Kisah hidup wanita bernama Intan Liana Saleh pernah mengundang kontroversi suatu ketika dahulu.
Namun, kini awan hitam yang menutupi hidupnya sudah berlalu pergi. Terbaru, dia sudah menemui insan Yang boleh dijadikan dahan untuk berpaut.
Intan mengakhiri status ibu tunggal apabila melangsungkan pernikahan keduanya pada bulan Disember yang lalu.
Memilih Mohd Aizam Yahya sebagai imamnya, kebahagiaannya mendapat respond ramai termasuklah pengikutnya. Rata-rata menitipkan doa semoga Intan dan anak-anak kembali bahagia.
Ternyata pilihan Intan kali ini tidak sia-sia apabila dirinya bukan sahaja Sudah bergelar isteri, Bahkan kehadiran Dalam keluarga mentuanya disambut baik.
Itu yang boleh dilihat menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik ibu kepada dua orang cahaya mata ini menerusi laman Instagramnya.
Menurut Intan, gambar tersebut diambil baru-baru ini bersama keluarga mertua di ibu kota. Nampak mesra dan akrab hubungan Intan dan semua ahli keluarga Aizam.
Bukan semua menantu bertuah mendapat keluarga mentua yang menerima diri seadanya. Intan antara wanita yang beruntung kerana mertua dan keluarga suaminya melayannya serta anak-anak dengan baik.
IKLAN
Betul kata orang, dapat keluarga mentua yang baik juga adalah satu rezeki.
Menjalani kehidupan ketika musim PKP pastinya berbeza penerimaannya. Ramai antaranya bila sentiasa ada disisi keluarga, dimanfaatkan masa sebaiknya untuk bonding time yang lebih berkualiti.
Pun begitu, dari sisi lain pula tidak dinafikan mungkin ada yang tertekan atas sebab tidak lagi berkerja dan berdepan dengan masalah kewangan.
Akhirnya meninggalkan kesan negatif pada emosi. Rasa murung, sedih, bimbang dan pelbagai lagi perasaan lain berkecamuk setiap masa.
Masalah ini menjadi lebih kronik, andai menjejaskan kesihatan. Info sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan.
Dikesempatan ini juga, dr. turut kongsikan punca dan cara amalan yang boleh dipraktikan untuk kita semua ambil sebagai langkah elak berlakunya kegelisahan akibat tekanan hidup.
“Huh,hah,huh,hah”, dadanya berombak. Tangan dan kaki menggeletar. Keringat peluh membasahi dahinya.
Di musim ini, selain menerima pesakit yang disyaki covid-19, kami juga terima pesakit yang mengalami gejala Panic Attack dan gelisah akibat tertekan dengan situasi sekarang.
Antara tanda-tanda tertekan/stres:
1. Bernafas laju
2. Otot menjadi tegang
3. Lenguh leher dan seluruh badan
4. Pening dan cepat berpeluh
5. Kebas dan rasa sesemut
6. Muntah dan cirit birit
7. Rasa berdebar-debar tanpa sebab
8. Hilang selera makan
9. Tidur tak lena
10. Risau,sedih,geram dan cepat marah
11. Kemurungan dan lebih suka menyendiri.
Antara puncanya adalah:
1. Terlalu banyak membaca maklumat yang membimbangkan dan tidak sahih.
2. Tiada pendapatan(masalah kewangan).
3. Terlalu risau akan dijangkiti.
4. Kebosanan tahap melampau.
5. Kekurangan bekalan asas.
6. Konflik keluarga(keganasan rumahtangga dan penceraian).
Saya faham ramai yang alami tekanan cuma masih terkawal atau tak diceritakan.
Stres dan tekanan semasa krisis ini adalah NORMAL. Yang penting bagaimana kita menguruskan.
Jadi hari ini, saya beri 6 TIPS patut kalian amalkan di musim ini.
1️⃣ BACA MAKLUMAT DARI SUMBER SAHIH
– Membaca berita dari sumber palsu dan bacaan negatif patut dielakkan. Jangan ragu-ragu untuk UNFOLLOW meraka yang sentiasa memuatnaikkan berita palsu dan status negatif.
2️⃣ FOKUS PADA DIRI DAN KELUARGA
– Setiap hari tulis dan rancang aktiviti apa anda patut buat. Routin seharian anda dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat. Lakukan senaman di rumah, makan dan tidur yang cukup dan teratur.
3️⃣ HADKAN MASA DENGAN HANDPHONE
– Cuba hadkan masa dan rehatkan mata dari handphone,contohnya hanya 2-3jam sehari. Tinggalkan group yang forward berita palsu atau nasihatkan ahli group whatsap/telegram jangan sebar jika tidak pasti kesahihah.
4️⃣ ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA
– Telefon/video call keluarga dan rakan-rakan. Berkongsi cerita dan luahan perasaan.
5️⃣ TEKNIK PERNAFASAN RELAKSASI
– Duduk dalam posisi selasa,pejam mata,tarik nafas,tahan 4 saat dan hembus sampai habis. Lakukan 5-10kali.
6️⃣ DEKATKAN DIRI PADA ALLAH
– Banyakkan bersolat,baca quran dan berdoa.
Jika anda perlukan khidmat kaunseling, boleh hubungi Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling 15999 atau whatsapp 019-2615999.
Kongsikan tips pada orang lain sebab masih ramai tidak tahu dan mengalami tekanan perasaan.
Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Kata-kata ini membawa maksud yang tersurat dalam kehidupan kita semua. Begitulah lumrahnya, ada masa kita bahagia ada masa kita diuji derita.
Sementelah buat wanita bergelar isteri, usah terlalu bergantung harap pada suami sepenuhnya. Kita tidak tahu apa terjadi di masa hadapan.
Mana tahu ditakdirkan berlaku perpisahan atau kematian pada pasangan, pada siapa lagi kita iharapkan. Sebabnya sebelum ini semuanya diserahkan pada suami menanggung.
Justeru itu, Dr Azizul Azli acapkali memberi peringatan di akaun facebooknya, bahawa wanita perlu persiapkan diri dengan ‘beg kecemasan’ untuk berdepan dengan kebarangkalian sebelum datangnya ‘bencana’ dalam alam rumah tangga.
WANITA JUGA PERLU ‘BEG KECEMASAN’
1. Hidup ini tiada kepastian yang unggul, tak semua yang kita rancang baik akan berakhir dengan baik. Ada juga dirancang dengan baik, tetap dapat keputusan tak baik. Apatah lagi hidup tanpa perancangan.
2. Banyak kali saya dah tulis, wanita perlu ada pendidikan dan harta. Belajar baik baik, himpun harta untuk diri sendiri.
3. Mula kerja belajar bawa kereta agar mandiri, tidak harapkan bantuan sesiapa dan boleh berdikari.
4. Pasang impian ada rumah sendiri, kediaman kita beli sebelum jumpa ‘Abang Napi ‘ bukan harta sepencarian nanti. Ia milik sendiri.
5. Jika belum mampu beli rumah, belajar buat simpanan dalam ASB, penuhkan ASB hingga RM250,000 biar maksimum.
6. Jika tak minat simpan duit, belajar kumpul dinnar emas atau gold bar emas. Simpan baik baik untuk nilai masa depan nanti.
7. Bincang baik baik dengan suami, jumlah anak yang nak ada. Jangan ingat jadi wanita ini kerja beranak tiap tahun seoarang anak seperti yang dia nak!
8. Elakkan buat hutang untuk orang lain waima suami sendiri.
Jika hutang ada nilai baik dan perlindungan takaful silakan, jika tidak baik lupakan.
9. Yakin pada Tuhan yang Maha Esa sahaja 100%, jangan letak kepercayaan pada manusia sampai 100%. Simpan kasih sayang buat diri sendiri juga.
“Tak baik buruk sangka pada orang?”
Ini bukan buruk sangka, ini kepercayaan kita, yakinlah bahawa manusia baik macam mana pun mereka tak sempurna. Rambut belah tepi macam Nepal pun, mereka boleh jatuh hati berkali kali nanti.
Kawan kawan,
Jika sebelum datangnya bencana, kita diminta sediakan ‘Bag Kecemasan”, begitulah juga dalam kehidupan.
Apa bag kecemasan yang kita telah ada dalam perkahwinan ini?
Bila kita kaya dan ada pendidikan, kita akan banyak pilihan. Kita tak menangis merayu dan minta bantuan.
Kata William Shakespeare,
Lelaki terbukti banyak berjanji, tapi sedikit mencintai.
Pesan Buya Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Jadilah kaya dan mulia, agar banyak jalan jalan dan pilihan dihadapan kita.
Selalunya orang akan tunggu cuti panjang untuk pulang ke kampung, barulah rasa puas hati duduk lama-lama ziarah ibu ayah. Kan? Kalau balik hujung minggu sahaja, masa terlalu terhad belum kira masa yang diambil di atas jalan untuk sampai.
Namun lain pula cerita dengan anak jiran yang seorang ini, apabila dia kerap pulang menziarahi ibu bapanya di kampung tanpa perlu menunggu cuti yang panjang.
Mari ikuti kisah yang dikongsikan semula oleh saudara Zairi Ibrahim daripada perkongsian Cikgu Abd Ghani Haron untuk sama-sama kita renung sebagai satu tauladan.
AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG!
Sebuah renungan untuk kita.
Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung.
Saya menegurnya, “Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”
SERIBU AMAL JARIAH DILAKUKAN TIDAK AKAN SAMA DENGAN SATU KUNJUNGAN…
Dia berkata, “Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya,
“tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua, tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah,
“tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya.
“Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
“Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu.”
SubhanALLAH…
JANGAN BERKIRA WANG RINGGIT UNTUK MENZIARAHI IBU BAPA
Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan dengan ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.
Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.
Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.
LEBIHKAN ZIARAH IBU BAPA BERBANDING ORANG LAIN
Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain. Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.
Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari saya In Shaa ALLAH, akan ke rumahnya walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah.
Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.
RENUNG-RENUNGKAN LAH…
Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya.
Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.
Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidah mu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka.
Semoga bermanfaat.
*Terima kasih kepada penulis asal,
Almarhum Cikgu Abd Ghani Haron yang memberi kesedaran kepada kami. ~Al-Fatihah~
Sumber: Facebook Zairi Ibrahim / Abd Ghani Haron
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini