Pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan B40 dan M40 pastinya disambut baik oleh rakyat. Setidak-tidaknya dapat meringankan beban sepanjang menempuh saat getir PKP ini.
Pun begitu, disebabkan sedikit kesilapan teknikal siapa sangka seorang lelaki ini tanpa disangka menerima BPN dan dengan jujurnya mengembalikan semula wang tersebut.
Ini sebagaimana yang dikongsikan di akaun fbnya. Nyata sikapnya itu ramai yang memuji.
MEMULANGKAN HAK PADA TEMPAT..
Sistem online ni,hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni,disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018,maka sistem anggap saya golongan layak.
Jadi free lah dapat BPN…maka dalam konteks ni kena realistik:-
1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? tapi…Allah Maha Mengetahui
Ads
2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!
Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak.
Cara2 nya:-
a) Buat draf bank atas nama akauntan negara
b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)
c) Pos balik ke MOF
P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.
Ads
Bye2 BPN…haha, walaupun saya pun takla banyak mana pun duit…tapi bila BPN tersalah masuk,maka pulangkan ke tempat asalnya. Rata2 B40 ada yang masih tak dapat.
Ads
Maka bagi yg tersalah terima,pulangkanlah ia….kesian kat makcik bedah,pak leh lemang, kiai dolah, kak joyah dan sebagainya di kg2..
Kaedah nak pulangkan:
1) Bank deraf atas nama Akauntan Negara Malaysia
2)Surat iringan alasan pengembalian
3) Pos ke Pejabat Belanjawan Negara
P/S: Jgn marah LHDN,ralat sistem normal la..benda kalut kadang2 ada mistake. So,bantu mereka sama. #sayangiMalaysia
Boleh dikatakan setiap rumah ada water heater atau pemanas air yang dipasangkan di dalam bilik air, bagi memberi keselesaan seisi keluarga mandi air panas lebih-lebih ketika mandi di waktu pagi.
Tidak macam dulu-dulu, ada yang ‘bercinta’ hendak mandi pagi disebabkan air di kolah terasa sangat sejuk. Sekali jirus ke tubuh, terus terasa hingga ke tulang sejuknya. Itu sebablah juga, kerana kasihan melihat anak-anak menggigil mandi kesejukan ramai ibu-ibu yang menyediakan air yang dimasak terlebih dahulu di dalam cerek untuk dijadikan air mandian untuk anak-anak.
Tapi bila adanya water heater ini, tidak lagi. Semuanya menjadi lebih mudah dan seisi keluarga boleh mandi dengan selesa, tanpa menggigil lagi. Tinggal petik suiz, tersedia air panas.
Pun begitu, tahukah anda bahawa water heater ini perlu diselenggarakan secara berkala. Jangan kita tahu guna sahaja dan akhirnya mengundang bahaya pula pada keluarga. Jadi ilmu ini sangat penting bagi memastikan keselamatan keluarga terjamin.
Caranya sebagaimana yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna aplikasi TikTok @jambanking_kongmee_oe, lelaki ini berkongsi cara mudah untuk anda lakukan sebagai rutin untuk memeriksa sama ada water heater selamat digunakan atau sebaliknya.
Ujarnya lagi, pemeriksaan water heater perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
Cara Buat Pemeriksaan Keselamatan Water Heater
Langkah 1 : Buka air terlebih dahulu.
Langkah 2 : Kemudian tekan butang test dan pastikan tiada lampu yang menyala. Itu menandakan water heater di dalam keadaan elok atau selamat digunakan.
Langkah 3 : Seletah selesai buat pemeriksaan tekan pula butang reset dan sedia untuk digunakan. Dicadangkan lakukan pemeriksaan ini sekali dalam seminggu.
Untuk lebih jelas lagi boleh juga tonton video ini yang berjaya menarik perhatian lebih 400 ribu tontonan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Hari Deepavali tidak akan lengkap tanpa adanya juadah Deepavali yang semestinya membangkitkan selera anda. Pastinya inilah masanya untuk kita saling ziarah rakan-rakan yang berbangsa India agar dapat menilmati keaslian masakannya. Inilah beruntungnya negara berbilang bangsa.
Selamat Hari Deepavali untuk semua rakyat Malaysia.
Ladoo ialah pemanis mulut yang paling penting pada hari Deepavali, dan ianya adalah makanan istimewa bersaiz bola golf yang berwarna-warni. Ada banyak jenis ladoo untuk dipilih, iaitu bebola minyak sapi, ladoo buah kering, ladoo kekacang, dan yang paling biasa dihidang ialah ladoo berperisa air gula seperti ladoo air mawar, yang pastinya akan memberi rasa semanis syurga kepada deria rasa anda.
Gula-gula kelapa ialah gula-gula yang padat, manis dan berasaskan susu. Pemanis mulut jenis mithai (manisan India) ini adalah pembuka selera klasik kaum India yang tiada siapa akan menolak. Gula-gula kelapa adalah diperbuat daripada kelapa, susu pekat dan gula yang kesemuanya dimasak sehingga memejal. Dari segi bentuk, gula-gula kelapa lazimnya dipotong kepada bentuk-bentuk petak, berlian atau pun bulat.
Jalebi adalah kuih kecil berwarna kuning cerah dan seakan-akan kek funnel. Ia diperbuat daripada adunan tepung kosong yang digoreng dalam bentuk pretzel atau bulat, dan kemudian direndam dalam air gula safron untuk mendapatkan warna kejingga-jinggaan. Untuk menjadikan lapisan luar kuih itu rangup, ia direndam di dalam air gula safron lalu dikeringkan. Kuih ini mempunyai tekstur yang kenyal dengan lapisan luar yang bergula. Jalebi semestinya akan melonjakkan citarasa anda!
Payasam ialah puding enak berasaskan susu yang berasal dari sub-benua India dan diperbuat daripada gandum hancur atau pun vermiseli bercampurkan susu dan gula. Ia kemudian diberi perasa seperti buah pelaga, buah kismis, safron, kacang gajus, kacang pistasio dan buah badam, dan selalunya dihidangkan ketika waktu makan atau sebagai pencuci mulut. Hidangan ini memberikan sentuhan baru ke atas puding klasik biasa bagi menggamit selera anda.
Murukku ialah perkataan Tamil yang bermaksud “berpintal.” Makanan tradisi yang sering dikaitkan dengan Deepavali, Murukku adalah salah satu makanan ringan istimewa yang boleh dijumpai di hampir setiap rumah penganut Hindu semasa perayaan Deepavali. Murukku adalah snek goreng penuh rasa yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras dan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang hebat. Yang luar biasanya, walaupun kerepek rangup ini digoreng, ia tidak berminyak langsung.
Semua orang tak pernah sepi daripada ujian. Cuma yang membezakan adalah bentuk ujian yang menimpa itu. Ada yang diberikan ujian kecil, ada pula ujiannya besar. Ada yang Allah pendekkan ujiannya dan ada yang berlarutan. Malah ada juga yang ujiannya datang bertimpa-timpa, bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika nipis imannya maka itu yang menyebabkan mereka hanyut dan terjerumus ke lembah hitam. Andai kuat,cekal serta reda menerima apa yang berlaku, maka dengan sendirinya kehidupan akan lebih bermakna.
Perkongsian Syahirah Omar ini antara bingkisan hati seorang ibu yang memiliki anak syurga. Cukup sebak dan menyentuh hati tatkala membacanya. Moga ibu hebat ini tabah dan terus kuat dalam membesarkan anak-anak syurganya.
” I’m sorry sir, she’s autistic,” sambil aku hulur kepada dia kad bersaiz kecil. Di dalam kad tu aku ada sertakan sekali sedikit info tentang Autisme.
Lana tetap meraung sekuat hati. Merangkak dari depan ke belakang pesawat. Kalau aku larang, dia akan menangis. Jadi, terpaksa aku biarkan dia merangkak di dalam pesawat walaupun sudah 3 jam dia kehulu kehilir.
Terlalu banyak mata memandang. Ada pandangan simpati, ada pandangan yang kurang selesa Ya, aku tahu, Anoyying sangat kan?
3 jam tu juga Luqman turut menangis. Kalau aku yang memandu pesawat pasti aku dah parking tepi tenangkan mereka. Tapi, nak parking mana? Perjalanan dari Kuwait ke Malaysia bukan sekejap. Bukan ada hentian R n R diatas awan.
Cabin crew cuba membantu kami. Sebelum pesawat berlepas lagi aku sudah beritahu mereka kondisi Lana. Mereka beri toys, mereka beri makanan. Diam sekejap, kemudian sambung nangis semula. Sebenarnya, sebelum naik pesawat aku dah buat persediaan yang sangat rapi. Aku bawa toys baru, bekalan ubat, gadget. Tapi, inilah dunia aku. Kenapa aku susah bercampur dengan orang lain. Hidup aku memang tak keruan menjaga anak-anak.
“Mungkin dia sakit perut?” Seorang warganegara Indonesia cuba membantu aku.
Aku check perut tak pula kembung atau cirit birit. Demam pun tak ada. Tetapi inilah Autisme. Anak begini bukan boleh duduk statik. Masalah sensory bunyi yang teruk juga membuatkan dia tak boleh dengar bunyi pengumuman di dalam pesawat.
Itulah punca dia menangis tak berhenti. Mungkin juga tekanan pada gegendang telinga apabila berada tinggi di udara membuatkan dia sangat tidak selesa.
Setelah 7-8 jam, akhirnya kami sampai ke tanah air. Perjalanan yang sangat mencabar. Sebenarnya bukan kali pertama mereka menaiki pesawat, tetapi setiap kali menaiki pesawat itulah yang aku dan anak anak akan lalui. Boleh kau bayangkan? Cuma yang bezakan setiap kali perjalanan tu berapa jam mereka akan menangis.
Kadang-kadang orang tak bersetuju dengan keputusan aku untuk duduk sendiri bertiga dengan anak-anak pada waktu tu. Bagi mereka, kenapa perlu begitu? Tetapi aku dan anak anak perlu keluar ke negara lain setiap 3 bulan kerana aku masih masuk ke Kuwait menggunakan Visa on Arrival. Proses untuk mendapatkan civil id bukan satu perkara yang mudah. Tetapi orang lain tidak akan faham situasi aku.
” Ruginya! Best kot duduk oversea! Boleh jalan tempat orang. Ada musim panas, musim sejuk, buah kurma,”
Haha! Tak ada best mana pun kalau dah anak aku begini. Setiap kali nak bawa keluar rumah adalah mimpi ngeri bagi aku. Setiap kali nak ke rumah kawan pun adalah mimpi ngeri bagi aku. Pergi keluar cantik, balik rumah brooch dah terpusing ke telinga.
Akhirnya aku buat keputusan menetap di Malaysia bertiga dengan anak-anak. Aku pilih untuk tinggal di Alor Setar memandangkan disitu ada kekosongan untuk Lana sertai Nasom. Sejak dari tu la hidup aku berpindah randah tak berhenti. Di negeri mana yang sesuai, aku akan pindah asalkan aku usahakan yang terbaik buat dia.
Depressi aku bukan setahun dua. Ini cerita 7 tahun lepas. Tekanan yang lama tu buatkan aku makin tidak waras dan tak mampu berfikir lagi dah bila ada perkara yang sama berulang kali trigger aku. Aku penat mental, fizikal dan emosi aku sangat remuk sepanjang membesarkan mereka. Susah aku nak gambarkan perasaan tu, tetapi memang bukan satu benda yang mudah untuk aku. Alhamdulillah, sekarang aku pun dah sihat dari Depressi dan Anxiety.
Allah Maha baik kan? Aku dah lepas satu ujian kecil melalui anak, dan beberapa ujian lain dalam hidup.Tetapi masih banyak ujian lain menanti, kan? Dan ujian hidup ni takkan pernah habis pun kan? Kau sabarlah jika diuji. Kemanisan tu kita akan rasa satu hari nanti bila kita sabar mengharungi. Berapa kali kau jatuh tersungkur pun kau jangan berputus asa. Allah sentiasa ada bersama kau bila saat kau rasa kau tak punya siapa siapa.
Salam sayang,
Syahirah omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di