Tidak dapat dibayangkan apakah perasaannya bila bukan sahaja kini sedang menjadi tetamu Allah di bumi bertuah, dan dalam masa yang sama dikhabarkan pula dengan keputusan peperiksaan yang begitu cemerlang.
Sesungguhnya begitu besar nikmat Allah dan kegembiraan berganda yang dirasai oleh Nur Safiyyah Nasuha, 18 tahun sekaligus mencuri tumpuan warganet.
Kisahnya dapat menunaikan haji bersama empat beradik ke tanah suci sebelum ini viral dan tidak sampai beberapa hari, sekali lagi mencipta detik indah buatnya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang ini berjaya mendapat 8A untuk subjek bahasa Melayu, Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Perakaunan dan C bagi Matematik Tambahan.
Berkongsi kegembiraanya itu, sebagaimana memetik berita di Bernama, Nur Safiyyah Nasuha berkata ibu ayahnya yang berada di Malaysia mengambil slip keputusan berkenaan dan menghubunginya secara panggilan video.
Ads
“Saya agak terkejut kerana tak sangka rupanya saya pelajar cemerlang di sekolah,” katanya lagi.
Berkongsi rahsia kejayaannya, Nur Safiyyah Nasuha berkata dia fokus ketika berada di dalam kelas selain menjadikan aktiviti membaca al-Quran sebagai amalan harian.
Ads
Menurutnya, dia ingin melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan selain berminat ke universiti di Kanada
Kabinet Dapur Usia 10 Tahun, Lepas ‘Makeover’ Auto Nampak Macam Baru
Kabinet dapur yang lama, usahlah dibuang. Bila kita ‘mekap’ sikit kabinet lama ini, terus nampak macam kabinet baru. Modal yang diperlukan pun tidaklah banyak. Hasilnya tentu memuaskan hati.
Sayang kalau nak dibuang sedangkan kabinet dapur itu masih elok dan kukuh. Hanya ‘rupa parasnya’ sahaja yang nampak buruk.
Berikut dikongsikan projek DIY menukarkan kabinet dapur lama berusia 10 tahun menjadi kabinet dapur baru seperti yang dikongsikan oleh Sha Liya.
KEADAAN ALMARI ASAL:
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Cabut semua drawer, keluarkan pemegang pintu dan skru.
2. Guna spray paint (MR.DIY) untuk pemegang pintu dan skru.
*Pastikan semua permukaan dispray dan biarkan ia kering.
*Sebelum guna spray, lapik dahulu sebab kalau terkena lantai memang susah nak tanggal.
3. Guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu yang ingin dicat.
4. Lap semua habuk kesan dari kertas pasir terlebih dahulu.
5. Sapu satin glo Nippon Paint pada permukaan warna kuning sebagai base.
*Sapu dua layer. Pastikan lapisan pertama kering sebelum sapu lapisan kedua.
6. Sapu Glitter Gold Nippon Paint pada bahagian kuning itu.
*Pastikan yang satin glo kering dulu sebelum apply Glitter Gold Nippon Paint. Boleh skip step ini kalau nak finishing yang tiada glitter.
7. Sapu Nippon Timber Finish pada seluruh kawasan permukaan yang lain.
*Yang ini kita buat 1 layer sahaja sebab satu layer pun sudah cantik. Terpulang kalau nak buat 2 layer, bergantung kepada finishing yang kita nak.
*Jangan sentuh bahagian yang disapu cat timber finish itu selagi belum kering sebab kotoran mudah melekat pada permukaan itu.
8. Selepas semua sudah kering, bolehlah pasang semula pemegang pintu dan drawer.
INILAH HASILNYA:
Mana-mana perabot yang rosak sikit-sikit itu bolehlah kita baik pulih. Jangan buang. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini eloklah kita berjimat-cermat.
Ibu mana yang tak sayang anak. Sebolehnya inginkan anak menjadi apa yang diidamkan seperti berjaya dalam pelajaran, suka membaca, pengemas dan tidak bercakap kasar.
Jadi, tidak mustahil tekanan seperti ini, mak-mak akan lebih gemar membebel anak setiap hari apabila tidak menunjukkan perwatakan yang diidamkan.
Namun, bak kata perpatah, Bapa Borek Anak Rintik bermaksud akan perilaku atau perangai seorang anak itu yang sama seperti sifat serta perangai ibu dan ayahnya.
Begitulah dengan perkongsian ini, puan Adlil Rajiah yang pernah bersikap sebegitu dalam mendidik anak. Telah berubah sikap apabila menyedari bahawa formula untuk mendapat anak idaman sebenarnya tak perlu membebel tetapi hanya perlu jadi ibu bapa idaman aje. Jadi contoh buat anak-anak.
Benda yang paaaling banyak saya ubah pada diri sendiri sejak jadi mak— adalah SIKAP. . Saya dulu pun perangai macam hawau. Panas baran. Tak sabar. Degil. Tak reti hormat orang. Rasa diri sendiri je betul. Tah apa-apa. . Tapi tahun demi tahun, saya mula perasan anak2 ni memang nature dia— tak makan saman. . Kita ajar lah macam mana pun, kita berbuih nasihat macam mana pun, kita bebel lah sepanjang hari pun, kita hantar kat sekolah bagus macam mana pun, anak2 still tak dengar cakap, still memberontak, still tak makan saman, still tak jadi anak yang macam kita impikan. . Tapi after soooo many years baru saya sedar, formula dia cuma satu; KITA SENDIRI KENA JADI ORANG YANG KITA NAK ANAK JADI. . Anak tak perlukan nasihat. Anak tak perlukan peraturan. Anak tak perlukan bebelan. Mereka cuma perlukan CONTOH.
FORMULA JADI IBU BAPA IDAMAN
. Satu-satunya formula untuk dapat anak idaman, adalah dengan menjadi ibu bapa idaman. . One of my favourite mantra yang saya selalu share dalam seminar— BE A THERMOSTAT, NOT A THERMOMETER. . Termometer sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling.
Bila keadaan sekeliling panas, suhu dia naik. Bila keadaan sekeliling sejuk, suhu dia turun. Dia duk berubah ikut suasana, ikut trend, ikut orang sekeliling. . Tapi termostat tak. Termostat tetapkan standard, dan keadaan sekeliling akan berubah mengikut standard yg dia tetapkan. Walau macam mana pun suhu orang sekeliling naik turun, termostat takkan ubah suhu dia. Dia tetap maintain, sampai lama2 semua orang sekeliling ubah ikut suhu dia. . Itu termostat. It sets the standard, and influences the surrounding. . Tipu la kalau saya kata anak saya baik macam malaikat. Ada hari, dia memang baik. Tapi ada juga hari, dia buat perangai mintak kaki 😂 . There are times Haikal liat gilaa nak solat. But before saya marah dia, I reset my solat standard first — solat awal waktu, increase khusyuk, etc. . Tak lama lepas tu, i can see improvement pada Haikal dan tak susah dah nak ajak dia solat. . There are times Haikal banyak tengok TV dan jadi kurang kreatif. Bila TV tak on, terus dia tak senang duduk. Before saya hempok dia dengan remote, I reset the standard of my screen time first— hadkan masa dengan TV/phone, rancang activities without screen, read books, read Quran, exercise, etc. . Tak lama lepas tu, i can see improvement pada Haikal. Bila TV tak on, dia mula capai quran, capai buku, capai lego, capai komik. . And there are times Haikal melawan cakap dan berkasar dengan saya. Sebelum berkasar dan melawan dia balik, I reset my standard of handling my own anger, and be more patient first. . Tak lama lepas tu, Haikal mula bercakap lembut, tak cepat menjawab, mudah senyum, mudah minta maaf, etc. . My point is— kita sebagai ibu bapa. We ARE the thermostat. We set the standard, and our children will follow accordingly. . But of course, setiap progress perlukan masa. . Buat sehari, tak jadi apa— sabar. Teruskan buat hari kedua dan seterusnya. Trust the process, and don’t lower down your standard. . Kita takkan dapat ubah orang lain terutama anak, melalui tekanan dan desakan. Tapi melalui akhlak, kita pasti dapat membentuk hati si pemerhati sedikit demi sedikit. Just be consistent in improving yourself. . Macam air yang menitis atas batu, lama2 akan menghakis batu. Bukan kerana tekanan air tu kuat, tapi kerana konsistensi titisannya. . Anggap je setiap masalah yang kita hadapi dengan anak ni adalah satu peluang untuk kita capai standard yang lebih tinggi— jadi termostat yang lebih berkualiti. .
Sumber: Adlil Rajiah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beberapa hari yang lalu, tular kisah adik Lutfi yang membaca potongan ayat di sebuah rancangan televisyen secara langsung.
Apa yang membuatkan penonton termasuk ahli panel dalam rancangan tersebut sendiri tidak dapat menahan rasa lucu bila mana ketika dia sedang membaca potongan ayat suci al-quran itu, talian terputus.
Lebih menghiburkan warganet adalah, taliannya terputus sebanyak tiga kali pada potongan ayat yang sama.
Justeru, penerbit program berkenaan kemudiannya menghubungi adik Lutfi untuk membuat comeback di rancangan televisyen tersebut. Kali ini, adik Lufi dihubungi menerusi panggilan video.
Pada episod terbaru rancangan tersebut, adik Lutfi berjaya membacakan potongan ayat suci al-quran itu dengan sempurna sehingga lengkap.
Bahkan, Para panel dalam rancangan televisyen berkenaan tampak kagum dan memuji sikap, semangat serta kegigihan kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun.
Namun menampakkan kesungguhannya dan minat dalam membacakan potongan ayat al-quran dan menghafalnya.
Dalam pada itu, ibu kepada Adik Lutfi berkongsi ucapan terima kasih atas doa dan keprihatinan ahli panel kepada anaknya itu.
Terima Kasih kepada seluruh ahli keluarga..Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman ustaz Fakhrul UNIC ustazah Farhatul Fairuzah geng ngaji astro oasis…..semua yang mendoakan lutfi dan kakak lutfi. Hanya Allah yang membalas dengan kebaikan..aaminnn #lutfisayangsemua