Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini selagi kita berusaha, ini jugalah yang telah dibuktikan oleh pasangan suami isteri ini dalam usaha untuk mengubah hidup. Siapa sangka dahulunya susah dan kini serba serbinya dicukupkan rezeki olehNya setelah berjuang tanpa mengenal putus asa.

Melalui perkongsian video di Tiktok, Puan Mardhiah Dzulkarnain berkongsi perjalanan hidupnya yang nyata cukup memberi inspirasi dan menarik perhatian wargamaya.

 

 

Dilihat ketika itu Puan Mardhiah bukanlah daripada keluarga yang senang. Dia mempunyai 5 orang anak yang masih kecil dan kenderaan yang mereka gunakan sekeluarga pada ketika itu hanyalah motor cabuk roda tiga.

Dari Motor ‘Cabuk’ Roda 3 Kini Miliki Alphard, Kisah Keluarga Ni Buat Ramai Terinspirasi!

Difahamkan dengan kenderaan tersebut mereka sekeluarga dapat ke sana ke sini bahkan motor itu juga telah dianggap seperti ‘kereta’. Apa yang pasti terlalu banyak jasa ‘kereta’ tersebut kepada keluarganya.

 

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

2016 Detik Perubahan

Pun begitu tidak mahu terus hidup dalam kesusahan, ibu cekal ini memegang prinsip ‘Sampai bila nak macam ni? Tak ada siapa boleh ubah hidup kita melainkan diri kita sendiri’. Berbekalkan kata-kata semangat ini, pada tahun 2016 dia mula buat dropship dan kumpul duit sikit-sikit untuk ambil stok dan jual barang kosmetik.

Dari Motor ‘Cabuk’ Roda 3 Kini Miliki Alphard, Kisah Keluarga Ni Buat Ramai Terinspirasi!

“Semakin hari order makin banyak. Alhamdulillah dari puluh-puluh order bertukar jadi beratus-ratus order dalam sehari. Jadi sikit-sikit penuhkan rak, semua stok dekat rumah sahaja dan buat sale secara online”, ceritanya lagi.

Tahun 2018 menjadi kenangan manis buat keluarga ini apabila segala usaha dan penat lelah mencari rezeki akhirnya mendatangkan pendapatan lumayan dan berjaya membeli kereta pertama iaitu Myvi.

IKLAN

Dari Motor ‘Cabuk’ Roda 3 Kini Miliki Alphard, Kisah Keluarga Ni Buat Ramai Terinspirasi!

“Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya kami waktu tu. Barulah betul-betul merasa naik kereta, walaupun anak lima, sumbat semua duduk belakang. Kami sekeluarga sangat happy dan bersyukur sangat.

“Alhamdulillah pada 2021, saya dan suami berjaya buka kedai kosmetik sendiri bersebelahan rumah yang ketika itu turut sama dibina menggunakan duit sendiri hasil berniaga. Segalanya dibayar cash tanpa loan atas tanah sendiri. Manakala pada tahun berikutnya kami beli kereta kedua pula iaitu kereta Ford Ranger. Senang sikit nak angkut dan ambil stok banyak-banyak dekat pembekal.

 

 

IKLAN

Dari Motor ‘Cabuk’ Roda 3 Kini Miliki Alphard, Kisah Keluarga Ni Buat Ramai Terinspirasi!

“Alhamdulillah tahun 2023 ini berjaya miliki kereta idaman untuk keselesaan keluarga iaigtu kereta Toyota Alphard. Semoga keluarga kecil kami sentiasa dilimpahkan rezeki dan diberkati Allah swt hendaknya, amin,” jelasnya lagi dengan ikhlas.

 

@dhiah91 Mengimbau kenangan waktu susah payah baru nak naik dulu. Alhamdulillah syukur atas segala rezeki yg tak putus2. Semoga Dhiah dan suami sentiasa diberikan kekuatan utk terus berbusiness. Amin😃🤲 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #kosmetikmurah #kosmetikborongmurahdhiah #kosmetikviral ♬ original sound – • 𝓗𝓲𝓳𝓻𝓪𝓱 • – ; 𝙎𝙉𝙎 🕊🤍

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Dari Motor ‘Cabuk’ Roda 3 Kini Miliki Alphard, Kisah Keluarga Ni Buat Ramai Terinspirasi!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI