai. Apatah lagi sebelah keluarga saya boleh dikatakan semuanya perempuan. Pendek kata, keluarga kami ‘kaya’ dengan perempuan.
“Bila dapat tahu saya bakal dapat anak lelaki memang rasa terkejut juga. Ini adalah lelaki pertama dalam keluarga kami. Saya dan suami gembira dan bersyukur dengan kurniaan ini.
“Kalau diikutkan saya dan suami memang sudah tahu lebih awal akan jantina anak. Waktu scan dia terus tunjuk, tak de nak surprise” seloroh Anzalna yang kini dilantik duta eksklusif NR.
Jantina anak sulung pasangan ini diumumkan serentak dalam majlis pelancaran produk Ommey dan Baby Gender Reveal di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai bakal melahirkan secara pembedahan mahupun normal, Anzalna memilih normal sebagai mana dinasihati ahli keluarganya.
“Kalau diikutkan saya nak bersalin normal, tetapi saya berserah andainya terpaksa dibedah. Apa pun saya hanya mahu memastikan bayi kami keluar dengan selamat. Jadi, tak kisah macam mana prosesnya janji bayi kami sihat.
“Saya dan suami sekarang sudah mula deko dan membeli barang untuk bayi kami. Soal nama pula, setakat ini sudah ada. Itu pun bukan dipilih oleh kami berdua, sebaliknya famili yang bagi.
“Jadi, nama yang paling best akan terpilih dan mereka yang memberi nama tersebut bakal dapat hadiah,”jelas Anzalna lagi.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta. Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia sedang hamil pada awal Januari lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bapa sentiasa inginkaan anak-anak yang hebat. Malah mereka sanggup melakukan apa sahaja agar anak mendapat kebahagiaan dunia akhirat.
Inilah yang ibu ayah kena lakukan agar anak menjadi orang yang berguna.
Namun, terdapat 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan :
.
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
.
2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.
.
3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.
.
4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
.
5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.
.
6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.
.
7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.
.
8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.
.
9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?
.
10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan “JANGAN” tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.
.
11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
.
12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.
.
13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
.
“SEMOGA BERMANFAAT, BAGI PARA ORANG TUA DAN BAKAL IBU BAPA”
Sumber: Anak-Anak Amanah Allah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).