Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya.
✔️ Anak lelaki sukakan aktiviti fizikal bersama ayah:
– memeluk ayah
– bermain lawan-lawan
✔️ Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil remaja dulu.
✔️ Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.
✔️ Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja.
– membaiki sesuatu
– ajarkan subjek matematik
– ajar cara menyepak bola
– ajar main badminton
– ajar melompat
Ads
✔️ Suka ikut ayahnya keluar rumah.
Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka.
Ads
Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.
5 perkara ni jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak.
Ads
Kita lelaki sibuk tak kira masa. Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah. Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.
Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya.
Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.
Sumber: Redza Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedihnya bila melihat kanak-kanak seusia setahun 4 bulan ini sudah diuji dengan dugaan yang hebat. Pada luaran, Ali kelihatan seperti bayi normal namun tiada siapa sangka dia merupakan bayi PVL (Periventricular Leukomalacia).
Mungkin ramai yang tidak mengetahui atau apakah (Periventricular Leukomalacia) atau PVL.
PVL adalah satu keadaan atau disorder di mana ada berlaku luka atau kerosakan kepada otak yang biasanya dialami oleh bayi pramatang. Kerosakan ini memberi kesan kepada pengawalan otot yang menyebabkan bayi mengalami kelewatan dalam perkembangan terutamanya untuk berguling, merangkak atau berjalan.
PVL mungkin berlaku disebabkan oleh oksigen yang kurang sampai ke bahagian otak bayi. PVL tidak boleh hilang atau dihapuskan, tetapi ia boleh dipulihkan dengan terapi yang efisien.
Menurut ibu kepada bayi ini, Muhammad Ali yang merupakan anak bongsu dari 3 beradik dilahirkan sebagai bayi pramatang pada usia 35 minggu kerana fetal distress. Ditempatkan di NICU selama 29 hari atas pelbagai komplikasi, namun semuanya resolved dengan baik.
Sewaktu pulang ke rumah, Ali hanya ada prolonged jaundice yang agak mengambil masa untuk pulih (lebih kurang sebulan kemudian baru baik sepenuhnya).
Ali membesar seperti bayi biasa, namun sewaktu usianya menjelang 11 bulan, kami mula berasa risau kerana Ali masih tidak boleh meniarap, merangkak atau duduk sendiri.
Dia tidak ada masalah dengan makanan. Minum susu dengan baik dan makan apa saja. Suka makan tapi berat tak naik-naik.
Selain itu tanda-tanda lain yang obvious kami lihat adalah :
Pada usia genap setahun apabila Ali tak ada tanda-tanda walaupun untuk pusingkan badan, kami bawa Ali ke pakar pediatrik dan mereka sarankan untuk buat MRI bagi melihat keadaan otak yang mungkin menyebabkan kelewatan pada perkembangan.
Kami bawa Ali untuk buat MRI di Hospital Avisena, dan keputusannya dibawa ke Hospital Shah Alam. Sebulan kemudian results keluar mengatakan, berdasarkan keadaan dalaman otak Ali, ia kelihatan seperti Ali ada ciri-ciri periventricular leukomalacia (PVL).
Itu adalah kali pertama kami mendengar mengenai PVL.
Agak sedih pada awalnya kerana mengenangkan nasib Ali. Doktor kata dia mungkin boleh jalan tapi lewat atau tidak boleh jalan langsung. Semuanya akan bergantung kepada terapi yang dijalani.
Sebab itu doktor mahu semua jenis terapi (fisioterapi, terapi cara kerja dan rehab) dilakukan secara efektif sementara Ali masih lagi bayi.
Melihat kepada semangat Ali sendiri yang kuat, kami tak mahu bersedih lagi. Di rumah, kami train Ali dengan terapi sebagaimana yang diajar oleh fisioterapist.
Kami juga join banyak group PVL di FB dan sosial media untuk menambah pengetahuan tentang PVL dan bertukar-tukar pandangan dengan parents lain yang berhadapan dengan situasi sama. Semuanya group dari luar negara kerana di Malaysia tidak ada group PVL, hanya cerebral palsy.
Sekarang kami lebih terbuka dengan situasi Ali, kami percaya dengan usaha dan kerajinan Ali dan sokongan moral dari kami sebagai ibu bapa, dia akan dapat berjalan satu hari nanti.
Buat masa sekarang bila Ali dapat berjalan sudah tak penting kepada kami, yang kami fokus adalah kepada terapi untuk memulihkan keadaan Ali.
Disebabkan PVL, Ali mengalami trauma di mana dia mengalami stranger anxiety. Tidak boleh diambil langsung oleh orang lain atau takut dan menangis dengan kuat jika bertemu orang tidak dikenali.
Harapan kami supaya Ali membesar dengan sihat, walau dalam keadaan apa sekalipun, sama ada dia boleh berjalan atau tidak. Kami akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dan mencuba apa sahaja usaha untuk memulihkan keadaan Ali.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak bila dah dewasa, dah ada kerjaya dan pendapatan sendiri, benda utama yang ditanamkan dalam diri semestinya nak bahagiakan ibu ayah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bukan berasal dari keluarga yang senang, mesti pernah tanam azam untuk ubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik.
Sama juga bagi pelawak Shashic, yang baru-baru ini membuat kejutan buat ibu ayahnya dengan menghadiahkan kereta pertama dalam keluarganya.
Shashic atau nama penuhnya Muhammad Noor Shashic Iewan Norihan adalah merupakan salah seorang peserta dalam rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.
Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman Tiktok, brenda_za8 yang merakamkan momen indah keluarga ini ketika kejutan dibuat di sebuah kawasan gerai ibu ayahnya.
Menurut pemilik akaun, Shashic membelikan sebuah kereta cash buat mak dan ayahnya. Kelihatan moment gembira Shashic yang berjaya membahagiakan mereka. Malah, ayahnya turut membacakan doa sejurus selepas melihat kereta yang dihadiahkan oleh anaknya itu.
“Tahniah Sashic beli kereta cash kat Mak Ayah walaupun Sashic tak reti bawak kereta,” kata pemilik akaun dalam video tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucap tahniah pada Shahic kerana membahagiakan ibu ayahnya. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri turut sama membelikan kereta pertama bagi keluarga mereka.
Untuk membina rumah tangga bahagia bukan suatu perkara yang mudah. Pelbagai perkara harus diketahui termasuk hubungan komunikasi. Jika tidak wujud hubungan yang sempurna dan saling melengkapi, ia akan menjadi pencetus kepada salah faham yang boleh mengugat keharmonian rumahtangga.
Yang nyata, setiap isteri sentiasa inginkan suami mereka bahagia dalam melayari rumah tangga. Walaupun anak sudah ramai, hubungan mesra tetap harus dijaga supaya rumahtangga kekal indah. Oleh itu, salah satu caranya adalah mengetahui rahsia suami yang biasanya tiada akan diluahkan oleh suami. Dengan mengetahui rahsia ini, isteri dapat menjaga hati dan emosi suami, sekali gus membuatkan hati suami makin sayang.
1. Suami berkeinginan untuk di hormati
Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami. Maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.
Lelaki terutama sekali lelaki Islam, telah diajar bahawa suami meruapakan ketua rumah tangga. Ketua rumah tangga ini telah dididik dan diajar sejak kecil lagi bahawa merekalah yang akan menanggung keluarga.
Adalah amat susah bagi lelaki untuk pulang ke rumah yang mana dirinya tidak dihormati. Justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan prioriti dalam rumah tangga.
Tiada hormat maka tiadalah cinta yang dapat diberikan oleh suami. Amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga dan apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
2. Suami ingin memiliki isteri yang setia
Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang. Namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.
Suami memerlukan isteri, atau wanita dalam hidupnya. Walaupun, ada suami yang menyangka bahwa dia boleh hidup tanpa wanita. Namun, hakikatnya lelaki amat memerlukan isteri.
Justeru, berilah apa yang suami inginkan, kesetian. Kesetian bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.
Lelaki sering memikirkan sama ada isteri mereka akan tetap bersama mereka jika berlaku masalah kewangan, kehilangan kerja, dilanda penyakit yang menyebabkan kehilangan mata pencarian. Kegagalan dalam perniagaan atau suami terpaksa berhenti kerja untuk sambung belajar atau ketika suami difitnah dan menyebabkan nama baiknya tercalar.
Kesetian merupakan asas dalam perhubungan bagi suami. Jika isteri setia pada suami, maka kesetian jugalah yang akan diberikan oleh suami kepada isteri.
3. Suami sentiasa mahu keperluan hubungan intim dipenuhi
Setuju atau tidak, hubungan intim merupakan satu keperluan bagi suami. Walaupun, perkara ini tidak dibincang secara terbuka. Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan hubungan intim sebagai salah satu perkara yang diinginkan daripada suami.
Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu yang menyebabkan suami rasa di reject.
Jadi, usahalah sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak suami. Jika berada dalam keadaan uzur atau tidak sihat. Maka, tolaklah dengan cara baik dan beritahu masa lain untuk bersama. Isteri juga boleh mengambil inisiatif untuk bersama suami. Ini akan menambahkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga.
Keinginan hubungan intim ini juga berkait rapat dengan 2 perkara di atas iaitu rasa hormat dan memilki isteri yang setia.
4. Suami secara semulajadi memikirkan tentang perempuan
Maksud berfikir tentang perempuan bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri, atau suami berfikir untuk kahwin dua, atau suami berfantasi dengan perempuan lain.
Cuma itu adalah lumrah dan sifat lelaki dan perkara ini dirahsiakan dan tidak diberitahu kepada isteri. Ini adalah lumrah atau cara otak lelaki berfikir secara langsung atau tidak langsung.
Untuk mengelakan suami daripada berfikiran seperti ini.
Berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi. 1. Hormat 2. Setia 3. Hubungan intim
Insyallah, suami akan teragak-agak untuk cari lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka dan berusaha untuk mengembirakan hati isterinya. Contohnya: Beri duit lebih, bawa makan angin, beri hadiah mahal dan akan lebih mahu mendengar dan memenuhi permintaan isteri mereka.
5. Suami suka mengembirakan hati isteri
Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk isteri dan keluarga. Kenapakah suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?
Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri.
Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami.Walaupun demikian, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak buat untuk isteri. Atau mencari jalan untuk mengagalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.
Ini akan menyebabkan suami kecewa dan rasa tidak dihormati. Rasa hormat merupakan perkara pertama yang diingini oleh suami yang tidak diberitahu kepada isteri.
6. Suami suka isteri yang sentiasa berpesan kepada mereka
Allah Berfirman dalam surah Al-Asr ayat 3
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Juga memaksa suami jarang sekali berkesan.
Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami. Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri
7. Suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya
Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka( Sukan, kereta, gadjet atau politik). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.
Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka.
Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa mereka mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai.Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.
Contohnya: Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami.
Sumber: alhafiz.net via datakay.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...