Maish dalam mood konokesyen, bukan hanya orang biasa malah artis juga tidak ketinggalan berkongsi foto tentang majlis tersebut. Antaranya termasuklah Dato’ Nassier Wahab
Menerusi instgramnya, Dato Nassier memuat naik beberapa keping gambar bersama anaknya, najihah.
Di dalam kapsyennya yang ringkas, Dato Nassier Wahab memberitahu yang dia bersyukur kerana berkesempatan melihat anaknya berjaya mendapat diploma
Ads
“Syukor pd Allah berkesempatan melihat anakanda Intan Najihah menerima Diploma in Bussiness Studies sempena Istiadat Konvokesyen di Universiti Teknologi Mara yg ke 89 di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka,”Ujarnya.
Malah dia juga gembira kerana berpeluang menyaksikan secara jelas anaknya mendapat diploma memandangkan dia dan isteri berada di tempat duduk VIP.
Ads
“Kenangan manis sewaktu menghadiri konvo Najihah.. Ayah dan ibu ditempatkan seat VIP.. Alhamdulillah… Nampak jelas sewaktu Najihah menerima graduation di atas pentas.
“Sedih juga bila mengenangkan Najihah adalah anak tunggal ayah.. Segala peristiwa yg dilalui menjadi kenangan indah ayah dan ibu.
nida_atan Tahniah@datonassierwahab dan datin berjaya mendidik cinta hati mereka smpai ke menara gading.. Tahniah juga pd anakandanya najihah sbb dr usahanya juga ia dpt mengharum kn nama keluarganya.. Tahniah sekali lgi.. Peminat setia @datonassierwahab..nieda
azielaabdjalil Segulung tahniah buat Intan Najihah…tahniah jugek kpd Dato Nassier & isteri..Alhamdullilah gembira melihat Intan Najihah berjaya….saya follow drpd Dato Nassier bujang, kahwin sampai anak da berjaya ke menara gading….really happy for U
acuealynnAlhamdulillah tahniah@datonassierwahab n Datin diatas kerjayaan Adik Najihah ..x prnh tgk wajah isteri @datonassierwahab nmpk cm adik beradik je..muka dato n datin seiras Sma cantik Sma padan…anak dato pn cntik mewarisi wajah bonda n ayahanda..
noya_84 madam fatimah..rindunyaaaa..madam pernah ajar saya subjek acc masa saya degree uitm shah alam..madam baik and lembut je. orangnya..tahniah madam,sir and daughter❤️❤️
Takziah diucapkan buat penyanyi Noh Salleh dan isteri, Fatin Athirah Mustapa yang kehilangan bayi pertama mereka tujuh bulan yang lalu.
Menerusi Instagramnya, Noh mengakui sedih kehilangan malah perit melalui detik itu bersama isteri.
Kongsi Noh lagi, tanggal 22 September merupakan tarikh genap dia dan isteri kehilangan bayi sulung ketika di dalam kandungan.
Menerusi hantaran itu, Noh dilihat sedang menguruskan pengebumian anak syurganya dan keadaan isterinya terlantar di atas katil sebuah pusat perubatan serta di tanah perkuburan.
“Hari ini 22 September 2024 adalah genap 7 bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan,” tulisnya di Instagram.
Biarpun sedih dengan kehilangan namun Noh dan isteri akur dengan ketentuan Ilahi buatnya dan isteri.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain UPGRADE diri sebagai suami isteri.
“Walaupun perit bak lalui segala yang aneh-aneh, tapi kami bersyukur. Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang,” luahnya berkongsi.
Anak syurga itu juga rupanya sudah diberian nama ‘Julian’ dan berharap agar diberi keizinan untuk bertemu di kemudian hari.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana dikelilingi insan yang tidak henti memberi kekuatan dan doa ketika melalui detik hiba itu.
Terdahulu Noh dan isteri mendirikan rumah tangga pada 23 September tahun lalu.
Wanita biarpun sering dilihat lemah namun yakinlah pasti akan jadi kuat dan tabah bila diuji.
Begitulah juga yang dilalui oleh puan Raudzah Arippin apabila suaminya di serang strok. Dugaan yang diterima bukan ringan namun kekuatan dan semangat yang ada di dalam dirinya cukup luar biasa.
Tidak dinafikan Puan Raudzah juga tidak pernak lokek berkongsi ilmu daripada pengalaman yang dilaluinya. Dan sebab ini juga tidak hairanlah akaun fbnya punya follower yang ramai.
Dan ini antara yang pernah dikongsikan adalah tentang tip menjaga dan melawat pesakit. Semoga panduan ini bermanfaat bagi diri kita sekiranya sedang berdepan dengan ahli keluarga yang sakit.
TIPS : MENJAGA DAN MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU/HDW
Agak kerap juga saya menerima mesej dari waris yang menjaga pasangan atau ibu dan ayah yang terlantar di Wad ICU atau HDW. Kata mereka, apa yang perlu dibuat jika pesakit terlantar di wad begitu? Tidak mungkin hanya datang, tunggu dan lihat sahaja perkembangan pesakit.
Baik, saya kongsikan pengalaman saya.
Ini antara bacaan yang saya lakukan (saya pernah kongsikan dalam posting tahun lalu). Waktu suami saya di hospital dulu, saya banyak bertanya pada orang yang lebih arif. Ramai juga yang kongsikan dengan saya. Jadi saya kompilasikan semuanya di sini.
Saya juga ada catatkan panduan untuk pelawat, apa yang sesuai kita bawa ke hospital (sebagai buah tangan), dan apa yang perlu dielakkan.
BACAAN : SURAH, AYAT & DOA
1. Surah Yasin (sebaiknya awal pagi dan awal malam)
2. Surah Al Waqiah (untuk sembuhan luka dalaman)
3. Surah Al Kahfi (saya baca pada hari Jumaat, ganti surah Al Waqiah)
4. Surah Al Fatihah (baca 7 kali dan baca senafas pada ayat terakhir sambil berdoa kesembuhan)
11. Doa Hizbul Bahr (Imam Abu Al-Hasan As-Syadzili)
12. Doa Abu Darda’ (awal pagi dan awal malam)
Semua ayat dan doa ini saya bacakan setiap kali waktu lawatan tengahari dan petang, mengikut ruang yang ada.
AMALAN LAIN :
1. Sebaiknya, seorang waris sentiasa berada di samping pesakit dan bacakan ayat-ayat dan doa yang disebut di atas.
2. Minta jururawat masukkan air zam zam ketika ‘feeding’ melalui Ryle’s tube (tiub susu dan ubat yang dimasukkan melalui hidung ke perut). Jika kehabisan air zam zam, boleh ganti dengan air bacaan surah Yasin.
3. Wudhu’kan pesakit menggunakan botol penyembur (spray) setiap kali waktu solat (walaupun mereka belum sedar). Bisikkan ke pesakit, sudah masuk waktu. Adalah baik pesakit sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
4. Letakkan sedikit wangian (sebaiknya wangian kasturi), atau wangian yang biasa dipakai pesakit, di hidungnya. (Kata pengamal perubatan alternatif, ia untuk merangsang pernafasan yang baik dan juga merangsang otak. Wallahu’alam)
5. Apabila tinggalkan pesakit selepas waktu melawat, elok diperdengarkan bacaan ayat Quran di telinga pesakit menggunakan pemain MP3 dan earphone. (Waktu di HKL dahulu, jururawat akan tolong simpankan pemain MP3 tersebut apabila baterinya sudah habis). Jangan gunakan telefon bimbit.
PANDUAN BUAT PELAWAT :
APA YANG SESUAI DIBAWA SEBAGAI BUAH TANGAN KEPADA PESAKIT / WARIS :
1. Air zam zam
2. Air bacaan Yasin
3. Naskhah Manzil / Buku Doa / Buku yang sesuai
4. Bawakan botol spray (sekiranya penjaga belum ada. Botol spray ini banyak kegunaan ketika di hospital)
5. Makanan yang sesuai untuk penjaga pesakit di hospital (pesakit di ICU atau HDW biasanya tidak boleh makan). Elakkan bawa lauk pauk yang dibungkus dalam plastik, buah-buahan yang besar dan berat, atau apa sahaja yang sukar dan berat untuk dibawa.
6. Vitamin atau multivitamin yang sesuai untuk penjaga (bertanya dahulu lebih baik)
APA YANG PATUT DIELAKKAN (TERUTAMA KETIKA MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU ATAU HDW) :
1. Tidak perlu melawat pesakit sekiranya anda sedang sakit, demam, batuk atau selsema. Bimbang kuman dari anda akan menjangkiti pesakit. Memakai ‘mask’ adalah lebih bagus sekiranya ada.
2. Tanya dahulu kepada waris pesakit, sama ada pesakit boleh atau sesuai menerima tetamu atau tidak.
3. Wad ICU atau HDW biasanya hanya boleh dimasuki 2 orang pelawat sahaja dalam satu masa. Elakkan mengambil masa terlalu lama melawat pesakit.
4. Basuh tangan sebelum mendekati katil pesakit. Ruangan basuhan tangan dan sabun disediakan oleh hospital.
5. Elakkan dari merakamkan foto pesakit tanpa izin waris dan pesakit sendiri. Apatah lagi menyebarkan gambar tersebut pada orang lain. (Peraturan di hospital sebenarnya tidak boleh rakamkan gambar, apa lagi di wad-wad kritikal).
6. Pelawat lelaki yang bukan mahram tidak digalakkan masuk melawat pesakit wanita. Kebiasaannya keadaan pesakit wanita di Wad ICU/HDW (juga di wad biasa) dalam keadaan tidak menutup aurat. Wakilkan waris perempuan untuk melawat.
7. Elakkan terlalu banyak bertanya kepada waris. Katakan perkara yang baik dan positif sahaja walaupun pesakit nampak sudah terlalu uzur.
8. Doakan pesakit ketika berada di sisinya.
9. Elakkan mempromosi dan menjual sebarang produk ‘supplement’ kepada waris ketika ini.
Maaf jika ada kekurangan. Catatan adalah berdasarkan pengalaman peribadi menjaga suami yang terlantar di Wad HDW selama 10 hari dan di wad biasa selama sebulan.
Kehidupan berumah tangga Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani sering menjadi inspirasi ramai. Pasangan ini bukan sahaja dilihat serasi, malah cara mereka saling menyokong antara satu sama lain turut mencuri perhatian peminat.
Namun kali ini, Yusry berkongsi sisi berbeza sebagai seorang suami dan bapa apabila perlu menguruskan anak-anak serta rumah tangga sepenuhnya sepanjang Lisa berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Melalui pengalaman bergelar ‘ayah sepenuh masa’, pelakon dan pengarah itu mengakui tugas menguruskan rumah bukanlah semudah yang disangka. Daripada menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah, memeriksa kerja rumah hinggalah memastikan rutin harian anak-anak berjalan lancar, semuanya perlu dilakukan sendiri.
“Saya ambil alih tugas uruskan rumah tangga yang mana hantar anak dan ambil anak balik dari sekolah, periksa kerja rumah mereka,” katanya.
Yusry Abdul Halim secara terbuka mengakui sebelum ini dia mungkin mengambil mudah peranan Lisa yang banyak menguruskan hal domestik keluarga. Namun selepas melalui sendiri rutin tersebut, barulah dia benar-benar memahami besarnya tanggungjawab yang dipikul seorang ibu setiap hari.
Menurutnya, menguruskan anak-anak bukan sekadar memastikan mereka makan dan ke sekolah, tetapi turut melibatkan pelbagai perkara lain yang memerlukan perhatian berterusan.
“Sebelum ini, saya ambil mudah dan take for granted kerana Lisa yang banyak uruskan. Jadi, bila saya sendiri yang uruskan baru sedar banyak kerja seorang ibu.
Apabila menjadi ayah sepenuh masa, kerja ayah kena buat, kerja ibu pun kena buat,” ujarnya.
Demi memberi tumpuan kepada anak-anak sepanjang ketiadaan Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim mengambil keputusan untuk lebih selektif menerima tawaran kerja di luar.
Baginya, keutamaan ketika ini adalah memastikan anak-anak berada dalam keadaan baik dan tidak terlalu terasa dengan ketiadaan ibu mereka yang sedang menunaikan ibadah haji.
Sepanjang Lisa berada di Tanah Suci, Yusry turut berdepan detik emosi apabila anak-anak mula merindui ibu mereka. Sebagai seorang bapa, dia cuba memujuk dan memberi kefahaman bahawa ibu mereka sedang berada di tempat yang mulia untuk menunaikan ibadah.
“Saya akan beritahu anak-anak jika mereka rindu, dia ada di sana tengah beribadah, tak boleh merungut. Syukur saja.
Saya juga berharap masa berjalan lancar,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, nama Yusry Abdul Halim kini kembali menjadi perhatian ramai selepas membawakan watak Datuk Muzaffar dalam drama rantaian Dendam Seorang Mentua.
Watak lelaki matang, penyayang dan berkarisma itu berjaya mencuri hati penonton sehingga tular di media sosial. Sambutan luar biasa yang diterima turut mengejutkan Yusry sendiri.
Menariknya, beliau pada awalnya menyangka watak yang ditawarkan hanyalah watak sampingan sesuai dengan usianya yang kini mencecah 53 tahun.
“Ketika mula menerima tawaran lakonan ini saya bertanya kepada mereka adakah ini watak seorang abang atau bapa? Yang mana saya sangkakan sesuai dengan umur 53 tahun.
Tetapi mereka kata tidak, ini adalah watak utama. Saya kata, gila ke ‘orang tua’ jadi watak utama?” selorohnya.
Melihat maklum balas positif daripada penonton, Yusry Abdul Halim mengakui terkejut apabila watak Datuk Muzaffar berjaya memikat hati ramai termasuk golongan muda.
“Saya terkejut sebab tidak sangka pula ramai suka dengan ‘orang tua’. Saya pun tidak faham tapi mungkin kerana mereka suka watak yang dibawa oleh Datuk Muzaffar iaitu seorang lelaki yang sangat penyayang.
Saya senang sekali dapat membawa watak ini,” katanya.
Sebelum menerima tawaran berkenaan, Yusry terlebih dahulu berbincang dengan Lisa Surihani. Baginya, peluang tersebut hadir sebagai satu rezeki yang tidak patut dilepaskan.
Beliau juga melihat tawaran itu sebagai peluang untuk membuktikan bahawa pelakon senior masih relevan dan mampu memikul tanggungjawab sebagai teraju utama sesebuah drama.
“Saya berbincang dengan isteri, orang selalu cakap artis lama tak diberikan peluang jadi apabila saya dapat tawaran tersebut, saya rasa saya perlu lakukannya.
Watak ini menjadi akhirnya. Ini rezeki daripada Allah SWT, kita tak pernah rancang atau minta,” ujarnya.
Menurutnya, penonton masa kini juga semakin matang dalam menilai sesebuah karya dan tidak lagi melihat faktor usia sebagai penghalang untuk menikmati persembahan berkualiti.
“Pada saya ada ruang untuk pelakon-pelakon senior seperti saya untuk jadi watak utama. Kecomelan orang-orang berusia ini ada juga sebenarnya.
Penonton juga ada yang bukan dari seusia kami, malah budak-budak pun layan.
Kalau dulu kita selalu berkata, ‘kenapa Hollywood boleh, kita tak boleh?’ Tetapi akhirnya perkara ini menjadi terbuka di dalam industri kita, saya rasa penonton kita pun sudah matang,” jelasnya.
Di sebalik populariti yang kembali meledak, pengalaman menguruskan anak-anak tanpa Lisa Surihani di sisi ternyata memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada Yusry Abdul Halim.
Bukan sahaja menguji dirinya sebagai seorang bapa, malah pengalaman tersebut membuka ruang untuk beliau lebih menghargai pengorbanan seorang isteri dan ibu yang selama ini menjadi tunjang utama dalam menguruskan keluarga.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.