Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi sebuah video memperlihatkan anaknya yang sedang belajar subjek biologi walaupun masih berusia 11 tahun.
Menerusi perkongsiannya itu, dia memaklumkan, anaknya, Bella kini dalam persiapan mengikuti pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program Genius Permata Pintar (PPCS).
Malah, Bella difahamkan telah lulus peperiksaan bagi semester UKM 1 dan UKM 2.
Menjengah di ruangan komen, ada diantara warganet yang mempersoalkan tentang kebijaksanaan Bella dan menganggap anak-anak yang lahir dalam keluarga yang mempunyai pendidikan tinggi sahaja yang mampu sebijak Bella.
Tidak berdiam diri dengan komen yang diberikan, Dr Sheikh Muszaphar tampil memberikan komen balas dengan mengatakan, semua anak adalah bijak namun sebagai ibu bapa, peranan dalam memberikan pendidikan yang berterusan adalah amat penting.
Ads
“Percaya bahawa semua anak adalah bijak tetapi, pendidikan yang berterusan perlu diberikan kepada mereka,” tulisnya.
Buat ibu yang minat baking, sudah pasti dari masa ke samasa akan ada sahaja perkakasan atau kelengkapan dibeli. Ini untuk pastinya alatan-alatan yang diperlukan seperti oven, loyang, mesin pengadun dan sebagainya lengkap sedia ada. Maklum lah kalau memasak tak cukup perkakasan atau ramuan, tidak puas hati jadinya.
Jadi tidak hairanlah sekali pandang ruang dapur seakan kedai runcit pula jadinya. Silap gaya nampak berserabut pun ada!
Namun jangan tak percaya, ruang baking juga boleh dihias agar nampak cantik dan kemas meskipun berdepan dengan masalah ruang yang sempit.
Ini sepertimana perkongsian daripada seorang ibu yang juga merupakan professional baker, Ainie Syeema di facebooknya. Apa yang pasti sentuhannya dapat memberi impak wow dan sekali gus menyuntik inspirasi kepada wanita yang lain untuk turut memilik bilik baking secantik itu.
Apa yang lebih mengujakan, dengan keluasan bilik berukuran 6X7 kaki Ainie berjaya set up bilik baking yang menarik dan kemas. Bahkan keadaan rumah teresnya juga dihias serba ringkas dan kemas.
Berkongsi detail berkenaan bilik baking yang dijadikan olehnya sebagai tempat untuk berkerja mencari rezeki untuk keluarga tercinta.
“Hi semua, sekadar berkongsi bilik baking yang jadi tempat saya bekerja demi sesuap daging Wagyu.
“Rumah teres biasa saja. Awal masuk rumah lagi dah cop 1 bilik nak buat jadikan bilik baking. Tak nak campur dengan dapur. Cuma chiller oven saja diluar, dining area.
Bilik saiz 6×7 kaki. Bersebelahan dengan dapur. Buat kerja semua kat dalam bilik. Bakar produk dan cuci cuci barang semua kat sinki dapur,” jelasnya.
Turut dikongsikan gambar yang menunjukkan barisan jentera yang disusun di atas meja dengan di bahagian bawah meja tersebut disusun kemas bahan-bahan baking seperti gula, serbuk coklat, tepung dan buttercup. Semuanya diatur rapi.
“Semua ada tugas masing masing ikut pada keperluan. Sebab mixer ni lain lain. Ada yang cantik beat cake, ada yang sesuai beat cookies,” terangnya lagi.
“Moga post ini sedikit sebanyak memberi inspirasi pada kawan kawan baker. Walaupun kita hanya baking dirumah, tetap kena ada susun atur yang kemas supaya senang kita nak cari barang, kerja juga akan lebih teratur.
Turut dikongsikan beberapa barangan dekor yang dibeli untuk memudahkan sesiapa yang ingin memiliki konsep dekor seperti yang diilhamkan olehnya.
Jaring jaring tu beli kat Kaison RM 28+
Penyangkut beli kat Daiso RM 5.90
Bekas bekas beli di Eco Shop
Drawer beli di Shopee
Buku sekadar hiasan. Rajin beli baca belum tentu ya. Haha.
Tempat warna beli di Shopee.
Bercerita untuk memberi ruang yang lebih selesa, perletakkan oven, chiller dan peti ais di bahagian dining area. Semua di letak tepi dinding dan untuk pastikan keselamatan, plug adalah berasingan setiap satu alatan tersebut.
Memang tidak dinafikan kalau anak-anak ini tidak nampak depan mata, sukar mereka hendak percaya. Lagi-lagi bila kita kata kita ini adalah seorang penyanyi dan ada ramai peminat suatu masa dahulu. Memang sukar untuk diterima akal. Maklumlah kehidupan masa kini jauh berbeza seperti apa yang ingin digambarkan.
Begitulah juga lah kisahnya yang berlaku pada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, hingga menyebabkan dia sanggup menerima lamaran menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) demi anak bongsunya, Alayna Selma, 4, yang tidak pernah tahu dia seorang penyanyi.
Memetik laporan berita di kongsikan di myMetro, difahamkan Datuk Fazley telah beberapa kali tidak dapat menerima tawaran GV sebelum ini kerana jadual kerja yang padat. Pun begitu dia akhirnya nekad bersaing untuk memenuhi impian puteri tunggalnya itu.
“Saya sebenarnya 50-50 juga untuk terima tawaran GV8 ini. Namun, apabila mendengar pertanyaan anak bongsu yang tidak tahu saya dahulunya seorang penyanyi, perasan rasa agak sebak.
“Ditambah, dia melihat pula video saya menyanyi lagu Asmara Ini sambil mendukung abang-abangnya dan dia bertanya di mana dia, kenapa tiada? Dari situ, saya rasa wajar untuk dia tahu daripada saya sendiri dan bukan orang lain,” katanya.
Rindu Buat Persembahan Pentas
Ditanya adakah dia sudah bersedia menerima kritikan juri profesional dan mungkin juga tersingkir, Fazley berkata, dia sudah memikirkan segala-galanya terlebih dulu sebelum membuat keputusan.
“Sudah sembilan tahun saya menjadi juri masakan dan sering memberi kritikan dalam masakan orang lain. Jadi, sekarang saya membuka hati untuk menerima pula apa saja kritikan daripada juri mahupun netizen terhadap nyanyian saya.
“Apatah lagi, saya sangat rindu untuk membuat persembahan pentas. Sejak kehadiran Covid-19 dalam negara, sudah lama juga saya tidak berpeluang membuat persembahan nyanyian secara ‘live’ dan hanya virtual saja.
“Kalau dulu, selalu juga saya diundang menyanyi dalam majlis makan malam korporat. Apapun, dunia muzik saya tidak pernah terhenti selama ini kerana di rumah selalu juga menyanyi dengan anak-anak,” katanya.
Mengulas penerimaan isteri, Datin Azrene Ahmad, Fazley berkata, isterinya bimbang dan menyokong. Katanya, Azreen bimbang jika dia tidak cukup masa berlatih dan menyokong kerana tahu muzik adalah minat utamanya.
Fazley dan Azreen mendirikan rumah tangga pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad Fieradz Shah, 12; Ahmad Firudz Shah, 10; dan Alayna Selma.
Ramai tak tahu rupanya pintu peti sejuk rupanya boleh ubah arah bukaannya. Boleh ubah bukaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Kalau bahagian sebelah bukaan sedia ada agaknsempit atau terhalang bolehlah tukar ya. Caranya pun tak susah sebenarnya dan dikongsi oleh Zuhri Mohamad melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya untuk menukar arah bukaan pintu peti sejuk semua bracket dan pin yang ada perlu dialih di sebelah bertentangan.
1. Buka bahagian bracket bahagian atas, tengah dan bawah.
2. Buka dan pasang tapak kaki.
3. Pasang bracket sebelah kiri sebab nak buka sebelah kanan.
4. Buka semua pin pintu, untuk tukar arah.
5. Pasang semula di tempat yang sama di sebelah kiri
Kata Zuhri apa yang diperlukan untuk menukar arah pintu ini hanyalah skru driver dan star key saja. Memang boleh buat sendiri.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.