Hujung minggu inilah masanya untuk ibu-ibu ambil kesempatan dan memberi lebih masa untuk mengemas ruang dapur. Nak tahu bagaimana petua dan tip untuk nampak kemas jom ikut apa yang dikongsikan oleh dua wanita ini;Nurlia Mohd Nor dan Widyana Ali.
” Aku tengok dapur kamu clear je. Kemas. Atas table top takde pun garam, rempah bagai. Mana kamu letak?”
Ini antara persoalan yang biasa rakan-rakan Nurlia Mohd Nor ajukan kepadanya tiap kali melihat ruang dapurnya yang terlihat kemas. Dan inilah jawapan yang diberikan olehnya yang turut dikongsikan di akaun fbnya.
Ye saya setuju. Barang yang banyak di atas table top atau rak di dapur sedikit sebanyak akan menyakitkan mata dan nampak tak kemas. Kalau ikut tips interior designer pun begitu. Sebolehnya jangan banyak barang. So solusinya kena sorok. Cara saya susun bahan kering untuk masak seperti dalam gambar. Susun dalam laci, tak serabut mata.
Ads
Di barisan belakang segala serbuk rempah kari ayam/daging, rempah ikan, rempah kurma, rempah sup, serbuk jintan manis. Dalam bekas jaring tu ada serbuk lada hitam, lada sulah, lada putih, serbuk belacan dan herba-herba lain. Dalam bekas kelabu ada cili kering dan di atas tu pula ikan bilis.
Ini cara susunan dalam laci.
Ini segala rempah ratus. Kulit kayu manis dan asam keping dalam bekas kaca tinggi. Garam dan serbuk kunyit dalam bekas kaca yang ada lubang. Bekas lain ada bunga lawang, bunga cengkih dan geng depa lah. Dalam bekas satu lagi tu ada sup bunjut, ada kiub tomyam.
Ads
Ini pula tip daripada Widyana Ali yang dikongsikan melalui akaun fbnya. Jom semak bagaimana cara beliau menyusun atur ruang dapurnya.
1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur.Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli.Sebelum pergi shopping barang dapur,saya akan buka kabinet dan check apa yang dah habis apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”
2. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah,jenis2 tepung,jenis2 gula,pasta dan sebagainya.
Ads
3.Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol2 rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai rm20 pun. Sekarang macam2 kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas2 yang sesuai.Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dsb.
4.Biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.
5. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.
6. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Macam suami saya selalu usik bila dia buka kabinet dapur masa cari rempah atau sos “Wahhhhh…banyak nya barang kat rumah kitaaaa!! Macam kedai lah ”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbekalkan menu yang sering mendapat pujian daripada anak-anak setiap kali menyediakan hidangan ayam goreng untuk mereka, siapa sangka menjadi titik tolak untuk seorang ibu ini memulakan perniagaannya secara serius.
“Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung kat rumah.. Anak-anak mesti cakap “sedaplah mama..boleh jual..”. Dulu saya gelak je kalau anak cakap macamtu.. tapi dari situ saya dapat idea dan keyakinan..
“Alhamdulillah sekarang memang saya dah jadi peniaga ayam goreng pun. Doakan saya murah rezeki untuk buka restoran pulak.. Aamin” ujar Murni Rahmat sambil turut berkongsi resipi ayam goreng seringgit yang dijualnya.
Resepi ayam goreng seringgit
Bahan-bahan:
Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi
Cara-caranya :
Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.
Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras
Cara-caranya;
1.Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu. Perapkan. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yang banyak, ayam tenggelam ye (untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
8.Hidangkan panas-panas.
9.Makan
untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif untuk jimatkan kos (ayam mahal weh) boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yang lain.
Asyik dengan telefon di tangan. Namun jangan dibiarkan anak terus menonton Youtube tanpa dimanfaatkan sebaiknya.
Menurut Pediatric Occupational Therapist, Pn Maryam Jamadi, penggunaan internet untuk kanak-kanak terutama kepada pra sekolah perlu lebih dimanfaatkan dan ini merupakan panduan untuk anak kecil kita. Apa cerita yang anak-anak boleh tonton? Ini yang dikongsikan oleh beliau.
INTERNET UNTUK ANAK PRA SEKOLAH?
“Mummy, kenapa tempat kita tak ada snow?” Ada masa anak saya (umur 5 tahun) akan tanya soalan-soalan tentang dunia, setiap kali itulah saya akan usaha juga untuk jawab soalan anak. Bagi saya, setiap soalan yang anak tanya itu berharga.
Sebab, anak ingin tahu dan ambil tahu. Perasaan itu datang dari anak sendiri dan bila kita ajar serta terangkan waktu itu, ilmu itu senang melekat di otak anak.
Selama anak saya membesar sehingga umur 5 tahun, saya dan suami masih mengamalkan “child-led learning”. Tiada paksaan dan pembelajaran formal lagi.
Contohnya,
Masa anak umur 4 tahun, dia selalu bawa buku minta kami bacakan dan pasti selepas itu anak akan minta ajar dia membaca.
“Mummy, macam mana nak baca buku sendiri? Eva nak pandai baca buku macam Mummy”
Waktu itu barulah saya beli buku untuk belajar membaca. Belajar pun bila anak yang bawa buku.
Samalah juga, bila anak tanya soalan-soalan,
– Kenapa ada bulan dan matahari?
– Kenapa jam sampai nombor 12?
– Air hujan boleh minum terus ke?
– Baju diperbuat daripada apa?
– Macam mana pokok boleh jadi kerusi?
Setiap kali anak tanya soalan yang saya rasa susah nak jelaskan tanpa visual, saya terus taip dekat Youtube dan belajar sama-sama.
Walaupun duduk dirumah sahaja, tak boleh melawat ke tempat-tempat untuk pembelajaran anak tapi saya harap anak dapat sesuatu sepanjang anak dalam jagaan saya.
Jom manfaatkan kemudahan internet untuk perkembangan otak anak:
1. Zaman sekarang, macam-macam kita boleh belajar jika tahu manfaatkan kemudahan internet.
– Memasak
– Main alat muzik
– Melukis atau mewarna
– Buat kek
– Menjahit atau mengait
– Projek DIY
– Seni kraf
– Menyanyi
– Berjoget
Semua ada, terutamanya medium YOUTUBE. Kalau siapa yang ada smart TV, boleh manfaatkan untuk kegunaan pembelajaran anak di rumah berbanding hanya terikat menonton kartun.
2. Had pendedahan skrin untuk anak umur 3 hingga 5 tahun adalah 1 jam sehari dan 2 jam sehari untuk anak umur 5 tahun ke atas.
Cadangan saya:
Umur 3 – 5 tahun:
– 30 minit sehari menonton kartun kesukaan anak
– 30 minit sehari menonton rancangan pembelajaran
Umur 5 tahun ke atas:
– 30 minit sehari lakukan senaman (yoga, zumba atau berjoget)
– 30 minit sehari menonton kartun kesukaan anak
– 30 minit sehari menonton rancangan penbelajaran
– 30 minit sehari menonton ilmu selain akademik
3. Tapis dahulu apa yang anak lihat, pastikan bahasa yang digunakan adalah baik. Google dahulu review kerana risau ada diselitkan unsur-unsur yang tidak patut.
4. Waktu ini adalah sangat genting untuk mak ayah memerhati minat kecenderungan anak. Sekiranya mak ayah dapat cari minat anak awal dan kembangkan bakat yang anak ada, pasti apabila dewasa nanti akan nampak hasilnya. Bukan untuk kita, tetapi untuk kebaikan anak.
5. Rancangan yang pendapat saya tidak memberi manfaat kepada anak pra-sekolah:
❌ Review mainan, hanya akan buat anak mahu membeli dan memberontak apabila tidak dapat.
❌ Streaming game, bahasa yang digunakan ada yang tidak sesuai serta tidak membantu dalam perkembangan. Main game lebih baik dari tengok orang lain main game.
❌ Game online belum sesuai lagi ya untuk anak pra-sekolah, risiko anak berkenalan dengan “sexual predator”.
❌ Nursery rhyme, sudah tidak sesuai lagi untuk anak pra sekolah. Jika menyanyi sambil ikut pergerakan tiada masalah.
❌ Gosip artis, tidak memberi manfaat kepada anak.
❌ Vlog tentang kehidupan harian orang lain.
❌ Tiktok atau media sosial lain kerana bercampur dengan konten yang kurang sesuai, perlukan pemantauan rapi.
6. Ada yang merasakan bila ada internet, anak-anak hanya terikat menonton Netflix,, Youtube atau main game online sahaja. Sedangkan apa yang anak boleh dapat terlalu banyak, limitless.
– Kelas mengaji online.
– Tusyen online.
– Main educational game.
– Melawat tempat menarik online ataupun virtual tour (Zoo, Muzium dll)
– Belajar edit gambar menggunakan applikasi online.
– Belajar tengok peta.
– Belajar melukis atau mewarna menggunakan tab/ipad.
– Belajar teknik pengucapan awam.
– Belajar menaip menggunakan Microsoft Word atau Power Point.
Dan banyak lagi jika kita mak ayah rajin meneroka. Fokus kepada perkembangan otak anak kerana 90% perkembangan otak anak berlaku semasa ini.
Tujuan saya kongsikan artikel ini kerana saya risaukan perkembangan anak-anak pra-sekolah yang sepatutnya meneroka dan belajar tentang dunia.
Untuk pengetahuan mak ayah juga, baru-baru ini banyak sangat kes masalah perkembangan dan tingkahlaku mencabar yang diterima di pusat terapi kami ( BEYOND Home Therapy ).
Pernah 1 hari itu, 5 kes daripada 6 kes baru di pusat terapi kami adalah masalah anak tingkahlaku.
Kasihan sangat. Masalah ini bukan dihadapi oleh mak ayah yang mempunyai anak keperluan khas sahaja, tetapi anak tipikal juga boleh mengalami masalah ini.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, mohon sampaikan ilmu kepada semua mak ayah untuk kebaikan anak-anak lain juga.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sesungguhnya keluarga bahagia impian semua insan pasangan suami isteri. Namun, ada juga pasangan suami mahupun isteri yang sukar untuk mempercayai pasangannya, bahkan memiliki tahap kecurigaan terlalu tinggi dan sering sehingga mengganggu kebahagiaan rumahtangga.
justeru, suami Isteri yang mesti melakukan amalkan untuk kekal bahagia sampai bila-bila walaupun sudah lama hidup. Melalui perkongsian ini seorang ibu, Puan Aju Mohit di blognya yang memaparkan tip Ustazah Siti Nor Bahyah. Moga dijadikan panduan bersama untuk ‘kemanisan’ rumahtangga’.
Malam tadi saya sempat menonton Semanis Kurma di TV9 dengan topik ‘Sihir Cinta’. Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan petua dan doa untuk eratkan kasih sayang suami isteri dan baik dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar ;). Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.
Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Cara aplikasikannya : Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. Selain dari berdoa untuk memastikan hubungan sentiasa rapat dan baik, suami isteri juga mestilah bertolak ansur, hormat menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi. Memang banyak godaan dan cabaran yang harus ditempuhi, tapi Insha Allah jika masing-masing kenal dan memahami pasangan, kita mampu untuk mengharunginya.
Baru berkahwin Bagi pasangan yang baru berkahwin, dan masih belum mengenali pasangan anda sebaiknya, ambil masa dan peluang yang ada untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat. Waktu bercinta semuanya indah dari aspek luaran, tapi bila dah berkahwin, satu persatu perangai sebenar akan kita tahu. Allah temukan dengan jodoh kita dan itulah yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita ini yang akan memimpin kita untuk masuk ke syurga bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Banyak amalan doa yang dikongsikan untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan pastikan ianya perlu dibuat secara ikhlas dan istiqamah. Semoga niat suci murni ini akan diberkati dan menjadi amalan kita dan semoga ianya kekal hingga ke Jannah, ameen.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.