Aktiviti menonton rancangan TV bersama keluarga semestinya menjadi perkara rutin yang kita lakukan terutamanya pada hujung minggu. Umumnya juga, aktiviti menonton tv ini lebih seronok jika ada kudap-kudapan tersedia. Betulkah begitu? Jadi bolehlah sambil-sambil mata asyik tertumpu pada kaca tv, mulut pula mengunyah makanan kegemaran seperti kerepek atau sebagainya.

Bercerita pasal kerepek, mungkin ada keluarga yang menggemari rasa kudap-kudapan yang dikenali sebagai rempeyek ini. Ia mempunyai rasa berempah dan rangup serta disempurnakan dengan taburan kacang tanah dan ikan bilis di atasnya.

Andai ada yang teringin mencuba memasaknya dan kemudian dihidangkan kepada keluarga, bolehlah mencuba resipi yang dikongskan ini. Jom semak.


“Saya dah penah share buat kuih rempeyek ni.. Tapi dah alang-alang buat jom la saya sharekan lagi sekali resepi. Mana tau kot ada yang nak mencuba. Simple je.. Nanti try ek“- Rarra Sakura

Bahan-bahan: 

1 kg tepung beras (saya guna cap teratai)
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (untuk bagi crunchy)
1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis
* 3 sudu besar jintan kasar
* 3 sudu besar ketumbar biji
Bahan bertanda * ni saya kisar kering. Nak guna lebih pun boleh.
Air secukupnya (saya buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit-sikit)
Bilis dan kacang (kacang saya jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah digoreng)

Cara buat : 

Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Lebih kurang camni la kecairan dia.. Tak lekat di tangan sangat.

Saya selalu test goreng seketui dua dulu pas bancuh, tengok struktur kuih, baru leh nampak tebal ke nipis sangat ker. Kalau tebal, boleh tambah air sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang ngam.

Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas ek. Rempeyek yang ok, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.

Jangan lupa tabur kacang dan bilis banyak-banyak. Satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaalah sedap.

sumber : Rarra Sakura via MAHN

Tinggalkan Komen