Menanam bunga di dalam pasu jika dibuatkan rak akan nampak lebih tersusun dan kemas bila ditempatkan di ruangan laman. Bahkan tidak dinafikan kita akan mempunyai banyak ruang kerana rak tersebut dihasilkan secara bertingkat.
Ini sepertimana yang dihasilkan oleh Carpenter Malaya di group fb Tukang Apa Hari Ini dengan berkongsi cara dan langkah untuk menghasilkan rak bunga daripada kayu pallet.
Jadi bolehlah dijadikan projek akan datang, memandangkan untuk menghasilkan rak bunga ini tanpa memerlukan modal. Ini Seperti mana kita tahu, kayu pallet ini banyak juga terbuang begitu sahaja. Jadi daripada mereput lebih baik dibuatkan rak pasu bunga yang menarik seperti ini.
Untuk lebih detail ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Carpenter Malaya ini. Selamat mencuba!
Langkah 1 : Pisahkan kayu pallet dan pilih yang masih elok.
Langkah 2 : Potong kayu mengikut ukuran yang diinginkan atau ukuran yang dikongsikan di bawah ini.
Ads
Langkah 3 : Haluskan kayu dengan grinder terlebih dahulu kemudian drill untuk cantumkan kepingan kayu yang siap dipotong. Jika tiada drill gunakan sahaja tukul besi dan paku untuk mencantumkannya.
Langkah 4 : Siap dan bolehlah letakkan pasu bunga.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Ads
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kewujudan pagar rumah selain bertujuan untuk keselamatan kita sekeluarga malah tidak dinafikan bila sekeliling rumah di pagar dengan tembok batu, ia nampak lebih tertutup dan sekali gus dapat memberi ruang privacy.
Pun begitu, membina tembok batu memerlukan modal yang agak besar tambah-tambah di musim PKP ini, tentu ada yang berkira-kira untuk mengeluarkan bajet untuk berbuat demikian.
Namun disebabkan tidak berapa selesa dengan keadaan pagar rumah yang boleh terlihat begitu jelas hingga nampak apa yang kita lakukan oleh kejiranan yang lalu lalang, jadi ada baiknya untuk sementara waktu ini anda lakukan seperti mana yang dikongsikan oleh Che Kiah ini.
Dengan menggunakan Fence Edge iaitu sejenis PVC telah ‘dianyam’ ke pagar rumahnya dan sekali gus menjadikan kawasan di dalam pagar rumahnya terlindung dengan hanya bermodalkan RM58.70.
Menarik bukan?
Jadi tunggu apa lagi, jom ketahui lanjut perkongsiannya di sini.
Menurut Che Kiah beginilah keadaan asal pagar rumahnya dan ternyata nampak begitu jelas oleh kejiranannya. Lalu dia mencari solusi dan mengambil idea daripada perkongsian warganet di media sosial dan mempraktikkan pada pagar rumah dan terbukti dia cukup berpuas hati dengan usaha yang dilakukan.
“Panjang pagar rumah 28 kaki dan saya beli fence edge dengan ukuran saiz 50mmx200M. Cara pemasangan fence edge ini adalah dengan teknik mengayam atau menyulam di pagar. Satu tape panjangnya 200m dan berharga RM58.70 sahaja, memang berbaloi,”ujarnya.
Tambahnya lagi, ” Saya siapkan semua ini dalam beberapa hari dan setelah seminggu dipasang masih kekal elok walau pun hujan lebat dan panas terik. Cara nak pasangnya sangat mudah. Sulam fence edge dan pada bahagian atas pagar hendaklah dipotong lebihkan sedikit daripada ketinggian pagar. Kemudian lebihan tersebut saya lipatkan dan stapler untuk nampak kemas.
Manakala di bahagian bawah boleh dibiarkan begitu sahaja, ia akan terletak elok cuma saya potong secara menyerong.”
Inilah hasilnya dan ternyata ruang dalam kawasan pagar rumah terlindung sedikit daripada keadaan sebelumnya.
Jadi buat anda yang ingin mempraktikkan idea ini bolehlah buat pada bila-bila masa. Untuk memudahkan anda membeli fence edge seperti yang digunakan oleh Che Kiah, boleh klik di sini untuk membeli di Shopee.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kalau sebut nama Azlina Ina Fans, pasti ramai yang kenal empunya diri. Nak nak lagi mereka yang suka memasak. Azlina sememangnya terkenal dengan resipi dan masaknnya yang sedap.
Untuk ibu-ibu yang pertama kali nak cuba buat roti gebu, boleh la tengok resipi yang dikongsikan ini. Lepas tu boleh buat untuk hidangan minum petang mahupun sarapan bersama keluarga. Asalamualaikum anak2 mak satu malaysia..Yg dinanti2..Sebab mak tgk terlalu ramai cari rotianak2 paksa mak bg resepi roti sbb resepi yg ade skrg bapak payah nak buat kene taruk macam2 tok nenek jemah sekalian.Jadi mak perlukan bantuan korg.Like dan komen 1 emoji.
Sebenarnye kite dah dapat pahala mudah dan bantu ramai ibu2.yg dalam keadaan skrg sgt stress bg yg xbyk simpanan dan tekanan dgn bekalan makanan.Kite bantu duit xmampu xpe kite bantu ringan kan beban mereka dgn bg dieorg nampk resepi2 mudah2 ni ok.
Mak cuba cipta sebenar nye resepi yg paling mudah.Xpening kepala nak pk BM ke mixer sbb semua org ade tgn.Xpayah pk pelembut pelik2 semua sbb semua kenal tepung kenal yis tu je bahan utama.
Roti gebu paling mudah viral
Cara membuat:
Ini yis kering paling mudah dapat. Kedai acheh pun belambak 11g.
Ni paling penting sbb kite xde bahan pelembut doh jd kita buat sendiri. bahan pun senang nak mati. Bahan2 pelembut doh:
– 2 sb tepung gandum
– 1 cawan air.campur kan kalau mak tapis sket mcm bancuh tu pas tu masak sampai die jd likat mcm tu.
Mak suke buat byk2 boleh simpan.korg gandakan je sukatan simpan peti ais masa nak guna panas kan tambah air sket boleh atau letak lua kejap bg hilang sejuk pn boleh.
Ok bebalik pd yis td
– 1/2 cawan air suam tp mak tuang dalam gelas tinggi takut die melimpah bile berbuih.
– 2sb gula( ni agent bukan agent ali. agent menghidup kan dan aktif kan yis,kalau yis rosak die xberbuih lepas 10 mnt ya).
– satukan xyah kacau dan ttup bia 10-15 minit.
lepas 10 mnt kite buat kerja sebenar nye kalau roti sekilo dapat sikit je pn. Kite buat sekilo terus je ok. penting kene ade besen beso xkisah la besen mandi anak ko pn boleh. basuh bersih. campur dalam besen tu. 1kg tepung gandum xkisah jenama ape xyah high protein janji tepung gandum jalan. ni mak pakai cap ros je tibai tu je ade ubang kan tgh2 mcm biasa ek letak 1 biji telur masukkan bersama:
– 3sb majerin atau butter kalau semua xde minyak pn boleh
– 3sb pelembut doh kite buat atas td
– sedikit garam halus mak guna garam pink himalaya
– 4sb susu tepung(nak letak2 xnak xpe saje bg sedap je)
– 1/2 sb baking powder(kalau ade bagus xde xyah pn xpe)
– 5sb gula(mak saje suke manis sket roti kosong tawar kang anak2 xmakan sgt so korg nak letak byk mana ikut korg) ok dah satukan gaul sampai jd mcm serbuk2 roti. Masukkan 1/2 cawan air yis berbuih td ok uli sikit-sikit. Penting ni ye. air biasa plus ais batu biar jap bg sejuk dah kalau xde air dalam peti ais yg sejuk pn xde jugak air penapis air yg sejuk tu pn boleh ok tambah mcm tu dan uli. so abis 1 cawan td eh. Ok last tambah air sejuk lepas 1 cawan td standby 1/2 cawan la gitu tp tuang sekadar nak lembut kan doh die mmg melekit kat tgn xpe. stop bile rasa die dah lembek2 sket maksud nye semua tepung dah basah ha mcm tu senang paham ya. ok stand by 1 cawan tepung lg tambah sket2 sambil uli tu tabur sket2 supaya doh xlekat kat tgn. Tu cara mak uli. kite tenyeh2 tarik tekan pakai perut tgn tu kedepan tarik ke belakang.Mak org nye paling malas nak tunggu elastik plastik bagai sbb tu mak dulu jarang buat roti. lama juga boleh tecabut tgn. ok dah sampai doh td tu licin maksud nye die xlekat2 kat tgn dah 10 mnt je lebeh kurg sambil2 tgk drama siap. ok mak pindah kat dalam bowl sebab senang ttup atas die nnt so xnak bg die lekat bile dah kembang mak tabur dulu tepung sket ok sbb masa tu malam roti ni pn payah kalau sejuk die lambat kembang.jd mak ade idea😝panas kan oven 100 darjah set 40 mnt ttup bowl dgn tuala lembab ok letak bowl dekat2 oven kan panas hahah so cepat la kembang yeay. Lepas 40-45 mnt tp masa 30 mnt mak bukak la tgk intai.biasa lah kite jakun😜😜ko pn mcm gitu nnt elee xngaku hahaha..ok die dah naik sekali ganda dan nampk cNtik😝😝 Tumbuk buang angin die korg xyah ikut sekali buang angin. mak pindah balik kat besen senang uli hahahahha ok bentuk2 kan. mak xpandai rounding2 ke ape ding janji bulat tibai. loyang letak minyak sket tgn masa uli last ni pn letak minyak ye. dan bulat2 kan tgn minyak sket. ok dah letak la dalam loyang yg ade. ntah bentuk ape mak pn menyampah tgk dah mcm roti canai. tibai je lah sendiri nak makan. ok panas kan oven mcm mula2 td 100 darjah 30 mnt xyah tutup loyang tu.
wah dah naik😂eh elok plak kahkah..ok bg mak masa ni adalah paling penting untuk roti yg uli alakadar ni.waktu die membesar ni kene betul2 die kembang jgn baru naik sket korg dah gatal bakar.mmg kene tunggu die naik elok sbb tu bia die kene haba oven sket bile panas die cepat naik.waktu mengembang ni sebenar nya proses doh dalam die betindak balas kalau kurg naik atau terlebih naik nnt roti keras.
agak2 dah penuh loyang cam tu sapu atas die dgn butter atau majerin klau semua xde susu segar pn boleh xde susu cair pn boleh kalau xde jugak minyak masak je
bakar suhu 150 masa 45 mnt api atas bawah tp bergantung oven masing2 lah jugak ek asal atas die perang2 tu roti masal dah lah tu.panas2 td dalam loyang sapu butter atau majerin bg die kilat sebenar nye tu je🤣
terbalikkan belakang die saje nak tgk biasa roti yg keras belakang die huduh hahaha helok kan belakang die pn geram.
koyak satu. aduh panas2 sedap cicah kopi o. inshaAllah mudah dan gebu .mak doakan korg cuba dan jadi mudah semua bahan ade kat dapur korg. dan jimat modal xsmpai rm5 pn. cara simpan nak roti lembut berhari hari.
subhanaAllah. Sungguh sebenar nye mak ade mixer bukan xde berapa kilo nak. tp mak menyelami hati org yg xpunye apa2. Tp ada tgn. jd mak guna tgn juga xpe. muah mak syg korg.
Alhamdulillah xlah sesempurna mcm org uli pakai bread maker atau pakai mesen mixer pakai tgn mmg la ade kurg sket normal tp tetap jd roti xjd sushi tu boleh la kan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan masakan mungkin ada yang telah lama amalkan. Namun ada juga yang belum pun pernah mencuba dan merasai keberkesanan mengamal petua lama.
Umpamanya dengan mengamalkan petua minum air rebusan ketumbar yang dikatakan banyak khasiatnya dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen dan bolehlah anda mencubanya.
PETUA MUDAH KURUS DENGAN AIR REBUSAN BIJI KETUMBAR
Ramai tak tahu, yang biji ketumbar ni selain jadi rempah masakan tapi boleh jugak turunkan berat badan tau! So, Jangan pandang sebelah mata.
Kecil-kecil biji ketumbar ni tapi jumlah mineral dia lebih tinggi seperti serat makanan, zat besi, kalsium, dan mineral.
Penyebab kita bertambah berat badan adalah adalah makan makanan yang mengandung banyak kalori tapi kurang air dan serat. Betul tak?
Meh kita try amalkan dengan 2 bahan mudah yang selalu ada kat dapur tu.. kita manfaatkan.
Bahan-bahan
Biji ketumbar
Lemon
Cara-caranya
Itu sahaja! Dah siap untuk diminum.
Selamat mencuba!
Nota: boleh juga tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.
Manakala meninjau di page Hallo Doktor, turut dikongsikan artikel berkaitan 9 manfaat ketumbar untuk tubuh dan bolehlah dimanfaatkan.
#1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole, yang merupakan salah satu daripada 11 komponen minyak pati dan asid linoleat, terdapat dalam rempah ini.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri antirheumatik dan antiarthritik, yang membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the German Society of Dermatology, para penyelidik juga telah mencatatkan sifat antiradang daripada rempah ini.
Untuk keadaan seperti pembengkakan yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang atau anemia, rempah ini berkesan dalam mendorong pengencingan untuk melepaskan air berlebihan daripada badan.
Pengurangan keradangan kulit ini membawa kepada pengurangan ketidakselesaan selain penambahbaikan pada kulit.
#2. Melegakan gangguan pada kulit
Ciri-ciri disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat dan antioksidan yang dimiliki oleh rempah ini adalah sesuai untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan, dan jangkitan kulat.
Minyak ketumbar juga telah dipatenkan untuk sifat antiradang dan antimikroba oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti di Freiburg, Jerman.
#3. Menurunkan tahap kolesterol
Menurut jurnal Environmental Biology, asid yang terdapat dalam rempah ini, seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbat (vitamin C) sangat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Asid-asid ini juga mengurangkan tahap kolesterol LDL yang buruk di sepanjang dinding dalaman arteri dan urat, yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan strok.
Lebih penting lagi, rempah atau herba ini membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” atau HDL, yang berfungsi sebagai garis pertahanan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang berbahaya.
#4. Ketumbar bagus untuk cirit-birit
Komponen minyak pati yang terdapat dalam ketumbar mengandungi komponen, seperti borneol dan linalool, yang membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Leaflets Ethnobotanical mengatakan ia juga membantu dalam melegakan cirit-birit yang disebabkan oleh tindakan mikrob dan kulat kerana komponen seperti cineole, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta-phellandrene, kesemuanya mempunyai kesan antibakteria.
Rempah ini juga semakin popular sebagai rawatan di rumah untuk mencegah mual, muntah, dan gangguan perut.
#5. Mengawal tekanan darah
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa rempah ini membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menderita hipertensi secara positif.
Dengan meningkatkan interaksi ion kalsium dan asetilkolin, neurotransmitter dalam sistem saraf periferal dan pusat, ia melegakan ketegangan saluran darah, sekali gus mengurangkan kemungkinan beberapa keadaan kardiovaskular, termasuklah serangan jantung dan strok.
#6. Ketumbar boleh melawan Salmonella
Salmonella adalah salah satu penyebab penyakit yang paling berbahaya di dunia, oleh itu sebarang kaedah atau cara semula jadi untuk melindungi diri anda daripada bahaya Salmonella adalah sangat penting.
Ketumbar mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa tinggi. Ia merupakan sebatian semula jadi yang dua kali lebih tinggi sepertimana antibiotik sebagai rawatan utama untuk penyakit berasaskan salmonella.
Ini disahkan oleh satu kajian dari University of California at Berkeley.
#7. Membantu sistem pencernaan
Disebabkan oleh faktor aroma daripada minyak patinya, ketumbar membantu dalam rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
Ia merangsang pencernaan dan gerakan peristaltik. Ia juga membantu dalam mengurangkan gejala anoreksia.
Di samping aroma rempah ini yang menyenangkan, ia turut mempunyai kualiti perangsang yang tertentu, yang diperoleh daripada mineralnya.
Tambahan pula, neurotransmitter akan dirangsang apabila rempah ini dicerna. Kajian telah menunjukkan bahawa dispepsia (senak) akan berkurangan jika rempah ini sentiasa diambil dalam pelan pemakanan.
Bagi kanak-kanak kecil yang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kolik perut berbanding daripada orang dewasa, sedikit penambahan ketumbar dalam diet mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
#8. Ketumbar boleh membantu merawat cacar
Minyak pati dalam rempah ini kaya dengan antimikrobial, antioksidan, antijangkitan, komponen detoksifikasi dan asid-asid lain.
Kehadiran vitamin C dan zat besi juga menguatkan sistem imun.
Di kawasan di mana wabak cacar berlaku, kajian menunjukkan bahawa jumlah vitamin C yang besar mempunyai kesan pengubatan yang jelas terhadap cacar. Ia boleh membantu menyumbang kepada megadose vitamin C yang diperlukan.
#9. Penting sebagai ramuan rawatan konjunktivitis
Ketumbar adalah pembasmi kuman yang sangat baik dan mempunyai sifat antimikroba yang mungkin melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
Minyak ketumbar digunakan secara meluas dalam penyediaan dan penghasilan beberapa produk penjagaan mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di