Nak memasak ni kadang-kadang ada orang tengok pada mood, ada orang kata bila dapur terlihat kemas dan cantik, makin bersemangat sediakan juadah untuk keluarga.
Contohnya cuba lihat dekorasi dapur milik puan Akmalaily Akman ini atau mesra disapa Elly ini.
Biarpun ringkas namun dengan konsep berasaskan kayu pine yang direncanakan menjadikan ruang dapur miliknya cukup wow dilihat dan tiada masalah untuk sesiapa pun berada lama di ruang ini kerana rasa cukup selesa.
Jom baca perkongsian Elly tentang ruang dapurnya itu.
Assalamualaikum. Ahli2 group sebelah ramai minta Elly tepek post ni kat wall Elly
Bersiaran dari dapur kecik saya yang kerap bebenor berasap musim pkp ni.
Ads
Konsep saya,buat sesuatu yang memudahkan kita.
Contoh kat dapur, saya akan letak semua setempat macam tu.
Ads
Senang nak amik capai gapai masa masak. Ada orang tak suka display semua tu,semak,macam sampah. Tu atas diri hati & mata masing2.
Perabot & barang2 berasaskan kayu pine semua suami menukang sendiri ya.
Ads
Sis request,lontar idea & dia akan realisasikan walaupun makan masa.. Hehe.
Semoga dapat memberi sedikit inspirasi dan manfaat buat semua.
Hari ini, masuk hari ke empat sesi persekolahan bagi tahun 2023 berlangsung. Dalam minggu ini, ibu bapa dan guru masih lagi sibuk menguruskan yuran pendaftaran serta buku anak-anak.
Murid-murid pun masih lagi dalam sesi menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana persekolahan. Masih ada lagi yang meragam dan seronok bertemu rakan-rakan baru.
Namun di sebalik hilai tawa dan senyuman manis terukir di wajah anak-anak itu, ada pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh ibu bapa demi melihat masa depan anak mereka cerah. Mereka terpaksa berhempas pulas mencari wang untuk membayar yuran persekolahan, sekolah agama serta keperluan-keperluan lain.
Begitulah usaha yang dilakukan seorang lelaki bernama Basri bagi memenuhi keperluan anaknya untuk bersekolah di sebuah sekolah agama.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Jafni Elias, Basri yang mencari rezeki sebagai pengutip sampah berkongsi kisahnya.
Menurut Basri, pekerjaan dengan gaji pokok RM1500 itu dilakukan sejak dua tahun lalu demi mencari sumber pendapatan halal untuk keluarga.
“Fasal anak nak sekolah, saya tak memilih kerja janji halal.
“Yuran saja RM500, (kalau) tak kerja, kasihanlah dekat anak-anak,” ujarnya.
Di sebalik senyuman yang tidak putus-putus ketika menjawab pelbagai soalan, Basri kelihatan sebak ketika bercerita tentang yuran pengajian anaknya.
Baginya, dia memilih untuk menghantar anak ke sekolah dengan yuran yang agak tinggi atas alasan supaya anaknya itu mendapat pendidikan lebih baik dan berjaya suatu hari nanti.
“Saya tak pandai, nak bagi anak saya pandai sikit,” katanya.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Basri, dia terpaksa berulang-alik dari rumahnya yang terletak di Bukit Sebelah ke pekan Baling, Kedah untuk bekerja.
Tambahnya, setiap hari dia akan menaiki motosikal dengan jarak anggaran sejauh 20 kilometer ke tempat kerjanya.
Ujar Basri, isterinya tidak bekerja tetapi mengambil tanggungjawab urusan mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih mendengar luahan Basri.
“Sebak tengok abang ni. Semoga abang sihat. Niat abang bagus.
“Kepada anak abang ni, kalau tengok video ni hargailah pengorbanan ayahmu.
Untuk rekod, hantaran tersebut meraih hampir dua juta jumlah tontonan di TikTok.
“Sekolah agama yurannya mahal sebab persendirian. Tapi sebab kami nak yang terbaik untuk anak, kami sanggup. Sedikit lagi nak terkandas tapi ustaz baik tak bagi berhenti,” komen netizen di TikTok.
Ramai mengetahui kebenaran dengan menderma darah, sebenarnya kita mampu menyelamatkan banyak nyawa. Namun masih ramai juga tidak berani untuk menderma darah disebabkan rasa ketakutan yang menebal dalam diri.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azhan di laman Instagramnya, ia merupakan kali ke-50 dia menjadi penderma darah plasma kepada individu yang memerlukan. Ternyata perkongsian ini telah mencuri tumpuan warganet dan sekali gus menjadi inspirasi buat yang lain untuk melakukan kebaikan sepertinya.
“I’m back. Alhamdulillah. Hari ni dengan izin Allah kembali menjadi penderma apheresis. Genap 50 kali untuk hari ini. Hampir setahun lepas kemalangan jalanraya Januari haritu direhatkan.
“6 bulan lepas accident kena jadi penderma darah merah dulu. Rehat semula 3 bulan. Hari ini dapat semula jadi penderma apheresis. Lepas ni in shaallah boleh committ menderma selang 2 minggu.
“In shaallah peluang hidup kali ke 2 ini akan digunakan sebaik mungkin menderma darah di sini. Tak banyak tapi in shaallah bermanfaat untuk yang memerlukan,” jelasnya panjang lebar.
Dikesempatan itu, Azhan Hani turut mengajak warganet untuk turut sama-sama menderma darah.
“Jom yang sihat dan layak menderma darah sama-sama kita kongsi nikmat kesihatan yang ada sekarang. Hanya ketika sihat kita layak membantu. Jangan tunggu hingga nikmat kesihatan kita takde nanti. Menderma darah bukan saja membantu mereka yang memerlukan tapi sangat bermanfaat untuk kesihatan penderma darah sendiri.
“Alhamdulillah. Lama tak sedut darah guna machine tu. nak share sikit info, yang derma darah colour ni dipanggil penderma apheresis.
“Nak jadi penderma apheresis ada kriteria dia dan cuma boleh buat di @pusatdarahnegara saja. Nanti yang minat boleh refer terus dengan PDN.
“Memang warna darah ni tak merah sebab dia adalah darah plasma. Dalam darah merah kita ada darah plasma dan platelet. plasma dan platelet ni colour ni la. nak ambil dia kena sedut seluruh darah merah tu dulu guna machine tu. machine tu akan asingkan platelet dan plasma kemudian pulangkan semula darah merah dalam badan kita. proses ni ada 5 cycle guna mesin ni lebih kurang 40 minit,” terangnya lagi.
Tidak dengan itu, Azhan Hani turut memberi info berkaitan darah plasma tersebut yang dikatakan akan dibawa ke Australia untuk melaui proses-proses tertentu sebelum dapat digunakan kepada yang memerlukan.
“Darah plasma ni akan terbang ke Australia untuk proses dulu sebelum jadi ubat dalam bentuk powder atau liquid. baru datang balik ke sini untuk digunakan.
“Merasa darah la aku pergi sana. Aku pun tak pernah sampai Australia tu. Takat Arau Perlis tu ada la dua tiga kali sampai. Memang katanya dekat negara kita belum lagi boleh proses darah plasma ni.
“Kalau platelet dan darah merah boleh guna terus. Mesin yang ni cuma ambil plasma saja. Aku tak derma platelet hari ni sebab baru je start balik jadi apheresis donor lepas accident haritu.
“Next visit in shaallah dah boleh pindah mesin 1 lagi yang boleh ambil plasma dan platelet sekali. Tu je nak info.
“Jom yang sihat dan layak. kita jadi penderma darah. bantu orang lain dan bantu displinkan kesihatan sendiri kerana hanya yang benar2 sihat akan mampu jadi penderma darah. in shaallah,” kongsinya panjang lebar.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasti antara kita biasa dengar orang bercakap tentang istilah “Life Begins at 40” yang umumnya mengecap kestabilan hidup. Bahkan ramai juga akui pada usia tersebut adalah seseorang akan mencapai kemuncak dalam kerjaya atau apa jua bidang yang dilakukannya.
Pernah mendengar istilah “Life Begins at 40”?
Pun begitu, disebalik umur yang meningkat, perlu sedar juga itu bermakna secara beransur-ansur kita akan mula mengalami banyak perubahan fizikal, mental, fisiologi, dan sosial.
Ini seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop yang merasakan semakin berusia membuatkan seakan badannya terasa berbeza daripada sebelum mencapai usia 40 tahun. Menangani masalah tersebut, turut dikongsikan beberapa perkara yang perlu dikurangkan olehnya.
Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat untuk semua.
Hari tu ada borak dengan suami. Saya kata kenapa semenjak masuk 40 ni, badan saya ni macam auto habis bateri.
Kawan-kawan yang nak masuk 40 pun mula kata benda yang sama. Cepat rasa penat. Kadang pula sensitif ya amat.
Memang begitu agaknya. Orang kata krisis pertengahan usia. Pemula pada usia yang nak masuk matang dan empuk macam orang selalu cerita. Untuk kekal matang dan empuk tu banyak benda kita kena KURANGKAN pada pandangan saya.
Oleh sebab badan kita ni dah menua. Begitu juga organ di dalamnya. Keperluan badan pun dah makin berbeza. Makan sekarang sekadar cukup nak bagi tenaga. Tak boleh dah lagi nak disumbat selagi ada.
Bukanlah semua kena tinggalkan. Mana baik kita simpan. Mana toksik kita maafkan. Lepas tu lupakan. Kemudian alihlah perhatian. Waktu begini kena cari kawan yang selalu ingat mengingatkan. Bahawa dunia ini bukanlah tempat berkekalan. Dan sering nasihat kita untuk terus sediakan bekalan.
Saya perasan umur begini kita mula mengerti. Mungumpul barang tu dah tak perlu lagi. Semakin banyak barang semakin semak kita tengok sana sini. Lagi pula kita dah tahu barang tak pakai akan jadi beban di sana nanti. Berapa banyak rupanya dulu wang kita terbazir atas nama hobi. Dan sebab kita minat nak kumpul koleksi.
Benda ni senang saja untuk suami. Untuk saya memang kena berlatih lagi. Kata Ustaz kalau nak kurangkan bercakap banyakkan berzikir di mulut dan hati. Bila semakin banyak ia terisi, semakin kurang rasa nak bercakap perkara yang tak mendatangkan erti.
Selama ni saya selalu perhati. Ada dua jenis orang saya pernah temui. Satu yang hidupnya suka sangat memuji-muji. Semua orang dan semua benda sentiasa memberi erti. Orang begini saya lihat sentiasa disayangi. Tapi ada juga yang gemar komplen tak henti-henti. Seakan semua benda tak beri kebaikan buat diri. Orang begini pula selalu orang lain hindari. Apa kita nak jadi nanti. Pandai-pandailah pilih sendiri.
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak rasa apa ni adalah atas pilihan kita. Ikhlaskan semuanya walau balasannya kadang tak seberapa. Tak pun kadang memang langsung tak ada. Kita baik sebanyak mana pun sentiasa ada yang tak suka. Selagi banyak mengharap balas atas segala usaha, semakin sakit jadinya hati saat diuji rasa. Tapi begitulah kaedahnya. Lillahitaala tu tak semudah berkata-kata.
Dulu kita ingat kerja ni lah yang bagi rezeki. Lagi banyak kerja lagi banyak duit kita nanti. Lalu kita kerja dan kerja tak berhenti-henti. Tak perasan satu masa anak dah besar dan pasangan dah tak sekuat dulu lagi. Tapi sekarang dah mula pandai bahagi-bahagi. Kita tahu bila nak kerja dan bila nak luang masa berkualiti. Kita nak menang dua-dua tak nak ada satu yang kita rugi.
Nak hilangkan anxiety boleh cuba ikut pesan Ustaz Wadi. Yang dah lepas belajar lupa apa yang jadi. Yang akan datang jangan fikir begitu teliti. Jadi manusia kita cuma usaha sepenuh hati. Apa saja yang datang kemudian nanti itulah kita punya rezeki. Baik atau buruk sentiasa jadi rahsia yang sering menguji.