Seorang wanita bergelar isteri dan ibu sanggup mengorbankan segalanya demi mengutamakan keluarga. Ada yang meletakkan kerjaya dan keinginan di tempat kedua demi melebihkan suami dan anak-anak.
Artikel yang cukup indah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh dalam mendedikasikan ucapan terima kasih atas pengorbanan isterinya yang bertungkus lumus serta sanggup menanggung segala penat demi keluarga mereka.
Malam tadi, jam 12 malam puan isteri siapkan bahan-bahan untuk dia masak sahur ini. Setelah itu masuk tidur antara lena dan tidak bila anak merengek.
Jam 4:30 pagi alarm telefonnya berbunyi. Dia bangkit masuk dapur, penuh sabar menyiapkan hidangan sahur pula. Setelah semuanya siap siaga, beliau mengejutkan ahli keluarga.
Usai makan, saat ahli keluarga lain ada yang menyambung tidur, ada yang melayan telefon menantikan azan Subuh, beliau masih didapur. Mengemas dan membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga.
Kemudian beliau bergegas solat Subuh seterusnya siapkan anak untuk ke sekolah pula. Setelah itu baru dia bersiap untuk turun kerja. Tangan aku dikucup memohon keredhaan. Tanpa pernah bosan itulah rutinnya sejak 10 tahun lepas.
Hampir jam 3 petang, baru beliau pulang. Menguruskan anak-anak pula. Memandikan, tukar pakaian, bermain sekejap kemudian menidurkan anak. Beliau turut terlelap kepenatan.
Jam 4, beliau bangun siapkan juadah berbuka. Ramadan pertama, juadah mesti meriah dengan air tangannya sendiri.
Di dapur memasak siakap stim limau, siakap tiga rasa, udang berkuah, sayur, ayam goreng dan apa lagi entah.
Sambil bersilat didapur, sambil itu juga perlu melayan anak-anak yang merengek mahu ibunya.
Dan sebentar tadi, azan Maghrib berkumandang menandakan tamatnya waktu menahan lapar dan dahaga.
Beliau ambil sebiji kurma lantas dimakannya. Diminum seteguk air, sebelum mula menghadap hidangan yang menyelerakan.
Baru hendak menyuap, anak paling kecil merengek lagi. Mengantuk dan tak selesa agarnya.
Dia tinggalkan hidangan nasi yang belum bersentuh itu, lantas berkata.
“Baby tak selesa ya? Baby mengantuk ya? Jom ibu mandikan dan dodoikan.”
Dia berlalu mendukung anak masuk bilik untuk dimandikan, dipakaikan bedak dan disalin baju baru pula. Kemudian disusukan anak bongsu kami penuh kasih dan sayang sehingga anak kecil itu tertidur atas ribanya.
Setelah itu baru dia kembali ke dapur untuk makan. Setelah semua ahli keluarga selesai berbuka. Mengemas pinggan mangkuk dan periuk belanga pula setelah itu.
Aku memerhati semua kejadian dengan kekaguman.
Itulah dia wanita.
Aku yakin bukan puan isteri aku sahaja begini sikapnya. Bahkan majoriti seluruh wanita di dunia pun begini sikap mereka.
Pengorbanan ini tidak kecil. Ia sangat besar, cuma kadangkala ia tidak dihargai.
Cuba kita perhati rutin puan isteri kita. Perhati dan halusi ketekunan, kesabaran dan pengorbanan mereka untuk kita dan keluarga.
Mereka sebenarnya penat. Namun mereka tetap senyum dengan tabah dan kuat.
Itulah wanita. Itulah isteri. Itulah ibu.
Terima kasih atas pengorbanan kalian. Tidak terbalas segala budi dan jasa. Semoga syurga buat kalian semua dan kami juga.
Amin.
#MFS – Suatu kisah di Ramadan pertama –
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu. Nak berubah tu mungkin mudah, tetapi nak istiqamah tu kadang ada yang gagal untuk kentalkan diri.
Penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani sememangnya memberi inspirasi pada orang ramai. Lebih-lebih lagi sekarang ini penampilannya yang menutup aurat dengan sempurna sememangnya menjadi ikutan orang ramai untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Baru-baru ini, seorang pengguna laman Tiktok, @pendosahijrahhh berkongsi video Lisa berkongsi beberapa rahsia untuk kekal istiqamah dalam sebuah program temu bual.
Menurut pelakon filem ‘Istanbul Aku Datang’ itu, seseorang perlu menjaga solat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk terus istiqamah demi menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan sunnah perlu dilakukan dan apa yang paling penting, persekitaran kita perlu dalam keadaan baik yang boleh membantu untuk berubah ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian dan nasihat yang diberikan yang telah memberikan semangat kepada insan yang mahu berubah. Malah, netizen terutamanya dalam kalangan wanita berharap agar perubahan yang dilakukan oleh mereka sentiasa dipermudahkan dan kekal istiqamah sampai bila-bila.
Proses berpantang selalu dipandang mudah oleh sesetengah wanita terutama wanita muda dan moden. Biarlah cara hidup kita moden asalkan rutin yang satu ini dijaga. Bukan itu siapa, tapi untuk diri kita sendiri terutama pada masa hadapan.
Wanita disarankan untuk berpantang sehingga enam bulan bagi memastikan mereka benar-benar cukup kuat dalaman dan luaran. Mungkin sesetengah wanita merasakan tempoh berpantang selama 44 hari itu sudah mencukupi.
Luka mungkin telah sembuh namun yang perlu anda tahu, kekuatan lama terutama kesihatan rahim dan sebagainya mengambil masa untuk dipulihkan.
Apa yang perlu anda tahu, peranakan yang tidak sihat, jatuh dan sebagainya mengundang banyak risiko dan kesihatan pada diri. Disebabkan itulah semua wanita perlu ambil tahu dan menjaga kesihatan diri sendiri.
Berikut merupakan kesan buruk akibat peranakan jatuh. Anda perlu tahu apabila mengalami masalah ini.
Gangguan Kencing
Wanita yang mengalami masalah peranakan jatuh atau prolapse selalunya berdepan dengan masalah kencing yang pelbagai. Ada sesetengah kes yang kerap kencing tetapi ada juga yang sukar untuk kencing. Namun kes yang seringkali terjadi bilamana wanita gagal mengawal kencing terutama ketika batuk, bersih atau ketawa. Ini serius!
Gangguan Hubungan Intim
Apabila peranakan jatuh, faraj akan mengalami kelonggaran dan otot di sekelilingnya akan turut terjejas. Hal ini mengakibatkan kenikmatan hubungan intim menjadi terganggu.
Sakit Pinggang
Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seluruh kawasan pada bahagian bawah merasa sakit terutama selepas berjalan atau berdiri terlalu lama. Malah kesan daripada itu juga akan membuatkan sakit di bahagian pinggang.
Rahim Terkeluar
Untuk kes yang teruk, ada segelintir wanita yang rahimnya telah terkeluar dan ini menyebabkan kesakitan yang serius. Selain rasa sakit dan tidak selesa, ada juga kes yang terkeluar hingga terkena pada permukaan seluar dalam dan ini pastinya menyakitkan.
Jangkitan Virus
Bukan itu sahaja malah jika rahim terkeluar, mereka cenderung dijangkiti kuman di kawasan ini dan mengakibatkan berlakunya keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak. Ini sudah semestinya buat wanita rasa tidak selesa dan terdedah kepada risiko
jangkitan lain.
Petua Elak Rahim Jatuh
* Kena berpantang dengan betul dan jangan sekali meninggalkan rutin berpantang seperti bertungku, berbengkung dan menjaga pemakanan
dengan tepat.
* Bertungku juga kena ada cara yang tepat supaya rahim cepat kecut dan pulih dengan segera.
* Harus berpantang makan dan elakkan daripada mengambil makanan yang dilarang. Ini sangat penting untuk segera sembuh dan menjaga
setiap urat.
* Ketika berpantang dan selepas tempoh berpantang (sekurangnya enam bulan), elakkan sama sekali mengangkat barang yang berat.
* Ambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dalaman tubuh disamping membekalkan susu yang lebih hebat buat bayi.
* Pastikan set ubat-ubatan untuk dalaman wanita diambil setiap hari sehingga tempoh berpantang tamat. Mengambilnya untuk tempoh
yang lama selepas itu amat digalakkan.
* Senaman kegel jangan diabaikan kerana ia mampu melatih otot-otot pelvik dan kawasan sekitarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.