Hubungan antara dua pelakon ini tidak asing lagi dikalangan peminat dunia seni. Malah, rata-rata peminat kedua-duanya sangat merestui dan tidak sabar melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersatu.
Akhirnya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan aktres cantik manis, Zahirah Macwilson melangkah setapak lagi dalam hubungan mereka apabila mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Aiman mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Engaged Alhamdullilah syukur ❤ #zahirAH,” kata Aiman ringkas namun cukup bermakna.
Kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember tahun lalu apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.
Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang baru berakhir ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Buat peminat drama Kampung People tentu kenal dengan pelakon lelaki kelahiran Singapura ini, Haeriyanto Hassan, 51. Haeriyanto banyak menghiasi drama bersiri melayu tempatan dengan lakonan hebatnya.
Namun sejak tujuh bulan yang lalu, dia telah diduga dengan masalah kesihatan dan kini pelakon dengan keadaanya yang hampir pulih telah kembali ke set penggambaran Kampung People 3.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Haeriyanto yang diserang angin ahmar tahap ringan, Februari lalu, berkata doktor memaklumkan dia memerlukan tempoh setahun untuk pulih sepenuhnya. Namun, dia tetap menggagahkan dirinya kembali ke set penggambaran ini sebagaimana memetik berita terkini dirinya di Berita Harian.
“Hampir tiga tahun saya tidak berlakon. Selama dua tahun kita diduga pandemik COVID-19. Apabila industri kembali rancak, saya diserang angin ahmar pula.
“Dua minggu saya jalani rawatan di Hospital Ampang sebelum dimasukkan ke Pusat Rehabilitasi Cheras untuk tempoh lima minggu.
“Bagaimanapun, saya bersyukur keadaan kembali pulih. Jika dilihat dari luaran, orang tidak tahu saya menghidap strok,” ujarnya.
Bapa kepada tiga cahaya mata berusia 10 hingga 13 tahun itu berkata lagi,“Secara fizikal, memang makin pulih, wajah saya tak senget, suara pun okey, tapi tangan kiri saja masih lemah. Jadi, kalau saya berjalan, adalah nampak sedikit cẫcat. Saya memang tak boleh lakukan babak-babak lasak.
“Disebabkan itu saya akur kalau tidak ramai produksi panggil saya. Tapi alhamdulillah, KL Motion tetap ingat saya dan bakal menjalani penggambaran untuk drama mereka Kampung People 3.”
Haeriyanto juga menganggap penggambaran drama itu sebagai percubaannya melihat kemampuan diri sekarang disamping mencari rezeki untuk dapat menyelesaikan komitmen bulanan sekeluarga.
“Sepanjang pandemik, kami tidak terkesan kerana masih ada wang simpanan.
“Selama dua tahun kami bergantung kepada wang simpanan. Jadi, kami tidak rasa apa-apa dan seronok di rumah.
“Bagaimanapun, ketika diserang angin ahmar, saya mengaku terduduk sekejap memikirkan wang simpanan menyusut,” ujarnya jujur.
Dalam pada itu, Haeriyanto akui berat badannya turun agak mendadak daripada 85 kilogram kepada 69 kilogram selepas diserang penyakit itu sebelum ini. Bahkan, dia sebenarnya tidak tahu dia menghḭdap darah tinggi.
“Saya cuma tahu ada penyakḭt itu selepas diserang strok. Saya sendiri sebelum ini pun memang tidak pernah mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara formal.
“Sepanjang di hospḭtal, selera makan saya menurun sehingga berat badan pun susut. Daripada sudut positifnya, baguslah kerana kalau tak sakit memang nak diet itu susah.
“Saya berterima kasih kepada keluarga kerana mereka juga bantu kesḭhatan dan kewangan datang tepat pada masanya sepanjang rawatan. Ada juga rasa ‘down’ tapi kebanyakan masa saya memang kuatkan mental untuk sembuh,” katanya.
Tidak lupa juga, dia berterima kasih buat semua yang mendoakan kesḭhatannya agar kembali pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, pelakon senior itu dikejarkan ke Hospḭtal Ampang selepas mengalamḭ serangan angḭn ahmar ringan yang mengakḭbatkan anggota badan sebelah kiri tidak boleh bergerak.
Adik iparnya yang juga penyanyi, Oja berkongsi pemerḭksaan doktor mendapati ada darah beku bersaiz tiga sentimeter pada bahagian kanan kepalanya.
Sebagai rekod, Haeriyanto telah mendirḭkan rumahtangga bersama Afrinas Donny (kakak Oja) pada tahun 2008, dan mereka dikṳrniakan tiga orang cahẫya mata. Anaknya, Irfaan Fansuri (13 tahun), Insyirah Fatin (12 tahun), dan Imran Firman (10 tahṳn).
Setiap daripada kita pastinya menggemari makanan laut seperti udang, sotong, ketam, siput, kerang dan yang paling utama ialah ikan. Semestinya makanan ini tidak boleh lari dari menjadi sebahagian daripada diet harian kita. Lagilah bagi mereka yang bergantung sepenuhnya dengan makanan dari hasil laut ini.
Ikuti lanjut penjelasan Pakar Kimia Dr Fatimah Salim mengenai toksin dalam makanan laut.
Apakah kandungan kimia ikan?
Ikan kaya dengan bahan kimia seperti protein, iodine, vitamin (terutamanya vitamin D dan B12), mineral dan yang paling penting asid lemak omega-3 perlu (essential fatty acids) iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan pelbagai fungsi badan termasuk jantung, mata, sendi, otak dan kulit.
Selain daripada itu, ikan juga mungkin dicemari oleh logam berat (heavy metal). Sebahagian daripada logam berat (dalam kuantiti yang cukup) diperlukan sebagai zat mineral untuk mengekalkan keseimbangan fungsi sel-sel badan.
Apakah itu logam berat?
Logam berat merupakan mana-mana bahan kimia logam yang mempunyai perbandingan ketumpatan yang tinggi yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur (Periodic Table). Senarai yang biasa dijumpai mencemari air laut dan kehidupannya adalah seperti copper (Cu), iron (Fe), zinc (Zn), molybdenum (Mo), manganese (Mn), cobalt (Co), nickel (Ni), cadmium (Cd), lead (Pb), chromium (Cr), selenium (Se), mercury (Hg), uranium (U), cesium (Cs), silver (Ag), aluminium (Al), strontium (Sr) dan arsenic (As).
Senarai 6 terawal diperlukan dalam kuantiti yang cukup (tidak berlebihan) untuk menjalankan fungsi tubuh kita, manakala yang selebihnya tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada badan.
Bagaimana logam berat ini terkumpul dalam air laut?
Logam berat merupakan komponen semulajadi kerak bumi yang mana disebabkan oleh perubahan suhu (weathering), kakisan (erosion), letusan gunung berapi dan aktiviti perlombongan menyebabkan mereka mengalir keluar ke laut. Namun penyumbang utama pencemaran logam berat dalam air laut ialah dari aktiviti industri dan pembuangan sisa bahan. Secara keseluruhan, paras logam dalam laut telah meningkat disebabkan aktiviti tersebut.
Bagaimana logam berat ini boleh berada di dalam ikan?
Logam berat yang telah mencemari air laut ini secara tidak langsung akan masuk ke dalam badan ikan melalui insang atau mulut ketika mereka berenang, bernafas dan makan. Selain daripada pencemaran logam dalam bentuk asal ini, terdapat juga logam berat yang telah diubah sifat kimianya oleh microorganisma seperti contoh ‘methylmercury’ yang mana merupakan struktur kimia mercury yang paling bahaya kerana kadar serapannya yang tinggi dalam badan.
Bagaimana logam berat ini memasuki badan kita?
Logam berat yang telah mencemari hidupan laut terutamanya ikan tadi akan memasuki badan melalui diet pemakanan kita.
Bergantung kepada kekerapan pengambilan, sistem penghadaman dan proses pengnyah-toksin badan individu, logam berat ini boleh berkumpul dalam tisu badan. Kesan pengumpulan jangka panjang logam berat ini boleh menjadi toksin yang akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terutamanya lead (plumbum), cadmium dan mercury. Antara kesannya adalah
1.menyebabkan kesakitan pada sendi (join pain)
2. gangguan saraf (numb) pada jari bibir, tangan, dan kaki.
3.mengganggu tumbesaran otot pada kanak-kanak (lambat berjalan dan bercakap)
4.meningkatkan kadar serangan jantung (tekanan darah tinggi)
5.gangguan sistem saraf kepada bayi dalam kandungan (birth defect)
6.menggangu proses perkembangan otak (intellectual disabilities) anak kecil seperti daya focus, ingatan
7.kerosakkan buah pinggang dan hati
8.mengubah genetik (genetic mutation) dan meningkatkan risiko kanser
9.merosakkan fungsi otak (brain damage)
Bagaimana membandingkan jumlah logam berat dalam ikan?
Secara umumnya, semakin besar saiz dan usia ikan tersebut, semakin banyak kandungan logam berat yang dikumpulnya. Maksudnya lebih lama ianya terdedah kepada pencemaran. Selain daripada itu, faktor lain juga harus di ambil kira seperti
• jenis ikan seperti (‘bottom feeder’ lebih tercemar kerana makanan mereka terdiri daripada logam berat yang termendak di dasar laut),
• tempat tangkapan ikan (air yang tinggi kadar pencemaran akan mengandungi jumlah logam berat yang banyak), dan
• tempat tinggal ikan (habitat yang tinggi kandungan logam berat)
Ikan pemangsa (bersaiz besar) yang terletak di bahagian atas rantaian makanan laut biasanya mengandungi lebih banyak logam berat kerana pengumpulan melalui pola pemakanannya. Proses penyingkiran semulajadi logam berat dalam badan ikan ini lebih lambat jika dibandingkan jumlah yang dikumpul daripada makanannya.
Bagaimana untuk menghalang/ mengurangkan kesan toksik logam berat dari makanan?
Untuk mengurangkan jumlah pengambilan logam berat daripada ikan, kurangkan atau elakkan ikan jenis pemangsa dan bersaiz besar seperti ikan parang , jerung, tenggiri dan tuna.
Untuk mengurangkan jumlah serapan logam berat dalam badan pula, biasakan makan makanan laut dengan sayuran hijau atau buah yang kaya dengan serat tidak larut serta komponen fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan. Makanan sebegini boleh membantu badan mengeluarkan logam berat ini secara semulajadi dari badan.
Serat tidak larut boleh bertindak sebagai pemerangkap logam berat dalam sistem penghadaman dan dibuang bersama di dalam najis. Antioksidan pula boleh bertindak sebagai agent pengepit (chelates) yang mengikat logam berat ini seterusnya membantu untuk mengeluarkannya dari badan secara semulajadi.
Risau makan ikan sebab kandungan logam berat?
Usah begitu. Logam-logam berat ini sememangnya tidak boleh dielakkan sepenuhnya kerana hampir kesemua makanan dan produk harian kita mengandungi logam berat, namun dalam kuantiti yang sangat sesikit.
Apa yang perlu dan boleh kita lalukan adalah dengan melatih diri dan anak-anak untuk biasakan makan sayuran hijau yang mana boleh membantu mengurangkan dan menyeimbangkan kesan toksin logam berat. Nikmatilah hidup dan usah keterlaluan sehingga sentiasa rasa tidak selamat. Yang penting, ambil tahu tahap kesihatan diri kerana badan kita adalah amanah Allah yang wajib dijaga sebaiknya.
Makan lah apa pun yang halal dan baik, namun bersederhana lah… Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.