Ramai yang bersimpati dengan nasib Anas, watak yang dipegang oleh Aeril Zafril menerusi drama Cari Ku Di Syurga. Malah, ada yang mengecam watak dimainkan oleh Janna Nick, isteri kepada Anas yang bersikap kejam sanggup meninggalkan suami dan anak kerana tidak mahu hidup susah.
Drama yang ditayangkan di TV3 itu rupa-rupanya bukan sahaja mendapat perhaian entizen, malah isteri kesayangan Aeril sendiri turut memuat naik perkongsian mengenai hal tersebut.
Sambil menyifatkan apa yang dilakonkan Aeril itu sama seperti di luar, jelas Wawa Zainal, suaminya itu memang seorang yang penyabar. Tidak malu mengakui dirinya dahulu seorang isteri yang suka marah-marah dan tidak matang seperti sekarang.
“cried a lot bila tengok muka kesian Anas / Aeril cemni .. sebab masa awal perkahwinan dlu i harimau jugak..suka marah2 dia .biasa la masa tu budak2,tak matang? (tapi takde la teruk macam cik lisa tu).
“Tapi Aeril tenang macam tu la reaction dia sama macam dalam tv. Sabar je dengan perangai isteri dia?nasib baik la i insaf cepat.. jadi isteri yang baik da?.
Dalam masa yang sama, Wawa turut menitipkan pesanan pada isteri supaya menghargai dan tidak melukai jika memiliki suami yang baik.
“Korang tanya ada ke lelaki sebaik Anas ? yang tak melukai hati isteri nya..ada… ada je…kalau ada tu hargai la.. jangan sesekali sia -siakan nya♥️♥️ ehh rindu nya dengan @aeril_zafrel . tengok dalam tv jela mampu .. kejap saja lagi guys #cariakudisyurga . standby cepat!,” tulis Wawa dikapsyennya.
Dalam pada itu, ada antara netizen yang memuji lakonan Aeril Zafril sambil menyifatkan ia adalah senario yang berlaku di luar sana.
Bertuah dapat suami penyabar
cikyan_cy Untung isteri dpt suami baik mcm anas nie….tp tula bkn semua org bertuah…..
lyaamran_ Bg aku watak artis yg sama bila dalam tv dgn real life ni Aeril Zafril dengan Syukri Yahya je. Suka tgk both of them layan bini and family dorg. ?
syedonlinestore Hahaha…mantap lakonan aeril sehingga wawa rasa this is real…
kakyaa_medynamecca ye wawa…hargai la..x semua wanita beruntung spt anda.
azlisahrosli_ Alahai wawa pon buat aku rasa nak kawin huhu
araalliee14@lastjedi90s bibiy .. baca caption dia .. so if biy idolakan dia pun yaahh hee he was the right one ..smpai wawa ckp cm tu haih terharu .. tringat bila biy slalu mngalah dengam syg ‘)
Dia punya aura tersendiri. Kelembutan bual bicara ditambah dengan personalitinya yang penyayang antara sebab kenapa dia mudah diterima oleh anak-anak tirinya. Namun, akui pemilik nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, bergelar ‘ibu segera’ bukan sesuatu yang mudah.
Sementelah anak-anak tirinya ketika itu masih kecil. Tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dorongan dan sokongan sang suami banyak membantu memainkan peranan dalam membolehkan hubungan Lisdawati dan anak-anak tirinya menjadi akrab.
“Berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak, secara automatik saya perlu menerima kehadiran mereka seperti anak sendiri. Alhamdulillah, sejak bergelar isteri kepada fauzi Nawawi sehingga kini, hubungan saya dengan anak-anak tiri cukup rapat.
“Malah, selepas mempunyai anak sendiri, hubungan kami tidak renggang. Saya bersyukur kerana mereka dapat menerima saya sebagai ibu baru dan mungkin pendekatan yang saya gunakan melalui kasih sayang menjadi.
“Biasanya kalau mereka buat salah saya akan terangkan dan lama-kelamaan mereka faham. Saya tidak suka marah tanpa sebab kerana anak-anak makin membesar. Jadi saya suka buat mereka seperti kawan.
Tidak berat sebelah
“Saya tidak mahu apabila mereka ada masalah, orang pertama yang mereka cari untuk luahkan perasaan adalah kawan. sebaliknya saya mahu mereka cari saya atau ayah mereka terlebih dahulu.
“Dalam mendidik juga, saya tidak bersikap berat sebelah. Baik anak kandung mahupun tiri semuanya saya anggap seperti anak-anak sendiri. Jadi layanan sama rata. Kalau buat salah tetap kena marah atau denda.
“Kalau marah, saya akan terangkan bukan sebab saya benci tetapi saya sayang. Saya lakukan semua itu dengan tujuan untuk mendidik mereka. Jujurnya saya memang garang dan lebih tegas dengan anak-anak berbanding suami.
‘Tetapi dalam masa yang sama saya sangat ‘open minded’ dan anak-anak bebas meluahkan apa jua masalah dan saya akan membantu sekadar yang boleh,” ujar Lisdawati yang mengakui tiada istilah ibu tiri dalam kamus hidupnya malah dia adalah mama kepada semua anak-anaknya.
Tegur kerana sayang
Memerhatikan hubungan di antara ibu dan anak tiri ini, memang terbukti apa diperkatakan orang selama ini bahawa Lis memang rapat dengan anak-anak tirinya adalah benar.
Dalam mendidik anak-anak, saya tetap tegas sama ada dengan anak kandung mahu pun anak tiri. Saya selalu memberitahu mereka, saya marah atau tegur kerana sayang. Bukan kerana benci. Saya lakukan semua itu dengan tujuan nak didik mereka. Saya juga mama mereka, selain ibu kandung mereka. Saya dah anggap seperti anak. Jadi, takkan saya tak boleh tegur atau marah anak sendiri? Biasanya saya akan terangkan apa sebabnya saya marah. Saya takkan marah tanpa sebab.
“Kalau di rumah, saya akan ajar anak-anak untuk buat kerja-kerja rumah sama-sama terutama anak-anak perempuan. Bagi saya anak perempuan kena tahu dan rajin buat kerja rumah. Saya perhatikan anak remaja sekarang terlalu asyik dengan telefon bimbit hingga jadi malas. Bila disuruh buat kerja rumah pun tak diendahkan. Saya tak nak anak-anak saya macam itu.” Luah Lis yang memberitahu semua anak memanggilnya mama.
“Ada juga yang tak percaya saya boleh baik dengan anak-anak tiri. Tapi saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya juga akan layan anak-anak tiri macam kawan-kawan. Ada masa kami bersembang dan keluar bersama seperti menonton wayang. Saya nak mereka rasa mereka boleh berkongsi apa saja dengan kami, berbanding rakan-rakan. Saya juga selalu tekankan pada mereka, hubungan kekeluargaan dan sesama adik-beradik kena sentiasa dijaga
“Dan si ayah pun kena faham jika kita marah anak-anak dia. Jangan pula sokong mereka jika mereka buat salah. Itu pun penting juga agar tidak timbul konflik. Selebihnya, kena banyak berdoa agar hubungan itu kekal harmoni,” Tambah Lis lagi.
Memiliki anak perempuan ramai, akui Lisda bukan satu perkara yang mudah. Sementelah zaman sekarang yang serba mencabar. Justeru, dia banyak mengikut ajaran ibunya dalam mendidik anak-anak.
“Walaupun nampak saya moden, tetapi sebenarnya sangat konservatif terutama kepada didikan anak-anak. Kalau di rumah, saya akan ajar anak-anak untuk buat kerja-kerja rumah sama-sama terutama anak-anak perempuan.
“Bagi saya anak perempuan kena tahu dan rajin buat kerja rumah. Kena bangun awal pagi, kemas tempat tidur dan bantu buat kerja rumah kerana senang apabila ke rumah mentua kelak. Saya tidak suka cakap kosong, sebaliknya praktik kan ajaran orang lama kepada anak-anak. Itulah ajaran ibu saya yang kini saya turunkan pula kepada anak-anak.
“Mungkin orang beranggapan ibu tiri sukar untuk berbaik dengan anak-anak tiri. Tapi saya tak kisah apa orang nak cakap. Yang penting anak-anak percayakan dan boleh terima saya seadanya.
“Ada masanya kami keluar bersama sama ada makan-makan atau menonton wayang. Saya nak mereka rasa mereka boleh berkongsi apa saja dengan kami, berbanding rakan-rakan.
“Saya juga selalu tekankan pada mereka, hubungan kekeluargaan dan sesama adik-beradik kena sentiasa dijaga,”tegas Lisdawati lagi.
Pelukan kukuh hubungan
Lisdawati mengakui tidak suka ada sempadan antaranya dengan anak-anak tiri. Pelukan kasih sayang antara yang dipraktikkan biarpun mereka kini sudah besar kerana baginya itu adalah satu cara untuk mengukuhkan perhubungan.
“Untuk memastikan hubungan menjadi erat kena ada ‘give and take’ tidak boleh sebelah pihak sahaja memberi. Kena kedua-duanya memainkan peranan. Barulah Berjaya sesebuah hubungan itu.
“Saya jenis yang suka suasana harmoni dan itu semua kena bermula di rumah dan orang yang paling penting memainkan peranan tersebut sudah semestinya ibu. Jadi, saya kena beri lebih ‘drama kasih sayang’ kepada anak-anak. Bermula dengan ‘drama’ barulah dapat mencambahkan kasih sayang.
“Yang lebih penting, tidak sekadar mengambil berat semata-mata, ibu dan ayah kena selalu beri pelukan, kata-kata nasihat, kasih sayang dan sebagainya.
“Ada keluarga yang tidak suka memberi pelukan dengan alasan anak-anak segan sudah besar.
“Tetapi berbeza dengan saya kerana pelukan itu ibarat pelengkap dalam rumah tangga dan mengeratkan hubungan. Anak-anak akan rasa lebih dekat dengan kita.
Semalam kita dikejutkan dengan tragedi melibatkan sepasang suami isteri, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 dan Nik Mohd Zulmi Ramli, serta seorang anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5, yang maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok.
Dua lagi anak kepada pasangan tersebut iaitu Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, yang berada di tempat duduk belakang hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Machang.
Lebih memilukan apabila dua beradik tersebut hanya mengetahui mereka bergelar yatim piatu 22 jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurut nenek mereka, Amnah Ismail, 64, ahli keluarga tidak sanggup untuk memberitahu Zulaikha dan Adam bahawa mereka sahaja yang terselamat daripada tragedi itu.
Namun, mereka akhirnya mendedahkan perkara yang sebenar sewaktu urusan membawa pulang jenazah kesemua mangsa untuk proses pengebumian.
” Sejak balik, Kaklong (Nik Adilia Zulaikha) hanya memanggil umi… umi.. (Nik Amirah), manakala Adam banyak diam.
” Dia beritahu umi, baba (Nik Mohd Zulmi) dan Ecah (Nik Aishah) ada di dalam kereta.” katanya.
Dalam pada itu, Amnah menafikan bahawa arwah anaknya itu sedang mengandung seperti mana yang tular di media sosial.
Menurut Amnah, kemungkinan besar pasukan penyelamat keliru dengan tubuh badan arwah yang bersaiz besar.
Sementara itu, sepupu kepada Nik Amirah, Mohd Aidi Ab Ghani, 50, berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah yang mahu sehidup semati dengan suaminya sekitar dua bulan yang lalu menjadi kenyataan.
” Arwah juga suka sangat sedekah makanan kepada ahli keluarga dan saudara-mara dengan menyangkut makanan pada pagar rumah. Petang sebelum kejadian, arwah sempat menyangkut terung di pagar rumah sepupu kami.” katanya.
Terdahulu, berita mengenai tragedi ini meruntun hati wargamaya apabila Amira ditemui dalam keadaan sedang meriba Aishah ketika kejadian.
Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 7.12 malam Ahad.
Sawi antara sayuran yang menjadi pilihan ramai, tapi kadang-kadang bila beli ada yang sudah tak segar dan kekuningan kerana sudah lama dipetik.
Nak cuba tanam sendiri sawi tak? Mudah je caranya, belanja pun tak mahal. Malah kita akan dapat sawi yang segar, cantik, dan hijau hasilnya dengan kaedah yang dikongsikan oleh liyana Mohd Poad ini.
Tip daun sawi betul-betul hijau
Bagaimana nak bagi sawi yang kita tanam betul betul hijau dan tidak berwarna kuning atau terbantut pembesarannya?Guna sekam padi dalam media semaian dan ketika pindah untuk ditanam.
Banyak sekam padi lagi bagus.Sawi saya ni berumur lebih kurang 5 minggu. Saya terus petik dan tak akan tunggu sehingga lebih 6 minggu ataupun 2 bulan.Sebab??Sebabnya kalau lebih daripada 2 bulan,batangnya akan keras dan bila kita makan, memang tidak rangup..rasa macam berserat.
Manfaat sebotol cuka kayu
Baik…saya nk tekankan penggunaan cuka kayu… Rata rata masalah pada tanaman adalah daun kuning, layu, lecur, mati, diserang ulat dan serangan bena and so on..Pastikan setiap rumah yang nak brkebun walau sekangkang kera, at least ada sebotol cuka kayu any brand pun boleh jerrr…
Spray pada daun, batang & tanah
Bancuh ikut sukatan… Botol mineral sebelah kanan tu setelah saya bancuh 2ml cuka kayu + 1,5 l air biasa. Lepas tu spray lah ikut keperluan.Spray pada keseluruhan daun, batang dan juga tanah.. Tak ada masalah.Setiap petang pun takpe..
Ianya sangat efektif untuk akar, kemunculan tunas baru, penghijauan daun, masalah bena dan ulat serta meneutralkan ph tanah.. Semoga bermanfaat.