Bershopping sering dikaitkan dengan kaum wanita. Sebut sahaja awal bulan, tengah atau hujung ada saja benda yang nak dibeli. Hatta menggunung tudung yang ada, masih tidak mencukupi.
Ada sesetengah wanita yang gemar bergaya, jadi setiap bulan tidak boleh tampil dengan pakaian dan aksesori yang sama buat mereka yang bekerjaya. Namun berbeza dengan suami yang cukup simple dan memilih yang seadanya tanpa banyak songeh.
Kadang kala kemeja yang sama dibeli 5 tahun lepas masih elok dipandangan matanya. Malah bukan hanya pakaian, bahkan kasut, selipar, dan sebagainya tidak bertukar ganti selagi masih elok untuk dipakai.
Hadamkan luahan hati saudara Akhtar Syamir yang cukup menyentuh hati ini. Bait-bait kata yang cukup bermakna menggambarkan betapa pengorbanan seorang suami yang lebih mengutamakan keluarga dari keperluan sendiri.
Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Cukup deep luahan hati suami ini.
Selipar Buruk Suami.
Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Ada sebabnya kenapa selipar ini menjadi begitu buruk dan ada sebabnya kenapa selipar ini masih dipakai sehingga kini.
Isteri. Betul, lumrah lelaki akan memakai sesuatu sehingga ianya tidak boleh dipakai lagi. Sebagai contoh, dompet, tali pinggang, seluar jeans dan kasut serta selipar. Tetapi itu semua sekadar luaran sahaja. Marilah kita selami lebih dalam sedikit hari ini.
Ads
Isteri. Selipar suamimu telah lama rosak. Buruk sangat rupanya. Berkali-kali kamu telah menegur dan mengingatkan dia supaya menukar selipar yang baru. Tetapi sering jawapannya sama sahaja. “Nantilah”.
Isteri. Suamimu setiap hari keluar dengan selipar yang sama. Selipar itu amat berharga baginya. Selipar kulit memang tahan lama. Cuma, apabila suamimu pakai, ia jadi jauh lebih lama dari usia yang sepatutnya.
Isteri. Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting.
Isteri. Seringkali dalam minda suami akan membayangkan dengan duit yang dibelanjakan untuk membeli selipar baru, boleh digunakan untuk membeli lampin anak, membeli pakai anak dan isteri, membeli barang dapur dan rumah serta membayar duit persekolahan anak. Bukan tidak mampu, tetapi ia menjadi suatu yang tidak perlu walaupun ianya satu keperluan.
Isteri. Selagi daya, suamimu akan memakai selipar itu. Biarlah tapak kaki sudah mengenai lantai, suamimu akan jalan dengan lebih berhati-hati supaya tidak memijak benda yang boleh melukakan.
Isteri. Suamimu seorang sahaja punca pendapatan keluarga. Setiap detik, setiap ketika dia memikirkanmu dan anak-anak. Setiap detik membayangkan bagaimanakah keadaanya jika dia tiada. Tidak sanggup memikirkannya, itulah sebab kenapa dia jarang mengeluh.
Ads
Isteri. Suamimu tidak meminta dan tidak juga mengharapkan kamu memberinya apa-apa. Cukuplah sekadar kamu terus berada di sisi di saat dia dan kamu sedang diuji. Cukup sekadar senyuman di wajah manismu.
Isteri. Jika kamu pernah nampak dia mengangkat selipar baru dan kemudiannya meletakkan semula, pada saat itulah, hanya seberapa ketika sahaja di dalam mindanya menolak keperluan dirinya jauh ke bawah.
Isteri. Perlu tahu yang dia jadi begini kerana sayang kepadamu. Dia menghargai apa yang telah kamu lakukan untuk dirinya.
Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Jika ia pernah seburuk ini, mungkin banyak pengorbanan dia yang kamu tidak ketahui. Hargailah dia, berterima kasihlah kepadanya.
Ads
Sekadar renungan buat semua. Alhamdulillah selipar saya akhirnya telah berganti.
Bukan selalu saya berbicara mengenai suami. Harap tidak membanding-bandingkan antara suami dan isteri. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Buatlah bahagian kita dengan baiknya, In Shaa Allah pasangan kita akan sedar dan menghargainya.
Kongsikan penulisan ini untuk manfaat semua.
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak semua perkahwinan manisnya berpanjangan, Andai sudah ditakdirkan jodoh terhenti separuh jalan, tiada siapa yang mampu menolaknya.
Demikian juga dengan pasangan Ally Iskandar dan bekas isterinya Farah Lee. Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan. Namun, tiada jodoh mereka berpisah namun tetap baik atas dasar anak.
Farah Lee yang kini berada di United Kingdom meneruskan pengajian dalam jurusan Pengajian Kanak-Kanak sambil ditemani anak tersayang sering berkongsi tip keibubapaan selain memuat naik cerita anaknya.
Terbaru, Farah dalam satu perkongsian memberitahu Ally adalah seorang bapa yang baik dan bertangung jawab kepada anak mereka, Maream Esabell, 4. Bahkan hubungan antara mereka juga baik walaupun sudah berpisah.
“Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.? A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua.. Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha
“Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.?
“Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ,” tulisnya.
Tugas uruskan hal rumah bukan untuk perempuan aje tetapi lelaki kena turut membantu. Ini namanya tanggungjawab bersama.
Oleh itu, anak-anak sejak kecil kena didik untuk menguruskan hal rumah. Memang nampak agak kejam tetapi ia sebenarnya mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab. Malah apabila berkahwin kelak akan melakukan perkara yang sama kepada isterinya.
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
+ minta anak lelaki cuci pinggan + suruh anak lelaki buang sampah + ajar anak lelaki sidai kain + tegas dan pastikan mereka mengemas + biasakan anak lelaki memasak
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Sumber: Fb Najmi Nawawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit dahulu bersenang kemudian. Perjalanan kariernya bermula dalam bidang nyanyian, namun Lan Solo melangkah setapak lagi dalam dunia bisnes.Siapa sangka, percaturan dia sebelum ini membuahkan hasil. Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, pemilik nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof tidak pernah menyangka bahawa segala onak duri yang dilalui kini berbayar apabila merangkul anugerah.
“Tak pernah termimpi Solo Borneo Mart akan sampai ke tahap ni.. yela kedai runcit je kan..! Tapi bila dah rezki. Allah kata Dia nak bagi, Dia akan bagi!“Allahuakbar sangat teruja bila dapat bersama dengan usahawan-usahawan hebat yang jauh lebih berjaya kalau nak dibandingkan dengan kami yang masih baby & banyak belajar lagi dalam selok belok perniagaan.
“Tahniah syg. Allah balas segala penat lelah u,” tulisnya memberikan dedikasi terhadap isteri.
Turut berkongsi rasa syukur dan gembira adalah tulang belakang Lan Solo selama ini iaitu isteri kesayangannya. Menurut Sheila, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa mereka harungi untuk capai sepertimana sekarang.
“CABARAN bekerja suami isteri ni.. erm.. BESAR uolss. Kat umah gado.. smpi opis kene react mcm bahagia. Sebab klo bawak feeling tu, apa pon x jd.
“Ini lah KAWAN, SAHABAT, PENDENGAR SETIA, PENGKRITIK, PEMBANGKANG dan ermm.. for sure banker KY!
“Guys, jaga selagi ada.. sayang selagi setia.. hormat selagi daya.. cinta sampai syurga. Kita x tahu smpi bila hayat kita, korbanlah apa sahaja untuk bahagia. Terima kasih suami.. acece..! .
“Next post adalah appreciation kepada tulang belakang yang lain pulak ya.. stay tune!,” tulis Sheila.
Pasangan suami isteri ini telah membuka perniagaan kedai runcit bernama Solo Borneo Mart yang menyediakan pelbagai makanan istimewa dari Sabah dan Sarawak.
Majlis kahwin tinggal dua hari, anggota Bomba meninggal dunia akibat komplikasi tiroid. Kegembiraan menjelang hari bahagia bertukar duka apabila seorang anggota bomba, Mohd Kasyfi Remali, 42, menghembuskan nafas terakhir semalam akibat komplikasi tiroid yang menyebabkan tekanan darah tinggi.