Pendakwah bebas, Da’i Hamidah baru-baru ini selamat melahirkan bayi keduanya. Berita tersebut dikongsi menerusi laman instagramnya.
Alhamdulillah🤍 Syukur yang teramat sangat😭. Alhamdulillah dipermudahkan melahirkan anak kedua jam 4.53am, 23.2.2021. Semoga Allah Taala merahmati & memberkati permata ini✨
Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak berkongsi rasa gembira dan terharu dengan keprihatinan ahli keluarga termasuk suami yang banyak membantu melancarkan urusannya sehingga selamat melahirkan bayi keduanya.
Dalam perkongsian terbarunya, Da’i Hamidah memuat naik sekeping gambar bersama suami dan berterima kasih atas bantuan semua.
Fasa mengandung, melahirkan dan mendidik bukanlah satu perkara yang mudah. Sebab itu disebut kepada ibu yang mengandung “wahnan ala wahnin “. Benar- benar sakit dan benar- benar mendebarkan.
Ads
Maka suamilah tempat isteri menumpang kekuatan. Terima kasih suamiku yang menemani dari awal sehingga melahirkan. Walaupun dalam labour room tersengguk2 sangat mengantuk almaklumlah anak lahir waktu tahajjud😄.
Terima kasih juga insan terpenting dalam hidup kami berdua iaitu mak,ummi & ayah yang banyak membantu. Berkat adanya mereka terlalu banyak urusan kami menjadi mudah. Ya Allah mana nikmatmu yang ingin kami dustakan.
Semoga kehadiran permata kedua ini menambah seri kebahgiaan dalam rumahtangga kami In Sya Allah
Sebelum itu, dalam laman instagramnya Da’i Hamidah turut berkongsi tip untuk ibu bapa tentang apa yang perlu dilakukan apabila bayi baru lahir.
Bayi yang baru dilahirkan 8 perkara perlu dilakukan :👶🏻
– 3 perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja dia dilahirkan iaitu ( azan , iqomat, dan tahnik )
Ads
– 4 perkara yang perlu dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya : ( akikah, diberi nama, bercukur, dan bersedekah )
– 1 perkara yang perlu dilakukan pada hari kelapan : ( khitan )
* Tak wajib ikut hari senarai atas ni sebijik2 tapi kita usaha buat semua perkara di atas* ______________ Alhamdulillah hari kesembilan dah permata kami👶🏻. Syukur selesai apa yang penting✅. Tapi masih tak boleh lupa pengalaman bersalin anak kedua ni begitu mudah Alhamdulillah
Katanya orang lelaki ini ada 3 masa gemuruh dan degupan jantungnya berdebar yang teramat sangat. Pertama ketika waktu hendak berkhatan, kedua ketika ingin melafazkan akad nikah dan ketiga adalah semasa menanti isteri melahirkan anak sulung.
Bercerita tentang detik gemuruh ketika akad nikah diakui memang macam-macam kisahnya dan ada yang lucu dan tak masuk akal pun boleh berlaku.
Dan terbaharu viral di media sosial berkenaan video yang dikongsikan memperlihatkan bakal suami tersebut tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM 500 juta.
Memetik kisah pasangan pengantin tersebut di myMetro, difahamkan pengantin baharu itu yang dikenali sebagai Sameer Danial Nordin ada berkongsi cerita lanjut mengenai hal itu.
“Malam sebelum akad nikah, keluarga minta saya berlatih tetapi saya ‘angkuh’… saya tidak buat. Keesokannya saya tersasul hingga tiga kali akad,” kata Sameer Danial Nordin, 30.
Pengantin baharu itu berkongsi kisah dia gugup semasa berjabat tangan dengan kadi ketika akad nikah dengan pasangannya, Nurul Nadia Johari, 29, di Gurun, Kedah, Jumaat lalu.
Kisah jejaka berasal dari Shah Alam, Selangor itu tular di media sosial selepas adik perempuannya memuat naik video akad nikah itu di TikTok.
Dalam video itu, Sameer Danial tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta, sedangkan mas kahwin sebenar adalah RM500.
Sameer Danial mengaku video itu adalah akad keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri.
“Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar tersasul apabila ditegur oleh bapa saudara yang duduk di belakang.
“Memang kelakar apabila saya melihat balik video tersebut. Saya tidak sangka perasaan gugup menyelubungi diri hingga terpaksa lafaz akad sebanyak tiga kali.
“Saya kira (anggap) itu adalah kifarah, supaya jangan bersikap angkuh dan tidak mendengar nasihat yang meminta supaya berlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sameer Danial berkata, dia sangat gementar ketika hari pernikahan itu kerana diadakan di pekarangan masjid dan disaksikan ramai ahli keluarga dan saudara mara.
“Ketika itu, tok kadi dan imam juga menyuruh saya untuk beristighfar kerana kemungkinan terdapat ‘gangguan’.
“Saya bersyukur kerana pada akad kali ketiga, semuanya berjalan lancar dan saya sah menjadi suami kepada Nurul Nadia,” katanya yang menyifatkan insiden itu sebagai kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.
Mengenai videonya tular di media sosial, Sameer Danial berkata, meskipun malu, dia tidak mengambil hati komen warganet terhadap kisah dirinya.
Katanya, dia juga tidak menyangka adiknya merakam video itu dan berkongsi di TikTok hingga mendapat perhatian orang ramai.
“Isteri saya pun tidak henti menonton video itu dan sempat ‘membahan’ kerana kesilapan yang saya lakukan,” katanya
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Menu paling cepat dan mudah disediakan sering menjadi pilihan ibu-ibu kan. Apa kata cuba resipi Brownies ini. Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, ada satu tips nak buat brownies yang hanya mengambil masa yang tidak lama.
Biar betul? Bukan itu sahaja, resipi ini juga hanya menggunakan cawan sahaja, mudah untuk ibu-ibu. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Imah Halimah menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Sudah 3 bulan tidak ambil tempahan kek.sy mahu berhenti mmbaking sementara utk 1-2 tahun utk lbih tumpuan pd ank dan keluarga.smoga allah permudahkn nawaitu sy.kekangan ms dan kerja sbbkan sy ambil kputusan ini.sdgkn 6 thun sudah dalam dunia bakering.seolah2 satu kejutan buat kwn2 dan customer tetap sy.sy harap mereka faham.
Pg ni sy buat brownies sbb dah brhari2 rs tringin sgt nk mkn.tp klu nk buat loyang bsr rs x trhabis pula.biasanya sy jual brownies utk loyang 8inc dan 10inc shj.tp pg ni sy buat saiz lbih kecil..6 inc shj.itu pn sbb butter ade ngam2 shj.
sy olah rsepi sy yg brssuaian utk brownies saiz kecil.ssuai utk yg x nk mkn byk2.sy sedekahkn resepi sy utk rakan2 di MAHN..doakan shj sy sntiasa sihat dan dipermudahkn stiap urusan sy sekeluarga.
Brownies kedut
-loyang 6 inc
Bahan A
-80gm unsalted butter(sy guna pure butter anchor@ scs).ikut suka la nk pki butter ape pun.
-200gm dark compound coklat(sy pki beryl’s)
Bahan B
1/2 cawan gula kastor(kurangkn 1sb)
1/2 cawan gula perang (kurangkn 1sb)
1sk esen vanila
2 biji telur (saiz A @AA)
1sk coklat emulco
Bahan C
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan serbuk koko(kurangkn 1/2 sb)
Cara
-Double boil bahan A
-Dlm bks asing campurkn bahan B.kacau guna hand whisk atau senduk shj.gaul sekadar rata.jgn trlebih over gaul ye
-Campurkn bahan C ke dalam bahan B dan gaul sebati.
-Masukkn bahan A ke dalam adunan td
-Alaskn loyang 6 inc dgn parchment/baking paper.lebihkn paper supaya mudah nk keluarkn brownies apabila sudah masak.(refer pic)
-Panaskn oven dahulu.bakar suhu 170″c api atas bawah 40minit @ bersesuaian dgn oven masing2..
-Da masak agak2 suam bole angkt dr loyang dan bole potong2.
P/s:Brownies sy tahan 2 mggu..suhu bilik.x perlu masuk peti ais.biarkan shj diluar tp bertutup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pemuda 20 tahun itu melontarkan kata-kata yang cukup indah bersama alunan ayat suci al-Quran dari Surah Al-Hujurat, ayat 13 sehingga persembahan tersebut menjadi tular di media sosial dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Qatar, malam Ahad lalu.
Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit Caudal Regression Syndrome (CDS) iaitu gangguan perkembangan bahagian bawah badan.
Namun siapa sangka, akibat penyakit yang dialami itu, ibunya dinasihati supaya mengugurkan kandungan. Namun dengan izin Allah Yang Maha Agong, anak ini rupanya Permata yang hebat berbanding manusia normal.
Ikuti lanjut perkongsian Ustaz Hanafi mengenai pemuda istimewa ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PEGAWAI PERUBATAN SURUH GUGURKAN KANDUNGAN
“Tuhanku Maha Penyayang dan Dia pasti akan menjagaku dan anakku.”
Ini jawapan yang diberikan oleh seorang ibu bila doktor nasihatkan untuk gugurkan kandungan. Sebab waktu tu bayi yang dikandung dalam keadaan kritikal.
Namun ibu tadi tetap nak teruskan kandungan.
Dia bertawakal dan berserah kepada Allah. Allah menjadi sumber kekuatan pertama manakala suaminya pula jadi sumber penguat kedua.
Apa pula kata si suami bila mendapat berita anak yang masih dalam kandungan isteri cacat separuh anggota badan?
“Kamu akan jadi kaki kiri anak kita, saya pula akan jadi kaki kanannya.”
Allahuakbar.
Ibu ayah yang sangat hebat menerima segala bentuk kurniaan Allah SWT.
Sampailah kandungan berusia 6 bulan, lahirlah seorang bayi lelaki pramatang dengan kecacatan kekal yang jarang-jarang berlaku di dunia.
Lahir tanpa hampir satu per tiga tubuh badan dari pinggang ke bawah.
Siapakah nama anak yang dilahirkan itu?
Tak lain tak bukan, Ghanim Al-Muftah.
Anak muda 20 tahun yang menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia dengan melantunkan ayat suci Al-Quran di acara pembukaan sukan bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar.
Meremang ustaz rasa bila dengar dia baca ayat ke 13 dari surah Al-Hujurat dengan penuh keyakinan.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Masha Allah, sangat indah!
Tuan puan. Orang selalu sebut,
“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita hebat yang berada di belakangnya.”
Sama juga dengan Ghanim.
Di sebalik kekuatan jiwa dan semangatnya, ada seorang wanita bergelar ibu yang sentiasa memberi dorongan dan semangat.
Dalam satu sesi ucapan umum, Ghanim bercerita.
Sejak kecil dia kerap dihina dan dibuli oleh kawan-kawan sebaya. Ada satu waktu, dia mengadu kepada ibu.
“Ibu, mereka menghina aku. Memarahi aku. Tolong pukul mereka. Beri mereka balasan yang setimpal.”
Jawab ibu Ghanim,
“Kamu tak boleh mengubah orang lain untuk menerima diri kita. Tapi kamu boleh mengubah dan menerima diri sendiri agar diterima oleh orang lain.”
“Ghanim, kamu berbeza dengan orang lain. Lihatlah perbezaan yang ada pada diri kamu adalah satu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain.”
Macam-macam usaha yang dilakukan oleh ibu Ghanim agar masyarakat sekitar menerima anak istimewanya.
Dia melukis poster, menulis dan menyediakan booklet serta menyebarkan ke kawasan sekitar untuk memberi kesedaran kepada sekolah, pejabat dan masyarakat sekitar untuk terima dan hargai anak-anak yang senasib dengan Ghanim.
Cerita Ghanim lagi,
Dia dan ibunya pernah mengadakan lawatan kepada pesakit di hospital dan memberi hadiah. Ada pesakit yang berkata,
“Ini pertama kali saya lihat orang kurang upaya datang melawat kami dan beri hadiah.”
Ibu Ghanim cepat membalas,
“Orang kurang upaya dan keluarganya juga boleh beri hadiah dan kami juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada masyarakat.”
Mereka akhirnya menubuhkan Pertubuhan Ghanim yang bertanggungjawab menyediakan kerusi roda dan peralatan kesihatan kepada orang yang memerlukan.
MashaAllah.
Kini, Ghanim juga memiliki perniagaan aiskrim sendiri dengan jumlah pekerja lebih daripada 60 orang.
Dia juga sedang belajar di universiti dalam bidang sains politik dan berimpian untuk menjadi seorang diplomat yang berjaya.
Di media sosial, Ghanim sangat aktif memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat dunia. Akaun Tktoknya mempunyai lebih 7 juta pengikut, 3.3 juta pengikut di Instagrm dan hampir 1 juta pelanggan Ytube.
Allahukbar.
Walau bertubuh kecil dan diuji dengan kelainan upaya, jiwanya sangat besar dan memberi manfaat kepada ramai orang.
Tuan puan, banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari kisah Ghanim al Muftah dan ibunya.
Satu pelajaran paling utama adalah bersangka baik pada Allah SWT. Terima setiap kurniaan Allah dengan dada yang lapang serta penuh kesyukuran.
Bila kita yakin dan percaya kepada Allah, inshaAllah Dia akan lorongkan bermacam-macam jalan kepada kita itu bangkit berjuang dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain.
Tuan puan,
Kita semua diuji pelbagai bentuk ujian.
Mari kita mengubah cara kita memandangnya. Ujian bukan untuk melemahkan diri kita malah ujian adalah jalan untuk Allah memuliakan diri kita.
Mulia di dunia, inshaaAllah,
Mulia juga di akhirat sana.
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.